Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Sabtu, 27 Jun 2009


amalan sunnah yang baik sebelum tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu:


1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"Rasulullah saw tersenyum dan bersabda :


1) "Sebelum engkau tidur, bacalah : Al Ikhlas seolah-olah kamu telah mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Qulhuallaahu ahad' Allahusomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2) Bacalah salawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat kelak.

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)

3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4) Dan, perbanyakkanlah kamu akan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x)

mintak perhatian


untuk kawan ku semua




award ni khas ditujukan wat kawan2 yg rasa diri dorang kawan aku.. i love u all's.
amik la ek.. ikhlas ni.... :p


aku akan sentiasa bersama nya dalam aper jua keadaan sekalipun..

Khamis, 25 Jun 2009

tag ker?

alamak dpt tag lak dr ayu la.. wat cik siti rahayu aku ni dah paling malas nk wat tag.. tp memandang kan aku x der keje aku wat je la.. thanks gak kat nanie coz bg tag yg same cam ni kat aku..

dah bersedia nak menziarah....

**Nama Timangan Anda**
name timangan aku? huh.. sebenarnye aku x berapa suke org panggil aku ngan name lain selain dr name aku (aliza).. tapi selagi name tu sedap tinger aku dengar, aku nyaut je....
masa kecik2 mak n abah aku panggil aku adik.. sampai la umur aku 7 thn, pastu bile adik aku lahir mak n abah aku panggil aku kak ngah.. sampai la sekarang ni..
masa kat sekolah rendah aku senang dipanggil liza @ iza, memandangkan nama aku ni x la baper panjang dan banyak, dua name ni je yg selalu diungkapkan oleh kawan2, cikgu cikgi, dan sesiapa sajer la yg kenal ngan aku..
ZA, nama ni aku gune kan masa aku kat teknik (smtj).. hahaha.. adalah senior tu cakap "eeee manja nyer name" huh manja ker? x la kan.. senang x yah nk buang masa nak tulis banyak2 huruf kan? dorang je yg jeles dgn kesedapan nama panggilan aku ni..
haaa... yg ni nama panggilan yg olfah selalu panggil "garfield" ala watak kartun tu.. hehehe.. aku pun x tau naper olfah panggil aku mcm tu.. die kate mate aku mcm garfield. aku on je.. janji die x panggil aku "daro" (loghat n9)
bila abis je sekolah nama garfield dah x kedengaran lagi di corong2 telinga aku.. coz aku dah lame x jumpe olfah tu.. hehehe..
bile abis sekolah nama baru lak dapat..OCHIN name ni kawan2 kolej aku panggil.. nape? huh katanye muka aku mcm muka kawan dorang masa sekolah dlu2 .. tah aku ader gak tgk gambar dak tu.. just no komen dr aku.. aku x tahu nk menilai muka org. anak2 akak aku panggil aku mak ngah.. mule2 dapat gelaran tu mcm nk gelak pun ader. kelakar.. tp bile dah lame2 ok da.. lain lak ngan anak2 buah belah husband aku.. dorang panggil aku makteh.. huh kadang2 tersasul, ada tu aku wat x tau je bile dorang panggil aku.. sian kan kat dorang.. sesungguhnya makteh ni x baper perasan yg u'olls panggil makteh.. sori ye sayang2
tp yg ni lain sikit sepesel edition.. hehehe husband aku pnggil aku dgn panggilan "sayang@ayang" kadang2 die panggil gak aku bucuk.. hehehe terasa dunia ni aku yg punyer.. lalalalaaaa.. sekarang x kisah la per name yg u oll's panggil yg pasti aku tetap aku.. dan dah tertulis di surat beranak yg name aku ALIZA BINTI RAHMAN. thanks mak n abah. nama tu tetap kusanjung


**Anda Seorang Yang**

kalo dak ayu bermasalah sikit aku lg la bermasalah banyak.. bosan!!!!!!!!!
soalan yg paling membosankan... aku x suka bercakap tentang diri aku.. biar org lain yg menilai macam maner aku sebenarnye.. tp aku nk gak kenen2 kan aku mcm maner.. it's up to you... layannnnnnnnn

AKU?
  1. simple like easy..
  2. happy go lucky.. bg aku wat penat je nak sedih wat stress je.. aku benci stress.. bleh wat pale aku migrain.
  3. open minded n senang nk bwk berunding..
  4. sombong org nyer..bile anda baru melihat @ pandang tp bile dah 2, 3 kali pandang baru ko tau siapa aku sebenarnye.. sume org bleh masuk kepala ngan aku.. makcik2, pakcik2 walhal org gile sekalipun aku layan.. tp aku takut kalo org giler tu tarik aku dekat ketiak die.. hehehe muchuk...
  5. suke window shopping n shopping.. leh sasau dibuatnyer..
  6. suke baca novel.
  7. suke kan kanak2.. tenang je bile bersama dorang.. tp bile dok ngan aku jangan wat perangai.. bile wat perangai aku rimassssssssssssssss. bagi balik kat mak dorang..
aku rasa cukup la tu tentang aku.. ikut suke ati korang la nk menilai aku macam maner.. yg pasti aku tetap aku..

**Insan Teristimewa??Describe Apa Yang Membuatkan Dia Istimewa Di Mata Anda**
  1. mak n abah : tq for both of you.. tanpa mak n abah sudah tentu aku x dapat mengirup udara pantai, melihat ombak, merasa teriknyer bahang matahari..
  2. my husband : he's a verry special person.. sebab dia berjaya menyakin kan aku tuk menjadi suri dalam hidup die..
  3. akak n adik : tanpa korang juga aku x kan sekuat ini. x kan melalui onak2 kehidupan dengan tabah..
  4. mil n fil : tq gak tuk mak n abah sebab sudi terima za jadi menantu.. i will try my best..
  5. family besar ku.. sejak dah mendirikan rumah tangga ni.. aku dapat rasa kan yg family tu penting untuk kehidupan..
  6. last ly kawan2 ku.. sebab dorang la aku kenal erti kehidupan,

**Lagu Kesukaan Anda**

aper punyer soalan la ni..?
  1. mesti la yg sedap didengar
  2. lirik dan lagu yg boleh membuat aku meninggi kan volume radio @ mp4..(kalo slow makne nyer x besh la tu)

**Makanan Kesukaan Anda**

  1. masakan yg mak aku masak.. hurm dah lame dah x rasa masakan mak
  2. masakan mak mertua aku.. simple tp sampai jilat jari..
  3. akak aku masak.. lebih kurang je masakan mak aku. tp x leh lawan mak aku..
  4. cheeseburger mcd. suke sangat...... lalalalala...


**Warna Kesukaan Anda**
  1. pink
  2. purple
  3. coklat
  4. hitam
  5. putih


**Sikap Yang Membuatkan Anda Stress**
  1. tibe2 je nk marah2 aku tanpa sebab.. ni akan wat aku stress tahap gaban ni..
  2. suke wat lawak bodoh.. heeee stress aku ngan lawak2 bodoh ni..
  3. org yg tunjuk bagus tp x la bagus pun
  4. org yg kuat mendesak..
sebenar nye aku x amik port pun sikap yg bleh wat aku stress ni.. yg pasti aku akn senyum n suke2 tuk mengelakkan diri dr stress.. lalalalalalaaaaaaaaa

**3 Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda**

  1. handphone (aku akan rasa bengong kalo handphone x der)
  2. lip balm.. (aku x gemar gune lipstik just tepek lip balm)
  3. wallet
ader banyak lagi bende yg wajib ader dlm beg aku.. antaranya adalah.. compact powder, minyak angin cni, purse syiling, novel, kunci rumah, kunci kereta, kunci loker losyen n eye drop.. sampai akak kat tempat keje aku ckp beg aku ni besar mcm beg yg die bawak g anta anak die ke klinik.. bleh die isi pampers, susu, dan bermacam bagai la.. ikut suke ati akak la kak, akak nk ckp beg saya ni mcm aper.. yg penting duit akak sikit pun x luak masa sy beli beg ni...



**Kali Terakhir Anda Menangis Dan Kenapa**

hurmmmm... bile ek..? masa kawan baik aku nikah kot.. bln tiga yg lepas..


**Tag 6 Rakan Anda**

  1. aju_ http://mycolourfullmoment.blogspot.com
  2. kak diana_ http://myaelzarabatrisya.blogspot.com
  3. amik la saper2 nk amik .. aku dah penat da nk taip bende ni...

huh akhirnya siap gak tag ni... weh bagi la lg tag ye...

Rabu, 24 Jun 2009

besok dah bulan rejab (25hb june 2009)

Alhamdulillah....1 rejab tibe lg...iaitu bsok....so,kt cni kite nk share la bebrape kelebihan berpuasa di bulan Rejab ni...jom hayati bersama...

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.


Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Marilah kite memanfaatkan kelebihan2 di bulan Rejab ini...
InsyaAllah...

Isnin, 22 Jun 2009

cerita di hari sabtu

PART 1



huh lame gak x update blog ni kan? xder masa la nak ngadap n memikir kan ayat2 yg sesuai untuk tatapan kalian semua.. wah! menangis kak kiah kiter bile die bace ayat2 yg ku gubah ni kan? aper cite la agaknyer kak kiah tu kan? dah kawin ker belum..? baper anak nyer ek.. haaaa ni kalo dah citer bab kak kiah ni susah la.. banyak citer dr x der citer nanti..

so dipendekkan citer..


aper yg dorang lakukan? cari ikan ke?



aku........



mr. hubby n mr azan (adik mr. hubby a.k.a adik ipar aku)



mr. faizal a.k.a eja



ni la xtvt kami ari sabtu yg lepas.. ni tempat pertama kami kunjungi x tau la aper name tempat ni, kak pah cume cakap namenye lubuk batu 7 kat bidor, perak. air kat lubuk ni sejuk sangat.. matahari kat atas kepala pun air tu sejuk gak. aku x mandi pun kat sini.. cume celup2 kaki jer. yg 3 orang tu je yg mandi.. eja sampai semput2 la.. sampai terpaksa mengeluarkan pam semput..



tempat ni lawa tp batu batan die x berapa bersih sangat.. berlumut.. mungkin x ramai lagi orang yg berkunjung kat tempat ni




tgk la mr azan ni.. da mcm anak dugong da aku nengok. comel jek


PART 2



pas merasa sejuknye air kat lubuk tu kami sepakat nk ke lata kinjang lebih kurang 30 kilo dr lubuk tu..



masing x nak kalah tuk bergambar



cantikkan alam ciptaan Allah S.W.T aku memang terpegun.. cannnnnntik sangat n sangat cantik. pendek kata memang cantik la... lalalalalalaaaaa



tengok la pemandangan kat belakang tu







actualy kami ke bidor ari jumaat malam.. pas je aku balik keje terus bergegas ke sana.. kami semua bermalam kat mak umah kak pah.. kat bidor perak.. hurm x jauh lebih kurang 1 jam sengah je ke sane.. sbenarnya kak pah x bg blk, stay sampai mlm. coz malam tu, umah die ader wat tahlil tuk arwah adik die yg baru meninggal.. disebabkan si eja tu nak g amik mc..kene la kami balik kl ptg tu gak.. (sanggup amik mc ye u all's nak g sangat lata kinjang) lata kinjang ni x jauh pun dari umah mak kak pah ni.. lebih kurang 15 minit je. that's why la kami semua ke bidor malam tu.. bleh lame sikit kat sane. kesimpulan nye memang happy sangat.

aper kater mr. hubby: lain kali kiter bleh g lagi.

Khamis, 18 Jun 2009

kematian yg tak disangka

entry ni semalam aku x sempat nak habiskan dan terbit kan ngantuk sangat..
hari ni (18/06/09) aku g keje awal.. hajat hati nk jenguk kak pah kat floor.. g keje cam biasa la naik bas dari umah sampai klcc n then naik tren sampai kl sentral.. hurm sampai kat dang wangi tibe2 telefon berbunyi lagu ''Wanita'' ct nurhaliza.. tengok number.. number public.. so terus la angkat.. "hello"
"za akak nak balik dah, adik akak meninggal.." gulp... "hurmm... akak kat ner ni?" aku rasa cam, x cam jer suara tu.. dengar cam suara kak pah.. " akak kat public security ni.. akak nak balik da, adik akak si pini meninggal.." " akak tgu saya jap la saya dah nak sampai da ni.." hurm kak pah rupenye.. adik die meninggal.. patut la suara die sayup2 je.. tengah menangis.. sampai je kat kl sentral aku ngan laju nyer berjalan ke parking otel.. seb baik kak pah ni parking dekat2 je.. die nampak je aku.. die terus menangis.. la ni yg aku lemah ni.. bab nangis2 ni..

actualy memang kak pah ni besok nak cuti adik lelaki die kawin kat bidor.. tp nak wat cam ner kan.. majlis kawin kene tukar ngan majlis tahlil la agaknye.

sebenar nya saper2 tengok adik kak pah ni (arwah pini) mmg akan terbit rasa simpati.. semua family arwah x tau aper sakit arwah.. since arwah bersalin arwah dah kene penyakit ni.. 2 minggu selepas melahirkan anak lebih kurang setahun yg lepas arwah tibe2 x leh berjalan lumpuh separuh badan.. ok dah rasa nya berubat style cine.. yg cucuk gune jarum tu.. baru2 ni masa nak g anta abg arwah nikah kat pasir gudang penyakit ni datang balik.. last aku jumpe arwah masa 4hb 6 yg lepas.. aku ngan kak pah nak g masjid jamek cari tudung.. arwah pun nak ikut, tp larat naik ke kereta je.. sampai masjid jamek dah x larat nak jalan da.. so arwah ni dok je kat kete.. kak pah kate balik je dr masjid jamek kak pah bawak arwah ni g urut ngan jiran kak pah. ok la, sok nye leh dah jalan sikit2.. n sampai gak die kat pasir gudang..
tp x la jalan semeriah kaum keluarga yg lain.
walau macam maner pun takziah buat kak pah sekeluarga.. sabar dan tabah la dengan dugaan yg datang.. jangan sedih2 sangat nanti baby dalam perut cengeng, dah x macam muke saya..
AL-FATIHAH buat SHARIFAH ERMA SAFINI BT SYED IDRIS semoga roh nyer dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh dan solehah... amin..

Ahad, 14 Jun 2009

jangan pandang belakang congkak



sebenarnye dah masuk seminggu da cite ni keluar panggung, tp 4hb jun ari tu mr. hubby keje petang so x dapat la tengok.. just dengar je.. tp ari khamis aritu kami pakat tuk tengok citer ni.. setelah seminggu berada dipanggung masih ramai gak yg datang penuh kan sebahagian dr panggung tu.. not bad, boleh tahan seram dan amat kelakar.. adala satu part tu yg membuat aku menjerit..(terperanjat siut tibe2 je kuar makhluk tu)


ni la pelakon utama yg megharu biru kan filem ni..(memang sempoi)




ni la bunga dalam citer ni..


yg ni bomoh giler2 aku ingat kan skrip die gune jampi serapah yg bukan2, tp sama macam bomoh dlm citer jgn pandang belakng ngan congkak gak, still gune bismillah



kuman pawang penakut dalam cite ni..


ni pulak mustika a.k.a lisa surihani

memang best cite ni.. saper yg nk tgk wayang g tengok citer ni.. pasti pecah perut..

Sabtu, 13 Jun 2009

cerita pasal kek kawin


cam ni sebenarnya cite nyer..
ni la keadaan kek yg rasanya hampir 12 jam dok kat dalam bonet kereta.. kami semua menyangka yg kek ni dah hancur coz mr.hubby bawak kereta dengan penuh ke'drif'an.. sampai je kat rumah bende yg kami semua nak tengok adalah kek kawin dr kelantan.. tu lah hasil nya.. tanpa sebarang cacat celanya.. masih sama mcm baru je beli kat kedai kek.. bunga sikit pun x jatuh, krim sikit pun x tercalit kat kotak..huhuhu.. kepada pengusaha kedai kek lain kali wat la kek yg macam ni.. fit kan alas kek tu supaya kek tu x hancur bila jalan jauh..

majlis persandingan 07/06/09

malam sebelum majlis persandingan




gambar ni diambil oleh kak d.. thanks kak d. ader gak gambar kami org yg masing2 mata tgh rabak giler.. ni kat Pantai Cahaya Bulan(PCB) pas majlis akad nikah kami rehat jap dlm kol 10.30mlm kami ke PCB. naik 1 van je.. yg lain sume dah x larat nk gerak dah..


di hari persandingan (07/06/09)

ni hantaran dr pihak perempuan


ni pulak hantaran dr pihak lelaki

hantaran ni adalah ilham dr kak D sungguh cantik.. katenye masa die kawin dlu berangan-angan nk gune sangkar ni tuk hantaran tp hajat x kesampaian.. so apelagi... to der pastikan bekas hantaran ni dihantar ngan selamat kat empunya nya ye...


Raja sehari disanjung tinggi,

pusaka warisan melayu kini,

raja sehari bertitah dihati,

agar direstui perkahwinan ini

menangis syaitan yg dilahnat Allah apabila melihat anak cucu Adam membina masjid yg indah..


pengantin segak duduk bersanding.. ops.. pengapit lelaki tu sebenarnya pengapit bidan terjun(adik aku la).. disebab kan die sorang je yg pakai bju lebih kurang ngan pengantin so dia yg jadi pilihan.. control macho ye dik..


ini lah aksi2 gedik mr.hubby n wife


gambar ni kurang memuaskan.. tp aku nk gak letak kat dlm blog..


restu dari mak

restu dari abah

doakan yg baik untuk mereka ye mak.. abah.



mr. hubby pun nk merenjis air mawar gak..


pengantin bergambar bersama abang2 n adik. yg x de kat ctu abang Nuar n Azan.. buat Azan sayang la awak x der time ni.. best sangat.. (masa ni mr. azan tengah menjalani program PLKN kat pekan pahang, hurm sayang nk tinggal awek ker) ops... actually kedua-dua mempelai ni pun berkenalan di kem PLKN.. bercinta, dan terus melangsungkan perkahwinan, so harap kekal la ek..



wit family


saper perasan..? baju aku ngan adik ipar aku same kan? cume tudung jer lain








nilah kak d ngan hubbynyer(abang ipar aku).. yg di kendong tu tisha..

kalo korang rajin korang g la kat blog die http://myaelzarabatrisya.blogspot.com/ cerita yg hampir sama gak kat blog die.. cume gambar je ader lain sket. pas je majlis kami semua bergegas nk ke rantau panjang.. shopping time takut tutup coz dah pukul 4 lebih da.. shopping sampai kedai tutup.. smpai kene marah la ngan tukang kedai tu.. so masa tuk balik dah tiba.. huaaaa aku mcm nk duk je kat cni.. x larat siut nk meredah balik. naik kematu bontot asyik duduk jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget