Isnin, 31 Disember 2012
END 2012 ❤
Khamis, 27 Disember 2012
Redha Dalam Pasrah
Satu ungkapan je..
PENAT!!!
Tak sampai pun seminggu keje..
Tapi penat nye tak berbaloi dengan cuti selama 10 hari aritu..
Sekarang semua kerja kene buat sensorang..
Rasa macam nak menangis pun ada..
Apa lah dugaan ni..
Turn kak syikin dah lepas dah..
Tp turn die tak selama ini..
Bayang kan kerja yang sepatutnya 4 orang buat kene buat seorang..
EnBoss dah mula perhatikan..
Katanya nak jaga kebajikan staff..
Terima kasih ye boss..
Pagi tadi die belanja hot coklat..
Selepas..
Selepas aku dah dihempas pulaskan..
Argh....
Dengan keadaan yang tak berapa nak sihat ni..
Semuanya aku dah tak endahkan.
Malam besok ada dinner..
Macam mana aku bleh lupe yang aku ada ramai BFF yang bekerja dengan badan beruniform..
Kat situ pun dah nampak yang aku dah tak boleh nak fikir kan..
Asyik fikir kerja jer..
STRESS!!!
Ok nak bukak 'gobok buruk' jap..
Nak tengok apa yang ada dalam lemari..
Pstt... Sebenarnya dah siap stanby dah baju sekolah untuk dinner malam besok..
Tapi tetiba jer dorang bagi tau..
"Only uniform on duty"
Tengok!!!
Cuba nak memboikot kewarasan fikiran sekarang.
So apa lagi..
Tarik muncung sedepa..
Menci..
{CHINTA}
Isnin, 24 Disember 2012
Berdebar-debar hatinya.. kali pertama bertentang mata..
bila dah separuh taip.. mesti ilham untuk mengukir ayat terbang dibawa angin.. =)
Banyak benda nak cerita sebenarnya..
tapi masa dan perasaan tak berapa nak ada untuk semua itu..
entry berjimba-jimba dengan family pun tak sempat nak habiskan..

Nanti kalau ada masa semua draf pasti akan menjadi tontonan semua..
pada yang dah singgah blog yang tak seberapa ni..
ringan kan lah untuk tinggal kan komen..
Nanti tuan tanah jenguk balik blog korang.. =)
pssttt...-ok tak lagu background terbaru ni..?
kalau tak ok sila bagi suggestion muzik apa yang sesuai ok..
{CHINTA}
Rabu, 19 Disember 2012
back to the normal
Sebenarnya bukan nak tunjuk rajin pun..
Bukan enBoss baca pun apa yang aku dok ngarut kat sini..
Lagi satu..
Bukan dapat pun staff of the month..
Inilah gara-gara kerja terlampau banyak, dan semuanya aku rasa nak buat dalam satu masa.
Kesudahannya beginilah..
Semuanya nak kene submit besok..
So apalagi..
Malam ni aku lene bersengkang mata dan mulut untuk membuatnya..
Bende ni sebenarnya boleh je siapkan tadi kat tempat kerja..
Disebabkan tetiba otak aku jadi 'blur' so aku dok pandang jer semuanya sampai sudah..
Owh..
Cuti dah habis..
So.. Back to the normal..
"liza" sila jangan mimpi semuanya indah belaka..
Tak sabar nak cuti lg..
Nak cuti lama-lama lagi..
{CHINTA}
Isnin, 17 Disember 2012
keseronokan yang beronok-ronok..
I'm home already..
Yeah.. Actualy masa entry ni sedang berlangsung..
Aku masih disini. Masih dia atas katil..
Tapi Masih berada dalam udara penang..
Ok tengah 'frust' sebab tak dapat nak borong jeruk penang.
Lagi satu tak dapat nak masuk 'padang kota'..
Tempat dimana aku dan sahabat berpeleseran ketika kami ke'penang' suatu ketika dahulu..
Tak boleh langsung nak mengulit kenangan..
Sambung entry kejap lagi..
Sebab tak nak lengah-lengah kan solat yang sememang nye dah lewat sangat ni..
Promise next entry aku selitkan pic-pic yang tak berapa nak ada..
{CHINTA}
Sabtu, 15 Disember 2012
i'm here.. penang...
Ok very xcited..
Dari semalam tak tdo..
Akibat lah nnti..
Kompom mendapat mata mcm mata panda..
Dan juga jerawat berlumba-lumba nak cari udara..
Nanti saya update lagi yer..
Owh.. Selamat pengantin baru buat Maria Elena..
Cantik sangat awak dengan busana putih..
Teruja dengan pemandangan dr balkoni rumah..
Laut dan pulau..
Ya allah kau lah maha besar..
{CHINTA}
Khamis, 13 Disember 2012
Segmen *SIAPA PALING JUJUR*
- hurm... nak buat mcm mana benda dah nak jadi.. biar jer.. =(.."
- Pernah.. selalu sangat.. selekeh kan?
- Hahaa pun pernah.. lagi selekeh kan? =P
- Urm.. minggu lepas kot.. masa tengok cerita KU UNTUKMU kat astro MUSTIKA
- Entah.. tak ada kot.. hehehehe.. tak ingat lah. tp masa sekolah dulu kawan panggil GARLFIELD.. tak sesuai kan?
- Benci soalan ni.. skip lah..
- Senyap jer.. pastu buat muka.. hohoho.. marah ni bahaya tau.. boleh putus kawan..
- Matematik +math .. memang FAIL..
- ADA-ADA.. hahaha.. siap budak tu kene lempang lah.. hebat tak?
- Jatuh cinta? hehehe.. kecik-kecik lagi I dah gatal tau.. cinta monyet masa darjah 5 kot.. kah.. kah.. kah..
- Form 1.
- Sekarang I tengah Bercinta.. ni yang paling lama.. 8 tahun dan sangat berharap akan kekal sampai akhir hayat..
- Sebab? urm.. I nak someone yang boleh jaga I, yang boleh layan segala karenah I, yang tahu tangungjawab sebagai seorang lelaki.. kerja tah kemana tapi ada hati nak ajak I kawen.. SO.. pls pergi jauh dari I. Sebab itulah I putus..!!
- Pernah-pernah!! sebab I masa dulu sangat lah nakal.. hohohoho...
- termenung, termenung, dan akhirnya boleh mimpi..
- 2A3B
- I dah kawen lor.. =)
- Berangan yang I akan selalu masuk butik-butik mewah untuk bershopping, selalu pergi vacation overseas.. wah..!!!
- Stress..!! pls go AWAY..
- Tak Tau lah..
- urm.. rasa nya semua suka kot.. =)
- Bila nk bagi komen, kene tulis2 mcm sebelum kene publish.. SAYA BUKAN ROBOT OK!!!
- 3 NOVEMBER 2008... sebab ada seseorang cakap FACEBOOK ni best. tp tak ingat siapa.. terus lupa friendster
- Ikut shift keje apa.. kalau keje petang kompom tdo balik lepas SUBUH..
ok mata dah tak boleh nak buka dah.. harap korang puas hati dengan segala jawapan yang sedikit JUJUR ni.. mana bleh jujur sangat nanti kene buli.. =P
sapa nak amik-amik lah.. jangan segan silu..
{CHINTA}
Selasa, 11 Disember 2012
weh.. bila nak turun ni..
Hari ni hari pertama aku kerja..
10 hari dah berlalu..
Apa yang aku dapat?
Badan yang sangat-sangat 'SIHAT'..
Walaupun dah tahan nafsu..
Tapi tetap terlajak menahan gelora..
Hasilnya..
Lengan dah makin membesar sikit lagi seperti body builder..
Perut juga sikit maju kedepan..
Seluar?? Huh.. Mungkin lepas ni kene pakai kain batik jer..
Tak payah susah nak tukar saiz..
Main selit jer kat tepi pinggang..
Alahai..
Baju semakin banyak kene reject..
Kalau semua direject kompom kosong almari kain.. :'(
Rasanya tetiap hari pasang niat nak turunkan berat badan..
Tapi hasil nya asyik naik jer..
Tak turun pun..
Risau!!
{CHINTA}
Ahad, 9 Disember 2012
ultras malaya yg poyo..
Aku yang kat rumah ni menghabiskan kain untuk dicuci dan untuk dilipat..
Bila kamera shoot kat penyokong, enAzan mesti akan cakap..
"haaa.. Tengok ada tak Ngah tengah jerit-jerit tu..
Imposible..!
Kita tengok dia balik bawa apa..
Minggu lepas dia balik dengan suara yang serak..
Jerit habis..
Budjet suara dia boleh dengar satu stadium lah tu..
Korang tak nak g THAILAND ke weh..?
Hahaha..
{CHINTA}
Segmen : Cari Follower by Nakahime
Sabtu, 8 Disember 2012
Aku dan ketenangan..
Pendam dalam diam, tak meluahkan pada sesiapa itu sakit..
Badan dah mula sakit-sakit..
2 hari di kampung aku seperti x keruan.
Durian, rambutan..
Huh.. Semuanya menunggu-nunggu untuk di letakkan di dalam kantung perut..
2 hari juga aku kenyang tanpa makan nasi.. <- HEBAT BUKAN??
ye macam nak pecah perut aku dibuatnya..
Semalam sikit lagi nak OVERDOSE
Hanya menjamah sesuap dua..
Pinggan ku tolak ketepi..
Rugi bukan..?
Memang aku dah tak mampu nak menerima nasi.
Sebelum ianya melambak depan mata..
Baik aku undur diri..
KAMPUNG!!
Siapa kata kampung tak ada apa..
Kampung ada kedamaian yang tak boleh dapat kat mana-mana..
Percaya lah..
Ok bersiap sedia untuk meneruskan kehidupan..
Jumpa next entry..
{CHINTA}
Khamis, 6 Disember 2012
☻♥☻ = ♥
/█\ /█\
.||.. ||. ♥
Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..
♥ IÑSYÄÄLLÅH ♥
![]() |
| pic ihsan gugel.. tq enGugel |
sejak akhir-akhir ni aku memang suka berbloging sendiri..
meluahkan apa rasa hati..
melempiaskan semua keraguan diri..
ya.. mungkin kamu tak berapa selesa dengan segala rintihan nurani..
kerana tak semua faham kenapa diri ini..
aku tak punya kawan sebaik jari jemari..
yang patuh mengikut apa kata diri..
menaip apa kehendak naluri..
aku hanya punya satu keyboard usang yang sentiasa bersedia di lambung tinggi..
yang akur kehendak hati..
yang mengikut semua rentak jari.
maaf andai segala entry mengubah persepsi..
mengundang kontroversi..
ini lah dunia ku yang makin sebati..
Segmen: BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA
PULAU PINANG.. aku datang.. tunggu..!!!
"Minggu lepas gi Pulau Pinang.. first time pergi so xcitedlah.. sampai naik feri pergi pulau.. sampai sane xtahu nk kemana.. bukit bendera xder yang menarik sangat pun.. bukit feringgi.. lg.. entahlah.. mkn nasi kandar cni pun lebih kurang same jer.. nak soping jeruk mmg x ar..ptg tu mkn cendol pastu tanya pakcik cendol tu mn lg tempat yg menarik.. org sane sendiri ckp cni x de apa yg menarik sgt setakat tunggu pesta buah xthu bile ada lagi.. biasa2 jer..tp yg suke hal2 sejarah sesuai lah ke cni.. bayanghkanlah if pelancong asing bertanyakan hal yang sama n jawapan yang sama diberikan pakcik tu.. PULAU PINANG? "
AYAT2 itu adalah copy dari salah seorang pengunjung PULAU PINANG, kejadian berlaku minggu lepas..
Kali pertama aku jejak PULAU PINANG 8 tahun lepas..
Berani mati pergi gather-gather dengan kawan baik..
hanya kami berdua..
ulang balik HANYA KAMI BERDUA..
Naik bas dari KL, sampai sana naik feri, <-first time naik feri pulau pinang.. mmg rasa sangat JAKUN..
pastu tanya orang nk stay kat mana..
dah lah dr jeti nak ke Bandar kene naik BAS..
so kami decide redah jer..
huh.. masa dah sampai sana hati memberontak sangat nak balik..
tapi...
tak kan baru sampai dah nak balik kan..
MUSTAHIL..!!!
Stay kat sana 3 hari 2 malam..
Dalam pada mula-mula nak balik tu, dapat lah pakej 3 hari 2 malam kan?
BEST? entah lah.. tak tau nak cakap..
mungkin best sebab aku jalan2 ngan BESTIE kot..
Perkara yang paling GILE yang pernah aku buat..

SO!!
Next trip ke Pulau Mutiara..
Harap tak menghampakan..
Tunggu yer..
{CHINTA}
Rabu, 5 Disember 2012
Kesempurnaan
kerana kita sendiri tidak akan pernah sempurna
tetapi carilah seseorang yang mempunyai kelebihan pada kelemahan diri kita
dan mempunyai kelemahan pada kelebihan diri kita..
dan sesungguhnya disitu lah terletaknya
KESEMPURNAANKerana saling melengkapi antara satu sama lain
hidup bagai bayang-bayang,
sentiasa mengekori kemana sahaja kita berlari..
percaya pada diri sendiri bukan pada siapa bayang-bayang kita..
PELANGI SENJA

Kadang-kadang kita tak sedar,
Orang yang kita tak pedulikan,
Sayang gila kat kita..
Kadang-kadang kita tak sedar,
Kita terlampau sayang kat orang tu,
Sedangkan dia selalu sakitkan hati kita,
Dan kita tak pernah sedar,
Yang kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita..
Dan kita bukanlah sape-sape untuk buat orang menyayangi kita,
Macam kita sayang kat dia,
Sebab kita cuma manusia yang mampu membuat satu mimpi indah yang sukar untuk menjadi kenyataan..
#lovelife*
{CHINTA}
#KU UNTUKMU#

Pic tasik kenyir hasil rompakan dari profile pic whatsap seseorang..
Saya tahu awak tak berapa setuju saya merompak..
Terima kasih sebab faham saya..
Ok..
Hari ke-5 bercuti sendirian..
Tanpa ada menemani disiang hari..
Yes...
Rasa macam nak gila pulak..
Senyum dan sengih sensorang..
Ok mata masih lagi bengkak disebabkan menangis hasil tontonan telemovie adaptasi novel ke drama.. *KUuNTUKMU -AISYA SOFEA..
Malam tadi kat Astro Mustika..
Terbaik..
Atau aku yang feeling habis..
Owh tidak..
Novel tu pun memang sedih..
Para pelakon..*Remy Ishak, *Johan Ashaari, *Dira Abu Zahar..
Gile tak menangis kau..
Dengan muzik latar *Pelangi Senja dr stacy..
Perghhh dengan laju air mata ini menitis..
Yang tak best nye..
EnHusband siap gelak lagi.. "abg dah cakap, cerita ni sedih.. Nak jugak tengok.."
Sambil buat muncung kedepan..
Gaya lagak Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang..
Ok lah hari ni saya ada misi dan visi..
Yeaaa..
Harap semua menjadi..
Bye
Jumpe next entry..
{CHINTA}
Selasa, 4 Disember 2012
istanbul aku datang...
Yes..
Marathon movie..
Oleh kerana tak ada apa nak buat..
Aku decide buat marathon movie..
Lepas sengih sensorang dengan keromantikan 'adam mukhriz'..
Aku dah hilang punca..
Maklumlah siaran "HBO" xtau bila akan.dapat..
Disebabkan terlampau banyak sangat 'pirated' CD kat rumah ni..
Sampai ada yang tak tengok langsung..
Aku.. Merajinkan diri meng"ON"kan DVD player..
Sesiapa yang tak tengok lagi filem "IStanBUL AkU DataNG" pi cepat-cepat tengok..
Terbaik lah.. Thumb up!!!
Fuh besok nak kene repeat balik..
Hensem gile tomok dalam citer tu..
Cantik lisa dress up..
Owh.. Beto buat aku jatuh hati kali...
Arghhhh dia betul2 buat aku angau..
"bila dua jiwa dah bersatu..
Fuh...
Nangis dalam sendu..
Kejap -kejap aku sengih sensorang..
Pastu air mata aku menitis
Tengok betapa keberkesanan cerita tu..
Sampai aku soh korang pi tengok..
Tak rugi weh..
Tak rugi kalau korang jiwa-jiwa macam "BETO"..
Arghhh beto lagi..
Ok lah.. Nak tdo..
Jumpa next entry k..
Nite.
{CHINTA}
Ahad, 2 Disember 2012
'Aku' dan Kehidupan..
Yer..
Perjalanan hidup seorang yang bernama 'aku' tidak lah seberapa menarik sepertimana kehidupan orang-orang disekeliling nya..
Melalui liku-liku kehidupan dari seorang budak kampung yang berhijrah ke kota metropolitan..
Kota besar yang memerlukan kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal..
Dan ini lah 'aku'..
Tak tahu sampai bila boleh bertahan dengan semua lakonan-lakonan khurafat manusia kota..
Kehidupan yang agak mencabar.
Betul!!
Kadang-kadang 'aku' lupa siapa sebenar dirinya..
Lupa mana asal usulnya..
Lupa segala tentang kehidupan peribadi..
Itu andainya 'aku' terlalu taksub mengejar urusan duniawi..
Andai pencipta menarik balik segala pinjaman duniawi ini..
Agaknya apalah ada nya 'aku'
Menongkah arus pembangunan..
Seperti mengharung arus yang sangat deras..
Andai tahu mengemudi..
Sampailah ke destinasi..
Andai tak..
Lemas lah hingga ketepi..
Andai nya terlihat isi hati..
Andai nya boleh terlihat naluri diri..
'Aku' dah tak mampu dengan semua permainan ini..
Permainan yang terlalu banyak kotak kosong dari realiti..
Terlalu banyak manusia bertopengkan kebaikan diri..
Selagi mampu 'aku' akan sentiasa senyum walau hakikatnya hentaman kuat melantun-lantu di dalam diri..
Demi menjaga hati semua yang ada disisi, 'aku' harus menguatkan emosi agar sentiasa tidak ada yang terguris dengan lakonan bersahaja 'aku'
Hidup umpama kapal terbang kertas..
Terbang tak berkemudi..
Bila-bila akan jatuh menyembah bumi..
Seandainya gerimis tak menundukkan ia..
Lajulah ia menyusur angin..
Berwaspadalah..
Boneka ada dimana-mana..
Kita yang perlu membezakan mana satu palsu, dan yang mana satu perlu..
Pengatur ada agendanya tersendiri..
Kita umpama mesin..
Bila-bila boleh dirosakkan dan terosak..
'aku' selalu leka dengan bicara..
Terkadang sehingga tak tahu bagaimana mahu menyusur pergi..
Maaf andai 'aku' melebih bicara..
{CHINTA}
Sabtu, 1 Disember 2012
Jangan Salah kan IBU mengandung, tapi salah kan anak yang tak sedar diuntung!!


Khamis, 29 November 2012
entry GERAM!! ;-)

Bila pasukan Harimau Malaya kalah..
Korang booo..
Salahkan orang ni..
Salah kan orang tu..
Tak ada semangat kesukanan langsung..
Apa korang ingat bila sekali kalah, selamanya akan kalah ..
So apa lagi set date ngan time bila nak buat tarian 'GANGNAM STYLE' sambil free body..
Nak buat kat pavillion..
Dik kau tau ke pavillion tu kat mana?
Cakap macam tak ada akal..
Macam budak kecik baru bercakap..
Duduk tengok sudah lah..
Tak payah nak janji sampai mengaibkan diri sendiri..
Lepas Harimau Malaya bantai LOAS 4-1..
Kau sibuk kata FACEBOOK kau kene Hack..
Kene hack dengan sape..?
Weh ni rakyat sekalian tengah menunggu kau punya sketsa ni..
Aku tengah dok tunggu je ni..
Berita ke, kat dalam paper ker, dengar kat radio ke..
Cerita tentang..
"seorang lelaki memotong 'ANU' akibat kemenangan 'Harimau Malaya' 4-1 bertemu LOAS..
Ramai betul peng"hack" kat MALAYSIA ni kan?
Korang tak payah lah buat PUBLISITI MURAHAN..
Bukan boleh buat duit pun kat korang..
Buat malu mak bapak jer..
Rentikan lah semua tu..
Majulah sukan untuk negara..
{CHINTA}
Rabu, 28 November 2012
“Aku lagi kenal dia”
Aku lebih bengis dari sang naga
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Tapi bisa nangis semata demi cintaSelepas video 150 juta jadi bahan tontonan..
aku tersentuh dengan satu klip video..
"apabila belacan FYNN JAMAL sudah sampai"
FYNN masa first time tengok video ni..
sumpah air mata mengalir tengok Fynn xcited dapat semua barang tu..
Owh.. alangkah bertuah nya badan..
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
kata-kata yang menyentuh jiwa,
tak hipokrit,
ayat yang sangat bersahaja..
semoga berjaya FYNN..
{CHINTA}
Isnin, 26 November 2012
kacak dan cantik
urgh.. dugaan betul.. bila duduk rumah sorang-sorang..
pastu hujan turun dengan lebatnya beserta kilat dan petir sambung menyambung..
pastu hati rasa sangat sayu bila rasa diri tak dihargai..
huh.. gedegang langgar pintu kaca.. <-ini sakit..
#Kita nampak perempuan lemah, sikit-sikit menangis. Sebenarnya perempuan kuat, dia menanggung kandungan 9bulan 10hari. Sila respect perempuan#
saja kasi highlight.. biar orang nampak sikit apa yang saya tulis..
hati masih lagi membengkak..
gara-gara sentapan dari seseorang.. <-pastu dia bole buat dek jer bila saya ungkit balik pasal ni..
"U akan tahu siapa sebenarnya perempuan kalau U dah betul2 kenal perempuan.."
I masih ingat apa yang U cakap kat I tu..
susah nak lupa..
{CHINTA}
#Meletop lah papa Bil Ni
{CHINTA}
*Landasan Cinta*
Bangun tdo pagi2 sebab nak tengok cerita "LANDASAN CINTA"..
Best layan..
Cerita minah kilang yang bercita-cita nak couple dengan mamat pilot..
Korang kalau nak tengok p cari kat tonton.com.
Terbaik..
Urghh..
Mungkin minat secara diam-diam kat Shah jazel kot..
Pastu lakonan bersahaja tasha sheila..
Buat drama tu berkesan dalam hati..
Ecehcehhhh..
Pas dah habis boleh sambung tdo balik..
Wah best nyer duduk rumah..
{CHINTA}
-entry kilat-
Entry tengah malam..
Td dah tidur..
Pastu terjaga sebab dapat mimpi ngeri..
Cepat-cepat sedarkan diri..
Sambil cakap.. "urghh.. Ini mimpi2x"
Nasib baik terjaga..
Gerun nak ingat..
Hope semua nya ok..
Now susah dah nak tidur..
Takut mimpi datang kembali..
Nonsense kan?
Mata ngantuk dengan hati yang sangat sakit..
Owhhh itu sangat pedih..
Pls stop it with your stupid attitude
{CHINTA}
AKU & HATI
kita beLajar meLupakan seseorang yg meLupakan kita..
kita beLajar memaafkan semua yg mnyakiti kita..
kita beLajar untuk jadi yg terbaik untuk org yg kita sayangi..
tapi sesuatu yg tak bisa kita pelajari iaitu
"harus beLajar tersenyum disaat org yg kita sayangi menyayangi org Lain''
Itu kelihatan indah tapi menyakitkan.
{CHINTA}
#YIHS
Rabu, 21 November 2012
Bisikan hatiku..
Disaat mereka bersuka ria pasti ada yang menderita..
Disaat mereka yang menderita pasti ada yang lagi yang terluka..
Allah tak memberi seandainya kita tak mampu untuk menghadapinya..
Ya Allah..
Kau kuat kan lah hati ku sepertimana kau kuat kan hati mereka.
Aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi..
Aku redha andai ini yang dah tertulis..
Yang dah direncana kan oleh Mu sejak azali..
Berikan dia dan mereka kebahagiaan yang diimpikan..
Satu kan hati dia dan mereka sepertimana yang mereka harap kan..
Kurniakan dia dan mereka kasih sayang dan kerinduan yang berpanjangan..
Leraikan segala segala kekusutan yang ku rasa Ya Allah..
Aku tahu kau maha mendengar lagi maha mengetahui segala apa yang aku lalui..
Sedih ku.. Pilu ku..
Seandainya senyumku boleh membuatkan orang lain tersenyum tanpa menyakitkan hati sesiapa..
Kau ukirkan lah..
Biar semua orang rasa bahagianya senyuman ini tanpa mereka tahu apa yang ada dalam hati..
Seandainya tawaku menghiburkan orang lain tanpa menguriskan perasaan sesiapa.kau hilaikanlah..
Biar semua orang rasa kegembiraannya..
Maaf andai emosi menguasai diri..
Hati ini dah terlalu sendu..
Maaf jika terguris..
Hati ini dah tak mampu..
{CHINTA}
Sabtu, 17 November 2012
♥ Tentang Rasa ♥
"Semalam
awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang
saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa
itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah
saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba
menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup
saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai
takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih
sayangkan awak.
Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah
jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu
lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya
setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke
syurga "
~petikan dari SOMEONE~
Jumaat, 16 November 2012
Al-Fatihah untuk mereka..

Ternampak ni tadi kat laman muka buku..
Terus hati rasa sebak sangat..
Kita kat sini..
Untuk gather-gather satu family mesti open table, tengok movie kat Astro First,
Buat family trip..
Tapi mereka..
Takziah pada mangsa..
GAZA: 13 penduduk Palestin disahkan mati syahid, manakala 120 penduduk lagi tercedera dalam serangan pesawat udara.
ISRAEL: 3 Penduduk Israel terbunuh, 5 cedera terkena 'rocket launcer' dalam serangan balas.
MALAYSIA: Sekarang jarum jam menunjukkan 2.20am. Ramai rakyat tengah tidur dengan lenanya.
[sumber FB]
SELAMAT MALAM MALAYSIA..
bersyukurlah kerana anda semua boleh tidur dengan sangat lena tanpa memikirkan dentuman peluru berpandu dan serangan senjata.. Sayangi lah keamanan yang kita ada.
~PEACE~
{CHINTA}
Khamis, 15 November 2012
suami vs lelaki..

EnHusband hantar pic ni melalui Whatsapp..
Terus pecah perut..
Siannye..
Inilah jadinye kalau si isteri bekerja di waktu Public Holiday..
Bukan tak ada makanan..
Tapi maggie juga yang dicari..
Karipap ada dalam peti sejuk..
Tinggal nak panas kan jer dalam kuali..
Mungkin ini yang paling senang..
Koyak n tuang jer air panas..
Alahai suami..
{CHINTA}
Rabu, 14 November 2012
cinderella
Korang tengok cerita ni..?
Mula-mula tengok macam mengarut je..
Siap kene gelak ngan ngan enHusband sebab dia kata cerita ni sangat2 mengarut..
Kalau sebelum ni mmg tak pernah miss..
Sebab bila hari selasa je mesti kene kerja shif 9am-6pm..
Tapi semalam terus kene kerja petang seminggu..
Ulang balik seminggu..
Nasib baik kena g kerja sendiri 2 hari je..
Hehehe.. Selebihnya cuti..
Malam tadi sampai je rumah terus on TONTON.COm..
Layan cerita tu..
Kalau nak tau..
Menitik lah air mata tengok si Leha tu kene buli dengan Lorna..
Menjadi betul watak yang Zaharina tu bawak..
Itulah puncanya malas nak layan drama bersiri ni..
Jadi addict..
Tak sabar dah rasanye nak tunggu episod seterusnya.
{CHINTA}
ANAK NO 2
ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
(urm.. rasanye tak kot.. sebab saya lah yang paling x rapat ngan mak.. asyik x sependapat je ngan mak.. )
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
(yang ini saya sikit setuju.. kalau saya kata saya nak.. saya nak lah.. tak kirelah dapat besok nye ke.. lusa ke.. tulat ke.. mesti kene dapat gak. Tapi ada juga part2 yang boleh ditolak ansur..)
TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (hehehe.. 101% itulah saya.. macam mana ek nak pujuk orang ek, cer ajar sikit kat saya... ) aya
BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
( Saya tak nampak lagi apa pengorbanan saya dalam bercinta, cuma pengorbanan saya.. saya terpaksa merelakan hati saya dengan pemergian baby saya.. )
HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
(Oh yang ini.. kadang-kadang kesian jugak dengan enHusband nak buat macam mana.. ini lah saya...)
HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
(Ya.. jangan tegur saya kalau saya tengah marah, tapi saya cepat kesian kat orang. so jangan buat muka kesian kat saya)
BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
(ermmm.. tengok pada keadaan jugak. .)
ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
(Bukan tak boleh berkerja dengan orang, tengok cara arahan diberilah.. kalau main arah macam die bos besar tak per lah. ni yang mengarah pun 2x5 je KULI macam saya, SAY NO lah..)
PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
(Iye.. saya bila marah kejap jer.. mana yang cepat sentap tu je lah mungkin rasa saya ni teruk.. bila dah surut marah saya, semua orang saya maaf kan.. bila dengan staff saya suke tanya dorang dah makan ke belum.. so kalau dorang belum makan saya cover lah mana yang boleh cover.. )
PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
(Yes.. tapi tak der lah up to date sangat.. ikut pada kemampuan lah. tp saya sentiasa berangan-angan KALAU LAH SUATU HARI NANTI...)
Isnin, 12 November 2012
hati tersakiti.. :-)
SantapanMinda: Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Kadang2 harapan yang tinggi mengunung boleh memusnahkan cita-cita..
Sesi bersoal jawab mengenai cita dan cinta..
Sikit mencabar..
Alahai...
{CHINTA}
Selasa, 6 November 2012
percubaan sedikit menjadi..
Saje je nak share ngan korang semua tahap kerajinan, sampai boleh buat kuih yang saya rasa begitu mencabar.. Kui..kui..
Pic pertama saya buat minggu lepas..
Agar-agar oreo+milo..
Resepi amik kat my resepi..
Banyak giler resepi yang senang-senang kat sane..
Cume nak ngan tak nak je buat..
Pic kedua adalah puding mangga..
Alah mesti korang cakap "buat bende senang pun nak kecoh.."
Off course saya kene kecoh sebab saya ni bukan lah terror masak sangat..
Makan luar saya terror lah..
Oklah..
Agar-agar oreo+milo.. Tak berapa menjadi..
Sebab saya tak reti nak tuang air banyak mana..
Tapi habis lah jugak..
So..
Sape nak sila google resepi..
Sebab saya pun google resepi sendiri..
Hehehe.. Selamat mencuba..
{CHINTA}
Isnin, 5 November 2012
Lunch yang mencabar..

Semalam sesi berjimba bersama enHusband..
Memandangkan hujan mencurah-curah membasahi bumi, hajat untuk lunch pizza terpaksa dibatalkan..
Bila hujan dah beransur reda..
Hajat nak makan JM Beriani kat Tesco Ampang pula membuak-buak..
Tetapi.. Hujan macam tak bagi je kami merasa kehebatan JM Beriani tu..
So..
Decide balik nak makan pizza kat AEON Setiwangsa..
Pusing n terus ke sane..
Bila dah masuk MRR2 hujan dah berhenti..
Memandangkan kami semua nak pergi amik barang kat rumah adik enHusband..
Saya cadangkan kami lunch terus je kat Giant..
Yeaaa lunch yang sikit mencabar..
Mana tak nya..
Sampai kat giant tu hujan turun balik..
Nak cari parking punye lah susah..
Bila dah dapat parking..
Nak cari tempat duduk nak makan pulak satu hal..
Haissshhh...
Itulah kalau beli lauk siap-siap bleh makan.kat rumah..
Tak payah nak tunggu orang bangun dari tempat duduk baru bleh makan..
Tension kejap..
Urm..
Nak jugak rasa JM Beriani yang pnAju cakap best tu..
Alahai..
{CHINTA}
posted from Bloggeroid
Ahad, 4 November 2012
Tet..tet..

Hehehe.. <- senyum sumbing sambil perah otak nak update blog..
Phweee..
Lamakan tak berusik..
Tapi jangan risau saya tiap-tiap hari tgk blog korang-korang yang update entry..
Cuma saya jer tak berapa nak rajin mengupdate..
Ok..!!!
2x game chelsea kecundang..
Sejak drogba tak ada, dah tak ada mood nak tgk..
Korang tgk walimatulurus FK&DD?
Ada moto scrambler kan?
Hurm.. Hantaran tu..
Hebatkan?
Orang bagi Merz, BMW,
Dorang..
Best-best..
Minggu depan xbf nak kawin..
Dah ajak dah enHusband pergi..
Hohoho.. Dia bukan xbf lah..
Dia kawan lelaki saya.. <- arg.. Kan sama.. Cuma pemahaman jer yang berlainan.. Huh!!!
Agak2 kalau saya pergi dia kenal lagi tak kat saya yang dah gumuks ni.. Urmmm..
Sian saya..
Td BFF pun cakap saya dah gumukss..
Owh hari ni cuti..
So decide nak pergi TUPPERWARE wangsamaju..
Tapi hujan pulak..
Terus tertidur..
Jumpa BFF kat AEON setiawangsa jer..
Dia bagi free gift untuk ahli baru macam saya..
Eh korang kalau nak beli tupperware bg tau eh.. ;-)
Kat dapur tu semua dah tukar ke brands TUPPERWARE..
Ok lah mata dah nk lelap..
Hujan-hujan ni..
Sedap tidur..
Permisi dulu yer..
{CHINTA}
Jumaat, 26 Oktober 2012
Qurban Qalbu..
SALAM AIDILADHA..
korang banyak makan daging korban?
Untung lah dapat makan daging korban..
Saya..?
Kalau makan buat penuh ward je nanti.
Pelik.. Kenapa saya tak boleh makan daging fresh..
Rugi betul!!!
Pagi tadi saya bawak pergi kerja kuah kacang dengan nasi impit..
Itu je lah yang saya mampu bawak memandangkan semalam saya kerja petang..
Kuah kacangnye sejuk.. So saya keluarkan kuah kacang tu dalam jam 10 lebih.. <-tunggu kafe bukak sebab nak panaskan dalam microwave.
Bila dah panas baru saya pelawa kawan-kawan yang ada kat opis..
Bila dorang tanya saya siapa buat..
Dan saya cakap "saya lah yang buat.."
Boleh seorang pun tak percaya..
Haissshh.. Yang tak tahan tu siap tengok tangan..
Dorang cakap.. "tangan cantik bersih macam ni buat kuah kacang..? Akak sikit tak percaya.."
Alahai lah korang..
Sikit pun dorang tak nk percaya yang itu adalah hasil pembuatan tangan saya.. <- memang bukan pun. Kuah kacang tu enHusband dapat dari supplier. Supplier bagi 5kg..
Giler memikir macammana nak bagi perabis 5kg kuah kacang tu..
Yang kelakar nyer..
Bila ada yang rasa kuah kacang tu, dorang cakap.. "urm.. Sedap, rasa macam kat kafe.."
Hahahaha.. Memang lah rasa sama.. Supplier nyer sama..
Saya nak masak.. Tapi..
Sebab tu lah saya suruh enHusband balik kampung.. Dan saya sanggup tidur 3jam je.. Back to back der..
Ok perut dah lapar..
Nak makan nasi impit ngan kuah kacang..
Hasil buatan tangan saya.. Hahahaha..
Tak boleh blah langsung..
{CHINTA}
Selasa, 23 Oktober 2012
seringgit..dua ringgit.. arghhh duit punya pasal..
Korang pernah stress tahap cipanzi sampai krem perut tak?
Haaa.. Hari ni saya dah melalui saat2 getir ke'stress'an sampai rasa nak muntah..!!
Sumpah..!!
Memang nak muntah..
Nak buang air kecik..
Nak buang air besar..
Semua bersatu menjadi satu..
Tapi yang paling jahanam sekali semua tu tak dapat saya lunaskan..
Huh!!!
Diatas kelalaian diri sendiri..
Huh.. Kenapalah saya tak check betul2..
Nasib baik ada enBoss yang sabar melayan saya..
Kalau tak melayang duit gaji setengah bulan..
Hadoiii... <-kesat air mata jap..
Jam 8 mlm baru keluar office..
Mana tak stress..
EnBoss dah lama tunggu..
Sampai dia cakap.. "awak ni dah sampai had limit ni"
Siap suruh sabar lagi.. <-kesat air mata lagi..
Sumpah kecut perut..!!
Lepas semua settle..
Lari-lari masuk toilet..
Segera melunaskan segalanya..
EnBoss geleng kepala, sambil senyum..
Mesti dia cakap.. "Ya Allah, teruknya staff aku ni"
{CHINTA}
Isnin, 22 Oktober 2012
Pernah Terfikir tak?
1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.
2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?
3. Berapa kelajuan kegelapan?
4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas
untuk melihat hal-hal di bawah?
6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu,
7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!
8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?
9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?
10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?
reebot dah jadi taufan!!
Selamat pagi..
Arghhh.. Pagi isnin yang sejuk..
Hari ni enHusband kerja separuh hari..
Disebabkan dah beberapa hari meluangkan masa bersama..
Jadi hari ni masa dia bersama rakan seperjuangan meng'hangout'kan diri..
Mana lagi kalau tak baling bola bowling..
Main bowling pagi-pagi..
Adoii.. Baik tidur kan.
Punya lah nak main happy hour+murah sanggup bangun pagi-pagi.. <-baik tdo lagi bagus..
Layan kan jelah..
Saya..? Nihaaa.. Masih diselimuti sambil memegang handphone yang dah mula buat hal..
Kenapa...?
Pernah meributkan handphone anda?
Haaa.. Malam tadi saya dah pun meributkan handphone ni..
Habis semua aplikasi2 yang ada hilang..
So BACK TO NORMAL..
Sekarang macam gune handphone baru.
Kene explore semua macam mula-mula.dapat handphone.. :-(
Sedihkan..!!!
Ni yang buat stress tahap cipanzi ni..
{CHINTA}
Sabtu, 20 Oktober 2012
wajib baca ok!!
tadi jalan-jalan kat rumah-rumah orang..
cantik-cantik semua..
sekarang tengah makan..
sebab masa jalan-jalan tu sorang pun tak hidang air..
dahaga+lapar.. =(
sian kan?
ok jalan-jalan dapat info.,
info macammana nak buang words verification kat komen.,
saya tahu korang yang singgah mana-mana blog mesti nak bagi komen-komen sikit kan?
cepat-cepat kita buat sama-sama biar ramai yang singgah blog kita bagi komen., ok korang pas ni rajin-rajin lah tinggalkan komen yer..
terima kasih nurul aini..
{CHINTA}
Khamis, 18 Oktober 2012
nak cantik punya pasal..
Hari ni rasa ditempat kerja sekejap je..
Rasa baru je masuk..
Dah lunch..
Rasa baru je lepas lunch dah jam 5..
Banyak sangat ke kerja?
Urm.. Kompius kejap..
Tadi dok sibuk2 adalah seorang kakak ni..
Tak tahu nak kategorikan 'sketsa' dia ni apa..
Sama ada perli, betul2 atau saje je nak duga hati..
Korang tahu tak produk yang 'Adira Af' tu pakai..
Selain adira.. Rita rudaini pun guna jugak..
Ala produk *#&*ta tu..
Habis muka dia mengelupas..
Saya cakap.."kalau orang tanya akak.. Kenapa.. Akak nk jawab apa?"
Akak tu cakap " akak cakap lah akak mandi laut, habis kulit muka akak terbakar.."
Jawapan yang boleh diterima akal..
Ok sesi soal jawab dah habis..
Tapi ada satu yang saya gelak sampai menangis..
Tapi saya terfikir sampai sekarang adalah..
'kakak' ni, dah ada anak 4 orang..
Yang sulung perempuan dah boleh harap masak nasi dah..
Dah besar kan..?
Dia tanya kat mama die ['kakak' kt tempat kerja saya tu..]
"mama beli ni berapa?"<-ciri-ciri bz body mcm mak die ada sedikit kedengaran..
"RM#%&.00" <-mak dia jawab.. tengok betul2 harga produk kecantikan tu. SA_PULUH_RATUS
Kakak tu ckp.. Anak dia tanya tu je..
Yang buat kakak tu panas telinga dengan panas sedikit hati..
Adalah...
Anak dia buka mulut lagi..
"mama.. Kerajaan selangor bagi air free kat kita. Tapi mama buang duit ratus2 beli brg mahal2. Kalau mama ambil "wuduk" muka mama lagi cantik.." <- gedegang langgar pintu kaca, sampai retak..
Lagi..
"ustazah kat sekolah cakap tak guna beli alat produk mahal2 tapi tak amik 'wuduk'.. Tak doa kat Allah.."
Kakak tu cakap "aku kene kuliah.. Dengan anak.sendiri.. Adoilah.."
Sambil tahan telinga pulak dengan gelak tawa kami satu opis..
Sumpah makan dalam!!!
Sampai sudah teringat cerita kakak tu..
Alahai..
{CHINTA}
Rabu, 17 Oktober 2012
Isnin, 15 Oktober 2012
Bila terucap 'AKU TERIMA NIKAHNYA'
Korang tau tak cerita 'AKU TERIMA NIKAHNYA' tak langsung menitiskan air mata yang mudah luruh ni..
Uhhh.. Pelik kan?
Bila baca komen-komen pasal cerita ni, boleh dikatakan semuanya menangis..
Owh.. Hati ini dah kembali keras ke?
Atau cerita ni memang langsung tak menyentuh hati.. <-arghhh kompius mak nok!!
Cuma..
Tang satu part tu yang tersentuh..
Cuma tersentuh je, tak sampai lagi menitis..
Korang pulak macam mana?
Nanti ada 'LAGENDA BUDAK SETAN 2'
tak sabar pulak nak tenggok..
Berjaya tak cerita tu menumpahkan air mata ini sepertimana 'lagenda budak setan 1'
{CHINTA}
Ahad, 14 Oktober 2012
Anugerah buat kita..
Betul kata sahabat.. Saya memang perlukan teman masa saya rasa sangat down..
Tapi bukan semua orang boleh jadi seperti sahabat..
Sanggup susah, senang, gelak, menangis segalanya bersama..
Senyum saya senyum lah dia..
Esak saya esak lah dia..
Jatuh saya jatuh lah dia..
Sakit saya sakit lah dia..
Saya ingat pesan dia..
Bukan semua orang sanggup berada di belakang saya untuk menyokong..
Tapi mereka berada di belakang saya untuk menikam, membenam serta menjatuhkan saya secara perlahan..
Dilahirkan untuk bersahabat..
Dibesarkan untuk mencari sahabat..
Tapi..
Kadang-kadang rasa sakit itu perlu untuk kita belajar..
Tapi rasa sakit itu juga kadang-kadang buat kita rosak.. Rosak minda, perasaan, dan akal..
Ya perasaan yang membunuh segalanya..
Membunuh rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta, rasa rindu..
Semua rasa yang dianugerahkan buat kita..
{CHINTA}
kenangan itu indah..
Saya baru jer berchating dengan sahabat lama kat laman sosial..
Actualy x-boyfriend masa zaman nak naik dulu..
Sumpah kelakar giler bila kami imbas kembali detik2 mengedik masa tu..
Alahai...
Syukur jodoh kami tak panjang.. <-sambil tadah tangan tanda bersyukur..
Kalau lah ada jodoh kami..
Shoooh.. Pergi jauh-jauh..
Jangan bayang kan apa2 pun..
Sangat tak sanggup..
Pheew.. <-kesat peluh kat dahi kejap..
Tutup buku!!
Kenangan itu indah..
Bila ada yang sama-sama rasa betapa berharganya kenangan lalu..
{CHINTA}
Jumaat, 12 Oktober 2012
sambil kira anak biri-biri..
Rasa bosan plak duduk rumah..
Semalam ada gak kawan gaduh..
Hari ni.. Urm..
Dah berapa kali dah keluar masuk bilik ngan dapur..
Still macam tu..
Kenapa tak ada perubahan..
Urk.. Bosan tahan power rangers dah ni.. Aiyakkk.. !!!!
{CHINTA}
Battery low!!
Dah lama tak mc..
Sekali saya mc..
3 hari saya pulun mc.
Manalah tau mc 3 hari dapat pulak staff of the month.. ;-) <- ini memang betul2 berangan..
Saya ada lagi balance mc 10 hari..
Ok boleh bahagi sama rata sampai hujung tahun..
3 hari duduk rumah bergelumang dengan ubat-ubatan..
Hais.. Saya diberi pilihan..
Ubat @ sakit..
Kalau boleh 2, 2 saya tak nak..
Tapi apakan daya..
Semalam call enBoss..
Nak sambung mc lagi..
Dia cakap... "rugi awak tak datang kerja hari ni" <-motif?
Ok lah malas nak fikir apa motif die cakap macam tu..
Sebab saya dah malas nak fikir pasal orang..
{CHINTA}
Isnin, 8 Oktober 2012
Yeaaaaa...!!!
Boleh bangun lambat..
Dan boleh berjimba-jimba lagi..
Pagi-pagi selepas terjaga nak g toilet sempat bisik2 kat enHusband "hari ni kita g jalan-jalan lagi yer." -sambil tarik selimut sambung balik tidur.. :-P
Owh..
Cerita semalam <- tengok kan saya dah cakap saya memang suka cerita hal semalam..
Semalam sesi jejak rumah mak sedara ebHusband.. <-adik sebelah fil.
Sangat menguji kesabaran.. <- padahal area wangsamaju jer.. Mgkin sebab banyak sangat 'seksyen' kot. Dah rasa macam nak balik dah.. Tapi thanks god..
Sebab enKawan bagi direction yang sangat2 mudah..
Ok nanti saya belanja awak kat kafe..
Dapat makan nasi ayam yang sangat best..
Sampai hari pun saya rasa nak makan nasi ayam jugak..
Haisss kedai nasi ayam "mash" t utup plak.. <-baru nak repeat makan nasi ayam..
{CHINtA}
posted from Bloggeroid
Pembantu rumah..
Berhabuk!!
Sampah merata-rata..
Owh lupe letak tong sampah..
Phweee.. Peluh merecik sana sini..
Nak kemas rumah luahan hati jap..
{CHINTA}

posted from Bloggeroid
Ahad, 30 September 2012
Sila ambil perhatian...
Test jek..
Tetibe plak blogroid buat hal kat hp ni.. Potong stim btul..
{CHINTA}
Khamis, 27 September 2012
Cerita sana Sini.. <-ada budjet macam artis tak?

ok gara-gara Bandi amuk.. kami suami isteri terlena sampai ke tengah hari pada hari isnin yg lepas.... nasib baik saya tak keje.
enHusband terpaksa melayan mata.. ambil Half day..
sila jangan tiru macam saya!!!
Kalau tidur kompom malam nanti tak boleh tidur..
Hari ini balik awal dari biasa..
Balik sendiri tanpa enHusband.. <-biasalah bila hujung bulan mesti kene jaga diri sendiri turun naik tren & bas..
Sebenarnya nak layan cerita JULIA tv3..
Dah 2 hari tak tengok dah..
Nak amik feel, manalah tau terjejak kaki kat KOREA tu..
Boleh 'berGANGNAM STYLE.. <-nak pergi korea!!! enHusband sila dengar luahan hati isterimu ini...
Pastu budjet berangan lagi bila malam boleh sampai PERTH..
macam ADAM & HAWA..
ok sila jangan mudah terpengaruh dengan drama-drama sekarang..
serius dah rindu SYDNEY =(

























