Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

banggalah kerana anda seorangibu..

NABI AJAR IBU DIKENANG SETIAP HARI BUKAN SETAHUN SEKALI 
#ustazazharidrus

selamat hari ibu mereka yang bergelar ibu..
5 tahun menunggu sesuatu yang tak pasti bila akan dianugerahkan..

bagi mereka senyum saya kerana suka..
bagi mereka juga tawa saya kerana gembira..
tapi tak siapa tahu apa yang hati tengah rasa..
tak siapa tahu apa yang dipendamkannya..
fahamilah bukan semua senyum, tawa yang dikeluarkan itu seperti apa yang kamu rasa..

tahniah buat sahabat kerana telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel..



aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau n family..
mereka adalah anugerah yang terindah buat kau dan suami..
peluk ciumkan baby girl ni untuk aku..
dan jangan lupa sebutkan sekali namaku di telinganya.,
agar dia tahu yang aku adalah sahabatmu..

SELAMAT HARI IBu... :-)

{CHINTA}

Jumaat, 23 September 2011

Untuk Renungan Bersama..


Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,

nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam...

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
copy & paste dari FB
saya tak mintak lebih tapi terima kasih sebab memahami saya wahai ADAM. 

Sabtu, 23 Julai 2011

Aku dan Ilusi..

Andai aku kuat untuk melakukan nya, aku pasti melakukannya,
Andai aku tabah menghadapi nya, aku pasti akan menghadapinya.
Andai aku seperti kamu, 
Huh...
Aku tahu aku tak kuat..
Aku tahu aku tak tabah..
Aku tahu aku tak seperti kamu..
Maaf kan aku..


Buktikan penantianku tak sia-sia
dan berikan satu jawapan yang pasti
entah sampai bila aku harus 
bertahan.

Jumaat, 20 Mei 2011

Menghitung hari.. 1, 2, 3


Hari ini dah masuk hari ke-5 saya tanpa DINNER.
Hanya LUNCH sedikit dan breakfast ala kadar dengan susu.
Mula-mula memang lapar..
Bayang kan dah berapa bulan tak pernah miss DINNER, 
Siap boleh tambah SUPPER lagi..

So saya nak kene timbang berat saya..
Ada tak turun 5Kg.
Ada tak kembali ke berat asal.. <-- bukan berat yang asal tapi berat badan yang maintain bertahun lamanya..
Saya rindu nak pakai jean saya.. <-- yang saya beli dengan gaji pertama saya, masa mula-mula kerja.. 

Saya nak kurangkan jisim di pipi ni.. 
Mahu kembali seperti dulu.. 

Saya harap dapat bertahan tanpa DINNER, 
Sehingga saya dapat kembali berat badan saya yang saya nak..
So kepada yang cuba nak menghasut saya.. sila abaikan ok!!
Encik pun sama.. tolong support saya.. jangan gelakkan saya..
Jangan sajikan saya dengan segala macam makanan yang boleh memunahkan hasrat saya..
Tolong bagi kerjasama dengan saya..

Dah ramai yang tegur tentang penambahan JISIM saya.. 
Saya tak nak mereka FIKIR yang bukan..
Bila mereka fikir yang bukan2 .
Saya pasti mengharapkan yang bukan2 juga.. =)

Selasa, 3 Mei 2011

terhenti di sini.. =(

~ bila hati tak gembira bibir pasti tak akan mengukir senyuman ~


hati tak pernah berkata, tapi selalunya mulut yang menjadi pengantara.. tapi kenapa mulut selalu berdiam seribu bahasa.. selalu memendamkan apa yang hati rasa. 
mulut jahat atau hati yang tak bertimbang rasa..

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Ahad, 21 Februari 2010

doa pada MU YA ALLAH

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget