Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label hangout... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hangout... Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!

Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saing mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu Nabi Muhammad  (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen


 Selamat ulang tahun perkahwinan..
hari ni genap 6 tahun usia perkahwinan kami..

seperti tahun2 yang lepas.. 
bila anniversary jer kami pasti akan meluangkan masa bersama bercuti..
lari dari kesemakan KUALA LUMPUR..
tapi bukan kali ini..

 1st anniversary..
Genting highland


 
2nd Anniversary
Bkit Tinggi Pahang


 3rd Anniversary
Cameron Highland

 
 4th Anniversary
Melaka

5th Anniversary

Singapura

  
6th Anniversary
Kuala Lumpur

disebabkan enHusband baru berhijrah tempat kerja..
dan cuti pun tak ada lagi..
jadi kami hanya membuat lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur sahaja dengan bas bertingkat
HOP ON HOP OFF..

kesimpulannya tetiap tahun nak bercuti..
harap next year dapat pergi bercuti naik kapal terbang pulak..
=)
dah penat nak tidur..
besok kalau rajin aku update lagi..

kalau dapat pergi lagi SYDNEY pun best jugak.. =)


{CHINTA}

Selasa, 3 April 2012

hooo berpeluh...<-sambil lap peluh kat dahi..






..

Nantikan cerita mengenai Anniversary kami..
Saya nak naik KERETAPI TANAH MELAYU..
Please capaikan impian saya!!!

=)

{CHINTA}
jom layan YUNAliza terukir di bintang

Isnin, 19 Disember 2011

di suatu petang minggu..

Cerita ni dah basi sikit.. dah lama tapi saya baru  terhegeh-hegeh nak update..
kan saya dah cakap saya tak punya bahasa yang indah untuk mengupdate entry.. =)
now mood ombak rindu sambil dengar OMBAK RINDU song..
saya sangat touching bila dengar lagu ni..
Tak kisah lah dari saya tengok tv yang cerita tah pape tu..


ok hujung minggu berbasikal bersama FAMILY. yeahhh!!!
destinasi terpilih ialah TAMAN BOTANI PUTRAJAYA..
actualy nak g bukit cerakah shah alam.. malam tu dah planning nak gerak awal pagi sebab kami semua tak tahu kat mana letaknya bukit cerakah tu..
Dan tetiba teringat yang kat PUTRAJAYA pun boleh berbasikal.
sangat berbaloi sebab kadar sewa basikal hanya RM4 sebasikal.
kayuh lah sampai lebam, sampai dah tak larat nak kayuh.. sebab RM4 itu adalah untuk sehari.. 
Ok save budjet.. selebih budjet boleh open table.. =)

me n enHusband

adik-me-zila

we all

 
me-enHusband
-suke ngan pic ni-


actualy saya tak sangka pemandangan kat TAMAN BOTANI PUTRAJAYA begitu cantik.
so tak budjet pun boleh buat photoshoot.
yelah saya tak percaya selagi saya tak nampak dengan mata kepala saya sendiri..
now!! hanya dengan pakaian yang sangat simple saya dapat juga mengabadikan sekeping dua pic untuk simpanan saya..
Thanks enHusband sebab sudi layan karenah saya yang macam-macam ni.. =)
Nanti kita pergi lagi yer..


-iris-

 -iris lagi-

-iris lagi-

ok next entry untuk cerita lain pulak..

{CHINTA}

Rabu, 7 Disember 2011

ini bukan wordless wednesday =)



ada pameran baju pegantin kat MUZIUM NEGARA..


sementara mertua ada kat KL ni, g bawak dorang jalan2 pusing muzium..
dapat tengok baju kawin MEMEY ged's yang mahal giler.. <~huh.. kenapa aku tak pernah suka dengan pompuan ni..
bayaran masuk hanya rm2. alah apa lah sangat nak dibandingkan dengan apa yang ada didalam ni kan..
urm.. tapi sayang CAMERA dslr saya tak bawa.<~macammana boleh lupe!! Nasib baik ada SAMSUNG saya.. so layan lah yer pic mana yang ada..

baju ERRA FAZIRA n ENGKU IMRAN pun ada..
walaupun agak selerak kat depan tu tapi saya tetap puas hati..
ERRA masih cantik macam saya... lalalalala <-ok kalau nak muntah darah sila lah yer.. =P

Gambar yang ada sikit kontroversi.. 
sian budak tu siap posing lagi ingat saya nak snap pic dia. 
owh camera samsung ni bleh snap depan belakang.. rezeki saya..
psssttt.. saya suke pic ni.. =P




Saya anak penoreh getah..
ye.. saya tak malu mengaku yang saya anak penoreh getah.
tapi saya tak pernah ada kenangan bergambar di tengah-tengah pokok getah..
mak and abah selalu marah kalau saya main kat ladang getah..
dan mak dan abah tak nak bawak saya ke kebun getah.. kalau pergi pun hanya sekejap.. cukup sekali saya merungut nyamuk.. abah akan hantar balik ke rumah..
jadi saya ditinggalkan kat rumah atau rumah jiran..

azan.me.adik ika.abah.mak

enHusband? keje.. so kami jer berjimba-jimba tanpa enHusband disisi..
owh sila abaikan dagu saya yang berlapis tu yer.. sangat kecewa..
bila mahu surut agaknya..
Dan anggap lah senyuman saya ni adalah senyuman yang paling manis yang saya ukirkan.. <-hati pedih siapa tahu..
Niat semalam nak serang panggung nak tengok OMBAK RINDU.. damnnn!! tiket habis lagi.. 
bila dapat tengok agaknya..
ok besok mahu ajak enHusband serang wangsawalk.. tengok kat sana..
Novel ombak rindu adik ika tengah baca.. hehehe.. pasni nak baca lagi lah..

{CHINTA}

Isnin, 22 Ogos 2011

hujung minggu...


Hari ke-22 Ramadhan..
Apa pun tak buat lagi..
Cume berkesempatan meredah lautan manusia di Masjid Jamek malam minggu lepas..
Huh nasib baik dah bersedia mental dan fizikal..
Itu pun sangat kasihan melihat enAbah n pnBibik..
Kepenatan.. Saya?
Jangan ditanya kudrat saya..
Kalau tak diikutkan hati memang dah lama saya tersadai lesu dipinggir bangunan.
Tapi semangat mahu beraya walaupun hakikatnya pasti tak akan meriah seperti dulu2,
tapi tetap membara sedikit dalam jiwa ini. =)

Semalam juga repeat untuk kali kedua ke Masjid Jamek..
Sangat ramai orang.. macam2 ragam..
Macam2 perangai, macam2 fesyen dah yang kelihatan..
Owh nasib baik iman masih kuat. <~ niat hati dah nak leburkan dah puasa tapi masih boleh bertahan sampai azan Magrib.
Huh.. semalam orang boleh tahan jugak di Masjid Jamek..
Memang Masjid Jamek syurga membeli belah sebelum raya yer?
Tak tau dari mana datang orang yang sebegitu ramai..

Cuma saya tak berkesempatan mahu menjelajah Sogo lagi. =)
Mahu kesana bersama kawan2 tersayang sikit hari lagi..
Last shopping sebelum raya.. yehaaaa.. harap kami enjoy..

Owh macam mana agak nya keadaan MAMA d agaknya..
Agak lama tak berhubung..
Harap semuanya ok. Baby n mama. =)
Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka..

{CHINTA}

Ahad, 12 Jun 2011

KL dan GENGSTER

Cuti hujung minggu kali ini saya habiskan dekat Pavillion.. Jangan tanya saya kenapa saya suke melangkah ke sini.. hehehe.. duit tak ada lah penuh sangat dekat poket apatah lagi kad kreadit yang bersusun satu wallet.. 
Saya hanya suka tengok macam mana orang kaya bershoping dekat Mall yang ada nama.. Tengok macam mana orang kaya bergaya keluar masuk kedai yang nama nya gah diserata dunia..
Owh alangkah bagusnya.. =)

ada apa dengan 4 budak hitam
ok sila pilih mana pilihan hati
saya?
nombor 2 dari kiri menjadi pilihan hati..
kenapa?
sangat selesa..
Nak kumpul duit poket nak sambar satu kasut timberland dan tulis nama sendiri mungkin CHINTALIZA!!

Superman!! yes.. saya mula suka dengan S didepan baju..
Hehehe.. dia adalah burung, dia adalah kapal terbang, dia adalah SUPERMAN..
Dari tingkat 3 kami kebawah semata-mata nak tengok superman.
Sedikit teruja sebab ramai orang dengan kamera ditangan, saya mahu jadi model sambilan sekejap.
walaweh.. rindu terubat bila nampak afif dekat konsert akhir AF..


"Jangan ingat gangster tak ada perasaan.."
kata Samsul Yusuf untuk Filem KL gengster arahan nya yang terbaru.
Not Bad sebab ada Zizan yang melawak tapi akhinya mati kene tikam dengan Shark..
Memang gengster kene cakap wa,wa, lu, lu ek.. hehehe..
Tiba-tiba teringat loket yang dipakai geng gengster.
hurm.. akan dipertimbangkan sama ada nak kene tanya atau pun tidak..

Hidup ibarat bertih jagung.. bukan semua nya rasa manis, mesti ada sedikit terasa masin dan ada langsung tiada rasa.. 

Kan ku abadikan dikau
sewaktu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
kanku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
di dalam hidupku ini.

ingin kuat kan hati dengan segala yang akan datang.
Mahu jadi sekuat kamu,
Mahu setuli dengan apa yang diperkatakan sama seperti kamu,
Mahu sekeras macam kamu,
Mahu setabah kamu,
Dan segala seperti kamu.
Tapi mampu kah saya untuk jadi seperti kamu?

BIAr Apa OraNG KaTA AkU TetAP Aku

{CHINTA}

Ahad, 22 Mei 2011

~Hari Minggu saya~

Hari minggu dirumah sambil menggoggle cara untuk bermain gitar..
Kedengaran sangat bersungguh kan?
Hehehe.. Liza jangan hanya hari ini saja bersunguh tau..
Esok kene usaha juga sampai mahir macam mereka..

Hari minggu dirumah tanpa menjejakkan kaki di tanah..
EnHusband hanya sendirian ke Kolam mandi hari ini..
Dan dia juga menyediakan bahan-bahan untuk saya memasak..
Sangat mengkagumkan.. Lapar sudah yer bang...?

Hari minggu dirumah sambil mengubah kedudukan perabot..
Bermula dari kerajinan EnHusband, dan diikiuti oleh kesungguhan saya..
Berubah lah kedudukan perabot yang dari dulu hanya ditempat yang sama.
Hanya terfikir bila mahu menukar langsir baharu..

Owh bila terfikir langsir baru.. mulalah terfikir nak RAYA..
EnBen, turn saya lagi ker raya ni.. heheheh..
Harap mereka yang baru dapat bertahan.. 
Saya mahu sambut raya lagi tahun ni..
Mahu rasa rendang, ayam masak merah, ketupat dan kuih bahulu.

Tengah menyaksikan Mentor5 sambil menyudahkan entry ini..
Owh ERRA FAZIRA sangat cantik..
Saya yang suka sangat ERRA Fazira..
Pssstt.. dalam loker saya pun ada gambar erra tau.. sweet sangat..

{CHINTA}

Ahad, 24 April 2011

antara Majlis Kawin, durian Bukit Kurau & Mee Udang Mak Jah!!

pweeee.. tajuk yang cukup panjang. dan sudah pasti isi nyer jugak cukup panjang.. so sila luangkan sedikit masa anda untuk entry ini yer.. =)
-
-
-

sabtu 23hb 4 2011. (selamat Pengantin Baru buat RAzif n Husna)

kami & pengantin.

khalid & tunang(FIZA) bersama pengantin

dari kl ke semanggol. untuk melihat pasangan ini naik pelamin. so hanya kami berempat jer menyusuri leburaya utara selatan.. huhuhu kenapa bila lalu terowong jelapang mata saya tak pernah nak lelap.. mesti nk kene buka sambil tengok keadaan sekeliling.. ishhh!!

cantik, lagi cantik kalau masa kami datang sawah tengah menghijau.. huhuhu. tapi saya amat puas hati.

ok lepas makan <-- makan dekat meja pengantin dan juga lauk pengantin  ok!>
operasi seterusnya
-
-
-
-
Durian Bukit Kurau <-- pernah keluar dalam majalah 3 minggu lepas>

 "hello geng ada lagi tak durian bukit kurau kat atas bukit tu" <--ada gaya macam YB tak?

seb baik bukit kurau tu tak jauh dari semanggol. dengan berkat kesabaran khalid melayan enHusband yang berkeras jugak untuk makan durian bukit kurau, sampai jugak akhirnya kami.. <--berapa kali benti tanya orang kat mana letaknya graviti Bukit Kurau tu <-- GPS terlupa nak cas plak.>

ini adalah durian bukit kurau. sama jer macam durian lagi tapi durian ni dah glamour sikit sebab dah masuk tv. pakcik tu siap tanya."tau ni dari tv3 ke ni? " pakcik ni dah tau tanya pulak..

tgk muka tiga orang yang amat puas hati.. fiza sampai bersandar sebab puas sangat dapat makan durian, saya sampai tak tau nk letak kat mana dah biji durian tu.. enHusband? huhuhu tgk saja muka dia macam mana.. dari 3 biji durian kami up ker 5 biji, hanya 3 orang makan.. enKhalid hanya tengok jer, sebab dia x makan durian.. WALAWEH!!! best sangat rugi ko tak makan enKhalid oiii!!


ok pas makan durian enHusband nk mandi sungai.


dia sorang jer yang mandi. kami semua tengok jer..


pas mandi..
 kami ke destinasi seterusnya..

 mee udang MAK JAH dekat Kuala Sepetang di Kg Menteri Perak!!
ala ada masuk dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN

mee udang yang banyak udang.. huhuhu.. tapi mee dia still rasa kapur ok!!
kami bertiga makan mee udang..

ni enKhalid punyer
mee goreng udang yang juga banyak udang.

ok ni mangkuk saya. huhuhu.. saya seorang jer yang berjaya menghabiskan mee udang ni. mak!!!! saya sangat terperanjat. it's me ke?

owh mereka yang kekenyangan sampai tongkat2 dagu.

saya n fiza. huhuhu tgk mangkuk fiza masih berbaki lagi..

fiza apa yang tak puas hati  tu.. hahahaha air teh o fiza mereka lupa letak gula.. 
sabar yer fiza!!

panjang kan? hehehe tapi saya rasa ni tak  panjang lagi ni.. ada lagi yang akan panjang..
ok jumpe next entry yer..

Rabu, 20 April 2011

rasa mahu berjimba-jimba




poem copy dari belog budak cantik n idealis sangat teruja bila membaca semua penulisan dia..

ok lupa kan seketika mengenai budak cantik n idealis.
mood nk berjimba- jmba,
rasa sudah bosan..
besok rasa macam nak pergi klinik jumpa doktor n paksa doktor bagi MC..
badan sangat penat, rasa mahu demam, macam membajak berekar tanah sawah..
owh macam mana enAbah bertungkus lumus bekerja dengan tulang empat kerat. 
tak penat ker ABAH?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget