Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan

Isnin, 9 April 2012

PENSIL dan PEMADAM

Jika kita tidak mampu menjadi sebatang PENSEL untuk menulis kebahagian kepada orang lain. Cubalah menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~

Indahnya hidup ini jika saling lengkap melengkapi.

{CHINTA}

Sabtu, 7 April 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan



Pada tarikh yang sama.. 6hb 4, lima thn lepas " aku terima nikahnya aliza bt rahman dengan mas kawinnya......."

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke5 tahun buat enHusband. Semoga tabah melayan karenah si isteri yang bermacam- macam ragam, gaya dan lagak.. tabah melalui ranjau kehidupan, selok belok dunia..

psssttt... anniversary kali ni saya bersiaran secara langsung dari tambak JOHOR, menuju ke kota SINGA..
penat weh.. eh kenapa polis bantuan kat kastam tu SANGAT kurang HAJAR!! x sopan langsung panggil orang WEH2x!!! x ada adab!!

Selasa, 3 April 2012

hooo berpeluh...<-sambil lap peluh kat dahi..






..

Nantikan cerita mengenai Anniversary kami..
Saya nak naik KERETAPI TANAH MELAYU..
Please capaikan impian saya!!!

=)

{CHINTA}
jom layan YUNAliza terukir di bintang

Sabtu, 24 Mac 2012

PENAKUT

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Now layan lagu yuna remix version kat S2.
sambil nyanyi2 sorang.. ulang2 banyak kali
enHusband dah usha tak puas hati..
sebab suara wifenye best sangat..
ok sila muntah HIJAU bila YUNAliza dah mengeluarkan suara..
alamak kat luar HUJAN lah.. 
Habis!!!

cari pic dengan YUNA tak ada plak.. tah mana letak nye..

HEHEhEhe..

{CHINTA}

Ahad, 18 Disember 2011

Owh suami!!

Internet Slow giler bile nak update blog..
Bila hati dah bunger2 nak berbahasa, lappy plak buat hal..
hurm.
Ok.. saya tak nak beli baru.. saya guna je kamu sampai kamu dah tak nak berkhidmat dengan saya.. =)
Cerita pasal hujung minggu lepas pun tak tahu bila nak kongsi..
Ini pun lari2 memenuhi permintaan enHusband yang nak itu ini..
Sian die demam.. Badan panas giler,
Suhu sampai 39.6'
Time tu lari2 g dapur amik asam jawa lumur dekat ubun2..
Urm..
Nasib baik tengah cuti..
Kalau tak..
Ok tak mau imagine macam mana dia duduk sorang2 kat umah tanpa ada pengawasan..


Thermometer sentiasa ada kat sebelah dia..
Sentiasa pantau suhu badan dia..
Kejap berpeluh,
Kejap panas..
Tak menentu..
Tadi pergi klinik..
Tak ada satu ubat pun yang mengundang ke'ngantuk'an..
So laju jer saya mintak ubat selsema yang agak kuat ke'ngantuk'an nyer..
=)
Inilah orang yang jarang sakit..
kalau dah sakit.. 
buat semua orang risau..
Cepat sembuh yer..
bleh makan DURIAN lagi.. 
hohohoho...

{CHINTA}

Ahad, 11 Disember 2011

Biar mimpi sampai ke bintang..

owh saya tau saya lambat sangat update..
mereka semua dah berhoneymoon kemana-mana dah..
yang pasti masih belum terlambat untuk saya ucapkan
-SELAMAT PENGANTIN BARU-

Eddie & Sheila
(4/12/11)

Syahir & Faezah
(26/11/11)

Azie & Nizam
(10/12/11)

Tak perlu Mencari Teman Secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa Mengharapkan Teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak Perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, 
Andai diri tak sekuat Siti Hajar 
Dan mengapa didambarkan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah (SAW)
bimbinglah dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
tetapkan berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu..
Insyallah.

pada syahir.. sorry akak tak dapat datang majlis kamu. tapi doa akak sentiasa mengiringi adik-adik akak.. semoga berbahagia. dan semoga menjadi suami yang soleh. 

Buat Azie.. jadi isteri yang baik buat Ijam.. bagi akak azie tetap azie akak macam 10 tahun yang lalu.. masih berat hati nak tinggal kan azie macam akak berat nak biarkan azie untuk balik kampung.. =)
owh.. akak kene terima hakikat yang azie dah jadi Isteri orang..

Eddie.. lepas ni dah tak ada gurau2 dah.. dah tak ada tepuk tampar dah.. takut nanti kene serang lak ngan WIFE.. =)
jadi suami yang soleh.. jaga wife elok2, dia amanah yang diamanah oleh Allah untuk menghiasi rumah tangga..

Semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan zuriat penyambung wasiat,
dikurniakan rezeki tanpa henti..

{CHINTA}

p/s terlalu banyak undangan majlis perkahwinan hujung-hujung tahun ni. mana yang terlepas pandang atau tak sempat nak hadir, maaf dipinta. kadang2 masa dan keadaan tak mengizinkan, tapi doa sentiasa mengiringi majlis kalian sehingga akhir usia. 

Sabtu, 28 Mei 2011

Cinta Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget