Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Qurban Qalbu..

SALAM AIDILADHA..
korang banyak makan daging korban?
Untung lah dapat makan daging korban..
Saya..?
Kalau makan buat penuh ward je nanti.
Pelik.. Kenapa saya tak  boleh makan daging fresh..
Rugi betul!!!

Pagi tadi saya bawak pergi kerja kuah kacang dengan nasi impit..
Itu je lah yang saya mampu bawak memandangkan semalam saya kerja petang..
Kuah kacangnye sejuk.. So saya keluarkan kuah kacang tu dalam jam 10 lebih.. <-tunggu kafe bukak sebab nak panaskan dalam microwave.
Bila dah panas baru saya pelawa kawan-kawan yang ada kat opis..
Bila dorang tanya saya siapa buat..
Dan saya cakap "saya lah yang buat.."
Boleh seorang pun tak percaya..
Haissshh.. Yang tak tahan tu siap tengok tangan..
Dorang cakap.. "tangan cantik bersih macam ni buat kuah kacang..? Akak sikit tak percaya.."
Alahai lah korang..
Sikit pun dorang tak nk percaya yang itu adalah hasil pembuatan tangan saya.. <- memang bukan pun. Kuah kacang tu enHusband dapat dari supplier. Supplier bagi 5kg..
Giler memikir macammana nak bagi perabis 5kg kuah kacang tu..

Yang kelakar nyer..
Bila ada yang rasa kuah kacang tu, dorang cakap.. "urm.. Sedap, rasa macam kat kafe.."
Hahahaha.. Memang lah rasa sama.. Supplier nyer sama..
Saya nak masak.. Tapi..
Sebab tu lah saya suruh enHusband balik kampung.. Dan saya sanggup tidur 3jam je.. Back to back der..

Ok perut dah lapar..
Nak makan nasi impit ngan kuah kacang..
Hasil buatan tangan saya.. Hahahaha..
Tak boleh blah langsung..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 23 Oktober 2012

seringgit..dua ringgit.. arghhh duit punya pasal..

Korang pernah stress tahap cipanzi sampai krem perut tak?
Haaa.. Hari ni saya dah melalui saat2 getir ke'stress'an sampai rasa nak muntah..!!
Sumpah..!!
Memang nak muntah..
Nak buang air kecik..
Nak buang air besar..
Semua bersatu menjadi satu..
Tapi yang paling jahanam sekali semua tu tak dapat saya lunaskan..
Huh!!!

Diatas kelalaian diri sendiri..
Huh.. Kenapalah saya tak check betul2..
Nasib baik ada enBoss yang sabar melayan saya..
Kalau tak melayang duit gaji setengah bulan..
Hadoiii... <-kesat air mata jap..

Jam 8 mlm baru keluar office..
Mana tak stress..
EnBoss dah lama tunggu..
Sampai dia cakap.. "awak ni dah sampai had limit ni"
Siap suruh sabar lagi.. <-kesat air mata lagi..
Sumpah kecut perut..!!

Lepas semua settle..
Lari-lari masuk toilet..
Segera melunaskan segalanya..
EnBoss geleng kepala, sambil senyum..
Mesti dia cakap.. "Ya Allah, teruknya staff aku ni"

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 22 Oktober 2012

Pernah Terfikir tak?

Korang yang menjalani kehidupan hari-hari pernah tak terfikir....

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.
2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?
4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas 

untuk melihat hal-hal di bawah?

5.
Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer?

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, 

tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?
7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!
8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?
10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?


cuba fikirkan kenapa.. urm.. saya pun sekarang baru terfikir..

{CHINTA}

reebot dah jadi taufan!!

Selamat pagi..
Arghhh.. Pagi isnin yang sejuk..
Hari ni enHusband kerja separuh hari..
Disebabkan dah beberapa hari meluangkan masa bersama..
Jadi hari ni masa dia bersama rakan seperjuangan meng'hangout'kan diri..
Mana lagi kalau tak baling bola bowling..

Main bowling pagi-pagi..
Adoii.. Baik tidur kan.
Punya lah nak main happy hour+murah sanggup bangun pagi-pagi.. <-baik tdo lagi bagus..
Layan kan jelah..
Saya..? Nihaaa.. Masih diselimuti sambil memegang handphone yang dah mula buat hal..

Kenapa...?
Pernah meributkan handphone anda?
Haaa.. Malam tadi saya dah pun meributkan handphone ni..
Habis semua aplikasi2 yang ada hilang..
So BACK TO NORMAL..
Sekarang macam gune handphone baru.
Kene explore semua macam mula-mula.dapat handphone.. :-(
Sedihkan..!!!

Ni yang buat stress tahap cipanzi ni..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 20 Oktober 2012

wajib baca ok!!



tadi jalan-jalan kat rumah-rumah orang..
cantik-cantik semua..
sekarang tengah makan..
sebab masa jalan-jalan tu sorang pun tak hidang air..
dahaga+lapar..  =(
sian kan?

ok jalan-jalan dapat info.,
info macammana nak buang words verification kat komen.,
saya tahu korang yang singgah mana-mana blog mesti nak bagi komen-komen sikit kan?



itu kata owner blog yang bagi tutorial.. nurul aini akak mintak share yer.. =)

ok saya dah buat.. anda bila lagi.. 
susah rupenye bila ada word verification ni.. betul kata nurul aini..
"aku bukan robot!!"


cepat-cepat kita buat sama-sama biar ramai yang singgah blog kita bagi komen., ok korang pas ni rajin-rajin lah tinggalkan komen yer..
terima kasih nurul aini..

{CHINTA}


Khamis, 18 Oktober 2012

nak cantik punya pasal..

Hari ni rasa ditempat kerja sekejap je..
Rasa baru je masuk..
Dah lunch..
Rasa baru je lepas lunch dah jam 5..
Banyak sangat ke kerja?
Urm.. Kompius kejap..

Tadi dok sibuk2 adalah seorang kakak ni..
Tak tahu nak kategorikan 'sketsa' dia ni apa..
Sama ada perli, betul2 atau saje je nak duga hati..

Korang tahu tak produk yang 'Adira Af' tu pakai..
Selain adira.. Rita rudaini pun guna jugak..
Ala produk *#&*ta tu..
Habis muka dia mengelupas..
Saya cakap.."kalau orang tanya akak.. Kenapa.. Akak nk jawab apa?"
Akak tu cakap " akak cakap lah akak mandi laut, habis kulit muka akak terbakar.."
Jawapan yang boleh diterima akal..
Ok sesi soal jawab dah habis..

Tapi ada satu yang saya gelak sampai menangis..
Tapi saya terfikir sampai sekarang adalah..
'kakak' ni, dah ada anak 4 orang..
Yang sulung perempuan dah  boleh harap masak nasi dah..
Dah besar kan..?
Dia tanya kat mama die ['kakak' kt tempat kerja saya tu..]
"mama beli ni berapa?"<-ciri-ciri bz body mcm mak die ada sedikit kedengaran..
"RM#%&.00" <-mak dia jawab.. tengok betul2 harga produk kecantikan tu. SA_PULUH_RATUS

Kakak tu ckp.. Anak dia tanya tu je..
Yang buat kakak tu panas telinga dengan panas sedikit hati..
Adalah...
Anak dia buka mulut lagi..
"mama.. Kerajaan selangor bagi air free kat kita. Tapi mama buang duit ratus2 beli brg mahal2. Kalau mama ambil "wuduk" muka mama lagi cantik.." <- gedegang langgar pintu kaca, sampai retak..
Lagi..
"ustazah kat sekolah cakap tak guna beli alat produk mahal2 tapi tak amik 'wuduk'.. Tak doa kat Allah.."
Kakak tu cakap "aku kene kuliah.. Dengan anak.sendiri.. Adoilah.."
Sambil tahan telinga pulak dengan gelak tawa kami satu opis..

Sumpah makan dalam!!!

Sampai sudah teringat cerita kakak tu..
Alahai..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 17 Oktober 2012

wordless wednesday...

Sekian... :-P

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 15 Oktober 2012

Bila terucap 'AKU TERIMA NIKAHNYA'

Korang tau tak cerita 'AKU TERIMA NIKAHNYA' tak langsung menitiskan air mata yang mudah luruh ni..
Uhhh.. Pelik kan?
Bila baca komen-komen pasal cerita ni, boleh dikatakan semuanya menangis..
Owh.. Hati ini dah kembali keras ke?
Atau cerita ni memang langsung tak menyentuh hati.. <-arghhh kompius mak nok!!

Cuma..
Tang satu part tu yang tersentuh..
Cuma tersentuh je, tak sampai lagi menitis..
Korang pulak macam mana?

Nanti ada 'LAGENDA BUDAK SETAN 2'
tak sabar pulak nak tenggok..
Berjaya tak cerita tu menumpahkan air mata ini sepertimana 'lagenda budak setan 1'

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 14 Oktober 2012

Anugerah buat kita..

Betul kata sahabat.. Saya memang perlukan teman masa saya rasa sangat down..
Tapi bukan semua orang boleh jadi seperti sahabat..
Sanggup susah, senang, gelak, menangis segalanya bersama..

Senyum saya senyum lah dia..
Esak saya esak lah dia..
Jatuh saya jatuh lah dia..
Sakit saya sakit lah dia..

Saya ingat pesan dia..
Bukan semua orang sanggup berada di belakang saya untuk menyokong..
Tapi mereka berada di belakang saya untuk menikam, membenam serta menjatuhkan saya secara perlahan..

Dilahirkan untuk bersahabat..
Dibesarkan untuk mencari sahabat..
Tapi..

Kadang-kadang rasa sakit itu perlu untuk kita belajar..
Tapi rasa sakit itu juga kadang-kadang buat kita rosak.. Rosak minda, perasaan, dan akal..

Ya perasaan yang membunuh segalanya..
Membunuh rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta, rasa rindu..
Semua rasa yang dianugerahkan buat kita..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

kenangan itu indah..

Saya baru jer berchating dengan sahabat lama kat laman sosial..
Actualy x-boyfriend masa zaman nak naik dulu..
Sumpah kelakar giler bila kami imbas kembali detik2 mengedik masa tu..
Alahai...

Syukur jodoh kami tak panjang.. <-sambil tadah tangan tanda bersyukur..
Kalau lah ada jodoh kami..
Shoooh.. Pergi jauh-jauh..
Jangan bayang kan apa2 pun..
Sangat tak sanggup..
Pheew.. <-kesat peluh kat dahi kejap..
Tutup buku!!

Kenangan itu indah..
Bila ada yang sama-sama rasa betapa berharganya kenangan lalu..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 12 Oktober 2012

sambil kira anak biri-biri..

Rasa bosan plak duduk rumah..
Semalam ada gak kawan gaduh..
Hari ni.. Urm..
Dah berapa kali dah keluar masuk bilik ngan dapur..
Still macam tu..
Kenapa tak ada perubahan..
Urk.. Bosan tahan power rangers dah ni.. Aiyakkk.. !!!!

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.9

Battery low!!

Dah lama tak mc..
Sekali saya mc..
3 hari saya pulun mc.
Manalah tau mc 3 hari dapat pulak staff of the month.. ;-) <- ini memang betul2 berangan..

Saya ada lagi balance mc 10 hari..
Ok boleh bahagi sama rata sampai hujung tahun..

3 hari duduk rumah bergelumang dengan ubat-ubatan..
Hais.. Saya diberi pilihan..
Ubat @ sakit..
Kalau boleh 2, 2 saya tak nak..
Tapi apakan daya..

Semalam call enBoss..
Nak sambung mc lagi..
Dia cakap... "rugi awak tak datang kerja hari ni" <-motif?
Ok lah malas nak fikir apa motif die cakap macam tu..
Sebab saya dah malas nak fikir pasal orang..

{CHINTA}


Isnin, 8 Oktober 2012

Hari ni enHusband tak kerja...
Yeaaaaa...!!!
Boleh bangun lambat..
Dan boleh berjimba-jimba lagi..
Pagi-pagi selepas terjaga nak g toilet sempat bisik2 kat enHusband "hari ni kita g jalan-jalan lagi yer." -sambil tarik selimut sambung balik tidur.. :-P

Owh..
Cerita semalam <- tengok kan saya dah cakap saya memang suka cerita hal semalam..
Semalam sesi jejak rumah mak sedara ebHusband.. <-adik sebelah fil.
Sangat menguji kesabaran.. <- padahal area wangsamaju jer.. Mgkin sebab banyak sangat 'seksyen' kot. Dah rasa macam nak balik dah.. Tapi thanks god..
Sebab enKawan bagi direction yang sangat2 mudah..
Ok nanti saya belanja awak kat kafe..

Dapat makan nasi ayam yang sangat best..
Sampai hari pun saya rasa nak makan nasi ayam jugak..
Haisss kedai nasi ayam "mash" t utup plak.. <-baru nak repeat makan nasi ayam..

{CHINtA}

posted from Bloggeroid

Pembantu rumah..

Datang sini bawak mesin hampagas..
Berhabuk!!
Sampah merata-rata..
Owh lupe letak tong sampah..
Phweee.. Peluh merecik sana sini..
Nak kemas rumah luahan hati jap..

{CHINTA}



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget