Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Selasa, 26 November 2013

Blank..

Aku tengah tengok Masterchef All Star..
Mata ke tv..
Fikiran kelain..
Demmmm... i hate thissss feeling..!!!
Pls fokus..

First memikirkan..
Siapa yang rajin hendak menùkar pasword email aku..!!!
Aku rasa 2 bulan kebelakangan ni aku dok asyik menukar pasword jek..
Weh dah tak larat nak ingat dah..
Aku nyer kepala ni bukan lah hebat sangat..
Huh.. dah rasa macam retis plak..

Second memikirkan..
Apa akan jadi besok..
Yer besok yang tak siapa tahu bagaimana caturannya..
Yang tak siapa tahu apa perasaan nya..
Yang tak siapa tahu bagaimana keadaannya..
Pengkaji cuaca menyatakan hari ni mendung..
Tapi.. kita dapat lihat cahaya matahari.
Seandainya pengkaji cuaca menyatakan besok ribut petir..??
Jangan terkejut seandainya pelangi indah dijadikan untuk tatapan mata hati..
Besok adalah tanda soal...

Mengerti perasaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain..
Yer.. jaga hati sendiri..
Jangan mengharap orang lain untuk menjaganya..
Hidup ini sementara..
Jangan nak rasa riak dengan perasaan sendiri..
Hati pls be nice with perasaan..
Jangan gaduh2..

Hari-hari aku jalan..
Hari-hari aku perhati..
Tapi fikiran tetap kelain..
My goshhhhhhhh!!!!

{CHINTA}

Isnin, 25 November 2013

Sajak dari hati..

Malam tak nampak indah

Bila tak ada rembulan
Gelap menabur sunyi
Hambar tanpa cahaya
Seperti hidupku akan sunyi bila tanpamu


Gering seperti gurun tanpa hujan menyapa

Hambar melanda hati jauh dari dirimu
Rindukan hadirmu bagai hujan
Di gurun jiwaku

Jangan pernah kau menjauh dariku
Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran

Ku tak bisa jauh dari dirimu

Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia

Kau adalah jantungku

Kau adalah nafasku
Kita takkan pernah bisa
Tak selalu bersama

Ku tak bisa jauh dari dirimu

Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran

Jangan pernah kau menjauh dariku

Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia


Aku suke lirik jer..
lagu boleh lah layan kalau tak de nk pilih..

{CHINTA}

Ya Allah berkati lah limpahkanlah rahmat Mu terhadap dia..

Aku kene buat satu entry untuk seseorang..
Ye bila berbicara mengenai sesorang mesti terfikir sesuatu yang special..
Yer seorang yang special..

Aku tak ada idea sebenarnya..
Tapi aku terus-terusan memerah akal fikiran untuk 'DIA'

ye.. entry khas untuknya..
disebabkan dah janji..
kene juga buat..
tapi maaf sebab lambat PUBLISH.. *kene peram dulu dalam draft untuk bagi lagi best

Hari ni hari ulang tahun die..
Hari yang bagi aku, kene bagi sepenuh perhatian kat die.. *yelah kata hari kelahiran kan..

Tahukah kamu perasaan yang menyenangkan ketika
Seseorang yang menyukaimu
Seseorang yang memikirkanmu
Seseorang yang memerlukanmu
Tetapi akan lebih menyenangkan ketika kamu tahu
ada seseorang yang tak pernah lupa hari ulang tahunmu.

Tak akan pernah lupe selagi diperlukan..

itu DOA ku..

{CHINTA}

Ahad, 24 November 2013

Menciknye...

Post sebelum terpadam dengan tak sengaja..
Huh.. stress tahap cipan paya..
Semuanya pasal terlalu xcited nk post entry pasal bufday..
Nk delete entry yg sedie ada dlm draf   terus terpadam yg dah sedia publish. 
Tension kejap..
Sebab ayt tu dah susah nk dpt..
Yelah ilham untuk ayt bunga2 bukan senang nk singgah..

pssstt-jumpe next entry lah eh

{CHINTA}

Ahad, 17 November 2013

Sesaat untuk mu..


Aku tengah layan AF final 2013, ok lah dari layan Highland Tower yang buat aku tak lena tidur..
nak pergi toilet pun aku mintak teman enHusband..
wTHuck kan.. 

aku layan giler lagu amira ni   mungkin lirik die best kot.. 
ok lah.. nk hayati jap lirik lagu Amira tu..
nnti aku update lg eh  

{CHINTA}

Rabu, 13 November 2013

Apa!!!

Entry ringkas pepagi ni..
Tetibe rasa macam nak baling HP kat dinding sbb entry mlm td x publish kat blog..
WTHuck!!!
Urm.. entry tak de kat draf..
Tapi still tunjuk "publishing"
Grrrrrrr..

{CHINTA}

Isnin, 11 November 2013

Jangan nilai kebahagiaan orang lain..


[CHINTA]
♡♡♡

Ahad, 10 November 2013

Cerita sehelai TOPUP.

Hujung bulan lepas aku suruh enHusband beli topup,
sebab topup kat hp BlackBerry dah habis..
Mula mula dia tak nak beli..<-die memang susah sikit nak beli benda2 macam ni..
Bila dapat mesej dari dia no topup.. memang teruja sangat lah..
jadi sesi menopup berlaku..
Bila cuba sekali tak dapat, aku rasa mungkin aku salah tekan nombor..
Cuba lagi sekali, cukup 5 kali aku dah give up..
Aku mesej enHusband..
Dia kata die nyer pun tak bleh..
so RM60 akan burn macam tu je..
Sedih.. =(
Teringat lagi.. sayang nyer duit.. buang , macam tuu je..

Hari ni..
aku duduk rumah sensorang selepas keberangkatan mertua ke rumah adik ipar..
sejam, dua jam, tiga jam... ok aku dah mula rasa bosan..
habis semua kain dalam bakul aku putar kan..
Nak tunggu kering, cahaya matahari kurang memberangsangkan..
So  besok jer baru boleh lipat,
Tudung saji atas meja dah berapa kali aku buka, tutup,
nak makan tak kan lah..
aku dah over makan dah harini..

Aku nampak kertas topup MAXIS kat atas decoder ASTRO..<- try lah mana lah tau lepas seminggu ni boleh plak>
sekali, tak boleh..
kali ke dua, pun tak boleh..
so aku try lah belek2 kertas tu dari nombor yang pertama sampai yang terakhir..

Nah... amik kau..
selama ni aku tau no topup maxis hanya *111* diikuti dengan nombor topup,
tapi kali ni dimulai dengan *105*.
"permintaan anda telah berjaya" <- sendu nya rasa hati.. rasa diri tertipu sgt>
Akhirnya permintaan aku berjaya..
gile tak happy..
tak der lah burn jer duit aku.
ok balance yang ada boleh buat tambah BIS bulan depan..


moral dari cerita aku ni..
lain kali jangan konfident sangat apa yang kita buat tu betul..
baca sampai habis dlu..
ni tak terus salahkan aBANGLA yang keje kat petrol station tu..
enHusband siap g repeat lg, 
mana lah tau bleh mintak tukar..
Haram.. tak dpt la..

{CHINTA}

Pencetus Kehangatan FIZO & MAWAR


aku tak amik port sangat kat FIZO ngan MAWAR ni..
tapi yang aku amik port pasal 'STATMENT' tu..
macam nak apa tah..

weh mesti kawan ko tu malu dapat kawan macam ko kan?
biar lah itu hal dorang..
ko jaga hal ko jek..

PEACE ok!!

{CHINTA}

Rabu, 6 November 2013

MENGAPA ISTERI SUKA DIPELUK

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, harus bersedia apabila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..”

Jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

{CHINTA} 
 AZSAR

Isnin, 4 November 2013

Tahun baru, azam baru. Bismillah (:


{CHINTA}

aku tak rindukan sekolah, tapi aku rindukan kawan-kawan.


Kalau rindu sekolah aku kene buat macam-macam kerja sekolah..
kalau rindu kawan-kawan.. rasa enjoy jer time tu..
aku rasa aku macam baru jer masuk darjah satu..
ppffttt..
cepat betul masa berlalu..

mak bagi duit belanja 50 sen jek masa tu..
skang 50 sen buat tambang bas pun tak lepas..
apa jer yang dapat..
cepat nye masa berlalu..

sekarang kalau enHusband bagi RM50, cepat jer dah habis..
makan untuk sehari pun boleh cecah RM50..
apa jer yang dapat..
urmmm
cepat nyer masa berlalu..

#hastag aku harini...
#aku tak rindukan sekolah, tapi aku rindukan kawan-kawan..

Ok selamat malam..
HOGOH PAHANG HOGOH!!!

{CHINTA}

Ahad, 3 November 2013

Ketahui bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab menahan bebelan isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.

Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.

 Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.

Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.

- sumber dari sini- terima kasih banyak-banyak..

{CHINTA}

Sabtu, 2 November 2013

Macam mana nak jadi kedua yang terbaik..

Yer aku tetiba rasa sebak..
urm..
mungkin bukan yang terbaik..
dan tak mungkin akan jadi terbaik..
Pertama adalah lebih baik...!!!
Aku selalu ingat tentang itu..
Sentiasa ingat..



Banyak hati nak kene jaga..
hati sendiri dihenyak lanyak mereka..
sampai bila..?
Urm..

Aku suka 'cover' sebab aku suka bunyi gitar..
korang tak percaya..?
cuba korang dengar dan hayati..

oklah.. lain orang lain citarasa..
Selamat hari DIWALI..

{CHINTA}

Jumaat, 1 November 2013

Jagakan Dia untuk AKU...

Hari tu kan dah cite yang S2 masuk ward..
urm...
xdapat keluar lagi..
kos perubatan sangat tinggi,
jadi aku memutuskan untuk membiarkan ianya sakit tanpa rawatan..
kejam tak??

Rasa nya perkara lain lagi penting kot dari kos rawatan S2..
So Hidup tanpa S2..
sangat tak selesa..

Tak per kita cuba..

{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget