Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2013

MAAF!!

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)
kadang-kadang mereka seperti tak punya perasaan..



{CHINTA}

Jumaat, 10 Mei 2013

Hidup Kita Hanyalah Sementara..


"Hari ini saya belajar untuk terima hakikat.Emak yg paling saya muliakan sudah pergi untuk selamanya.Redhanya saya atas pemergian dia.Ya Allah,kami pulangkan apa yg telah Engkau pinjamkan ke atas kami selama ini.Peliharalah dia sebgaimana dia telah memelihara kami anak-anaknya.Tempatkan emak di syurga firdausmu.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah memakbulkan permintaanku untuk berada di sisinya sehingga nafas terakhirnya...Alfatihah untuk arwah ayah & emak.-Saya akn merindui arwah ke akhir hayat. Tidak akan ada penggantinya lagi untuk kami sekeluarga."
Ini ada lah status seorang sahabat di laman sesawang selepas 48 jam kehilangan bonda tersayang..
Maaf andai aku boleh melebarkan sayap.. yer mungkin disisi kau aku ingin berada.. merasa kesedihan yang pasti tak akan sama seperti kesedihan yang kau lalui..
Arghhh.. tak mampu aku bayangkan..
Sumpah..!!
Itu terlalu berat untuk aku bayangkan..
kehilangan orang tersayang dalam tempoh masa yang terlalu singkat..
Aku pun belum pasti akan mampu berdiri dengan begitu teguh..

8 May 2013, 6.15am
As salam, emak saya bru sja meninggal dunia, doakan emak sy ditempatkan golongan beriman
Apa yang aku rasa selepas mesej dibaca..

Ya Allah..
aku banyak dosa dengan arwah..
tak pernah sempat memohon maaf..
Sudah berapa kali raya tak pernah bertemu..
kali terakhir bertemu di hari persandingan sahabat..
Ya Allah..
Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman..
Kau permudahkan segala urusan dia di sana..

dua hari entry ni di dalam draf..
mahu publish atau hanya di simpan di berkulat..
tapi aku mahu semua orang jangan jadi seperti aku..

cerita aku kongsi selepas puas menangis sendiri..
tak kira dengan siapa kita jumpa..
selepas bertemu..
mohon maaf andai tersilap kata..
andai terguris rasa..
kita tak tahu bagaimana urusan kita esok hari..


Semoga aman disana..

{CHINTA}

p/s tajuk entry  ilham dari mama ila. memang untuk membuat entry tajuk adalah perkara paling BURN sekali untuk aku..

Selasa, 12 Februari 2013

~PILIHAN HATIKU~

Berdiriku di sini hanya untukmu..
dan yakinkan ku untuk memilihmu

dalam hati kecilku inginkan kamu
berharap untuk dapat bersamamu

aku kan ada untuk dirimu
dan bertahan untukmu..

terlukis indah raut wajahmu dalam benakku,
berikan ku cinta terindah yang hanya untukku
tertulis indah puisi cinta dalam hatiku
dan aku yakin kau memanglah pilihan hatiku

aku tak tahu kenapa aku cukup tersentuh dengan bait-bait ayat tu..
mungkin bagi aku..
aku ada dalam setiap perenggan..
ya.. perenggan yang punya maksud tersirat..
berulang kali aku baca dan hayati..
ulang-ulang macam dah tak ada lagi muzik dalam playlist..

terima kasih sebab mampu berikan yang terindah buatku.. =(

{CHINTA}

Isnin, 14 Januari 2013

ini adalah satu pesanan suara!!

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. ♥


copy dari FB

semalam sehari duduk rumah.. 
tau tak saat paling indah adalah  bila bangun tidur  makan, dan lepas makan aku tidur lagi..
demmmm!!! apa yang aku dah buat ni..
bila bangun dari tidur  baru rasa giler menyesal sebab terlalu ikut nafsu durjana..
rasa macam orang sebelah  tengah gelak sambil guling-guling.. 
arghhhh.. tension..

dan paling yang aku tak boleh terima adalah..
 bila aku bangun dari tidur aku makan lagi..
adoiii.. apa dah jadi ni.. 
hari ni sajer asyik makan je..
tak berbaloi langsung kemarin berdiet!!




semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Frust makan berlebih  tak hilang lagi..
dah sebuku roti habis hilang masuk dalam perut..
tension  lagi..

{CHINTA}

Isnin, 31 Disember 2012

END 2012 ❤

~* Kadangkala, kita TIDAK BOLEH MEMAKSA hati seseorang untuk MENERIMA kita, walaupun kita terlalu BERHARAP dia akan hadir sebagai peneman hidup kita..

Kerana ketentuan dan takdir, Allah telah aturkan bagi setiap hambaNya..mungkin insan yang kita berharap itu LEBIH BAHAGIA dengan insan yang dicintainya..

Apapun, janganlah IRI HATI atau BERDENDAM melihat kebahagiaannya, BERDOALAH agar kebahagiaan yang sedang dia MILIKI itu..mampu juga kita perolehi bersama insan lain..
❤


LOVE*LIVE

Aku tinggalkan 2012 dengan belbagai kenangan..
terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kenangan itu..
Tak ada yang menarik cuma mungkin sesetengah memori sukar untuk dikikis..
Terima kasih untuk semua itu..
kerana membenamkan segala memori untuk aku kenang..

2013 pls..pls.. & pls..
pls be nice with me..

give me something special..

{CHINTA}

Khamis, 6 Disember 2012

☻♥☻ = ♥

☻♥☻
/█\ /█\
.||.. ||. ♥
Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..
♥ IÑSYÄÄLLÅH ♥




pic ihsan gugel.. tq enGugel


sejak akhir-akhir ni aku memang suka berbloging sendiri..
meluahkan apa rasa hati..
melempiaskan semua keraguan diri..
 ya.. mungkin kamu tak berapa selesa dengan segala rintihan nurani..
kerana tak semua faham kenapa diri ini..

aku tak punya kawan sebaik jari jemari..
yang patuh mengikut apa kata diri..
menaip apa kehendak naluri..

aku hanya punya satu keyboard usang yang sentiasa bersedia di lambung tinggi..
yang akur kehendak hati..
yang mengikut semua rentak jari.

maaf andai segala entry mengubah persepsi..
mengundang kontroversi..
ini lah dunia ku yang makin sebati..


#CAUS&LoveLife

{CHINTA}

Sabtu, 17 November 2012

♥ Tentang Rasa ♥

"Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "

 ~petikan dari SOMEONE~

 Sekarang terlalu banyak masa dengan memandang syiling..
tetibe terjadilah entry ni..
dah lama tak bermain dengan perasaan,,
asyik bermain dengan hati jer..



Masa baca blog some one. terdengar lagu ni. dia siap bagi link You Tube untuk dengar lagu ni..
 bila dah dengar..
  terus jatuh cinta..
ulang-ulang dan ulang banyak kali.. 
tak tahu bila akan bosan..
Kalau Korang macam mana pulak? 

{CHINTA}
#CAUS&YIHS

Isnin, 14 Mei 2012

Cinta dan Benci

Sabtu, 24 Mac 2012

Selamat bertunang irma hasmie

 
creadit to beatifulnara =)
cantik!! itu jer yang boleh saya ungkap kan..
Anugerah ILAHI..

{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget