Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Rabu, 31 Ogos 2011

Menangis Lagi..


apakan daya, aku sibodoh yang percaya kata-katamu, puas didepan mata, mungkin engkau lah pendusta, bagimu hatiku tiada makna
~FINA~

Syawal kedua tahun ini.. masih tak dapat mood raya.. 
Hari ini <~ mood tak berapa nak elok..
Maybe sentapan semalam masih terasa sampai hari ini..
Apalah nasib badan..
Dah cuba melupakan sekejap <~manalah tau kalau sekejap tak ingat mood akan elok plak..
Tapi tetibe terguris balik..
Tak per masih boleh bertahan..

Eh..
Masih tak dapat merasa kenikmatan lemang lah.
Lagi-lagi ayam masak merah..
Mahu rasa air tangan akak..
Mahu rasa air tangan emak..

Harap mood lebih baik esok..
Mahu mencari sinar Aidilfitri..
~kamu abaikanlah saya~

{CHINTA}

Selamat Hari Raya..


Jika ada langkah yang menoreh hati,
ada tingkah membekas luka
ada lisan yang tak terjaga,
ada janji yang tak tertunai,
ada hati yang berprasangka
serta ucapan berbunga dusta,
mohon dibukakan pintu kemaafan..
moga Aidilfitri ini membawa seibu keberkatan buat kalian semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Selasa, 23 Ogos 2011

hoyeeee!!



Baju raya dah ada..
Kuih raya.. baru dapat beberapa jenis..
tahun ni tak dapat shopping kuih raya bebanyak..
Budjet berlari-lari laju sangat.. =)
cukup lah beraya sekadar apa yang ada..
cuti raya kalau dapat last minit pun tak per, 
janji enHusband tak duduk rumah sensorang pepagi raya.
kalau tak dapat.. hurm, nak tak nak tempuh jer lah..

hari ini tak buat paper pun kat opis.. 
cuma layan mata jer, bosan jugak mcm tu kan?
bek bz dari langsung tak ada keje..

hehehe..
dorang suruh buke kat opis..
pnBoss buat makan-makan..
makan-makan paling simple sekali..
tapi kenang kan 3 orang jejaka yang ada kat rumah ni..
so saya terpaksa lupakan niat saya..

hurmmm..
mahu termenung sekejap.. mahu memikir kan ayat apa yang saya nak bagi kat pnBoss besok!!

"pnBosss saya mahu cuti raya bleh?"
Bleh lah pnBoss!!
nanti saya bawak lemang untuk pnBoss..
Tak pun rendang mesti pnBoss suka kan?

wish me luck!!

{CHINTA}

Isnin, 22 Ogos 2011

Jangan sesekali..


artikel untuk renungan bersama.. saya dan kamu semua..
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

hujung minggu...


Hari ke-22 Ramadhan..
Apa pun tak buat lagi..
Cume berkesempatan meredah lautan manusia di Masjid Jamek malam minggu lepas..
Huh nasib baik dah bersedia mental dan fizikal..
Itu pun sangat kasihan melihat enAbah n pnBibik..
Kepenatan.. Saya?
Jangan ditanya kudrat saya..
Kalau tak diikutkan hati memang dah lama saya tersadai lesu dipinggir bangunan.
Tapi semangat mahu beraya walaupun hakikatnya pasti tak akan meriah seperti dulu2,
tapi tetap membara sedikit dalam jiwa ini. =)

Semalam juga repeat untuk kali kedua ke Masjid Jamek..
Sangat ramai orang.. macam2 ragam..
Macam2 perangai, macam2 fesyen dah yang kelihatan..
Owh nasib baik iman masih kuat. <~ niat hati dah nak leburkan dah puasa tapi masih boleh bertahan sampai azan Magrib.
Huh.. semalam orang boleh tahan jugak di Masjid Jamek..
Memang Masjid Jamek syurga membeli belah sebelum raya yer?
Tak tau dari mana datang orang yang sebegitu ramai..

Cuma saya tak berkesempatan mahu menjelajah Sogo lagi. =)
Mahu kesana bersama kawan2 tersayang sikit hari lagi..
Last shopping sebelum raya.. yehaaaa.. harap kami enjoy..

Owh macam mana agak nya keadaan MAMA d agaknya..
Agak lama tak berhubung..
Harap semuanya ok. Baby n mama. =)
Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka..

{CHINTA}

Jumaat, 19 Ogos 2011

~~~



Kekadang mahu berkata
tapi...bisu
kekadang mahu menulis
tapi...kaku <~seseorang



Ye saya memang tak ada idea nak mengarang ayat menjadi satu cerita..
Sekarang saya hanya mampu kesana kemari dengan langkah yang sangat lemah..
Juga hanya mampu meneroka dari satu blog ke satu blog yang lain..


Maaf yer..



Isnin, 15 Ogos 2011

Doodle dari cik tempe

weeeee =) kira macam bertuah lah.. tadi baru jer submit dah dapat dah..
TQ cik TEMPE..



Comel sungguh lah..

{CHINTA}

DOODLE CIK TEMPE


Bukan Shue saja yang cakap.. akak tengok pun doodle tu cantik..
CIK TEMPE buat caner yer.. buat kan untuk saya bleh? huhuhuhu..

CIK TEMPE buat kan gambar ni yer?


=)

nak tag saper yer..
urm...

ok DONE!!

{CHINTA}

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia siri ketiga Eriqazz.com

Owh .. saya dah lama tak di TAG..
Tetibe jer si adik manis SHUE tag saya.
Dik, akak tak reti nak buat tag2 ni..
Tapi tak per lah akak try gak buat mana yang mampu..
Mana lah tau ada rezeki kita kan?


sekali tengok kelihatan saya macam tak ada seni langsung.. tapi bila diperhatikan betul-betul saya memang dah jatuh cinta dengan rekaan Duit syiling ni.. Cantik..

~syarat-syarat nya adalah~

1) Buat satu entry " Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com" dan linkkan ke entry ini
2) Di entry anda tag kan at least 3 bloggers lain.
3) Hantarkan permalink entry anda di entry ini.
4) Tarikh tutup 21 August 2011. 
5) Hanya peserta yang berjaya menarik at least 2 rakan yang ditagkan itu untuk join sekali contest ini dikira layak untuk memenangi hadiah . 
Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah dari random.org.
ok mangsa seterusnya di tag oleh saya : <-- mama Zila, Kak Zura & Nadia <-- sila buat yer saudari semua, manalah tau ada rezeki kita untuk mendapatkan Syiling Limited Edition ni..

ok DONE!!

{CHINTA}

usikan pedih terus tertusuk di hati.

Saya tak mintak lebih..
Tapi cukup lah sekadar menghargai apa yang saya lakukan..
Itu sudah cukup buat saya..



=(

{CHINTA}

juadah berbuka.


Hujan di Bumi Allah..
Moga hari ini mendapat keberkatan Ramadhan

Owh..
Hari ini saya tak boleh buat apa..
Hati nak tdo..
Kepala asyik memikir jer..
Pk nak masak apa..

Gugel punyer gugel..
Jumpe!!
So untuk hasilnya sama ada ok atau pun tidak..
Kita tunggu berbuka nanti.
Apa kata enHusband.. =)

{CHINTA}

‎:: Jangan di permainkan 'ruang' itu...kerana sekali ia melangkah, ia tidak akan berpaling lagi...


Semalam tak kerja..
tetiba teringat nak bongkar Gambar-gambar lama yang tak beralbum..
Satu kan semuanya dalam satu album..
Bagi saya itu kenangan yang paling bermakna..

Saya memang tak boleh ke masa silam tapi saya boleh mengimbau kenangan silam..
Banyak yang saya jumpa..
Paling saya sayang adalah gambar masa Kadet Bomba peringkat kebangsaan.
Owh selak punyer selak.. jumpa lah gambar masa zaman muda2 dulu..
owh so sweet..!! ngan baju besar lagi gelebeh..
bergambar dengan cara lelaki.. aduhhh..
Kene gelak jer dengan enHusband..
Tetiba malu..
Hurm.. gambar banyak sangat,
Esok mahu cari album yang tebal sikit.
Mahu simpan gambar masa di SYDNEY dalam satu album..
Mahu amik mana yang berkenan dari PC.

‎:: 'Ruang' yang di berikan...tak sangka pula ia sungguh menyakitkan...sebaiknya di tutup sahaja 'ruang' itu...kerana jika ianya di buka kembali, ia pasti akan menyakitkan...
<seseorang>


{CHINTA}

Ahad, 14 Ogos 2011

Kita patut bersyukur apa yang ada depan mata.. <-- melihat keindahan pagi di hari minggu



Alhamdulillah masih ada masa lagi saya untuk melihat ciptaan yang Maha Esa..
 melihat Matahari terbit dari beranda rumah.. dah ditutup sedikit..
ok lah dari tak dapat tengok..

Kenapa saya tak mo tdo balik lepas sahur ni..
hurm.. jam 9am..
ni entry ke tiga saya .. 
mengupdate sambil memikir apa nak masak petang nanti..
huhuhu.. dah 14 Ramadhan.. 
baru 2 kali saya makan luar.. 3 kali mkn kat kampung..
dan selebihnya saya berperang dengan periuk, kuali di dapur..
sekali pun tak pernah menyesal.. 
tapi cuma sikit rugutan.. <--biasalah bila kepenatan melanda..

{CHINTA}

NOTIS peringatan..!!


gambar copy paste dari FB cikEmbuk Kesum

ni notis peringatan dari HR department..
Hehehe.. ala buat lah macam mana sekalipun, kalau dah tak ada hati tu tetap lah tak jalan ngan compaun yang akan dikenakan.. 
dengan muka selamber badak jer merokok kat SMOKING AREA..
orang lalu lalang buat muka tak bersalah..
Tp yang paling best adalah pnBoss hehehe.. 
Ngadu kat msAssistant tak dapat g hisap rokok.. =)
sian die.. apa susah buat lah muka selamber badak gak..
<Muslim atas nama>
Nauzubillah..

opsss.. semalam dia bagi kurma suruh makan untuk berbuka.. saya nampak ada 3 kotak dalam bilik dia.. 
Hurm.. nampak mcm best jer kurma tu.. 

tak ingat nak tapau bawak balik..
agak2 ada tak tinggal untuk saya berbuka selasa ni.. <-- kene kerja petang lor.. berbuke sensorang lah gamaknyer saya.. =(

{CHINTA}

MOOD..mood..MOOD!!!

Mood mahu berblog walking tetiba x ada..
Memikirkan raya yang akan datang..
Tak tau raya kat mana kali ni..
Saya dah tak ada perasaan dah untuk sambut raya.

Sian enHusband..
"Abg balik kampung sensorang lah yer?"
hurm.. kompom dia tak nak..
Soalan pertama dia akan tanya..
"ayang nak g kerja nek apa?"
hehehe.. no hal lah bende boleh settle..

baju raya, kasut raya, kuih raya sume tak shopping lagi..
Hurm nampak sangat mood tu memang tak ada kan?
Masa tahun pertama saya kene kerja pagi raya, memang sangat sedih..
Tapi sekarang dah macam biasa dah..
Hurm sebab saya yang pilih untuk semua ini.

Tahun ini budjet duit raya untuk anak sedara bertambah..
Al-maklumlah anak sedara dah makin ramai..
Hai.. agaknya bilalah saya nak kumpul duit raya untuk anak sendiri..
Haippp.. masa tu pasti ada.. cuma tak tau bila.. <-- mood nak pujuk hati sendiri.. =)
Lalalalala....

Bila dengar lagu raya teringat kampung halaman..
Aduh... saya yang diperantauan..
Rindu tempat permainan..

{CHINTA}

Khamis, 11 Ogos 2011

Diam itu perlu dari berkata-kata tapi IANYA menyakitkan..


Tengok pada tajuk pun mesti dah tau apa jalan cerita yang ingin saya sampaikan..
Yup "DIAM ITU PERLU DARI BERKATA-KATA TAPI ianya amat MENYAKITKAN"
Saya tengah melaluinya,
Kerana saya tak mahu ada hati yang terguris dengan kata-kata saya..
Biar lah saya yang sendirian merasa pahit serta manisnya..

Mata sangat mengantuk ditambah pula dengan kekejangan kaki yang saya alami dari pagi tadi..
Hurm.. nampaknya malam nanti saya kene tangung seorang diri lah ni..
Kejang kaki + kejang hati..
Saya sanggup kejang kaki dari kejang hati.. <--alamak..!!

Hurm tengah prepare untuk mencekalkan hati dengan semua dugaan yang akan datang..
Bukan bermaksud sekarang tak cekal..
Tapi tak cukup cekal untuk dugaan yang akan datang bertimpa-timpa..
Sebab saya tahu saya pasti keseorangan bila dugaan itu tiba..

Huh.. kenapa ayat tak cukup jiwa-jiwa ni..
Hehehe. sebab dalam hati ada api.
Bukan ada taman..
Itu yang penting..

{CHINTA}

Sesuatu yang ingin di kongsi


Guna masa sebaik mungkin untuk mengupdate ringkas..
Sementara pnBoss pergi morning briefing..
Laju2 taip.. Sori kalau ada tertinggal huruf.. =)

Just nak inform one news.. <-- don know if a good news or not.. =(
MAMA d dah ditahan di Hospital..
Tapi dijangka bersalin pada tengah bulan ni.
Baby dalam perut tak banyak bergerak..
enDoktor takut baby lemas dalam perut..
Tuu yang kene tahan wad nak pantau keadaan baby..
Harap semuanya ok..
"akak jangan risau2 yer.. pasti semuanya akan ok!!"
huhuhu saya plak yang risau macam saya yang nak bersalin..
Mintak jasa baik reader2 semua doakan yang terbaik buat MAMA d.

Hari ini very bad mood..
Actualy dari semalam lagi.. <--also don no why!!
Aiyakkk.. susah lah macam ni..
Hari-hari mahu pendam mood ka!!
Tapi semalam lebih baik dari hari ini..
Hehehe.. pagi2 dah ada yang kene sembur dengan kalimat keramat dari mulut saya..
SORRY k.. <-- orang dah cakap sekali, dengar lah.. ni nak kene cakap 2,3 kali lak.. saper tak hangin.. <-- sesi penyabaran diri sendiri telah berlaku masa ni..

Sekali lagi hati dan fikiran ke Hospital Serdang
Rasa mahu ke sana sekarang juga.. hurm..
Harap semuanya ok..
Mahu melihat sendiri keadaan MAMA d.
Tetiba teringat T-CHA, jangan nakal2 yer sayang..
Jaga papa elok2... ahaksss!!

mood<sekejap ok sekejap tak ok>

{CHINTA}

Selasa, 9 Ogos 2011

Tentang Dia



Ada Yang Hilang
Ketika Kau Hilang,
Hatiku, Jiwaku..

Ada Yang Pergi
Ketika kau Pergi
Senyumku, Tawamu..

Hidupku Ikut Hilang Bersamamu,
Cintaku Ikut Pergi Bersamamu..

Sementara Aku Masih Disini,
Mencuba Tegak Berdiri TANPAmu..

~seseorang~

Maaf !!

Dah beberapa hari blog sepi tanpa entry..
Sangat penat ditambah dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan..
Dah seminggu selsema dan batuk bermaharajalela..
Terima kasih kepada yang sudi singgah tapi
Maaf tiada entry terbaru.

Mood nak raya masih samar-samar..
Yerlah tak ada masa lagi nak jalan-jalan sana sini..
Balik kerja lari-lari nak balik rumah..
Masa sangat cepat bagi saya..

Tahun ni tak banyak order kuih raya..
baru 3 jenis.. itu pun tak tau nak amik bila.
Adoii dapat ke tak saya cuti raya kali ni..
Sian enHusband..

Sabtu lepas berbuka kat Segamat..
Wit family enHusband..
Keadaan tak mengizinkan.. wowowow 2x overdose.
Salah makan, n tatau makan aper.. huhuhu..
Tapi stil boleh senyum sampi umah.. owhh sangat pelik..
Mungkin tak mau enHusband susah hati..
Sebab kereta dah buat hal on de way nak balik umah.

Besok mahu kerja.. Stress datang lagi..
Malam ni mahu tidur puas n besok
Harap ada sinar bahagia buat kami..


‎:: Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalunya bahagia....
~seseorang~

{CHINTA}

Rabu, 3 Ogos 2011

Sakit nyer!!


Baru hari ketiga Puasa saya dah demam..
Huh.. ini baru betul2 dugaan..
Badan sakit, tekak perit, hidung tersumbat..
Adoii.. dengan kerja yang banyak lagi kat tempat kerja..
Hohohoho.. larat ker saya..
Bangun tidur kol 4am.. pas sahur nak kene g kerja pulak.
Masuk kerja kol 6am. Lari-lari kejar masa..
Macam mana agaknya kakak semua menguruskan masa,
Nak kejar ngan anak lagi, suami lagi..
Saya? huhuhu suami je yang nak kene layan.. 
Ini pun dah sampai demam2 dah.. =)
Nasib baik enHusband sudi nak hulur tangan.. 
Kalau tak memang kene hantar surat cinta lah kat pnBoss..

enHusband bila boleh suka-ria makan kat luar,
Macam tahun2 lepas, buke kat otel2. 
Hurm bukan kat kafe otel, tempat kerja yer..

{CHINTA}

Isnin, 1 Ogos 2011

~Tak ada tajuk pun~



Pas raya dah boleh g jogging neh!!
Kasut jogging dah siap jahit oleh pakcik.
terima kasih pakcik.
Pakcik cakap kasut jogging saya tu tak boleh kene air, hurm.. baiklah pakcik nanti saya dry jer.
Tak yah cuci2. =)
Pakcik suruh jalan2 dulu sengah jam sementara dia jahit kasut saya tu..
tengok baju raya kat Giant Bandar Baru Ampang, 
ada baju cantik, tapi dah tak ada saiz.
Hurm sangat benci kalau saya nak mesti tak ada saiz dah..
Huh.. enHusband cakap "nnti kita tengok kat tempat lain" <-- so boleh shoppng lah bulan ni? =)

Mood- mata ngantuk tapi banyak kerja lagi yang tak beres.. caner?

{CHINTA}

~SElamAT daTANg Ya RAmanDHAn~


Sahur pertama, hari pertama bulan Ramadhan,
Nasib baik hari ini tak kerja,
Hurm macam mana agaknya kalau kerja besok..
Pukul berapa saya nak bangun agaknya..
Tahun lepas kerja petang jer, so bangun sahur tak ada terkocoh-kocoh nak kerja pagi..
Tahun ni.. kol 6 dah kene ada kat tempat kerja.. hurm. itulah dugaan namanya..

Hari ini mahu google nak masak apa untuk berbuka.. =)
ebHusband cakap "Nasib baik ayg cuti hari ini, so boleh berbuka kat rumah" <--saya harap sempat balik umah n masak untuk kamu setiap hari.

{CHINTA}
Sekali lagi <-- cinta itu milik kita -->

~siHarimau Malaya~

Bila Hero Malaya putus tunang, cerita selanjutnya disini
Orang kaitkan cerita dia sama dengan MAWI..
" Bila dah femes mulah lah lupa diri"
Hurm.. Suka dengan Elia..  si jejari runcing <-- Dorang cakap susah nak tengok saya tak suka orang sekarang,
Semuanya saya suka. hurm macam mana ni..?  bagi saya, kalau seorang saya tak suka belum tentu 10 orang akan suka kat saya,, so kene fikir positif. kene suka ngan semua orang, baru orang akan suka ngan saya. =)
Biar orang tak suka saya, biar orang cakap apa pun pasal saya,
Yang pasti saya tetap saya, saya yang belum tahu bila & dimana ajal saya,
Takut tak sempat jer nak mintak maaf..

Harap semuanya hanya cerita sebab suka bila mereka bersama.. =) APEK & ELIA

gambar ihsan google

Besok dah start puasa, rutin harian makin bertambah, hurm. harap enHusband tolong saya ok.. tolong temankan saya siapkan juadah sahur. =P hehehe.. Tengah layan STANZA CINTA.
enHusband ke Terawih pertama, harap2 besok dan seterusnya sama juga ok.
SALAM RAMADHAN dari kami ALIZ@ZRIL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget