Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Khamis, 31 Mei 2012

Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kita kembali..

Hidup dan mati.. Ajal dan maut semua Allah yang tentukan..
Tak mengira berapa umur kita..
Tak kiralah betapa cantiknya dan kacak nya seseorang..
Baik atau buruknya perangai
Kita, sebagai hambaNya hanya mampu berserah..
Hidup hanya sementara..
Itulah yang sudah tertulis..
Perjalanan kita menyusuri cereka kehidupan bagai skrip drama yang mana penulis terhebatnya adalah Allah S.W.T
Usah bangga punya harta setinggi gunung..
Jangan riak dengan kecantikan dan kekacakan yang dikurniakan..
Pangkat yang hanya sementara..
Penghujungnya tetap sama.. Kematian dan akhirat..
Masa turun office lepas lunch tgh hari tadi dapat berita tentang kehilangan rakan sekerja ke rahmatullah.
Walaupun tak berapa rapat..
Tapi arwah yang murah dengan senyuman..
Terasa suram je tingkat 7 hari ni.
Semua bercerita mengenai arwah..
Sekelip mata kan..?
Baru pagi tadi jumpa arwah..
Bila tengah hari arwah dah pergi meninggalkan isteri, anak-anak dan keluarga..
Al-fatihah untuk arwah..
Serius lepas dengar berita tu..
Muka arwah asyik terbayang-bayang je..
Itu dah tertulis buat arwah..
Kita?
Masa tengah memikir ayat apa yang ingin dikeluarkan..
Teringat pula kat SAHABAT2 yang terlebih dahulu pergi menghadap ilahi..
Arwah Raqib, arwah Fasha, arwah Dalmie, arwah Shah dan mereka yang Allah dah tutup pintu amalan dunia nya..
Al-fatihah juga untuk mereka..
Serius saya rindu dengan arwah Raqib..
Raqib.. Semoga kau aman disana.. :-(
{CHINTA}
Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 30 Mei 2012

Selamat datang sayang..

Hujan!!!
Wah.. Best gile kalau dapat lena di atas katil yang empuk dan diselimuti selimut yang diperbuat dari bulu angsa..
Rasa macam nak lari laju2 nak cari bilik kosong dan cepat2 tarik selimut sampai tutup kepala..
Ok jangan layan sangat nafsu tidur ni..

Fuh!! Berhari blog tak terusik..
Serius!! ayat-ayat indah madah puitis serta pujangga dah terlempar jauh dari pemikiran..
Otak rasa tak boleh nak fikir..
Apatah lagi nak menyambung ayat menjadi satu kombinasi tanpa menyentuh hati sesiapa..

Ok buat MAMA d,
Ini entry terbaru dari CHINTA..
Wah lagi..!!
Bukan senang menyusun ayat ketika kelopak mata seperti ditarik kebawah..
Dugaan ni..
Tapi si kecil di atas..
Saya rela melupakan segala bagai yang empuk dan enak..

ADIEB ZUHRY b ZULKIFLI
dilahirkan pada 27/05/2012 jam 7.25pm..
Kak, mak kata sebelum ko masuk ward ko siap g carrefour lagikan shopping kain..
Hebat ko..!!
Jangan ada yang kata muke adieb macam muka za ye..
Nanti macam ika..
Sikit pun tak nak dengan za..

Pasni kompom dah kene start saving duit tuk duit raya..
Anak buah makin bertambah..
Rabaklah poket..

Takpe untie rela demi anak2 sedara..
Nanti dah besar lupa kat untie memang untie babap bontot..

Mama d sori tak ada pun cite pasal mama d..
Mama ila jom shopping jom!!
Kaki dah tak sabar nak jejak mall ni..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 21 Mei 2012

bila pen dan jadi cucuk sanggul


bangun tdo terus layan "Oggy and the Cockroach"
hahahaha.. pelik?
tak yah pelik sangat lah..
dah lama tak layan cartoon..
so bila bangun je dari tdo terus cari remote astro..
 <-malas nak layan perut yang minta diisi ni..

petang nanti nak layan DVD cerita baru yang belum ditengok..
sumpah memang tak ada masa nak buat semua tu..
sekarang tidur lagi penting.. :-)
Huhuhuhu..

rumah pun dah macam tongkang pecah..
nak pandang pun tak larat..
huh..
kene pasang azam ni spring cleaning rumah..
gelak sorang2..
kesian kat oggy ni.. asyik kene buli jek ngan lipas2 nakal ni..
seb baik rumah sebelah tak ada orang..
kalau ada mesti dorang pelik.
"hahahahaha.. oggy2.,

jap g nak kol ZALORA..
nak tanya kenapa barang saya tak sampai2 lagi ni..
saya dah xcited dah ni nak gune handbeg baru..
maaf yer enHusband disebabkan encik tak membenarkan saya melabur duit kat handbeg..
diam2 saya melayari online dan terpikat dengan handbeg tu..
dia kata handbeg saya banyak yang tak pakai..
buat apa nak beli baru..
pakai je mana yang ada..
hahahaha...
dah habis..
layan wanita hari ini pulak..

Bila hampir sampai hari yang ditunggu..

Ketika Tuhan mengizinkan seseorang muncul sebagai musuhmu, itu karena Tuhan tahu bahwa kamu telah siap menghadapinya. --

Otak rasa nak jammed..
Banyak sangat ke nak kene fikir..
Ni belum lagi jadi manager..
2,3 hari lagi nak kene jadi baby sitter plak..
Akak nak menghandover anak2 die kat saya untuk tempoh 2 bulan..
Harap mereka tak nakal..

Sementara menunggu ni suruh cari barang2 yang dia tak jumpa lagi..
"kak stokin kat GIANT belambak kak, ko nak gak za yg cari"

Yang no3 ni akak mmg tak byk karenah
Mungkin sebab lelaki kot..
Kalau ieka dulu..
Sikit2 kakngah, sikit2 kakngah..
Nasib baik akak sorang..
Layan jek..

Akak cakap.. "akak dah stop.. Pas ni ko plak sambung.." <~ sila faham apa yang akak ingin sampaikan.. :-(

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 16 Mei 2012

Eh..eh..eh.. ada orang tengah membilang jarilah.

Don't marry someone you can live with, but marry the person who you can't live without..

Mereka membilang hari meniti hari bahagia.. Semoga segalanya berjalan lancar..
Bukan cincin pengikat kasih..
Tapi ikhlaskan hati untuk meniti hidup bersama selamanya..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 14 Mei 2012

Cinta dan Benci

-serius BOSAN-

tak tau nak bagi tajuk apa..


petikan tu dari blogger yang baru mendirikan rumah tangga qaseh syahnia. sila keblog beliau untuk membaca entry penuh..

hari nie duduk rumah sambil baring-baring..
penat jugak kan asyik duduk rumah jer..
so kiteorang decide nak makan tauhu bakar kat keramat..

memang hujung minggu kali ni tak berapa meriah..
mungkin badan terlalu penat kot..

lepas makan tauhu bakar kat keramat..
kami g merewang kat danau kota. <- serius memang kami  bosan ni..
tengok bola kat mamak corner pastu jenjalan kat down town..
jalan2 sambil usha barang.

dah penat baru balik rumah..
sumpah bosan..

{CHINTA}

Ahad, 13 Mei 2012

banggalah kerana anda seorangibu..

NABI AJAR IBU DIKENANG SETIAP HARI BUKAN SETAHUN SEKALI 
#ustazazharidrus

selamat hari ibu mereka yang bergelar ibu..
5 tahun menunggu sesuatu yang tak pasti bila akan dianugerahkan..

bagi mereka senyum saya kerana suka..
bagi mereka juga tawa saya kerana gembira..
tapi tak siapa tahu apa yang hati tengah rasa..
tak siapa tahu apa yang dipendamkannya..
fahamilah bukan semua senyum, tawa yang dikeluarkan itu seperti apa yang kamu rasa..

tahniah buat sahabat kerana telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel..



aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau n family..
mereka adalah anugerah yang terindah buat kau dan suami..
peluk ciumkan baby girl ni untuk aku..
dan jangan lupa sebutkan sekali namaku di telinganya.,
agar dia tahu yang aku adalah sahabatmu..

SELAMAT HARI IBu... :-)

{CHINTA}

Khamis, 10 Mei 2012

Hari ini yang sangat DISASTER

Orang cakap kita berbudi orang berbahasa..
Tapi saya pula cakap.. orang berbudi, kita pandai-pandailah berbahasa..

Motif utama steatment kat atas...
Adalah kerana..
Jangan lah bodoh sombong sangat.. tak tahu, pandai2 lah nak ringankan mulut yang tak berapa nak mungil tu tanya kat orang..
Macam-macam lah orang sekarang ni..
Harap pangkat jer tinggi tapi otak letak kat bawah tumit jugak..

:-)
Hari paling busy..
even nak breakfast pun tak sempat..
lunch pun lari2 makan dengan rakus.. <- wah lapar tahan cipan paya..
Argh...
Kesian korang pun tak boleh nak tolong kurangkan ke'stress'an yang saya hadapi.. <- #ada ker orang ysng kesiankan aku ni?#->

Hari ni mulut ni memang banyak keluar ucapan "TERIMA KASIH"
WALAUPUN... kene marah dengan guest, pun masih sempat nak cakap "terima kasih"
"Terima kasih yer enAlex sebab marah dengan saya.. dan hampir menitiskan air mata saya.." huhuhu...

sedih sebab akhirnya guest tu lembutkan suara die..
wah.. cair jugak die dengar saya cakap.. hahahaha...

Hari paling kalut..
arghhh..
stress..
tepat jam 6 petang baru keluar opis..
hello... "korang tau tak pukul 6 pagi saya dah ngadap pc kt opis"
ini bukan mintak belas ikhsan..
tapi nak bagitau jer..
kalau rasa tak nak tahu..
get out from my blog...
lalalala...

oklah nak layan MAHABBah
pas ni nak layan "imam muda vs ustazah pilihan"
layan OASIS lagi lerevan dari layan cerita "amukan pocong"
makin tak faham dengan cerita tu..
owh.. enjoy your nite..

{CHINTA}

Rabu, 9 Mei 2012

Choco bar.. tq ucuk..





motif utama..
nak makan coklat jer..
disebabkan malas nak g kedai jejauh..
enHusband g beli kat kedai dekat umah jer..

ok sebelum di g, sempat gak saya jerit..
"belilah kit kat ke, cruncies ker"
kalau cadbury compom tak ada..
biasalah kedai kecik jer.,

dalam hati..
"yeaaay.. dapat makan coklat,  :)
hahaha.. gaya ank kecil dapat jajan..

naik atas rumah..
dan bila enHusband masuk rumah jer..
tada...
itulah hasilnya..
seperti yang diatas..
"nah, kit kat abang tengok berabuk je.. takut dah xpired"
"yang ni 4 posen, bleh dapat dua.."
huaaa.. sejak bila kedekut die nie..
budjet sangat!!
hahaha..

Bali nyer pasal ke bang?
hahaha..
tak kira besok beli coklat mahal kat kl sentral..

£Kita Tak Akan Tahu Perangai Seseorang Sampailah Kita Duduk Serumah Dengan Dia..
ustaz azhar idrus

Selasa, 8 Mei 2012

Lu terasa ke beb?

Dah baca entry ni?
Entry yang tak ada kene-mengena dengan sesiapa tapi..
Dah menyentuh hati seseorang..
wat de hel u..
ok sila jangan budjet saya hanya berurusan dengan awak seorang je..
Dunia saya luas..
Bukan muka awk je yang saya pandang..
sila jangan perasan ok..
Dan tolong jaga perasaan orang kalau tak tau nak jaga perasaan sendiri..
Kesian...

{CHINTA}

Ahad, 6 Mei 2012

rasa macam famous plak..

Niat dari rumah nak jumpa Norhayati Berahim je..
nasib baik booth NB Kara tak berada dalam kesesakan orang ramai..
naik je dah jumpa..
Nice to meet u again Norhayati Berahim..
saya ni adalah pembaca setia semua hasil nukilan akak..
<- masa ckp mcm tu ngan die.. die senyum n terus peluk saya..
hehehehe... kali ni borong buku NB Kara tak banyak..
3 Buah jer.. yang lain semua dah ada dalam simpanan..
peruntukan yang enHusband bagi pun tak habis..
so boleh tuju hala lain.


rasa macam famous plak bila bergambar dengan blogger terkenal Maria Elena & Shea Rasol..

Karangkraf merasmikan majalah terbaru HIJABSTYLIESTA<-betul ke aku eja ni mcm meraban jer..
Anda dah memiliki edisi pengenalan?
Saya dengan tak sabarnya terus menyambar edisi pengenalan itu dekat NEW's KL Sentral..
ada Datin Juma, Fida Ibrahim.. 
Dan 2 org blogger terkenal kat atas.. <- ramai lagilah tapi saya hanya kenal dengan 2 org diatas..
Saya masih mencuba nasib untuk menjadi seperti mereka.. Teangah berangan nih..
Terbaik weh..

Lokasi kejadian PESTA BUKU 2012..
PWTC


sempat snap pic candid Shea Rasol..
Cuma tak sempat nak amik gambar dengan Datin Juma n Irma Hasmie..

Nak lepas syg, nak genggam serba-salah..

Mood nak update laman sosial dah tak berapa nak ada..
kenapa?
urm.. mungkin saya rasa tak ramai yang berminat dengan hasil nukilan saya..
owh.. maaf..
sejak kebelakangan ni asyik moody jer..
mungkin penat sangat kot..
dan mungkin sedikit stress..

Saya sentiasa terfikir..
Apa fungsi seorang isteri disisi suami..
Ok kdg2 saya selalu membandingkan saya dengan orang lain.,
Ya saya bukanlah contoh isteri mithali..
<-breakfast pun kdg2 enHusband yang sediakan.. <- gile malaskan ini bini..
bukan breakfast kdg2 kemas rumah n cuci kain dan jemur kain pun enHusband yg buat..
Wah sila panggung kan saya kat rumah.. hehehe..
Itu kisah benar.. :)
Tak tipu punyer..
Silap haribulan MAKmertua cari bakal menantu lain untuk anak die..

Berbalik pada soalan utama..
Apa fungsi seorang isteri disisi suami..
Kau.. kau.. dan aku.. aku..
Kalau macam tu baik tak payah kawin..
Kalau banyak benda yang patut share, tapi nak berkira..
Hidup single minggel lagi baik..
Atau hanya nak tunjukkan kat semua orang..
"Lihat lah DUNIA 'DIA' aku yang punya..."
Kalau mcm tu, tak kira lah berlakon bahagia macam mana sekali, kesudahannya tetap sama..

Hutang keliling pinggang kalau sorang jer yang hulur macam mana?
Padahal sama-sama direnjis air mawar..
Padahal sama-sama diucap tahniah..
padahal juga sama-sama dah melayar bahtera..

Cerita diatas untuk tatapan semua..
Juga untuk ingatan saya juga..
Agar tak lupa dan leka..
yang saya masih berpijak dibumi yang nyata..
Walau sebanyak mana pun rezeki yang Allah bagi..
saya sentiasa ingat..
"jangan sesekali memperlekehkan orang dalam urusan harian.."

Saya sentiasa ingat pesan seorang kakak..
" sebanyak mana pun gaji yang kita dapat, berbanding suami.. jangan sesekali memperbandingkan.."
belajar untuk berkongsi bersama.. jangan biarkan dia menanggung beban seorang.. untuk hidup bersama memang mudah.. untuk mengharungi nya..
sama-sama kita fikirkan..

Jika kisah benar boleh dijadikan tauladan..
Tak salah kiranya dikongsi bersama..
Jangan senang bersama..
Bila susah dipinggirkan..
Zaman sekarang rm50 dah tak macam dulu..

Ok dah banyak sangat merepek..
Chealsea pun dah menang..
Time untuk mamak clear meja..
Maaf pada yang terasa..

{CHINTA}

Rabu, 2 Mei 2012

Bila hari ni....

Penat!!
Sangat penat!!
Agaknya stok duduk kat umah je kot..
bila duduk kt rumah bosan plak..
stok jenjalan kot baru tak bosan..

Tadi masa lunch..
tengah dok ngadap cermin besar kat locker,
ada kakak tu keluarkan lipstik..
cantik!!
" mana beli kak..?" <~ budjet nak cari lah..
" kat KOREA" akak tu ckp..
lor.. baru berangan nak cari..

hehehe.. bila dengar cerita akak tu pasal korea mcm best plak..
sanggup tahan mata yg mengantuk dari tidur..
dengar carita akak tu sambil berangan..
apalagi.. balik kerja terus suggest kat enHusband..
"abg, jom g korea.."
hahahaha...
"apa ingat KOREA tu macam balik pahang?"
sambik geleng kepala..
ala ajak g korea pun tak nak,,
sombong..!!

misi tahun hadapan..
psssttt!!!
KOREA jom..
hahahaha..
kejap nak g bali, padang, jakarta lah bagai..
huhuhu..
jadi korang tolong lah saya klik kat iklan NUFNANg tu..
bleh saya g melancong dan melencong..

Akak tu siap jumpe dengan isteri kesayangan Ally Iskandar kat sana..
wah... Farah Lee tu.. dia kata cantik!!
sambil tu saya terus imagine muke Farah Lee yg mmg cantik..
sambil tu juga saya berangan yang saya berada dalam penceritaan kakak tu..
ha... tgk punyer lah xcited..

harap2 tidur malam tak mimpi seoul..

{CHINTA}

Selasa, 1 Mei 2012

bila tangan dh gatal··



Tadi jumpe aplikasi ni kat play store..
sangat teruja..
maklumlah dah lama tak mewarna..
HAri ni enHusband cuti.. 
Labour Day lah katanya..
Wife die jer yang terkedek-kedek ke tempat kerja..
Hais... mencari sesuap nasi lah katakan..
Seperti kata seorang kawan..
Sesuap nasi yang seleranya amatlah besar..
Wah gitu!!

pssttt... pipi makin mengembung..
Cepat betul badan ni naik..
Selera makan ni makin menjadi-jadi plak..
Stress!!!

ok...
it's a bowling time!!
Habis kuku saya patah··
Tension¡¡!! :(
:)

{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget