Sabtu, 31 Disember 2011
Entry terakhir untuk 2011.
Rabu, 28 Disember 2011
Redha dan pasrah
~✿ Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita ✿~
~✿ Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka ✿~
~✿ Belajarlah redha apa yang kita ada ✿~
~✿ Itulah yang terbaik buat kita ✿~
~✿ Walaupun itu bukan yang kita suka ✿~
Selasa, 27 Disember 2011
~Bila hati berbicara~
✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dgn seseorang itu , tapi sebenarnya JAUH .
✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia , belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI .
✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA .
✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI .
#Kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN .
Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR . . Adakah tangan DIHULURKAN atau DITINGGALKAN :'))
Sabtu, 24 Disember 2011
Ini minum petang saya semalam..
Huaaaa...
Ramai yang tegur tentang perubahan jisim saya..
Sangat mendadak..
Ok cerita pasal semalam..
Tengah hari saya dah makan nasi berlauk kari, berulam timun cicah budu, tempoyak dan cencalok..
Makan petang pulak saya makan nasi bungkus yang dibawa oleh pnBoss..
Makan malam pulak saya telah menghabiskan lebih kurang 30 biji buah rambutan..
Sila masuk kan mata anda yang anda beliakkan tadi..
Tak lah hebat mana pun..
Sekarang saya tak tahu macam mana mahu mengawal nafsu makan saya..
Owh.. Menggerunkan kan??
Ok sila abaikan saya
Yang makin lama makin gemuk..
Adoi.. Bila lah mahu selim macam erra fazira..
Lalalala.. <~erra fazira pun hari2 komplen yang badan dia dah gemuk..
Mana ada kak oiii.. Bdn akak menten jek..
Saya hari hadap gambar akak..
"kau sumber inspirasiku"
Ok layan feeling dah tamat..
Mahu lebih usaha esok..
Usaha mahu makan dengan sikit jek.. hehehehe..
{CHINTA}
Terasa di Syurga
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Jumaat, 23 Disember 2011
Dalam Hati Ada Taman..
•♥• sy xbgs dlm ENGLISH,,tapi sy blh bgtwu yg..I LOVE YOU ♥ !
•♥• sy xbgs dlm GEOGRAFI,,tapi sye boleh tahu awk tinggal dalam HATI saya ♥ !
•♥• sy xbgs dlm SEJARAH,,tapi sy INGAT FIRST TIME saye kenal awak ♥ !
•♥• sy xbgs dlm KIMIA,,tapi sy blh bgtauTINDAK BALAS sy bila awak senyum ♥ !
•♥• sy TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek,, ♥ !
•♥• tapi sy blh bgtahu awak yg sy hebat dlm semua SUBJEK ,,jika TOPIC nyer ialah AWAK ! ♥
#seseorang#
Malam2 dengar lagu ombak rindu buat saya rindu seseorang..
Seseorang yang banyak mengajar saya erti dunia..
Seseorang yang banyak mengajar saya erti.kesabaran..
Sesungguhnya dia banyak mengajar saya segalanya..
Walaupun dugaan datang satu persatu..
Tapi dia tetap dengan senyuman..
Itulah yg dia nak saya lakukan..
DnG n Hugo boss..
{CHINTA}
Khamis, 22 Disember 2011
~Wanita~
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
... Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Dendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..
INGAT!!!...Tangan Yang Menghayun Buaian...mampu mengocang DUNIA.....
{CHINTA}
saya hanya wanita biasa yang banyak kekurangan nya
Rabu, 21 Disember 2011
Bicara Hati!!
Hehehe.. saya baru jer off Ahad n Isnin lepas..
Keje sehari dan Offday lagi 2 hari..
Wah makin bertambah lah lemak yang sedia ada ni..
Pagi2 lagi enHusband dah kejut mintak buat kan nasi goreng..
Hurm.. lapar katanya..
Dengan mata yang mengantuk siap jugak nasi goreng kampung saya..
Kali ni memang nasi goreng kampung..
Sebab ada ikan bilis dan sayur kangkung.. =)
Pas masak saya sambung balik tidur sampai tengah hari.. <--teruk kan?
enHusband masih lagi dalam mood medical leave @ MC.
Tak tahu sampai bila..
Tapi doktor bagi MC lagi 2 hari..
Hari ni dan besok..
Tekanan darah masih tak stabil..
Urm.. ingat kan dah ok sebab badan dah tak panas dah..
haisss.. bila dia nak sihat ni..
selera makan dia memang kurang..
bila makan jer mesti keluar balik..
hurm.. sebab tu lah tekanan darah dia tak naik-naik kot..
tangan dah tak ada ruang dah nk cucuk..
boleh dia cakap ngan doktor.. "cucuk lagi ker? nak cucuk kat mana dua-dua lengan dah kene cucuk ni..?"
hehehe...
Nasib baik jugak tak check in kat Hospital..
Urm.. ni lah kalau tak jarang sakit..
Sekali sakit sampai nak habis limit kad klinik..
tak per tahun depan tinggal beberapa hari jer lagi..
Nanti topup yang baru yer..
Saya dah bosan dah duduk rumah..
Bila boleh YES ni..!!
Doaku
Hidup Dah Tersurat..
Selasa, 20 Disember 2011
Wishlist sebelum malam tahun baru.. =P

Isnin, 19 Disember 2011
Kasih & Sayang
{CHINTA} n DnG
-secret lovely-
di suatu petang minggu..
Ahad, 18 Disember 2011
Owh suami!!
Bila hati dah bunger2 nak berbahasa, lappy plak buat hal..
hurm.
Ok.. saya tak nak beli baru.. saya guna je kamu sampai kamu dah tak nak berkhidmat dengan saya.. =)
Cerita pasal hujung minggu lepas pun tak tahu bila nak kongsi..
Ini pun lari2 memenuhi permintaan enHusband yang nak itu ini..
Sian die demam.. Badan panas giler,
Suhu sampai 39.6'
Time tu lari2 g dapur amik asam jawa lumur dekat ubun2..
Urm..
Nasib baik tengah cuti..
Kalau tak..
Ok tak mau imagine macam mana dia duduk sorang2 kat umah tanpa ada pengawasan..
Khamis, 15 Disember 2011
Penat-stress
Maaf..
Keadaan saya sekarang tidak mengizinkan saya untuk bercerita disini..
Cuti yang lama membuatkan badan saya sangat lemah untuk bekerja semula..
Stress dan fikiran melayang-layang..
Huh.. Benci berkeadaan begini..
PnBoss janji mahu jumpa saya buat kali terakhir sebelum dia secara rasminya meninggalkan kami.. Owh pnBoss..
Lepas ni tiada lagi nasi bungkus buat bekalan lunch..
Tiada lagi meehoon goreng buat santapan pagi..
Tiada lagi biskut kering untuk kudapan senamam mulut..
Saya harap boss baru bleh ngam satu kepala ngan saya..
Baru best nak ragging.. :-P
{CHINTA}
Isnin, 12 Disember 2011
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia.....
Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu..
Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu..
Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya..
Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum ^_^

~AKU~
{CHINTA} & DnG
Ahad, 11 Disember 2011
aku tak janji tapi aku cuba menjadi yang terbaik..
Biar mimpi sampai ke bintang..

OMbak RIndu vs Jogging..


Rabu, 7 Disember 2011
ini bukan wordless wednesday =)



Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi BELIAU
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, Shaari Razali, 26, yang bekerja sebagai pemandu kren dipercayai lemas selepas cuba menyeberang sungai sebelum dihanyutkan arus.
Menurutnya, Shaari dipercayai sempat meminta pertolongan rakannya yang berada di atas tebing namun gagal diselamatkan.
“Susulan kejadian itu, operasi menyelamat dijalankan selepas laporan diterima dan disambung hari ini (semalam).
“Operasi melibatkan 39 orang terdiri dari pasukan polis, polis bantuan Felda, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Karak termasuk unit skuba dan orang awam,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, sebanyak dua bot digunakan untuk menjalankan rondaan sejauh lebih kurang tujuh kilometer dari tempat kejadian.
Menurutnya, pasukan skuba juga membuat selaman sejauh 100 meter berhampiran tempat mangsa dipercayai hilang dibawa arus.
“Sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi akan diteruskan keesokan harinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian pertama
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Mempaga Tiga, Safidin Nordin berkata, susulan kejadian yang berlaku, pihaknya turun padang menghulurkan bantuan termasuk menyediakan keperluan makan dan minum untuk petugas.
Menurutnya, selain itu, terdapat juga penduduk yang turut serta dalam operasi menyelamat dijalankan.
“Kejadian seumpama ini adalah kali pertama berlaku di sini dan ia menyebabkan penduduk berhampiran turut turun padang melihat operasi menyelamat dijalankan.
“Walaupun kawasan ini sering menjadi tumpuan kaki pancing untuk memancing namun tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Safidin berkata, pihaknya menghargai kerjasama diberikan semua pihak dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.
Adun hulur sumbangan
Sementara itu, Pegawai Khas Adun Ketari, M Ramanujan berkata, atas keprihatinan Datuk Dr Ng Keong Chye, beliau menyumbangkan sejumlah peruntukan untuk membiayai keperluan sepanjang operasi menyelamat dijalankan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku memberi impak bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi juga penduduk setempat.
“Apa yang diharapkan ialah penduduk lebih peka dan berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berhampiran sungai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Tambahan pula, pada masa kini cuaca tidak menentu dan paras air sungai meningkat serta arus deras,” katanya.
copy dari SINAR HARIAN.
jenazah SHAARI BIN RAZALI telah berjaya ditemui lebih kurang jam 4 - 5 ptg tadi (06/12/11) oleh JPA..sama - sama kita sedekahkan Alfatihah utk arwah..shaari razali - bekas pelajar SMAP tahun 1998 - 2000.. Arwah hanafi, halil,dalmie ,fashabonahir,raqib..ALFATIHAH
Tetibe teringat arwah RAQIB, dia janji mahu menjadi sahabat saya sehingga akhir hayat. ye mmg kita bersahabat sehingga akhir hayat.. aku hargai air mata kau yang keluar masa kau menjadi pendengar setia segala masalah aku.. kau cakap bukan senang nak tengok air mata kau keluar. yer itu adalah kali kali terakhir aku berbual dengan kau. Dan selepas itu aku hanya melihat kau dari jauh. dan terima kasih kerana sudi datang di majlis perkahwinan aku.. walaupun hanya melihat dari jauh.. rindu RAQIB. alfatihah..
{CHINTA}
Ahad, 4 Disember 2011
Suara Ku Berharap..
Jumaat, 2 Disember 2011
Karma
merasa apa yang dirasa..
terasa apa yang telah berlaku..
serius saya memang tak boleh nak tipu diri saya sendiri..
serius saya memang tak boleh nak jadi hipokrit..
Dia kata saya kene kuat..
kene kuat macam dia..
tapi..
macam mana saya nak kuat..
sebab dulu tak ada siapa tahu perasaan saya..
now!!
Tak apa..
Janji saya tahu macam mana perasaan saya..

cinta sempurna..

Khamis, 1 Disember 2011
Politik jap..
Malas tengok berita..
Malas mahu baca paper..
Layan emosi ada pekdah nyer..
Now.. Kalau buka paper jer cerita pasal politik..
Citer pasal parti tu.. Parti ni..
Kalau tengok berita pulak, pun sama..
Cerita pasal orang tu.. Cerita pasal orang ni..
Urm...
Sok hajat mahu ke PWTC..
Mahu borong kain pasang yang murah-murah kat sana..
Bukan selalu.. Setahun sekali jek..
Harganyer murah mengalahkan JAKEL..
Kalau bernasib baik dapat masuk TV3..
BULETIN UTAMA.. BERITA POLITIK..
Owh ok.. Mood kemas rumah dah sampai.. Mahu kemas rumah sebab besok mcm mahu lari dari rumah.. Hehehehe..
Peace yo..
{CHINTA}
Ombak Rindu..
Rabu, 30 November 2011
Kereta kabel vs bas dua tinggkat = OMBAK RINDU.
Baru balik dari berjimba-jimba..
Owhhh... Terasa macam melancong ke obersea plak..
Tapi tak kene sangat time nyer..
Sebab hujan mencurah-curah..
Bila dah reda je..
Lari-lari pergi masuk barisan..
Pastu dah berkobar2 nak tunjuk gelang tangan, hujan lagi mencurah-curah..
Adoiii..
Nasib baik naik atas bukan niat nak main2 permainan yang boleh mendayukan suara..
Sempat main flying coaster jer..
Itu pun dah serak suara menjerit sebab gayat..
Tapi masih tak puas hati sebab tak dapat main roller coaster n sollero <~tak tau lah nak panggil apa nama permainan tu.. Yang shoot dari atas dengan laju tu.. Nak jerit pun tak sempat keluar suara..
Jalan2 cuci mata jek..
Nak naik bot kayuh pun tak boleh
Mencik..
Paling best ada 4 org budak pompuan..
Mayb nak release tension kot..
Tak pun baru lepas kuar umah..
Dorang masuk umah hantu yang tak seram tu pun boleh menjerit macam jumpa hantu real..
Haisss.. Budak baru nak naik. Layan jer..
Memikir kejap apa yang dorang takut masuk umah hantu tu..
Masa kami masuk tu tak ada plak hantu yang menggerunkan serta menakutkan..
Hurm.. Macam2 lah budak2 tu nak kan perhatian..
Owh besok tayangan OMBAK RINDU
Tiket dah SOLD OUT..
Diulangi.. SOLD OUT..
aduhhh.. Bila lah dapat tengok ni..
Awak... Jom kita tengok jom..
Pas majlis..
Ada beran??? ;-)
Ok mahu layan perasaan yang masih berada di awangan..
Owhhh bestnyer...
{CHINTA}
Tentang Dhia!!
Now tengah lepaking dirumah setelah seharian berjimba-jimba diluar sana..
Thanks sebab buat kan saya tersenyun..
Walaupun tak sempat melepaskan sepenuhnya tapi boleh lah dari tak dapat pape..
Tentang Dhia..
Memang sukar membuat keputusan..
Apatah lagi kedua-duanya ada dalam hati..
Sangat berat apa yang dirasa Dhia..
Dugaan bertimpa-timpa..
Mood jiwa-jiwa right now!!
Menci..
Rasa mahu nangis bila tengok Dhia menangis teresak-esak..
Rasa mahu marah bila Melly berperangai macam tu..
Sangat c#%@+@
Huh ini adalah penangan tentang dhia..
Kalau saya, saya tetap pilih yang ada dalam hati saya.. Haiyebiu..
{CHINTA}
Isnin, 28 November 2011
YA ALLAH
"Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kpdku, Jadikanlah orang yang m'cintai-Mu m'cintai aku & jadikanlah aku.. mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu."
Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku
Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku
Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku
Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahaddamu, maafkan aku
Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU
"Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU, andai pernah diriku menjadi punca jauhnya seseorang hamba daripadaMu,
AMPUNKANKU ya Allah..."
{CHINTA}
Ahad, 27 November 2011
Selamat berhujung minggu..
When i first met you, I honestly didn't know you were gonna be this important to me."
Semoga Allah jadikan pagimu cahaya
zuhurmu gembira
asarmu bahagia
maghribmu keampunan
isyakmu keberkatan
dan doamu dimakbulkan
dan diluaskan rezeki
dan dibuka padamu pintu
syurga tanpa sempadan
SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH
{CHINTA}
Beauty is pain..
ok tak mo cakap banyak pasal BEAUTY..
boleh bawa mati kalau terlalu fanatik..
CANTIk juga KIMORA ni.. tinggi seh..
Baru pas BRUNCH..
pastu dok lepak depan TV..
Nak layan buletin artis sensasi..
MELODI..
Perut kenyang nk tungu lapar balik..
nak g serbu khemah pengantin..
dan makan lauk pengantin..
tetibe...
ceh..
keluar iklan cuci tandas yang sangat saya elakkan..
Ada ke patut..
Hiss..
Ok hujan dah reda..
nak sinsing lengan baju g touch up muke..
Petang nanti mahu keliling TASIK..
nak kurang kan lemak yang dah naik tepu ni..
adoiii.. harap kali ni saya lajukan langkah saya..
bagi saya LOVE IS PAIN not BEAUTY..
peace yooo..
{CHINTA}
Sabtu, 26 November 2011
hidup ini mungkin kene banyak mengalah.
semua gara-gara cerita SEBELUM 5 PERKARA.
jadi cerita ni memang menjadi..
serius sangat menusuk dalam hati..
Tetiba saya teringat seseorang..
Tak tau kenapa saya terfikir tentang dia..
Lebih kurang 15tahun yang lalu..
Dia adalah salah seorang tenaga pengajar saya..
Dia dilamar oleh seseorang yang terlalu baik..
Menjadi isteri kedua kepada suaminya..<--serius saya tak dapat gambarkan perasaan si isteri pertama bila lamaran di utarakan..
cincin pertunangan juga disarungkan oleh si isteri..
sanggup kah anda melakukan apa yang dilakukan oleh si isteri..
SAYA???
Masih belum boleh berfikir dengan waras..
Jadi bila keadaan yang hampir serupa akan berlaku..
Owh..
saya tak mahu fikirkan keadaan nya..
Saya harap mereka BAHAGIA..
sentiasa bahagia..

Jumaat, 25 November 2011
ceritera cinta ku..


Rabu, 23 November 2011
Bola.garam.perkahwinan
2 soul in 1 heart
Bola dah setat dah..
Laju2 masak, dan laju2 makan..
Apex punyer pasal mak rela apa saje nyah..
Hari ni kepala tak buat hal..
Yang buat hal perut pulak..
Berulang toilet je hari ni..
Pastu skang kembung perut bunyi macam ketuk tong drum..
Haisss tak selesa betul..
Semalam yang jammed..
Macam2 hal jadi semalam..
Satu2.. Kenang kan rakan sekerja jer..
Kalau tak dah lama makan penumbuk..
o_O hehehe.. Penumbuk saya ni tak pernah rasa muka orang lagi ni..
Dulu masa frust selalu tumbuk bantal..
Paling hebat tumbuk dinding.. Tu je..
Pssstt..
Sejak dua tiga hari ni saya asyik masak masin jer..
Walaupun enHusband cakap tak masin..
Tapi terlepas gak dia cakap "masin sikit lah"
Hehehe..kalau dulu bila masak masin orang cakap nak kawin..
Tapi skang? :-P
Owh orang len yang nak kawin orang lain yang rasa getarnya..
Masih memikir mahu atau tidak kemajlis perkahwinan dia..
"weh aku tak janji tau dapat pergi atau tidak majlis ko tu.."
Keadaan tak mengizinkan aku ke walimatulurus korang berdua..
Urm..
Aju cakap ko dah bookingkan hotel untuk kite orang..
Tapi masalah besar nye skang..
Kalau aku boleh g pun belum tentu aku boleh jumpa rumah kau tu..
Persoalannya skang..."MANA KAD JEMPUTAN KAWIN KO YANG ADA PETA BAGAI TU...?"
Huh aku dah mula sentap dah ni..
Haisss.. Macam tak nak ajak aku join korang jek.. <~ni sentap lagi ni..
Tak per lah..
Kan betul aku tak ada rezeki nak rasa nasi minyak korang berdua..
Len kali banje aku makan eh..
Penat taip.. Tgk bola pun dah dah tak konsentrat dah ni..
Ok mahu undur diri.. Sila tinggal kan komen anda sekiranya anda tak berpuas hati dengan hasil nukilan saya..
{CHINTA}











