Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Jumaat, 27 Disember 2013

Ini dugaan..

Allah uji aku..
Lagi dan lagi..
Bila bahagia dihujung di tarik kembali ke bawah...
Sentiasa aku berfikir...
"Banyak salah aku .."
Allah uji emosi aku..
Allah uji perasaan aku..

Allah tahu aku mampu..
Tapi sampai bila..???

Ahad, 22 Disember 2013

In sha'ALLAH ♥ :)


❤ ALLAH uji KEIKHLASAN apabila BERSENDIRIAN,
 
❤ ALLAH beri KEDEWASAAN apabila kita ada MASA'ALAH,
 
❤ ALLAH latih KESABARAN dalam KESAKITAN,
 
❤ ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,

KECUALI menggantikan yang LEBIH BAIK.. .
In sha' ALLAH ♥ :)




{CHINTA}

Ahad, 8 Disember 2013

Casing Handphone.. tq adik!!!


aku dok usha je 'casing' ni sejak beberapa minggu yang lalu..
Budjet macam tak sampai je nak amik buat harta..
Sebab yang aku usha harga semuanya memahal belaka..
So aku pun dengan ringan hati tunjuk kan kat adik..
manalah tau ada port baik, die boleh tunjukkan tempat yang harga boleh runding..

bangun pagi tadi tengok handphone..
ada image 'wasap' dari adik..
buka2 je nah.. 'casing channel'
ok.. <-- sebab gambar je kan.. tak heran apa pun..

so bangun keluar bilik konon2nye nak sidai kain.. sebab malam tadi tak sempat nak sidai, jarum jam pukul 11pm dah tersadai dah depan tv. mengantuk bukan main lagi..

bila keluar jer..
nahhhhh... elok jer casing adik letak kat timbunan barang souvenier dari borneo..
hahahahaha... giler tak suka..
akhirnya..
tak payah letak dalam 'wishlist 2014'..
end year 2013 dah dapat dah..
yeaaaa... tq adik.. akak sayang ko lebih lah.. =P

{CHINTA}

Rabu, 4 Disember 2013

Akhirnya..

Macam- macam jadi sejak dua menjak ni..
Owh.. yer.. aku sekarang di kepulauan borneo..
Urmmm.. akhirnya selepas 20 tahun....
Akan kesini lagi, dan lagi..
Seronok weh..
Aku masuk pasar pun jakun nyer bukan main.. macam-macam aku nampak..
Serius... banyak rupanya yang aku tak tahu...

Seronok tengok mak gembira dengan kedatangan kami..
Riuh rendah beliau melayan cucu-cucu..
Memasak, agak lama aku tak merasa masakan mak.. lupe sekejap tentang diet...
Yer jangan cube berdiet andai anda bersama emak..
Cakap saje apa ingin dijamah.. pasti akan terus kedapur.. sungguh.!!!
Baru 5 hari di kepulauan Borneo, aku rasa kapal terbang dah tak mampu nak bawa aku naik..
Kapten kapal seperti mengejek..
Double chin merata-rata..
Inilah nikmat di kampung..

Sempat berpesan dengan adik sepupu..
Agar lihat-lihatkan emak di kampung..
Hanya mereka je yang kami harapkan..
Itulah jangan sesekali putuskan ikatan..
Allah je yang membalasnya.. =)

{CHINTA}

Selasa, 26 November 2013

Blank..

Aku tengah tengok Masterchef All Star..
Mata ke tv..
Fikiran kelain..
Demmmm... i hate thissss feeling..!!!
Pls fokus..

First memikirkan..
Siapa yang rajin hendak menùkar pasword email aku..!!!
Aku rasa 2 bulan kebelakangan ni aku dok asyik menukar pasword jek..
Weh dah tak larat nak ingat dah..
Aku nyer kepala ni bukan lah hebat sangat..
Huh.. dah rasa macam retis plak..

Second memikirkan..
Apa akan jadi besok..
Yer besok yang tak siapa tahu bagaimana caturannya..
Yang tak siapa tahu apa perasaan nya..
Yang tak siapa tahu bagaimana keadaannya..
Pengkaji cuaca menyatakan hari ni mendung..
Tapi.. kita dapat lihat cahaya matahari.
Seandainya pengkaji cuaca menyatakan besok ribut petir..??
Jangan terkejut seandainya pelangi indah dijadikan untuk tatapan mata hati..
Besok adalah tanda soal...

Mengerti perasaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain..
Yer.. jaga hati sendiri..
Jangan mengharap orang lain untuk menjaganya..
Hidup ini sementara..
Jangan nak rasa riak dengan perasaan sendiri..
Hati pls be nice with perasaan..
Jangan gaduh2..

Hari-hari aku jalan..
Hari-hari aku perhati..
Tapi fikiran tetap kelain..
My goshhhhhhhh!!!!

{CHINTA}

Isnin, 25 November 2013

Sajak dari hati..

Malam tak nampak indah

Bila tak ada rembulan
Gelap menabur sunyi
Hambar tanpa cahaya
Seperti hidupku akan sunyi bila tanpamu


Gering seperti gurun tanpa hujan menyapa

Hambar melanda hati jauh dari dirimu
Rindukan hadirmu bagai hujan
Di gurun jiwaku

Jangan pernah kau menjauh dariku
Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran

Ku tak bisa jauh dari dirimu

Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia

Kau adalah jantungku

Kau adalah nafasku
Kita takkan pernah bisa
Tak selalu bersama

Ku tak bisa jauh dari dirimu

Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran

Jangan pernah kau menjauh dariku

Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia


Aku suke lirik jer..
lagu boleh lah layan kalau tak de nk pilih..

{CHINTA}

Ya Allah berkati lah limpahkanlah rahmat Mu terhadap dia..

Aku kene buat satu entry untuk seseorang..
Ye bila berbicara mengenai sesorang mesti terfikir sesuatu yang special..
Yer seorang yang special..

Aku tak ada idea sebenarnya..
Tapi aku terus-terusan memerah akal fikiran untuk 'DIA'

ye.. entry khas untuknya..
disebabkan dah janji..
kene juga buat..
tapi maaf sebab lambat PUBLISH.. *kene peram dulu dalam draft untuk bagi lagi best

Hari ni hari ulang tahun die..
Hari yang bagi aku, kene bagi sepenuh perhatian kat die.. *yelah kata hari kelahiran kan..

Tahukah kamu perasaan yang menyenangkan ketika
Seseorang yang menyukaimu
Seseorang yang memikirkanmu
Seseorang yang memerlukanmu
Tetapi akan lebih menyenangkan ketika kamu tahu
ada seseorang yang tak pernah lupa hari ulang tahunmu.

Tak akan pernah lupe selagi diperlukan..

itu DOA ku..

{CHINTA}

Ahad, 24 November 2013

Menciknye...

Post sebelum terpadam dengan tak sengaja..
Huh.. stress tahap cipan paya..
Semuanya pasal terlalu xcited nk post entry pasal bufday..
Nk delete entry yg sedie ada dlm draf   terus terpadam yg dah sedia publish. 
Tension kejap..
Sebab ayt tu dah susah nk dpt..
Yelah ilham untuk ayt bunga2 bukan senang nk singgah..

pssstt-jumpe next entry lah eh

{CHINTA}

Ahad, 17 November 2013

Sesaat untuk mu..


Aku tengah layan AF final 2013, ok lah dari layan Highland Tower yang buat aku tak lena tidur..
nak pergi toilet pun aku mintak teman enHusband..
wTHuck kan.. 

aku layan giler lagu amira ni   mungkin lirik die best kot.. 
ok lah.. nk hayati jap lirik lagu Amira tu..
nnti aku update lg eh  

{CHINTA}

Rabu, 13 November 2013

Apa!!!

Entry ringkas pepagi ni..
Tetibe rasa macam nak baling HP kat dinding sbb entry mlm td x publish kat blog..
WTHuck!!!
Urm.. entry tak de kat draf..
Tapi still tunjuk "publishing"
Grrrrrrr..

{CHINTA}

Isnin, 11 November 2013

Jangan nilai kebahagiaan orang lain..


[CHINTA]
♡♡♡

Ahad, 10 November 2013

Cerita sehelai TOPUP.

Hujung bulan lepas aku suruh enHusband beli topup,
sebab topup kat hp BlackBerry dah habis..
Mula mula dia tak nak beli..<-die memang susah sikit nak beli benda2 macam ni..
Bila dapat mesej dari dia no topup.. memang teruja sangat lah..
jadi sesi menopup berlaku..
Bila cuba sekali tak dapat, aku rasa mungkin aku salah tekan nombor..
Cuba lagi sekali, cukup 5 kali aku dah give up..
Aku mesej enHusband..
Dia kata die nyer pun tak bleh..
so RM60 akan burn macam tu je..
Sedih.. =(
Teringat lagi.. sayang nyer duit.. buang , macam tuu je..

Hari ni..
aku duduk rumah sensorang selepas keberangkatan mertua ke rumah adik ipar..
sejam, dua jam, tiga jam... ok aku dah mula rasa bosan..
habis semua kain dalam bakul aku putar kan..
Nak tunggu kering, cahaya matahari kurang memberangsangkan..
So  besok jer baru boleh lipat,
Tudung saji atas meja dah berapa kali aku buka, tutup,
nak makan tak kan lah..
aku dah over makan dah harini..

Aku nampak kertas topup MAXIS kat atas decoder ASTRO..<- try lah mana lah tau lepas seminggu ni boleh plak>
sekali, tak boleh..
kali ke dua, pun tak boleh..
so aku try lah belek2 kertas tu dari nombor yang pertama sampai yang terakhir..

Nah... amik kau..
selama ni aku tau no topup maxis hanya *111* diikuti dengan nombor topup,
tapi kali ni dimulai dengan *105*.
"permintaan anda telah berjaya" <- sendu nya rasa hati.. rasa diri tertipu sgt>
Akhirnya permintaan aku berjaya..
gile tak happy..
tak der lah burn jer duit aku.
ok balance yang ada boleh buat tambah BIS bulan depan..


moral dari cerita aku ni..
lain kali jangan konfident sangat apa yang kita buat tu betul..
baca sampai habis dlu..
ni tak terus salahkan aBANGLA yang keje kat petrol station tu..
enHusband siap g repeat lg, 
mana lah tau bleh mintak tukar..
Haram.. tak dpt la..

{CHINTA}

Pencetus Kehangatan FIZO & MAWAR


aku tak amik port sangat kat FIZO ngan MAWAR ni..
tapi yang aku amik port pasal 'STATMENT' tu..
macam nak apa tah..

weh mesti kawan ko tu malu dapat kawan macam ko kan?
biar lah itu hal dorang..
ko jaga hal ko jek..

PEACE ok!!

{CHINTA}

Rabu, 6 November 2013

MENGAPA ISTERI SUKA DIPELUK

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, harus bersedia apabila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..”

Jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

{CHINTA} 
 AZSAR

Isnin, 4 November 2013

Tahun baru, azam baru. Bismillah (:


{CHINTA}

aku tak rindukan sekolah, tapi aku rindukan kawan-kawan.


Kalau rindu sekolah aku kene buat macam-macam kerja sekolah..
kalau rindu kawan-kawan.. rasa enjoy jer time tu..
aku rasa aku macam baru jer masuk darjah satu..
ppffttt..
cepat betul masa berlalu..

mak bagi duit belanja 50 sen jek masa tu..
skang 50 sen buat tambang bas pun tak lepas..
apa jer yang dapat..
cepat nye masa berlalu..

sekarang kalau enHusband bagi RM50, cepat jer dah habis..
makan untuk sehari pun boleh cecah RM50..
apa jer yang dapat..
urmmm
cepat nyer masa berlalu..

#hastag aku harini...
#aku tak rindukan sekolah, tapi aku rindukan kawan-kawan..

Ok selamat malam..
HOGOH PAHANG HOGOH!!!

{CHINTA}

Ahad, 3 November 2013

Ketahui bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab menahan bebelan isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.

Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.

 Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.

Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.

- sumber dari sini- terima kasih banyak-banyak..

{CHINTA}

Sabtu, 2 November 2013

Macam mana nak jadi kedua yang terbaik..

Yer aku tetiba rasa sebak..
urm..
mungkin bukan yang terbaik..
dan tak mungkin akan jadi terbaik..
Pertama adalah lebih baik...!!!
Aku selalu ingat tentang itu..
Sentiasa ingat..



Banyak hati nak kene jaga..
hati sendiri dihenyak lanyak mereka..
sampai bila..?
Urm..

Aku suka 'cover' sebab aku suka bunyi gitar..
korang tak percaya..?
cuba korang dengar dan hayati..

oklah.. lain orang lain citarasa..
Selamat hari DIWALI..

{CHINTA}

Jumaat, 1 November 2013

Jagakan Dia untuk AKU...

Hari tu kan dah cite yang S2 masuk ward..
urm...
xdapat keluar lagi..
kos perubatan sangat tinggi,
jadi aku memutuskan untuk membiarkan ianya sakit tanpa rawatan..
kejam tak??

Rasa nya perkara lain lagi penting kot dari kos rawatan S2..
So Hidup tanpa S2..
sangat tak selesa..

Tak per kita cuba..

{CHINTA}

Rabu, 30 Oktober 2013

Rajin plak aku Update??

aku paling senang nak buat entry sebenarnya..
Layan lagu jiwa2 sikit..
nah.. terciptalah satu entry..
tapi ayat tetap tak boleh blah..
oklah janji ada kan??

hari ni.. owhh semalam pergi kerja dengan sangat berhati-hati.
maklumlah.. 2 hari duduk rumah aku rasa mcm2 jadi kat tempat kerja..
sebab aku bukan kaki follow up..
bagi aku kalau cuti, kene cuti betul-betul..

masa sampai office kak syikin bagi coklat cadbury..
"boss bagi.."
aik.. <-- ckp dlm hati.. ada can nak kene sembur gune water jet ker?
tak per lah.. ambil je..
tapi sampai sekarang aku tak makan lagi coklat tu..
urm..
nampaknye bende tu cair jer lah dalam handbag gamaknyer..

Aku bukan kaki follow up..
Hahahaha.. aku macam nak gelak dengan ayat tu..
"aku kaki sentap ar!!!"


Ada sentuhan yang mendalam di dalammya. Mencetus perkongsian pengalaman yang amat berharga daripada setiap ahli. Titisan air mata menjadi saksi atas rasa kesykuran di atas perubahan sikap diri yang amat ketara setelah mendapat tarbiyah.

Ujian hidup yang melanda kalau dulu dianggap sebagai badai yang bakal merobohkan apa saja, kini menjadi seperti angin lalu menyapu lembut rasa redha dalam diri. Tiada lagi rungutan dan ungkitan, yang ada ucapan hamallah, pasrah dan yakin Allah menguji untuk meningkatkan ketaqwaan diri. Uhibbukum ya akhawaati "usrati jannati"

salam ukwah..

{CHINTA}

tak tahu kenapa sejak 2,3 menjak ni aku rasa macam lain macam jek.. 

Selasa, 29 Oktober 2013

Betulkan?

Hai..
kan ku dah cakap..
bila S2 aku dah tak ada..
akunyer  ilham datang mencurah-curah..
melimpah-ruah..
tak kira besok nak g gak hantar repair..

Td dapat soalan cepumas..

 "mcm ne rasa skang ni?"
 "pakai satu hp?"

huaaaaa.. rasa nak nangis tau..
bila S2 kesayangan tak ada disisi..
sila jangan gelakkan ok...
kesian kan sikit kat saya AWAK...!!!

urm.. nanti saya tarik awak sekali g samsung centre baru awak tau..
Teman kan saya besok bleh??

{CHINTA}

Isnin, 28 Oktober 2013

Bukan Mudah..yang penting "Lillahitaa'la".

Adoption is not a trend.
Adoption is not something you do because you need to be "complete" or "whole"
Adoption is not Plan B.
Adoption is not second best.
Adoption is not like picking up a toy, an accesory; to suit your preference and goeswell with your skin, or eyes.

Check your niat.
And double check it again.
And again.
And again.

Lillahitaa'la.




Aku selalu cakap..
Anak itu rezeki..
yer rezeki yang kita tak pernah tahu mcm mana dan bagaimana..  

belum tentu yang kita suka orang lain turut suka..
sebab aku tahu kemampuan aku..
andai sampai-bila aku macam ni..
aku redha..
dan mungkin ini adalah yang terbaik bagi aku..
bukan kamu..

ANAK mungkin itu ada rezeki untuk kita..

{CHINTA}

Ahad, 27 Oktober 2013

saya sayang S2 saya..

tajuk ok tak???

sekarang nak update blog dah susah..
yer memang dah susah sebab S2 kesayangan buah hal..
dia dok pakat buat demostrasi dengan reformasi skang..
ini semua pasal BBM android... =(

bila dah tak ada smartphone ni..
aku nyer rutin sikit berubah..
yelah kalau dulu, depan makanan pun tgk hp,
dalam tren pun tgk hp,
tgk tv pun tgk hp,
apa jer yang aku tak  tgk hp..

pastu ILHAM datang mencurah-curah..
ayat menlimpah-limpah..
fuhhhh.. memang giler kentang frust!!!

besok nak hantar S2 g service..
harap boleh gune lagi..
sebab aku tak pernah jatuh cinta seeratnye seperti aku jatuh cinta dekat S2..
owh mungkin dah terjeling-jeling kat S4 kot.. =)

{CHINTA}

PEREMPUAN!!


Kenapa perempuan,
suka menjatuhkan perempuan lain
dengan niat mereka mahu membantu?

Katanya mahu menegur, 
tapi kasarnya melebih dari batu jalan.

Bukankah kita lebih halus sifatnya.
Bukankah kita lebih ibu hatinya.

nasihat tak sampai, 
benci yang singgah



{CHINTA}

Kita Mula Balik...

Banyak cerita kat draf..
x tau mana satu nak publish..bersusun-susun ayat..
Beragenda-agenda cerita.. tapi yang sangat pasti..
aku dah tak tahu nak mula yang mana..

cerita REDANG memang kene senyap macam tu jer..
sebab bagi aku gambar punyai seribu makna.. <-- sila ke instagram untuk perhatian yang lebih.. hehehehe..

Masa banyak habis kat tempat kerja..
rumah terabai tak per asalkan cukup bulan poket penuh berkepuk-kepuk.. <-- aku tak tahulah apa motif aku cakap macam ni.. haissss!!

Bila aku keje pagi, nak lari balik seawal 4 petang, rasa macam bersalah macam dah bunuh semua penduduk kampung.. <-- DAMNNNNNN gile kan???
SO.. tu yang selalu lajak sampai 5-6 ptg baru keluar dari tempat mencari nafkah.. <-- giler!! bangla pun lari-lari nak balik rumah..
Selalu kene SYARAH dgn 'orang tu"..  dia selalu cakap  " KALAU TIME AWAK KEJE PAGI JE, MESTI AWK BALIK LAMBAT.."
yer sebab saya banyak kerja..<-- waaaaa.. rasa nak nangis sambil terjun dari tingkat 8 je..
Hari-hari banyak kerja.. <--sume dok pakat letak kat clear folder utk saya follow up.. frrufrttttt

psssttt..
-Bos baru ni peel die lain sikit.. ibarat kita pegang kayu sakti.. bila tujukan kat orang sambil cakap "nah.. bertukar jadi RAMA_RAMA <--aku letak rama-rama sebab comel sikit.. pastu terus jadi rama-rama, tak de nk jadi kepompong dulu ker, jadi ulat bulu dulu ker..
haaaa.. terus nak tukar jadi RAMA-RAMA ok!!!. =) 

aku harap korang faham kias-kias aku ni..

Datang kerja kerna terpaksa sebab nk bayar hutang, (hutang bank, hutang ngan kakak AVON, nak kene bayar duit kutu lagi, yang main berkepala-kepala tu, nak bayar hutang kerepek, asam yang tetiap hari dok amik tapi tak bayar2, sebab tau makan jer..)

dah tak de sebab lain dah..
Kalau dulu enjoy sikit kalau g kerja..
walaupun ada lah sorang dua yang buat taik..
tapi semua LIZA boleh handle..

sekarang kau jaga bontot kau.. aku jaga bontot aku..
tu yang jadi macam tu.. STRESS ok!!!
tapi kadang2 kalau tak terjaga..
tu yang kene SEKOLAH dalam bilik boss sampai 1 jam sengah..
fuhhhhhh.. gile penat kaki aku berdiri,
rasa macam nk mintak bersila je time tu..

ok yang tu aku memang tak boleh nk claim OT..
sebab aku tak buat kerja..
nanti kalu nak resign bleh amik sijil kebas telinga dengan kental hati..

Keluar je dr bilik boss..
terus send BBM dengan update status sekali..

"nak benti keje bleh... nak duduk umah jek"

ok doakan aku kuat kental mental dan fizikal..
moga terhindar sifat2 PHD dalam diri..

{CHINTA}

Sabtu, 26 Oktober 2013

aku punya cara..

Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita . Dengan itu , berhentilah mengejarnya . Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita , dan kita perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat.




Allah tak uji kita kalau kita tak mampu.. 

aku terima andai ini yang tersurat.. redha dan pasrah.. 2 perkara yang mungkin sama.. tapi punyai makna yang tersendiri..

{CHINTA}



Isnin, 30 September 2013

Andai itu AKU.. =(

Sekarang aku tak suka bercerita, 
bagi aku cerita yang aku cuba sampai kan akan di sabotaj kan menjadi lebih teruk dari yang aku sangka..
aku rasa terhimpit..
yer.. acapkali aku ungkapkan ungkapan TERHIMPIT..
huh.. 
berat, sesak, lelah,

andai aku punya kuasa.. =(

JAHANAM lah semuanya...

{CHINTA}

Jumaat, 20 September 2013

Selama mana aku mampu!!

Dah lama tak merungut..
Dah lama tak menyembang..
Yer aku banyak pendam dari bersuara..
Sekarang bagi aku..
Suara bukan hak semua..
Walau banyak mana aku luahkan..
Suara itu tetap tak kemana.

Aku makin terpencil..
Terperuk di satu sudut yang bagi aku amat sukar aku luahkan keadaannya..

Aku tersepit.. Selalu tersepit..
Antara perasaan dan haluan..
Antara naluri dan impian..
Mereka bukan cita kau..
Juga bukan mainan kau..
Itu yang selalu aku ingat kan..

Yer itu yang aku rasa..
Memburu tanpa senjata..
Habuan tak dapat tapi sakit yang menyinggah..
Sakit hati dan kaki..
Penat keliling rimba mencari..

Tapi aku tetap akan menjadi aku..
Tak mungkin akan serupa dengan mu..

{CHINTA}


ÀKü!!!

Saat jatuh. Jari sendiri yang mengesat air mata. Hati yang memujuk  sendiri. Tiada siapa bantu. Aku percaya, kuat atau lemah aku bermula daripadaNya. Terima kasih Allah..

{CHINTA}

:'(


Ahad, 1 September 2013

SAyA...

hidup dengan hari2 menampal topeng senyum menyakin bahagia-- bertuahnya kerana
memilik engkau yang sudi menampalkan dan memakai sama.

susah senang kita berdua.
payah indah-- cuma kita yang rasa..

ampunkan segala dosa saya. doakan saya menjadi insan sempurna..


Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat hari raya bloggers...
Hari ni hari pertama cuti semperna hari raya..
Yeaaaa.. Mood pls stanby..
Tunggu enHusband balik keje pastu kita pecut balik kampung..
Balik ni wajib suruh MIL buat rendang dengan masak merah..
Bersama dengan ketupat palas dan nasi impit..
Menantu ni tak sabar nak balik makan..

Ok..
Hari ni inspirasi nak karang ayat melimpah-limpah..
Banyak rupanya yang berlaku dalam hidup aku ni..
Tapi aku jek nak tak nak share ngan kawan-kawan blogger..

Ok pertama..
Tawaran hebat sebagai setiausaha kepada HOUSEKEEPER di sebuah hotel yang akan dibuka telah aku tolak..
Mungkin masih belum bersedia untuk meninggalkan kerja sekarang ni..
Maaf enYusuf.. Aku memang banyak menyusahkan semua orang..
Hilang satu beban..
Berbulan aku fikir..
Sesak trafik kat kepala..
Akhirnya itulah yang paling muktamad..

Jadi..
Sekarang masih di tempat lama..
Cuba belajar menjadi lebih penyabar..

Sekarang dah ada bos baru..
Perempuan..
Boleh tahan..
Tapi masih lagi cuba memahami dia..
Yelah senang sikit untuk masa depan..
Maklum lah kerja dah makin bertambah..
Bagi aku senang..
Jangan bodek, jangan mengampu, buat apa yang dia nak..
Kompom selamat..

Siulan sentiasa berlalu kat tepi telinga..
Tp maaf..
Aku tak pernah pandang..
Maaf kawan maknanya kau masih tak kenal aku..
Aku benci ditegur dengan siulan "TIKUS" kau tu..
Aku ada nama, jadi sila panggil aku dengan panggilan itu..
Kejadian berlaku di KL SENTrAl,
Apabila seorang sahabat lama ingin menegur dengan cara yang macam tu..
Sampai sudah aku buat bodoh je dengan die..
Akhirnya sampai mesej..
"sombong aku suwet2 pun tak pandang!!!"
Dem.. Aku mmg nak jumpa kau..
Tapi..
Urm tak ada rezeki.. Kalau kau panggil nama aku.. Kompom kita ketemu..

Ok kita jumpa next entry..
Harap aku ada banyak mood nak update entry..
Nak publish cerita-cerita mengarut dari aku..

{CHINTA}

Rabu, 7 Ogos 2013

Dia Suamiku...

Duhai SUAMIKU...

untukmu suamiku Maafkan isterimu ini jika dirinya tidak secantik yang dikau impikan.. Maafkan isterimu ini jika dirinya penuh khilaf selama mengabdikan diri sebagai pendampingmu kala kesunyian.. Maafkan isterimu ini kerana tidak mampu memberikan keluarga kita dengan kekayaan.. Maafkan isterimu ini jika kurang pandai dalam menyediakan makanan dan minuman.. Maafkan isterimu ini jika emosinya sering membuatkan dikau bosan.. Dan maafkanlah isterimu ini jika pengorbanannya tidak seperti yang dikau harapkan .. Sesungguhnya diriku ini amat lemah.. Dikau lihat diriku tabah, tapi hakikatnya aku telah lama pasrah.. Renunglah ke wajahku.. Aku isterimu, Tulang rusuk kirimu..

 

 copy: rahsia perkahwinan tp ikhlas dr isterimu.

Selasa, 30 Julai 2013

KASIH jangan pergi

Salam Ramadhan..
Yer lamakan blog tak berupdate..
busy..?  tak.. tak pernah busy pun..
banyak jer masa untuk bercerita mengenai masa lalu..
aku jer tak punya ayat untuk disusun untuk menjadi sebuat cerita yang indah untuk dibaca..

yer itu lah aku, aku banyak masa untuk merenung diri..
tapi aku tak punya masa untuk mengawal diri dari menjadi orang lain..
selalu menjadi orang lain untuk puas kan hati semua orang.. HUH!!! (HIPOKRIT!!)

aku selalu terfikir (kadang-kadang sentiasa berfikir)
apa fugsi aku untuk orang lain..
tak ada fungsi?
ok.. sila fikir apa fungsi anda untuk orang lain..
SENTIASA!! 

Kekurangan orang lain itulah melengkapkan diri kita..
yer kita bukan lah 'PERFECT'..
jadi jangan selalu bermimpi untuk mencari seseorang yang sentiasa 'PERFECT' untuk diri sendiri..
aku akan 'PERFECT' andai dia sentiasa cuba mencari ruang untuk melengkapkan kami..
Lengkap melengkapi..

Bukan semua orang tahu kisah aku..
Walaupun aku sendiri sentiasa tercari-cari teladan melaluinya
Kau, Dia, AKu.. terlalu banyak pengajaran..
Sampai hari ini..
sampai bila aku boleh lupa..
Mungkin keakhirnya..
Cerita yang sentiasa beroda di ingatan..

Maaf..
Aku sentiasa runsing..
Rungsing dengan cerita kisah aku..
bila agaknya akan berakhir..

Ya Allah..
Kau lah pengatur semuanya..
Pengatur segala yang Kau rancang..
Aku sebagai pelakon  dunia..
Hanya mengikut segala yang dah diarahkan..
AKU REDHA..
itulah yang aku sentiasa ingat..
MAAF semua andai aku terlalu obses dengan diri sendiri..

{CHINTA)
 'maza'

Ahad, 21 Julai 2013

=( susah nak kawal hati!!






Kita tak boleh expect orang akan buat untuk kita sebanyak mana kita buat untuk dia & utamakan kita sebagaimana kita utamakan dia. Tak boleh. Kawal Hati!!

{CHINTA}

Sabtu, 20 Julai 2013

Dilema aku..

Aku diuju lagi..
aku diuji mental dan fizikal..
memaksa aku berfikir secara agresif..
aku ada kurang sebulan untuk menetapkan kata putus..

Yer.. sebulan yang pasti akan mengubah segalanya..
Masa depan, kewangan, perhubungan dan bersahabatan..
Aku masih sayang..
Itu saja yang mampu aku ungkapkan..

Terima kasih dengan setiap layanan..
Aku tetap dengan caraku..

Dan maaf kerana terpaksa menolak..

{CHINTA}

Sabtu, 13 Julai 2013

SILAPNYA SEORANG WANITA

✿bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya, SELAGI BELUM PASTI jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH. JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

dirimu amat MULIA, maka untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu. Sesungguhnya dirimu amat berharga 


 girls, if you're looking for a husband, find someone that can cheer you up when you're down, who knows what to say and do when you're not.. you know.. in the right state of mind. -MARIA ELENA

{CHINTA} 

Jumaat, 12 Julai 2013

senyum pagi =)

Selamat Pagi...
Yeaaaa.. berjaya bangun walaupun aku tahu aku kene sahur sensorang.. =(
Kalau enHusband tak BBM, kompom aku lajak jer tdo sampai tgh hari..
Walaupun jam loceng dah berbunyi banyak kali..

Sebenanrnya aku baru jerk tidur..
Walaupun dah dipaksa tdo tapi sindrom susah tdo telah menular dalam diri aku..
Ok time tak kerja ni senang lah hidup..
Kalau dah mula kerja nanti..
Ok hari ni misi nak habiskan kain dalam bakul..
Harap tak give up..

jumpa next entry..

{CHINTA}

Owh mata panda..

Sekarang jam menunjukkan 1.30 pagi..
Aku kat atas katil sambil berfikir kenapa sejak 2,3 menjak ni aku susah nak tidur..
Masuk hari ni, dah 3 Ramadhan.. Baru beberapa jam sahaja aku tdo..
Sgt teruk..
Mata dah kalah mata panda..

Nasib baik cuti..
Kalau tak pasti terlekat stress kat aku..
Ok kene paksa tdo ni..
Nanti imun dalam badan berkurang..
Selamat malam..

{CHINTA}

Isnin, 8 Julai 2013

"when words fail music speaks"

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku.. buktikan padamu..

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua...

 SEPERTI DIA ( OST ramadan yang hilang) amylea



bila perkataan dah tak mampu diluahkan..
aku zahirkan dengan muzik..
itulah aku..
sentiasa mengharapkan kau faham apa yang ada dalam hati..
itulah yang tersirat..

{CHINTA}

PENYESALAN

TOLONG AKU NAK MOOD UNTUK LUAHKAN SEGALA YANG ADA DALAM KEPALA NI.. PLSSSSSSSSSSSSS!!!
 
BUKAN MUDAH NAK JADI BLOGER BILA HASIL NUKILAN NYA MENGIKUT MOOD SEMATA-MATA..
{CHINTA}

Jumaat, 21 Jun 2013

Perkara yang perlu diambil berat!!!

Perkara utama yang perlu anda ingat ketika menghadirkan diri ketika temuduga adalah PEN!!!
Dem.. Itu punye senang mcm mne boleh lupe..
Alahai...
Berkali-kali aku ingatkan diri sendiri..
Kalau nak keluar rumah.. Bawak pen sekali..
Tapi aku pandang jer..
Alahai liza...

Bila dah sampai tak ada lah anda tercangak-cangak pandang orang sebelah untuk minta belas ihsan orang..
Itu lagi lah gedegang.... SERIUS!!!
aku rasa aku di telanjangkan di hadapan khalayak ramai..
Urghhhhh... Stress makin bertambah..

Walaupun kawan peneman cakap..
"relax la, pen je pun.."
Bagi aku..
Yang ini dah tak boleh relax dah..
Argh..

Stress!!!

{CHINTA}

Isnin, 17 Jun 2013

Fatin Shidqia Lubis audition - X Factor Indonesia-






Kronologi seorang remaja indonesia yang berbakat besar..
Serius pertama kali aku tengok you tube dia datang audition untuk pertama kali dengan berbaju seragam sekolah, aku terdiam..
Subhanallah sedapnya suara budak ni..

satu malam aku layan You-tube sepanjang 6 bulan dia dikuaratinkan..
dan hasilnya sangat berhasil..




Lagu aku MEMILIH UNTUK SETIA adalah lagu kemenangan besar buat remaja yang berusia 16 tahun ni..
aku pun masih bingung mana punca aku boleh klik pasal fatin ni..
semoga beliau sentiasa sukses...

{CHINTA}


Jumaat, 7 Jun 2013

SALAM JUMAAT


sorry again #DassDassukay for that piC

Walaupun kita pura pura kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah. Allah tahu bila masa kita rasa rapuh. Allah tahu..Allah tahu..:’)

Allah tahu apa yang orang lain tak tahu. Allah tahu diri kita yang sedang mencuba. biarlah orang nak menilai kita dengan kesalahan yang kita buat sesaat yang lalu. Allah tahu kita dah cuba bertaubat dan berubah. :)

Allah tidak kirimkan kita sesiapa saat kita diuji kerana Dia mahu kita berkongsi perit kita dengan Dia je. baiknya Dia.

— Because He knows.
 {CHINTA}

Khamis, 6 Jun 2013

Gila, Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN

 20110826.171523 20110826 maid Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN

Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek.

Seorang wanita mewujudkan sebuah laman FB yang dipanggil “Dangerous Maid” untuk memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala “didera” orang gaji, lapor AsiaOne.

Pencipta laman itu, Hylda Low, yang mewujudkan laman itu pada hari Selasa berkata “Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain,” tulis Low.

Pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh.
Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu.

Yuksss..!! kotor sangat.. Imagine lah. darah haid dia buat campur untuk hidangan.. apa jenis manusia lah agaknya MAID tu kan?

{CHINTA}

Rabu, 5 Jun 2013

LOVE.LIVE.LIFE

 Photo: Pelangi senja
sorry #DassDassukay I curi pic u lagi untuk diabadikan dalam blog ni..

Ku menjejaki jari ke Facebook....
Ku lihat Si Pengecut menyindir dari belakang,
Si Megah bercerita tentang kemewahan,
Si Riak mempamerkan kejayaan,
Si Malas sibuk bersembang,
Si Susah mendambakan kebahagiaan,
Sang Peniaga sibuk dengan bermacam iklan,

Sang Pendakwah meneruskan didikan, politik mencetuskan pergaduhan...masing-masing dengan cara dan agenda tersendiri...

Lalu ku bertanya kepada diri, di mana letak duduknya kategori diriku? Aku pernah buat semua itu.... Lantas aku bermuhasabah...dan aku mahu berubah menjadi baik dan mahukan yang terbaik untuk seluruh umat Muhammad SAW. Aku tidak kisah dengan orang lain...kerana aku bukannya lebih baik dari orang lain, dan aku buat ini bukan hendak disanjung oleh manusia...semuanya keranaMu Ya Allah...

Permulaan yang baik dalam hidup kita, kadang-kadang bermula kerana orang lain. Tapi sebenarnya ianya penyusunan dan ketentuan dari Allah SWT.

Selagi ianya perkara yang membawa kebaikan, maka teruskanlah sekalipun pada mulanya kita tersalah tafsiran. Kerana tiap apa yang kita lakukan sebenarnya hanya kerana Allah bukan untuk manusia.

Usah takut dgn cemuhan....Usah hanyut dalam pujian. Ingatlah Allah sentiasa beri pimpinan pada hati yang benar-benar mahu ditunjukkan jalan.

Sungguh perjalanan Dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat untuk sampai ke penghujungnya. Tidak mengapa jika kita tidak sempat sampai ke penghujung jalan. Apa yang paling penting, kita sudah berusaha menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Semata-mata kerana Allah.

(Pesanan untuk diri ini yang sentiasa memiliki hati yang dipenuhi sifat Mazmumah)

copy dari laman sosial untuk pesanan diri sendiri dan kawan-kawan

{CHINTA}

Rabu, 29 Mei 2013

Perihal Tuala Wanita

“Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan,” 
" Siti Saleha"<pelakon>
 
PETALING JAYA – Langkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit. Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan. “Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu. “Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Memberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa. Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki. “Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita. “Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan,” ujarnya. Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon dalam drama bersiri Memberku Hawa musim kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu adalah tajaan Kotax. “Ya… saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini. “Kami akan adakan beberapa program luar bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika di luar, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan. Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita. “Tanggungjawab besar saya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu bertudung atau watak itu hanya dalam drama sahaja dan tidak dibawa keluar. “Bagaimanapun, secara jujur saya selesa berlakon bertudung dan tidak rasa kekok, sebelum ini juga pernah bawa watak-watak bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya,” katanya. Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang. Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh. Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan. – mStar  
Malas baca? panjang sangat? baca yang ber"highlight" jer..yang lain kurang penting..
Setiap orang punya pandangan masing2,
Lain akal fikirannya..

Bagi aku..
Zaman sekarang budak umur 12 tahun pun dah pandai cakap pasal SEX..
Ini kan pulak orang dewasa yang dah boleh buat anak..

Bagi aku lagi..
Kaum lelaki perlu tahu apa itu tuala wanita..
Sebab zaman sekarang tak sama macam dulu..
Dulu mak-mak kita gune kain batik perca jer..
Recycle balik..
Bila dah guna cuci..
Sidai kat belakang ampai yang paling ceruk sekali..
Tak nak bagi orang nampak..

Sekarang ada lagi nak pakai kain batik perca tu?
Tak tau lah kalau ada lagi yang menggunakan..
Korang memang terbaiklah.. Jimat giler!!

{CHINTA}

Segmen Areena Mencari Bloglist #1



Follow Blog Areena  Done!! follower name -CHINTALIZA-
Follow FB Areena Done!! follower name -CHINTALIZA RAHMAN-
Follow Twitter Areena  Done!! follower name -CHINTAZILA-
Buat satu Entry bertajuk  Segmen Areena Mencari Bloglist #1 Done!!
Sila COPY banner Segmen tu . Done!!
LINKkan ke Entry.. Done!!
Tinggalkan LINK di ENTRY. Done!!

All done so.... korang try lah...

{CHINTA}

Selasa, 28 Mei 2013

MAAF!!

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)
kadang-kadang mereka seperti tak punya perasaan..



{CHINTA}

Isnin, 27 Mei 2013

"Segment Follow Mollow Dan Menang"


follower sekarang
493

{CHINTA}

Sabtu, 25 Mei 2013

Fast & Furious 6

Yer giler, terbaik, terharu, semua ada..
masa enHusband ajak tengok cerita ni aku dah bayang kan aksi, lawan-lawan, bunuh-bunuh, ramai orang mati.. <masa ni mmg tak nak tengok, harap sangat masa sampai kat panggung dia ubah fikiran nak tengok cerita lain>
ternyata.. jangan menilai sesuatu tanpa kita tengok apa yang ada depan mata..
TERBAIK..
rasa besok nak repeat lagi tengok kat panggung..




korang pergi serbu panggung berdekatan cepat.. 
korang pasti puas hati..
jumpa lagi Dominic Toretto, Letty, Mia, dan Brian di Tokyo Drift akan datang..

{CHINTA}

Rabu, 22 Mei 2013

The Apprentice ASIA

AXN - The Apprentice Asia - World Premiere 22 May - Wednesdays at 9.05pm (8.05pm JKT/TH)AXN - The Apprentice Asia - World Premiere 22 May - Wednesdays at 9.05pm (8.05pm JKT/TH)
The game is on to be asia's first apprentice.
ok first..
nak cakap korang kene tengok APPRENTICE ASIA ni..
Ini adalah promosi secara tak langsung aku untuk rancangan astro ni..
yeaaaa.. lakonan semata-mata berlangsung kat HILTON KUALA LUMPUR..
giler kentang bz time nak shooting tu..
 macam nak kenduri tumbangkan 6 ekor kerbau..(aku bantai jer sampai 6 ekor kerbau tu, sebab bz kemain.. aku sampai tak tau berapa banyak kerja yang aku buat..PENGSAN!!!)

last-last aku surender untuk jadi pelakon pembantu..
penat tak boleh cerita..
sampai aku rasa aku nak maki jer TONY FERNANDES tu..
maknanya aku hanya berlari kesana kemari tanpa sikit pun muka aku masuk tv..
BRAVOOOOO!!!

itu sebenarnya yang aku nak..
nanti orang kampung nampak tak manis plak kan.. (hahaha.. sentap tau!!)

aku tengah casting.. aku tengah casting!!!!
Jangan kacau..

{CHINTA}

Khamis, 16 Mei 2013

Bahagiamu Deritaku





lirik dia simple jer..
tapi sangat terbenam ke dasar hati..
mula2 aku dengar macam tu jer lagu ni..
bila ada sorang akak kat tempat kerja ni mintak aku lagu ni..
so aku terus donlod..
dengar dan hayati..
so..
korang cubalah hayatilah.
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


 

{CHINTA}

Rabu, 15 Mei 2013

Aku pun tak tau nak letak tajuk apa untuk entry ni...

Gile punyer panjang tajukkan..
Haaaa... Ini entry panas..
Baru je keluar dari microwave..

Tadi aku tunggu bas..
Ada datang seorang kakak ni..
Duduk sebelah aku..
"Dik nape tak naik bas tu.."
Ye baru je aku melepaskan sebuah bas..
Aku senyum je..
Dia tanya lagi..
"nak pergi mana?"
"KLCC" pendek jer aku jawab..
Pastu aku sambung.. "saya tunggu bas RapidKL"
Akak tu angguk2 jer..

Dah 2 buah METRObus dan 1 SJbus aku biarkan je dorang lalu kat depan aku..
Kalau diberi pilihan aku sanggup tungu bas RapidKL lama2 dari aku naik METRObus & SJbus.

Aku tak tau lah macam mana keadaan bas dua syarikat ni kat tempat korang..
Tapi berdasarkan pengalaman aku yang tak berapa banyak ni..
Dorang.. "pemandu & konduktor" terlalu melampau..
Mungkin bukan semualah..
Tapi semua yang aku naik sebelum ni semua kurang ajar..
Tak driver, konduktor bas..
Aku rasa sangat tak selamat bila berada dalam bas bersama-sama dengan mereka..
Huh.. Serius!!!
Aku langsung tak rasa terjamin dari segi mental dan fizikal..

Biarlah aku lambat..
Janji aku rasa sangat dihargai..
Ok..
Tu je untuk hari ni..
Korang plak macam mana??
Haaaa.. Mesti tak pernah rasa pengalaman macam aku kan..
Kadang2 rasa seronok naik kenderaan awam ni..
Kadang-kadang rasa sangat penat..
Penat menunggu..
Ok byeeee..

{CHINTA}


HAi.. Sila singgah belog saya.. =)

Aku dah dapat buat semua yang aku nak kat blog aku ni..
Cume button like kat setiap entry jer tak lepas2 lagi..
Tak per..
Besok2 aku gugel lagi macam mana nak tepek..

Cukup untuk hari ni..
Dah lewat sangat.
Sambung lain kali..
Any komen..???
HEHEHEHHE..

{CHINTA}

Isnin, 13 Mei 2013

Bisikan Rinduku (OST Dahlia)


Dengarkan bisikan kalbuku
 Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Chorus:
Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau -- ini sungguh pahit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera


"Drama yang Mengangkat martabat wanita bergelar isteri
Drama ini mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku hidup.
Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya."
Okey itu sedikit tentang drama bersiri DAHLIA..
Selebihnya kene tengok sendiri kat ASTRO MUSTIKA setiap isnin hingga rabu..
Sekarang dah episod 10

Yang aku geram sangat dengan cerita ni adalah..
Teman wanita RAZMAN adalah KAWAN BAIK Dahlia..
WTH..
kawan baik yang Dahlia percaya 110% akhirnya musuh dalam selimut..
serius aku touching giler dengan cerita ni..
dengan lagu background nyanyian GEISHA..
huh.. macam xnk keje petang dah besok..

{CHINTA}


Jumaat, 10 Mei 2013

Hidup Kita Hanyalah Sementara..


"Hari ini saya belajar untuk terima hakikat.Emak yg paling saya muliakan sudah pergi untuk selamanya.Redhanya saya atas pemergian dia.Ya Allah,kami pulangkan apa yg telah Engkau pinjamkan ke atas kami selama ini.Peliharalah dia sebgaimana dia telah memelihara kami anak-anaknya.Tempatkan emak di syurga firdausmu.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah memakbulkan permintaanku untuk berada di sisinya sehingga nafas terakhirnya...Alfatihah untuk arwah ayah & emak.-Saya akn merindui arwah ke akhir hayat. Tidak akan ada penggantinya lagi untuk kami sekeluarga."
Ini ada lah status seorang sahabat di laman sesawang selepas 48 jam kehilangan bonda tersayang..
Maaf andai aku boleh melebarkan sayap.. yer mungkin disisi kau aku ingin berada.. merasa kesedihan yang pasti tak akan sama seperti kesedihan yang kau lalui..
Arghhh.. tak mampu aku bayangkan..
Sumpah..!!
Itu terlalu berat untuk aku bayangkan..
kehilangan orang tersayang dalam tempoh masa yang terlalu singkat..
Aku pun belum pasti akan mampu berdiri dengan begitu teguh..

8 May 2013, 6.15am
As salam, emak saya bru sja meninggal dunia, doakan emak sy ditempatkan golongan beriman
Apa yang aku rasa selepas mesej dibaca..

Ya Allah..
aku banyak dosa dengan arwah..
tak pernah sempat memohon maaf..
Sudah berapa kali raya tak pernah bertemu..
kali terakhir bertemu di hari persandingan sahabat..
Ya Allah..
Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman..
Kau permudahkan segala urusan dia di sana..

dua hari entry ni di dalam draf..
mahu publish atau hanya di simpan di berkulat..
tapi aku mahu semua orang jangan jadi seperti aku..

cerita aku kongsi selepas puas menangis sendiri..
tak kira dengan siapa kita jumpa..
selepas bertemu..
mohon maaf andai tersilap kata..
andai terguris rasa..
kita tak tahu bagaimana urusan kita esok hari..


Semoga aman disana..

{CHINTA}

p/s tajuk entry  ilham dari mama ila. memang untuk membuat entry tajuk adalah perkara paling BURN sekali untuk aku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget