Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label friend wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label friend wedding. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mac 2012

Big-day u oll's

 Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

 Selamat Pengantin Baru buat enBen dan pasangan..
sweet sangat korang..
opsss.. yang sweet pengantin sahaja.. kami suam-suam kuku jek..

 K.A.M.I
dah lupe bincang pasal apa.. sampai muke macam tu..
 
yeaa.. enBen dah kawin.. 

 wah.. nak share pengalaman ke? ok
 "be a good Husband enBen"

 biar apa orang kata yang penting kita tahu apa yang kita buat.. 
peace yooo..

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

{CHINTA}

Ahad, 11 Disember 2011

Biar mimpi sampai ke bintang..

owh saya tau saya lambat sangat update..
mereka semua dah berhoneymoon kemana-mana dah..
yang pasti masih belum terlambat untuk saya ucapkan
-SELAMAT PENGANTIN BARU-

Eddie & Sheila
(4/12/11)

Syahir & Faezah
(26/11/11)

Azie & Nizam
(10/12/11)

Tak perlu Mencari Teman Secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa Mengharapkan Teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak Perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, 
Andai diri tak sekuat Siti Hajar 
Dan mengapa didambarkan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah (SAW)
bimbinglah dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
tetapkan berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu..
Insyallah.

pada syahir.. sorry akak tak dapat datang majlis kamu. tapi doa akak sentiasa mengiringi adik-adik akak.. semoga berbahagia. dan semoga menjadi suami yang soleh. 

Buat Azie.. jadi isteri yang baik buat Ijam.. bagi akak azie tetap azie akak macam 10 tahun yang lalu.. masih berat hati nak tinggal kan azie macam akak berat nak biarkan azie untuk balik kampung.. =)
owh.. akak kene terima hakikat yang azie dah jadi Isteri orang..

Eddie.. lepas ni dah tak ada gurau2 dah.. dah tak ada tepuk tampar dah.. takut nanti kene serang lak ngan WIFE.. =)
jadi suami yang soleh.. jaga wife elok2, dia amanah yang diamanah oleh Allah untuk menghiasi rumah tangga..

Semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan zuriat penyambung wasiat,
dikurniakan rezeki tanpa henti..

{CHINTA}

p/s terlalu banyak undangan majlis perkahwinan hujung-hujung tahun ni. mana yang terlepas pandang atau tak sempat nak hadir, maaf dipinta. kadang2 masa dan keadaan tak mengizinkan, tapi doa sentiasa mengiringi majlis kalian sehingga akhir usia. 

Sabtu, 26 November 2011

hidup ini mungkin kene banyak mengalah.

air mata tengah menitis deras..
semua gara-gara cerita SEBELUM 5 PERKARA.
jadi cerita ni memang menjadi..
serius sangat menusuk dalam hati..

Tetiba saya teringat seseorang..
Tak tau kenapa saya terfikir tentang dia..
Lebih kurang 15tahun yang lalu..
Dia adalah salah seorang tenaga pengajar saya..
Dia dilamar oleh seseorang yang terlalu baik..
Menjadi isteri kedua kepada suaminya..<--serius saya tak dapat gambarkan perasaan si isteri pertama bila lamaran di utarakan..
cincin pertunangan juga disarungkan oleh si isteri..
sanggup kah anda melakukan apa yang dilakukan oleh si isteri..
SAYA???
Masih belum boleh berfikir dengan waras..
Jadi bila keadaan yang hampir serupa akan berlaku..
Owh..
saya tak mahu fikirkan keadaan nya..
Saya harap mereka BAHAGIA..
sentiasa bahagia..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT..



MAHIRAH & FAIZAL
26/11/11

baju pengantin sangat cantik.. purple lagi.. My feberet kaler. thanks to NURNA sebab tag gambar ni kat FB aku.. sorry der tak dapat join korang..
so owesome Mahirah n Faizal..

ok 2 jiwa dah menjadi satu..
harap bahagia selamanya..

Hati saya tengah sayu.. sayu sangat..
billa dilafaz akad.. 
maka menangislah seluruh musuh yang ada..
saya harap mereka bahagia..

{CHINTA}

Ahad, 3 Julai 2011

di hari perkahwinan mereka..

**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."



Ya Allah Ya Rahman,
 Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

Ahad, 15 Mei 2011

dia kata....

dia kata dia sayang..
tapi nampak macam tak sayang..
dia kata dia rindu..
tapi nampak macam tak rindu..
dia kata dia perlukan aku..
tapi nampak macam aku tak diperlukan langsung..
dia kata akulah segalanya..
tapi nampak macam x ada aku pun tak apa..
huh.. tak per aku akan pergi juga suatu hari nanti..

sedih.. kerja berlambak tapi macam tak ada sapa nk tak tolong..
=( rasa macam nak buat haru biru lagi macam hari tu..
kelam kabut semuanya =)

lambat pula orang baru nak join venture kami yang tengah banyak giler kerjanya..
x sabar nak handover kat mereka separuh dari kerja kami..
sian enBen lagi banyak kerja dia dari saya..
tapi dia masih boleh tersenyum..
saya pun masih boleh tersenyum dah ketawa..
no tension-tension ok!!

rindu kat korang. nanti kita jumpa lagi yer..

Jumaat, 6 Mei 2011

entry laju dari saya..

morning..
mood nak update laju-laju.. sementara line tengah clear gile..
boss g morning breafing dengan H.O.D

hari ni pagi-pagi saya dah migrain..
sakit kepala datang lagi.
adoii... nak cuti tak kan nak sakit kot.

pagi-pagi pnBoss bagi saya breakfast coklat..
hurm kempen kuruskan badan saya
nampaknya tak menjadi lah ni..
yelah macam mana nak kurus..
kalau pagi, tengah hari, dan petang
asyik bagi saya coklat jer..
dia saja jer tak nak menyokong saya..

harap hari ni saya boleh senyum sampai malam,
sebab besok saya nak cuti,
x sabar nk pergi makan nasi minyak
sahabat lama. tak sangka dia nk kawin dah
so kawan-kawan semua jumpa kat PD yer..

saya pasti rindu kamu!!! =P <-- don't worry


Ahad, 24 April 2011

antara Majlis Kawin, durian Bukit Kurau & Mee Udang Mak Jah!!

pweeee.. tajuk yang cukup panjang. dan sudah pasti isi nyer jugak cukup panjang.. so sila luangkan sedikit masa anda untuk entry ini yer.. =)
-
-
-

sabtu 23hb 4 2011. (selamat Pengantin Baru buat RAzif n Husna)

kami & pengantin.

khalid & tunang(FIZA) bersama pengantin

dari kl ke semanggol. untuk melihat pasangan ini naik pelamin. so hanya kami berempat jer menyusuri leburaya utara selatan.. huhuhu kenapa bila lalu terowong jelapang mata saya tak pernah nak lelap.. mesti nk kene buka sambil tengok keadaan sekeliling.. ishhh!!

cantik, lagi cantik kalau masa kami datang sawah tengah menghijau.. huhuhu. tapi saya amat puas hati.

ok lepas makan <-- makan dekat meja pengantin dan juga lauk pengantin  ok!>
operasi seterusnya
-
-
-
-
Durian Bukit Kurau <-- pernah keluar dalam majalah 3 minggu lepas>

 "hello geng ada lagi tak durian bukit kurau kat atas bukit tu" <--ada gaya macam YB tak?

seb baik bukit kurau tu tak jauh dari semanggol. dengan berkat kesabaran khalid melayan enHusband yang berkeras jugak untuk makan durian bukit kurau, sampai jugak akhirnya kami.. <--berapa kali benti tanya orang kat mana letaknya graviti Bukit Kurau tu <-- GPS terlupa nak cas plak.>

ini adalah durian bukit kurau. sama jer macam durian lagi tapi durian ni dah glamour sikit sebab dah masuk tv. pakcik tu siap tanya."tau ni dari tv3 ke ni? " pakcik ni dah tau tanya pulak..

tgk muka tiga orang yang amat puas hati.. fiza sampai bersandar sebab puas sangat dapat makan durian, saya sampai tak tau nk letak kat mana dah biji durian tu.. enHusband? huhuhu tgk saja muka dia macam mana.. dari 3 biji durian kami up ker 5 biji, hanya 3 orang makan.. enKhalid hanya tengok jer, sebab dia x makan durian.. WALAWEH!!! best sangat rugi ko tak makan enKhalid oiii!!


ok pas makan durian enHusband nk mandi sungai.


dia sorang jer yang mandi. kami semua tengok jer..


pas mandi..
 kami ke destinasi seterusnya..

 mee udang MAK JAH dekat Kuala Sepetang di Kg Menteri Perak!!
ala ada masuk dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN

mee udang yang banyak udang.. huhuhu.. tapi mee dia still rasa kapur ok!!
kami bertiga makan mee udang..

ni enKhalid punyer
mee goreng udang yang juga banyak udang.

ok ni mangkuk saya. huhuhu.. saya seorang jer yang berjaya menghabiskan mee udang ni. mak!!!! saya sangat terperanjat. it's me ke?

owh mereka yang kekenyangan sampai tongkat2 dagu.

saya n fiza. huhuhu tgk mangkuk fiza masih berbaki lagi..

fiza apa yang tak puas hati  tu.. hahahaha air teh o fiza mereka lupa letak gula.. 
sabar yer fiza!!

panjang kan? hehehe tapi saya rasa ni tak  panjang lagi ni.. ada lagi yang akan panjang..
ok jumpe next entry yer..

Isnin, 14 Februari 2011

ada lagi cerita ok!!

peace...
saya ada lagii nak cerita pasal ini pengantin.. hehehehe sebab dia kawan baik enHubby.. nanti saya update
dengan gambar yang banyak sekali..<---gambar banyak sebab enHubby jadi second cameraman, <--- dia cakap ni yang tak suka jadi cameraman ni.. gambar tak banyak.. owhhh sayang.. ayang pun gambar tak berapa banyak ok.. sebab ayang tak nk abg kecik hati sebab gambar ayang  jer yg banyak.. :-P

Ahad, 13 Februari 2011

selamat pengantin baru

akhirnya...
dah lama seh tak update blog.. mana menghilang? hehehe.. saya update lor.. tapi semua entry banyak yang dok terperap kat draf.. macam tak sesuai jer nak publish untuk tontonan umum.. nanti saya semak balik.. mana tau ada entry yang boleh diterbitkan..<---takut kene saman weh.. skang musim orang saman menyaman, semua gara2 blog.. :-)

ok berbalik pada tajuk diatas..

SELAMAT PENGANTIN BARU buat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

opsss terlebih sudah...!!!
kira ok lah tu.. hehehehe perkara wajib saya mesti nak kene  bergambar dekat pelamin.. nak amik sikit seri pengantin lor..
tapi kami still macam pengantin kan?<--- sila keluarkan muntah jika anda rasa nak muntah... buekkkk!!!
photo di tangkap leh mrBen, pada hari pernikahan tanpa cermin mata. jahat tau mereka kata saya macam nenek-nenek. tak sesuai langsung..

ni lah pelamin pengantin.. simple n nice.. kenapa masa saya dulu2 tak ada kerusi macam tu yer.. his ni yang frust ni.. EnHubby jom sanding lagi sekali!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


haaaa.. ni baru pengantin sebenar.. 

sELamAT peNGanTIn bARu
Khairul Soleh & Liza Ameelya

 selamat datang ke Club KAmI.. geng kawin sudah..
ok.. harap sentiasa bersabar dengan segala pancaroba dialam perkahwinan..
itu membuatkan kita bertambah matang dan kenal erti dunia..

majlis telah berlangsung dengan jayanya pada 13/02/2011
so pada pengantin sila pekakkan teliga anda sekiranya anda ada mendengar tentang ketidak puasan hati tetamu ketika majlis berlangsung. biasalah mulut orang mmg sentiasa x puas hati, pada yang berpuas hati berbanyak-banyaklah terima kasih..<--- ayat macam tuan rumah@pengantin kan?


Sabtu, 27 November 2010

Semoga selamat semuanya...


hari ini 27/11/10
hari ni mesti ramai mereka-mereka melangsungkan perkahwinan..
ni kawan-kawan saya yang membina majlis menuju kealam perkahwinan.. hurm.. semoga semakin gembira disamping pasangan


Farhana Ibrahim

gambar mereka saya copy dari FACEBOOK masing-masing..


Mahirah Zainal

hanya gambar mahirah jer dalam simpanan saya.. eh kenapa muka aju mcm tu? owh mungkim mahirah berat sangat kot.. eh x sabar nak rasa nasi minyak ko plak merah.. eh bukan nasi minyak lah, tapi lauk pengantin ko.. macam mana masa nurna kawin aritu aku hanya makan nasi lauk pengantin jer.. hahahaha..(gelak dengan riak dan takbur)

owh mungkin ramai lagi kawan-kawan saya yang melangsungkan perkahwinan hari ini.. maaf mungkin saya terlepas pandang jemputan anda semua. kepada mereka yang bakal merubah status.. diharapkan selamat semuanya..
 saya yang masih baru dalam dunia fotografi.. :-)

Isnin, 22 November 2010

tinggal sorang jer lagi..

owh dah lama cerita ni tapi baru sekarang baru dapat update.. sowi yer.. mmg x ada masa nak hapdet2 isu2 terkini dan x berapa sensasi untuk tatapan kalian semua.. ahaksss.. hehehehe..



saper comel saya ker dhiya? hehehehe.. mummy dhiya yang snap.. dhiya nampak cool lah sayang

by de way. ini adalah perkahwinan mereka.. hurm bukan kami yer.. tapi dia dengan pasangan die.. hurm.. masih x terlambat lagi untuk saya mengucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU
buat
Nurnazuhaili & Pasangan


aju-mahirah-me

cheeeseee..!!! boleh syahril cakap kami nk buat iklan ubat gigi.. owh no!!! sangat x sesuai..
kami memang wanita happy walaupun banyak sangat masalah yang tak tertanggung.. huh, bila kami berjumpa sekali sekala kami akan luahkan sampai x terluah.. owh sangat rindu zaman menyusuri sungai bentong sambil gelak-gelak.



ni lah pengantin perempuan.. hurmmm bukan yang pegang payung yer.. masih nampak cik kak Mahirah yang x pernah tinggal dengan handphone die.. hisss!! cbuk lah tu dengan abang sayang..


kalau dulu, masa zaman sekolah, masa zaman muda-mudi dulu.. kami sekawan selalu bersama-sama.. makan berkongsi.. kerja sekolah pun berkongsi.. selalu tertanya-tanya siapa yang akan berkahwin dulu..
offcourse lah saya.. saya yang selalu mendahului mereka dalam serba serbi.. cuma satu jer saya tak kedepan.. saya malas nk study.. selalu kene marah dengan Dayah.. tapi Dayah tetap sabar dengan saya..


sekarang cuma tinggal Mahirah jer yang tak berumah tangga.. eh.. dia akan melangsungkan pertunangan dengan Abg sayang dia pada 27/11/10 ni.. selamat bertunang.. aku tak dapat nk attend majlis ko, macam mana ko attend majlis pertunangan aku.. aku harapkan semuanya berjalan seperti yang dirancang.. tak apa aju sudah pasti akan sentiasa disisi ko..


kami yang masih dalam mood honeymoon

hehehe.. x lengkap kalau pergi majlis perkahwinan, tapi x bergambar dengan pengantin baru.. hurm.. boleh ambil sikit aura seri pengantin.. walaupun dah cukup lama untuk digelar penganti baru..


Sabtu, 20 November 2010

saya rasa macam bidan terjun lah pulak.....

majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan
pada 20/11/10

Jajarkan ke Tengah
saya suke pelamin pasangan ni.. cantik dan besar.. kaler cukup matching dengan semuanya.. owh alangkah bertuahnya badan.. masa saya dulu2 macam biasa jer.. andai dapat saya nak macam ni jugak.. abang nak yang macam ni jugak..



saya juga suka gambar ni.. hurm mesti cameraman pengantin tu jeles sebab saya dapat shoot yang terbaik dari sudut ni.. hurmmmm..




ni lah pengantin nyer. Selamat Pengantin Baru buat Apis & Lisa. juga Selamat Hari Lahir buat lisa yang ke-22 ok.. owh saya juga di umur yang sama ketika menjadi raja sehari.. hope umur dan rumah tangga kalian kekal hingga hujung nyawa.. biar nyawa bercerai badan, jangan hubungan bercerai berai.. :-P



x lengkap ke rumah pengantin andai x bergambar kenangan bersama pengantin.. hehehe..
pssst.. doakan kami sekali yer... hahahahaha...
amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget