Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Isnin, 29 April 2013

Tips kecantikan

dah lama tak update kan??
kali ni aku buat entry tentang kecantikan.. = P

korang nak cantik???
korang makan suplement atau pil2 kecantikan?
ha... ni ada beberapa tips utk korang..
perkara senang giler..


  1. Tolong minum banyak air. Air plain. jangan kau minum air sirap, bandung, coke yer.. 8 gelas atau lebih pun takpa kalau mampu. air (plain) bukan saja melembabkan kulit dan membuang toksin, tapi membantu melarutkan vitamin yang kita dah makan ke seluruh badan. Kalau kurang minum air, itu lah yang kita takut jadi apa2 contoh jadi CANCER, sebab dia terkumpul kat satu tempat kat badan kita, takut kan? Minum air banyak. So, siapa tak suka minum air tak payah la amik vitamin2 ni. Memang takkan berkesan kat kulit anda
  2. Disiplinkan diri. Sampai result nampak kat kulit & badan kita. kalau rasa tak displin jangan lah membazir buang duit nak beli suplement @ pil2 kecantikan..
  3. Jangan minum coffee & teh. Diorang kata kalau nak jugak, amik after 3 hours. Tapi saya tak minum langsung dah coffee. teh kadang2 jer.. sebab kalau kat tempat kerja time breakfast ada dua pilihan jer air.. coffee atau teh.. kalau teringin sangat tu.. g lah minum seteguk dua.. nanti jatuh tangga plak.. kempunan!!!
ok.. tu je yang aku buat skang.. 
minum.. minum.. minum.. pastu bestfriend dengan toilet... asyik nak ke toilet jer keje nyer..


{CHINTA}

Rabu, 17 April 2013

Bawak bertenang dan always cool¡¡¡

aku selalu bersangka buruk dengan orang..
tapi tak selalu sentiasa melekat dlm hati..
selalunya lepas beberapa jam bersangka buruk, perasaan tu hilang tak tahu kemana..
lepas tu lupa..
anehkan perasan tu..

tapi sejak 2,3 menjak ni..
perasaan tu makin menjadi-jadi..
huh.. buat aku tak senang hidup..
asyik memikir bende yang bukan-bukan..

sungguh aku tak selesa dengan semua tu..

{CHINTA}


Jumaat, 12 April 2013

tentang seseorang


Ku berlari ke hutan kemudian menyanyi-ku ..
Ku berlari ke pantai kemudian teriak-ku ..

Tapi ..
Sepi dan sendiri aku benci ..
Ingin hingar aku mau di pasar ..
Bosan aku dengan penat ..
Dan enyah saja kau pekat ..
Seperti berjelaga jika ku sendiri ..

Pecahkan saja gelasnya .. Biar ramai ..
Biar mengaduh sampai gaduh ..
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih ..

Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya .. Biar terdera ..
Atau aku harus lari kehutan ..
Belok ke pantai ..?

 


susah nak nilai orang melalui muka dan pergaulan..
jadi cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan semua orang..
walaupun bukan semua orang baik seperti yang kita selalu sangka..

kita tak pernah tahu apa orang lain fikirkan tentang kita..
cuba fikirkan yang baik-baik juga tentang orang..

aku yang kecewa

In Sha Allah Allah akan sentiasa tolong kita.. Allah tak uji kita sekiranya kita tak mampu untuk menghadapinya.. Allah maha mengetahui.. PERCAYALAH...

Ahad, 7 April 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!

Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saing mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu Nabi Muhammad  (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen


 Selamat ulang tahun perkahwinan..
hari ni genap 6 tahun usia perkahwinan kami..

seperti tahun2 yang lepas.. 
bila anniversary jer kami pasti akan meluangkan masa bersama bercuti..
lari dari kesemakan KUALA LUMPUR..
tapi bukan kali ini..

 1st anniversary..
Genting highland


 
2nd Anniversary
Bkit Tinggi Pahang


 3rd Anniversary
Cameron Highland

 
 4th Anniversary
Melaka

5th Anniversary

Singapura

  
6th Anniversary
Kuala Lumpur

disebabkan enHusband baru berhijrah tempat kerja..
dan cuti pun tak ada lagi..
jadi kami hanya membuat lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur sahaja dengan bas bertingkat
HOP ON HOP OFF..

kesimpulannya tetiap tahun nak bercuti..
harap next year dapat pergi bercuti naik kapal terbang pulak..
=)
dah penat nak tidur..
besok kalau rajin aku update lagi..

kalau dapat pergi lagi SYDNEY pun best jugak.. =)


{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget