Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Khamis, 28 Jun 2012

Kalau lah saya boleh...

Dah baca entry sebelum ni.. Entry pasal pekerja asing yang kuat bekerja.. Kat sini.

Saya datang kerja pagi tadi dengan muka yang penat dan mengantuk..
Saya terpandang staff tu..
Alamak.. Semalam dia balik jam 10 mlm..
Hari ni datang kerja dulu sblm saya..

Hurm..
Semalam masa saya tanya kat dia makan apa..
Dan dia hanya jawab makan nasi "same like u lah"
Bila saya tanya lagi "u look so strong" dan dia jawab lagi "i prays, prays and prays.."
Tetiba rasa sangat malu..

"I prays at 12 and i sleep.."

Terduduk sekejap sambil berfikir..

"aku yang tidur awal ni pun, nak bangun solat subuh pun liat.. Inikan dia.."

Allah tu maha adil.. Sesiapa pun meluangkan banyak masa buat DIA pasti akan dapat balasannya..
Cepat dengan lambat je..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 27 Jun 2012

Itu yang tertulis buat mereka..

Kami mencari rezeki..
Yang membezakan saya dan dia adalah dia merantau mencari rezeki di negara orang..
Saya di negara saya sendiri..

Tetiba td nak bertanya dengan mereka..

"tak penat ke?"

Habis semua pekerja contrak saya tanya..
Bukan nak menyibuk just nak tanya apa yg dorang amalkan sehingga mereka boleh bertahan bekerja selama 14-16 jam sehari..
Kalau saya.. Masuk jam yang kesebelas.. Saya dah mula rasa "sangat stress"

"i just prays, that's all"

"before eat pray, before sleep pray, before do something i pray"

Saya pun nak tau lah apa yang die doakan..

"i prays god give me good health for work.."

Die adalah seorang wanita yang bagi saya cukup kuat tenaganya. Berkewarganegaraan 'myanmar' dan penganut kristian yang kuat..
Bagi die keje untuk duit..
Bagi die juga dia tak perlukan cuti..
Setahun ada 365 hari..
Dia cuma perlukan sehari sahaja untuk meraikan diri dia dan agamanya..
Iaitu "cristmas"

Semoga Allah sentiasa merahmati dia dan rakan2.

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 26 Jun 2012

Aku yang berdosa

Saya selalu ingat kan diri saya supaya bekerja dengan seikhlas hati..
Baru rasa diredhai..
Tapi kadang-kadang bekerja dengan ikhlas hati pun rasa macam tak perlu..
Bila rasa diri dipermainkan..
Wth..

Kadang- kadang tak perlu nak kesian sangat kat orang sebab, orang bukan kesian pun kat kita..

Tolong orang bagai nak gila..
Kesudahanya..
Mereka ada nak tolong balik..
Oooowhhh...

Ok lah tak mintak pun apa2 balasan pun..
Event nasi lemak lauk sambal paru..
Cuma nak sedikit pengertian..
"aku buat kerja ko... Ko baik hati sangat buat orang.. Yg kerja aku siapa nak buat..."

Kadang2 mengalah itu perlu..
Kadang2 juga baik hati kene berpada..
Biar mulut sentiasa jahat..
Jangan hati busuk macam bangkai..

Pesanan ini dibawa khas oleh.. HATI YG TENGAH PANAS..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 23 Jun 2012

Lama giler tak dengar suara pungguk...
Macam mana agaknya keadaan pungguk..
Bila dapat dengar suara pungguk..
Keadaan terus terkawal.. <- nak jiwang ni.. "bagai pungguk rindukan bulan" -

Hari ni sangat kacau bilau..
Yelah dah lama tak kerja petang sebelum offday.. <- HURU HARA TAPI KEADAAN MASIH TERKAWAL..
Nak lap speck mata pun tak sempat..
Patut lah rasa berjerebu je specmata ni..
Gile lah hari ni..
Siap pakej lah.. Berdarah atas bawah..

Harap semuanya ok..
Yelah time tak ada manager tetiba plak bz kemain..
Nak g toilet pun tak sempat..
Tapi sempat g ngular kat Le meridien..

Oklah..
Tak tau nak karang ayat apa..
Mata pun dah rabak gile..
Mulut ni asyik menguap jek..
Jumpa next entry ye..

{CHINtA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 22 Jun 2012

Itu yang paling nyata..

Pagi jumaat yang nyaman..
Dikejutkan dengan khidmat pesanan ringkas..

" Salam korang.sedekahkan alfatihah pd shbt kita mohd asri.dia sudah dijemput tuhan pg td.alfatihah.
Pn. Nurna.. "

Seorang demi seorang rakan seperjuangan pergi mengadap ilahi..
Arwah seorang suami.. Yang baru mengecap kebahagiaan berumahtangga..
Meninggal seorang balu yang baru dikahwininya hujung tahun lepas..
Pergi menghadap ilahi ketika tidur..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Al-Fatihah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 21 Jun 2012

So cool lah mak cool

Hai readers...
Hari ni yang sangat cool.. <-sejuk
Sebab pagi2 dah hujan dengan tahap lebat.. <- best wo tarik selimut sampai kepala..

Tapi sangat lah tak cool bila mimpi sakit perut dengan amat memulas sehingga terjaga.. <- itu bukan mimpi tapi memang betul2 realiti..
Sakit perut!!!
Kompom makan banyak semalam..<- gile mentekedarah..

Ada lagi yang sangat cool..
Memang kalah air corn baru baiki.. <- aircorn kat opis kalau baru pas baiki tahap ke'cool'an die sampai rasa nak pergi cari blanket..
Apa yang cool??
-
-
-
Nak tahu..?
-
-
-
Ok kakak driver bas yang sangat cool bawak bas sambil sembang "omputih" dengan husband & wife warga nigeria <- Aku main bantai jek kewarganegaraan die.. Nak panggil "n----" macam kurang adab plak..
Die speaking laju kemain macam makan ulam petai..
Ok kalau kakak tu makan petai lah.. Kalau tak silalah bayangkan ulam-ulaman yang lain..

Dia sangat cool tak mengelavah langsung bila penunggang2 motor cilok-mencilok. <- aku pun seram dengan penunggang motor kat ampang ni. Bawak motor macam kat litar lumba..

Dia juga cool sebab bawak bas tu..
Laluan kl-ampang lagi..
Kakak tu memang cool..
Kakak td saya turun tak sempat nak shake hand dengan akak..
Kalau akak baca blog saya <- kalau lah kan..
Ha... Ni cerita pasal kakak..
KAKAK DRIVER BAS..
Yang sangat cool..

Harap saya cool juga macam kakak tu..
Harap tak ada yang kene maki dengan saya macam semalam..
Ok have a nice day..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 20 Jun 2012

Acanerni???

Minggu ni tetiap hari bangun lambat..
Opsss..
Bukan bangun lambat apa..
Dah bangun dah prepare kan baju tuk enHusband nak g keje.. Pastu apalagi tarik selimut lah balik.. <- kalau mak mertua tau sebelum kawin.. Kompom kene reject. ->
Nasib baik lah cuaca sejuk je..
Terima kasih Ya Allah.. 

Cerita pasal bangun lambat dan akibatnya..
# kepala menjadi sangat 'blur'
# malas menjadi-jadi.
# dan yang best nye - ni je yg paling best yg lain byk akibatnya..

*sila standby dengan apa yg saya akan sampaikan!!*
-
-
-
-
-
-
-
-
Bleh mimpi main kawin2 dengan JOHAN rajalawak!!!
-
-
-
-
-
Sila lah gelak guling2...
Nonsense !!!  <- Kak Alma cakap..
Yup mmg mengarut pun.. Dah namanya pun mimpi kan..
Jangan harap lah ianya nak menjadi kenyataan..

Yang best tu bila bangun tidur siap senyum2 kambing lagi..
Dan tak sabar2 nak hebahkan kat orang yang saya mimpi JOHAN rajalawak tu.. <-WTH.. sambil tepuk dahi..

Oklah.. Kejap plak sampai kat klcc ni. Abg driver ni bawak laju ker?
Ok readers have a nice day..
<-sambil laga2 pipi..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 19 Jun 2012

Galeri NOW OPEN!!

Selamat datang ke CHINTALIZA gallery . Saya Dah ada gallery sendiri. Berkarya melalui imaginasi dan kehendak sendiri. Ok kalau korang rajin singgah lah kat galeri saya yer.. :-P

{CHINTALIZA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 17 Jun 2012

Harap2 tak berbau..

Ni cerita dah berlaku..
Saja nak share kat sini nak bagi korang tau apa yang terjadi kat owner blog..

Hari jumaat lepas memang hari buzy..
Siapa kata hari jumaat hari bersenang lenang..
Saya dengan hidung penuh mukus..
Kepala dah rasa mcm kejang sebelah..
Perut lapar mintak disumbat..
Telefon berdering mintak diangkat.
Part time pulak ramai..
Payment dorang nak kene submit bagai..
Adoiiii..!!!

EnBoss mesti nampak kesengsaraan staff die ni yang banyak memeningkan kepala..
Dia.. Keluar masuk, keluar masuk office..
Akhirnya dia hulur panadol activfast kat saya..

B-)
Bos: saya rasa awak perlukan ni..
Saya: saya? Saya nak mc je. Panadol ni tak perlu..
Boss: saya tau awak kuat.. Awak tak perlukan mc tu. Awak boleh bertahan.. Amik lah ni makan..

Cet.. Ingat kan dia cakap "tak pe awak boleh pergi klinik amik mc. Balik rumah dan rehat.." rupanya dia bagi lagi kerja. Rezeki....

Bila orang tanya dah makan ubat ke belum..
Saya mesti jawab.. "kalau makan ubat kompom saya MC.."
Huh.. Suara pun dah macam suara ct nurhaliza nyanyi lagu 'HappyBirthday' buat BONCEL dalam Maharajalawak Mega..

Ok lah selamat berhujung minggu..
Masa untuk saya menhabiskan kain yang penuh dalam bakul..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Cepattttt minah kepoh dah datang ni..

Cerita dah lama terjadi tapi tetap nak share kat sini.. -> blog aku aku punye suke lah..<-

Sebelum tu nak ucap selamat pengantin baru buat cousin enhusband..
Azrul & atikah.. Wedding day 8/06/12
Selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri..
Sabar dan tabah dengan dugaan yang datang..
Nanti ada masa terluang kita buat photoshoot outdoor yer..

Kejadian disebalik majlis perkahwinan..
Urm...
Pagi sebelum perjalan dimulakan.. <- majlis berlaku di felda Jengka 25..
Kami bersiap dari rumah..
Decided nak bertolak pagi-pagi dari kl..
Tetapi..
Nasib yang tak menyebelahi kami..
Tetiba kereta buat hal..
Tak boleh start..<-hahhh.. Caner?
EnAzan dah selamat sampai kat kampung..
Ni dah siap bagai mekap & angkut beg dan segala bagai keperluan..
Siap dah masuk dalam bonet kereta lagi..
Tinggal nak jalan jek..
EnHusband dah naik angin dah..
Tetiba dia bersuara..
'cuba tanya akak, nak pinjam kereta akak boleh tak'
Pweee.. Saya tak terfikir langsung pun pasal tu..
Nasib baik lah akak tengah dalam pantang so kereta dia lagi satu mmg tak guna..
Call abang ipar..
Budjet nak pinjam kancil jer..
Ye lah mana lah tau dia nak guna wira tu bawak anak2 & mak jenjalan..
Tapi abg ipar suruh guna wira.. <- mcm tau-tau je brg2 adik ipar mu ini dah penuh satu bonet..;-)
Kalau naik kancil kompom penuh satu kereta..

Ok bila dah dapat kereta.. <- thanks adik sebab menjadi mangsa kene pergi amik kereta kat rumah akak..
Dah masuk barang dalam kereta..
Kami pun meneruskan perjalanan..
Ok kalau ada orang perhatikan kami..
Kompom orang tu tahu yang kami guna kereta pinjam..
Sebab...
# mula-mula jalan jek kereta dah tersengguk-sengguk..
# bila singgah petrolpump enHusband matikan enjin tetiba alarm berbunyi.. Bila dah ok.. Tutup pintu alarm berbunyi lagi.. Haissss.. Orang dok pandang jek..
# kami biasa kalau nak mati kan enjin kereta mesti off radio.. So bila dah off radio.. Nak on balik.. Yang ini Alamak!!
Tak tau.. Saya ingat enHusband tau.. First call adik..tapi menghampakan, dia pun tak tau.. Dalam hati.. Tak kan nak senyap jer dari kl ke jengka.. Call akak pulak.. Akak punya jawapan pun lebih kurang sama jer dengan adik.. Adoii apa lah tuan punya kereta tak tau.. Ni mesti tau naik jer ni.. Saya apa lagi menjalankan misi menjahanam kan.. Tekan sana sini.. Tetiba.. Dengan bangganya radio tu menjerit.. Adoiiii.. Masa aksi tekan sana tekan sini tu saya tertekan sekali button volume..
# masa kat highway.. Orang kat kereta sebelah asyik pandang2 jer.. Kereta wira akak tu jenis yang standart.. Nampak macam kereta orang tua.. Tinted kereta pun tak ada.. Nak korek-korek hidung pun segan.. Tak apa lah janji ada kenderaan..
# bila dah sampai tempat berkumpul saya terus cari mak mertua.. Adik ipar.. Dan salam semua sedara-sedara belah enHusband.. Pertanyaan cepu emas dorang tanya.. Bila sampai..? Naik apa..?  hehehehe.. Yelah kami naik kereta wira starndart. Kereta kami GEN2 enjin bunyi kuat.. Tu yang dorang sume tak dengar kehadiran kami.. Hahahaha.. Semua buat tak tau je bila kami masuk dan parking.. Bila kami keluar barulah mereka perasan yang orang dalam kereta wira yang tenggelam itu adalah kami..

Ok misi mengxcitedkan diri berlaku tapi pic tak boleh nak share sebab camera DSLR tertinggal kat rumah akak. Tak ada masa lagi nak pergi amik. Kamera tu dengan bangga enHusband tertinggalkan dalam kereta akak masa sesi pembahagian kunci kepada owner..
Akak siap boleh shopping barang dapur kat k4 lagi..
Dah balik rumah baru perasan yang ada kamera kami dalam kereta dia.. Nasib baik..

Ok entry dah terlebih panjang..
Jumpa next entry yer..
-enHusband tak ada.. Naik puncak NUANG.. Semoga selamat..
#hujan pulak best ni tarik selimut balik..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 16 Jun 2012

Layan jek..

OTAK BLANK + BLUR..
TAK TAU NAK UPDATE APA..
JUMPA NEXT ENTRY YER..
TAKE CARE..
tengah layan cerita cikgu timah tukar sekolah..
Hidung tersumbat + kepala sakit tahap kapal angkasa..
Adoiii..!! Demam plak...

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 8 Jun 2012

Selamat berhujung minggu..

Kepala pusing!!
Banyak sangat nak fikir..
Kalah PM..
Adoii..

Hari ni hari mengantuk saya..
Pagi tadi siap boleh chating-chating lagi..
Jalan-jalan kemas office..
Nasib baik tak banyak panggilan masuk..
Kalau tak.. 'longuh tangan den..'
Bila lepas lunch je saya dah ketandusan energy..
Tahap mengantuk dalam keadaan merbahaya..
Sampai tersalah-salah hantar job..
Sorry bro.. Wa banyak cancelkan job kamu..
Makan banyak sangat kot masa lunch td..

Besok.. CUTI!!!
Owh patut lah saya mcm malas jer hari ni..
SEPATUTNYA saya dah mula bercuti..
Urmm.. Ok dah tau dah sebab kenapa kadar kemengantukan saya sangat luar biasa..

Owh..
Buat mak..
Terima kasih sebab sudi nak buat kan baju kurung pahang kak ngah..
TERBAIK dan TERPANTAS!!
Baru jer beli kain sabtu lepas..
Semalam dah siap..
Kalau saya lah..
Urm... APTB..

Ok next entry saya sambung lagi yer..
Nak cerita pasal apa yang terpantas yg ada kat rumah kami..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 4 Jun 2012

GlamBazaar dan gelang murah..

Yeay..
Hujung minggu yang penat!!
Besok kene keje dan cuti lagi..
Tension sebab cuti disingkatkan untuk orang lain.. HUH!!<- Betul2 tension..

Idea untuk ke GlamBazaar datang lepas bangun dari tidur..
Biasalah saya tak akan bangun kalau tak tengok hanphone.. ;-)
So buka twiter log in instagram..
Tgk ada tak yang komen like status.. Wajib ok!!! Hahahaha.. <~ budjet RETIS ke??

So bila tengok twiter adalah seorang mamat ni.. Dok komen2 pasal GlamBazaar..
Siap tunjuk gambar baju yg die beli.. <- sweater JOHan Ashari yg dia pakai dalam filem TOKAN..
Gile.. Baju makan ratus dorang jual serendah rm5.
So try lah google GlamBazaar tu kat mana..
Direction die senang "setiawangsa" jalan nak ke AEON setiawangsa.
Jumpe petronas belok kiri..
Jalan terus je..
Akan melalui kawasan perumahan elit dan naik bukit sikit, belah kiri jumpalah VILLA ADIK.
Salah satu Lokasi pengambaran dalam filem Adnan Sempit.

So apalagi.. Terjun katil terus pergi kat enHusband<-die dah bangun dlu dari wife die.. Giler terukkan si isteri ni..

Masa kiteorang sampai tu tak ramai orang..
Ada lah dua tiga orang yang sanggup menahan kepanasan seperti kami..
Fauziah Ghous cakap " pilih2 lah yer. Harga boleh kurang lagi.. Boleh runding"
Gile? Harga kasut "wedge" ALDO" yg kalau tak salah saya rm200++ saya tgk kat butik ALDO dorang jual rm20 je.. Itu dia kata boleh kurang lagi..
Cantik lagi. Mgkin owner tak nak sebab dah pernah pakai pergi funtion. kan retis

Tapi enHusband saya pun kira bijak jugak..
Dia macam tau2 je yang saya akan borong byk2 <- tapi tak dapat borong byk pun sebab dorang tak terima kad.. CASH ONLY!!
Dia hanya bawak rm30 je dlm wallet..
Melepas saya nak sambar baju Liyana Jasmay..
tapi tak frust sangat lah..
Sebab saya dapat gelang marsha.
Hehehe..
Tapi rasa sangat kempunan sedikit sebab tak.dapat rasa masakan Nabila HUda yang dorang cakap sedap giler..
Ciss.. Masa tu baru je lepas makan tengah hari.. KENYANG!! Rasa mcm tak larat dah nak bawak perut..

Ok..
Tahniah buat fauziah ghous selaku organizer dan wani radzi <- Baju wani saya beli dengan harga rm10 je. Dan semua crew2 GlamBazaar..
Kalau nak update tentang GlamBazaar sila add kat twiter @GlamBazaar..

Kalau ada lagi GlamBazaar lagi akan datang saya nk pergi petang sikit lah.
Tak ada lah rasa terpanggang diri ni..

Oklah nak kemas2 sikit..
Dah panjang sangat rasanya ni..
Nanti bosan pulak korang

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

"Tak bagi aku cuti.. Pastu lempar aku buat kerja orang lain.." demmmm!!!

Aritu cakap "aliza bln depan awak dah tak naik floor dah."

Tak tau lah bulan depan tu bulan bila.. Aku mintak cuti ko tak bagi.. Pastu ko sibuk suruh aku cover orang lain yang pergi bercuti. Heiii.. Itu bukan keje aku lah.. Bukan position aku pun..
Gaji aku x sama sikit pun macam dorang. Tp aku kene buat sama macam dorang.. @#%&

HUH!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 2 Jun 2012

₩ no tittle ₩

Saya rindu arwah Raqib..
Sejak aritu asyik muka arwah je yg terbayang-bayang..
Raqib kau memang kawan aku sampai hujung nyawa..
Maaf sebab tak dapat berada disisi kau disaat akhir nafas kau..

Aku harap anak dan isteri kau tabah dengan kehilangan kau..
Al-Fatihah..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 1 Jun 2012

Wordless friday!!

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nyayian yang dah berkesudahan..

dah baca entry menyayat hati dan sedikit emosi dari saya..?
di sini ada cerita mengenai arwah..
Enhusband kata hari ni semua staf di department arwah muram je..
Dan menjadi topik utama perbualan di kafe..

Macammana agaknya isteri dan anak2 arwah..
Tak sanggup saya bayangkan keadaan mereka..
Semoga mereka tabah dengan ujian yang Allah dah tetapkan..

{CHINTA}

Finale..

Yeeaaay JUNE already..
JUNE please be NICE with me..

Time to shopping..
Time to cooking..
Time to helping..
Time to everything..

I'm gonna make u happy?
U have a answer..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Lara Lagi!!

Pagi jumaat yang cerah..
Mentari pagi yang menyinari bumi..
Alhamdulillah..
Dapat lagi kita menghirup udara kurniaan Allah S.W.T

SELAMAT HARI GAWAI Malaysia..!!
;-) masa untuk bersenang lenang dirumah..

Pada yang bekerja..
Lebih-lebih lagi pada rakan sekerja yang harus berdepan dengan lebih kurang 50 bilik warga LIBYA..
Harap anda bersabar yer..
Mereka ada macam-macam ragam dan gaya..
Cukup lah semalam saya hampir pitam melihat mereka..
Dengan antena tv di kaki..
Kepala berbalut dengan darah yang masih merah..
Yang paling susah bila mereka mula bersuara..
Urm.. Jadi lah kami seperti ayam dan itik..
Yang tak faham sepatah apa melain angguk dan geleng.. <~ susah jugak bila berinteraksi dengan mereka yang tak pandai berbahasa inggeris..<~nak je aku ngomong jowo..

Owh ya..
OPEN INTERVIEW dibuka lagi..
Pada sesiapa yang ingin mencuba nasib bekerja di Hotel 5 Bintang, boleh menghadirkan diri anda di Hotel HILTON KUALA LUMPUR KL SENTRAL pada 2-3 hb Jun 2012.
10-6ptg <~ tak berapa pasti pulak waktu interviewnya..

Rasanya iklan2 boleh didapati dalam newspaper The Star atau pun Harian Metro..
Jga tak berapa pasti pulak yang mana satu, semalam tak sempat langsung nak selak paper..
Bz sampai nak g toilet pun asyik postpone jek..

Bila lah despatch ZALORA ni nak sampai ni..
Saya nak keluar ni..
Janji nak C.O.D hari ni..
Tak sabar nak tengok barang..
Hurm.. Harap tak terjadi seperti dalam mimpi..
Dorang salah hantar barang..
Dah lah tak cantik kaler pun tak menarik langsung..
Mata ni dah asyik terbayang barang yang dalam mimpi tu je..
Haishh..

Sebelum saya merapu meraban..
Bek saya stop. Nak cari mood kemas rumah..
:-P

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget