Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Ahad, 31 Julai 2011

x; Hati saya xsiapa tahu :x

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Lagu Kita-Aizat






Mood <-- sangat pilu sambil layan DVD Nur Kasih, tak tau yang keberapa kali.. 
Tetiba mahu bercuti jauh dari mereka-mereka.. 

Jumaat, 29 Julai 2011

Sekali lagi cinta =)


kadang2 kita tidak menghargai cinta...kenapa??
sebab,kita belum merasai kehilangan dia...
kadang2 kita rasai cinta dia, tapi masih x percaya, kenapa??
sebab... kita selalu fikir negatif tentang dia..
kadang kita x sedar  hati kita betul2 menyayangi dia, kenapa??
sebab, kita tunjuk ego xnak mengalah..♥



Kau Mencintaiku seperti bunga titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya, 
Tidak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tak pernah lelah menghangat kan jiwa.

{CHINTA}

Khamis, 28 Julai 2011

Hidupnya hanya sandaran!


Hurm..
Baru lepas bercakap dengan seseorang,
Seseorang yang baru meluahkan rasa hatinya.
Saya bukan lah pendengar yang baik,
Saya bukan lah penasihat yang berkaliber,
Saya cume boleh mengurangkan bebanan perasaan yang dihadapi oleh nya.
Manalah tahu dengan mendengar apa yang dirasa boleh mengurangkan berat yang ditanggung..
Manalah tau sedikit nasihat yang tak seberapa boleh mengurangkan bebanan perasaan yang ada sedia ada..
Saya harap awak tabah,
Tabah mengadapi semuanya,
Itu pahit getir dalam perhubungan,
Saya harap dia sedar,
Yang kamu memerlukan dia sebagai kawan, sahabat, dan teman,
Bukan sekadar hubungan yang belum diikat mati..
Kamu jadilah pendengar yang terbaik buat dia,
Jadilah kawan yang baik buat dia,
Jadilah sahabat sejati kepada dia,
Jadilah teman yang memahami walaupun payah untuk melakukannya..
Be HER love, Be HER friend..


Saya sentiasa ada untuk kamu meluahkan segalanya,
Biar semuanya terasa lega, 
Harap tiada yang disalah erti..
Sayangi lah dia bagaimana kamu menyayangi diri kamu..
Dia yang akan bersama mu hingga hujung nyawa.. <--semoga Allah makbulkan apa yang kamu inginkan.


Takmo gaduh2 lagi, takmo marah lagi..
Aturcara majlis dah diatur..
Jangan punahkan pengacara dengan pemikiran keanakan kamu itu..
Yakin yang dia adalah milik kamu,
Jangan terlena dengan angin sepoi-sepoi yang bertiup..
Itu yang akan mengkhayalkan mu.
Yang akan memesongkan kamu dari tujuan asal mu..
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..

--> penat juga menjadi penasihat tak berkaliber ni kan? salah cakap mesti ada yang terasa, kalau diam takut disalah erti. hurm.. buat lah mana yang terbaik <--

{CHINTA}

Rabu, 27 Julai 2011

=,(

Hello blogger!!
Huhh.. kesat peluh kejap, letih seh..
Penat sangat. semuanya bercampur menjadi satu,
Penat, stress, sakit.. semuanya dah diadun sebati..
Giler tapir keje hari ni,
Rasa macam sekejap jer kat tempat kerja.
Makan pun tak terasa kenyang.. ahaksss.. <--macam orang bercinta lak kan? =))

Hari  ini datang2 dah di stress kan oleh pnBoss, hadoiii!!!
Mengelabah jer..
System down, so semua kene manual, huh..
Satu hari bergelumang dengan nombor,
Angkat telefon, nombor, letak telefon pun nombor,
Harap-harap mimpi jangan lah mimpi nombor..
Huh.. agak-agak ada tak satu yang lekat?
Sampai balik system still lagi down..
Tinggalkan Kakak dengan perasaan yang berbelah bagi.
Saya harap akak ok,<-- anything just call me.. no mesej2 ok!!
Hello... Harap besok dah ok lah yer,
Sebab besok saya nak balik awal..
Nak tengok BOLA.

Kepala pusing, <-- mungkin migrain sudah+perut lapar mintak isi..
Tapi mata tak nak lelap. <-- mungkin penat sangat,
Nasi goreng ikan masin tak berapa enak <-- mungkin perut dah masuk angin.
Huh.. ada chance boleh MC besok.. =P
Mahu bersantai sambil bergelak tawa bersama enHusband sambil tengok BIG MAMa!!
Harap boleh tidur dengan lena <-- period pain dah menguasai diri.. aduhhh!!
Daaaa... =)


menjadi diri sendiri lebih baik daripada mengikut kehendak orang lain, be yourself and take care yourself.
{CHINTA}

Selasa, 26 Julai 2011

bibir tersenyum hati menangis

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
 salma<-- permata hati


Andai aku bersalah, maaf..
Khuatir kiranya malam ini malam terakhir buatku,
Risau kiranya hari ini hari terakhir ku melihatmu,
Andai ku berdosa, maaf..
Takut andai tiada lagi ruang kemaafan untuk ku buat mu,
Gementar sekiranya aku tak mampu!!.
Tak mampu untuk menghadapinya..
Tapi aku cuba.. cuba untuk melaluinya..
Melalui seperti yang sudah tertulis..
Maaf kan ku!!



orang memanggilku sebagai pemimpi yg suka berharap yg tak mungkin untuk ku nyatakan....maka aku bilang kalian adalah tong sampah yg penuh dengan sampah-sampah harapan nyata yg tak kalian percayai

-rizki ramadhian-


{CHINTA}

Selamilah Cinta (Official Music Video) - Amanda Imani


Baby
Cuba kau renungkan mataku ini
Kasih
Kau akan lihat erti cinta dari renunganku
Renungkanlah agar kau mengerti
Baby
Dari mula seharusnya kau mengerti
Diriku
Kau akan lihat betapa hebatnya cintaku
Kerna aku permaisuri cintamu
[Chorus]
Cinta bisa merubah segala
Segala-galanya
Cinta juga bisa membawamu
Terbang bersamaku
Cintailah cintaku ini
Dan aku akan cintai cintamu
Kerna tiada yang seindah cinta
Bila terpaku pada cintanya
Cintailah cintaku ini
Dan aku amat mencintai kamu
Percayalah kau akan rasa sesuatu
Bila kau selami cintaku

Selamilah selamilah cinta
[Chorus]
Cinta bisa merubah segala
Segala-galanya
Cinta juga bisa membawamu
Terbang bersamaku
Cintailah cintaku ini
Dan aku akan cintai cintamu
Kerna tiada yang seindah cinta
Bila terpaku pada cintanya
Cintailah cintaku ini
Dan aku amat mencintai kamu
Percayalah kau akan rasa sesuatu
Bila kau selami cintaku

Selamilah selamilah cinta


UNTUK KAMU,
tiada niat untuk buat semua itu, tapi..
biarlah ianya berlalu seperti air 
andai ianya mengembirakan..
pedih, sedih dan sakit.. mungkin ini yang sepatutnya berlaku. SELAMILAH CINTA.

{CHINTA}

Isnin, 25 Julai 2011

stanza cinta nurani..

‎"Jika Allah dah takdirkan sesuatu tu utk kita, seluruh isi alam pun tak kan dapat menghalang... Tapi kalau itu bkn takdir kita, seisi alam pun tak kan dpt menolong..." ~ Amni dalam Stanza Cinta, meh kite renungkan sesama... :)


so kepada kamu.. jangan di lawan takdir ALLAH, kemana sahaja kita pergi andai ada keredhaan ALLAH semuanya pasti akan berjalan dengan lancar.. semoga sinar bahagia sentiasa mengiringi hidup kalian...
Andai itu takdir kamu bersyukur lah. seandainya sebaliknya jangan di hina pemberian yang MAHA ESA. sebaliknya renunglah apa kealpaan yang telah kita lakukan.. 


PEACE ya.. =))


{CHINTA} 

SUPERMAK!!

Hehehehe... layan jugak cerita "supermak" <-- padahal dah tak ada cerita lain dah nak layan..
Lakonan Nasha Aziz. <-- cantik lagi lah Nasha ni..
Saya pernah cakap dekat somebody,
Kerja orang perempuan  memang tak pernah habis,
Walaupun kelihatan dah siap semuanya..
Tapi kerja itu sentiasa ada..
So kepada kamu, hargai lah kami kaum wanita..

supermak tv3 <-- comel sangat

Pagi tadi dapat panggilan telefon dari sahabat,
Berita gembira buat mood moody hilang dibawa angin pagi,
Beliau selamat melahirkan Baby girl,
Pagi tadi secara pembedahan,
Tahniah buat kamu n husband,
Nanti jangan lupe SMS gambar baby untuk saya simpan dekat album saya ok!!
Hurm kalau tak ada aral melintang saya sampai rumah kamu raya nanti..

Besok ingat nak mintak cuti nak pergi ikut pnAju ke kelas conteng-conteng muka,
Tapi.. hurm pnBoss tak bagi,
Adoii susah sangat nak mintak cuti sekarang..
So cuti saya tu pnBoss bila boleh aprove agaknya?
Jangan sampai saya mc lagi sudah,
Hahahaha, mc tak sakit pun cuma sakit hati jer..
Isi foam baik2 tak bagi so kita suruh enDoc yang approvekan MC.

MOOD = terasa mahu makan speageti lah pulak..<-- ishkk macam mana nak kurus ni, tadi dah bantai makan nasi perabis, pastu makan biskut cicah air teh, adoiii susah lah macam ni..

{CHINTA}

owh IRIS!!

Semalam jalan g bukit bintang, gile jammed jalan weh.. tak tau kenapa enHusband nk pulak melalui jalan yang betul-betul menguji konsentrasi dia..
sambil tengok kiri-kanan, tengok gelagat driver..

pastu nampak plak
-
-
-
-
-
HOTEL IRIS HOTEL
owh mak teh tak tau plak ada hotel nama iris kat BB =))



~MOTIF~
Rindu sama budak kecik tu.. 
bila nak jumpa dia, nak gigit dia sampai dia nangis <--giler jahat kan?

{CHINTA}

Ahad, 24 Julai 2011

Colourfull of my life..

Entry ni banyak gambar.. 
Sebab saya tak ada mood nak karang ayat jadi bait-bait cerita.
Tapi saya ada mood nak update blog.
So kita layan gambar yang diambil masa berjimba-jimba di hari minggu..
Niat nak berphoto shoot, Tapi.. hurm cuaca tak menentu, owh ramai giler orang yang berjimba-jimba pada hari ahad kan.. 

Muka orang kekenyangan, cepat-cepat makan sebab cuaca macam nak hujan, masa masuk kereta pun kelihatan rintik-rintik hujan. tapi sekejap jer.. x jadi pun hujan.

Ni hobby baru enHusband, sejak turun dari puncak Gunung Datuk hari tu,
pergi jer memana, TESCO, GIANT, CAREFOUR @ JUSCO dia mesti akan ke tempat perkhemahan.
mahu tengok katanya, pastu cakap, nanti abang nak beli yang ini, yang itu. 
saya? iye kan jer..


Comel lampu tu. tapi pakai bateri, tak tahu berapa banyak bateri kene guna kalau duduk dalam hutan satu malam..




Sikit pun dia tak perasan yang saya amik PIC dia ni.. khusuk sangat lor..

Tengok muka tension enHusband, hehehe dia ngantuk rasanyer, pastu jalan jammed, hurm.. KL tak tahu bila mahu reda..

baju yang saya pakai tu dah 2 tahun beli, tak pernah pakai pun. Tadi belek2 almari nampak baju ni.. so..
apa lagi, saya dah tak tahu nak pilih nk pakai baju apa..
Besok time tu renovate isi-isi almari, mahu asingkan mana yang elok n mana tak elok.. hurm.. actualy semuanya elok tapi dah tak pakai, dari dok kat situ x berusik baik saya asingkan.. hurm ada 2,3 baju yang tak pakai lagi <-- baru beli tapi dah tak muat, salah timing masa beli.. ingat boleh lagi guna saiz S tapi...
Pssttt.. saya mahu buat jualan PRELOVE baju-baju saya. Banyak yang saya pakai sekali, dua kali jer..
Nantikan yer..

Tengah layan Aku bin Abdullah.
Saya harap tak ada air mata yang menitis, sebab muzik jalan cerita ni sungguh syahdu..
Tapi macam kelaka pun ada cerita ni..

Sabtu, 23 Julai 2011

Aku dan Ilusi..

Andai aku kuat untuk melakukan nya, aku pasti melakukannya,
Andai aku tabah menghadapi nya, aku pasti akan menghadapinya.
Andai aku seperti kamu, 
Huh...
Aku tahu aku tak kuat..
Aku tahu aku tak tabah..
Aku tahu aku tak seperti kamu..
Maaf kan aku..


Buktikan penantianku tak sia-sia
dan berikan satu jawapan yang pasti
entah sampai bila aku harus 
bertahan.

ole-ole lagi..

owh.. makin besar plak ni, adoi.. macam mana boleh makin kembang.. bukan makin kecil ni..
Dah macam2 cara dah saya buat, termasuklah tidur lepas makan.. =P maha hebat kan ketembamannya. ini saya kurangkan warnanya, kalau berkaler lagi nampak jelas n nyata kebesarannya..
gerun sangat, skang sume tegur akan perubahan yang berlaku. sangat prihatin lah u oll's semua.
owh kalau awak diet saya pun nak diet jugak lah.. =P


Flower Pen
oleh-ole dari HAWAII.
pemberian pnBoss. =)
dia perasan ker yang saya selalu merungut pen hilang, 
hehehe.. Saya sanggup masuk bilik dia tanya dia ada amik tak pen saya, kalau pen saya hilang. hehehe.. so kalau saya guna pen ni org kompom tak akan amiknyer.. sebab saya sorang jer yang guna pen ni..
Thanks pnBoss.
hurm len kali bagi lagi yer. =P

{CHINTA}

Khamis, 21 Julai 2011

bila mata mahu katup.. apa yang kita buat?

 =)) apa yang perlu buat? tutup lah kan? 
kali ini tak boleh tutup..
sebab
-
-
-

Hari ini ada training kol 9am, tapi still kene datang keje kl 6, buat report untuk staff..
hurmm kedengaran macam tak masuk akal, tapi saya terpaksa juga buat.
tak kan nk suruh enBen datang kol 6 kot, hurmm ianya amat tak digalakkan..

~Pic snap by samsung galaxy~

muka yang entah dah berapa kali tersengguk agaknya. saya benci training, bosan.. tapi nasib baik lah abgCakap tu ok. tak lah bosan sangat.


Tengok!! satu bilik training dengan enHusband, cuma dia tak nak duduk sama jer, hehehe.. mungkin dia tak nak saya ketip dia masa dia tengah layan mata. konon sangat kosentrat.. entah apa yang ada dalam kepala tu agaknya.. 

msFong - mrSharif - ME

Banyak kali disabarkan oleh encik sharif, sebab asyik mengadu mata mengantuk, hehehe..
Rip seb baik aku dok sebelah ko kalau sebelah msFong nampaknya tidur lah aku..


pic ni mrBen yang amik, mungkin nak tunjuk dia punyer kerja kot, tapi saya sikit pun tak berminat dengan apa yang dia cuba sampaikan 
tapi...
Magazine perkahwinan Putera William dengan Kate.. hehehe... eh dia cium mulut lah.. =))
tak sempat nak belek habis magazine tu, kacau betul lah mrBen ni..
pssstt.. mrBen pernah cakap pasal kerja kami, "za kita ni asyik kmengira jer kan.. kalau kita jadi akauntan agaknya dah jadi manager kan." hehehe... tak per Ben kita doa sama-sama, aku dulu amik akaun, akaun aku lulus.. cuma dah tak sanggup jer nk dok mengira.. tu yg tersesat kat HILTON ni..

Hurm.. mahu layan abang-abang bola, CHELSEA vs MALAYSIA tak tahu nk sorak mana, sebab dalam hati dua-dua ada.. =))
saya dah nampak drogba dah.. owhh sungguh xcited saya.. 
hurm.. tak dapat saya ke stadium. menci tau.. tak per janji saya dapat tengok drogba..
jom layan...

{CHINTA}

Selasa, 19 Julai 2011

stress sesangat!!

Mood nk blooging tak pernah nk dapat sepenuhnya.. mesti sekerat jalan jer..mungkin dah lama saya tak berphoto shoting agaknya.. encik jom hujung minggu ni ke Putrajaya @ ke mana saja asal dapat lepaskan gian saya untuk berposing di depan kamera.. X pun kita ajak MAMA D g ber photoshoot sebelum due dia.. =))
Aritu ke PAVILLION pun mood ada sekerat jer.. hehehe.. sekarang mood tak berapa nak menentu.. kekadang ada kekadang tak ada.. mungkin sangat stress sejak kebelakangan ini..

Tengah tengok KHURAFAT.. Zahiril tengan berlakon.. saya dah nk tangkap cintan dengan dia.. owh ini semua gara-gara JUVANA.

Hurm.. enHusband macam mana denga tiket untuk ke perlawanan Chelsea? dapat ke tidak? Saya macam dah tak sabar nak tengok DROGBA membuat aksi.. Owh DROGBA.

Harap besok mood kembali seperti sediakala.. Mahu gelak2 tanpa paksaan, mahu ketawa dengan segala luahan..
owhhh.. harap semuanya akan menyebelahi saya.. =(

{CHINTA}

Apa isi nyer?

Tak ada mood nak karang entry tapi tetiba nak tengok apa ada dalam handbeg
hurm...
ni entry ke dua saya cerita mengenai apa yang ada dalam handbeg.
kalau dulu sangat penuh, tapi sekarang mungkin sudah berkurang sedikit.. <-- tapi enHusband tetap tak mahu pegang, ishhh susah betul lah nk mintak tolong pegang kan handbeg saya.. menci tau..
-
-
-
-

ok benda wajib..
1.- lip balm
2.- eye drop <-- sesuai untuk mata yang letih macam mata saya.
3.- minyak angin CNI<-- bende ni wajib dalam hand beg saya, hurm.. mana lah tau tetiba kepala pening..
4.- kunci kereta n kunci locker. 
5.- tisu. <-- saya jarang guna, selalunya enHusband yang mintak dari saya, so tisu ni just standby je.
6.- 3 beg <--beg syiling , beg isi kerongsang@cincin dan wallet <-- saya peminat LV =)
7.- gincu, compact powder, maskara, bluser n eyeliner. <-- ini untuk touch up lepas solat. Kadang2 kalau terlebih rajin saya bawak compact eyeshadow saya.. 
8.- roll-on perfume, <-- tak kose mak bawak minyak wangi yang mahal2 kehulu kehilir.
9.- box speck mata <-- penting sebab saya bukan sepanjang masa pakai speck mata.
10.- Kingston thumdrive. segalanya ada disini.


dulu sebelum ada DSLR saya selalu bawak camera OLYMPUS saya, kemana saja saya pergi.. <-- saya memang gile bergambar.. tapi selepas dapat corby pink saya, saya beralih arah ke corby pulak..
corby punyer pic pun cantik juga.. OLYMPUS saya dah jarang bawak..
Sekarang sejak dapat baby baru, corby bertukar tangan, diberi persalinan yang baru..
Dan saya dengan new wish..
hehehe.. 
Thanks sebab penuhi impian saya, 
Thanks pada kamu sebab support saya.
psst.. --> saya nak bg tau, ada keychain kat thumdrive saya.. huruf yg selalu ingin saya bawak kemana-mana... promise!! =))

notepad samsung for coming soon!!

{CHINTA}

Isnin, 18 Julai 2011

adoiii sakit kepala<-- ini bukan iklan panadol ok!!

Pening kepala lagi..
Hurm.. dari malam tadi lagi..
Ingat sakit kepala sebab lambat makan,
Dah makan pun still lagi rasa sakit..
Hurm. dah rasa macam nk hantuk kat dinding jer kepala ni..
Pastu ingat bangun tdo ok.. ni dah nk masuk 2 hari dah kepala ni berdenyut-denyut..
Adoiiii..
Susah lah macam ni..
Xkan power speck mata nak tambah lagi kot..
Sudah2 lah dengan apa yang ada..
Dah lah selalu tertinggal speck mata.
Nnti kalau selalu tinggal saya nk pinjam saper nyer speck.
enBen punyer dah tak sama dah ngan saya..
Kan susah..
Hurm...

{CHINTA}

bila kenangan sentiasa mengekori kita.. begini lah jadinyer..

Saya dah mula rindu dekat kamu..
Kamu tahu tak, bila Ramadhan menjelang, lagi kuat kenangan itu datang..
Saya rindu bunyi loceng keramat yang dekat depan bilik prep tu..
Masa mula-mula sampai dekat Teknik,
Bunyi yang paling fobia adalah bunyi loceng itu lah..
Bila loceng tu berbunyi saya mesti akan rasa takut..
Takut kene Up dengan akak senior, walaupun saya sendiri tak tahu apa salah saya..
"Saya cume senyum jer dekat abang senior, itu pun nak kene up ker?" =)



Kamu tahu tak saya sentiasa rindu kamu semua.
Kita dah janji kan kita nak bersahabat sampai bila-bila.



Nadia-<-- Tudung biru > Die selalu dengar segala rintihan saya, 2 tahun saya sebilik dengan dia. thanks Nad.. ko memang kawan yang baik.. selalu lawan tidur dengan saya.. hehehe.. selalu tenang kan saya bila saya marah dengan X saya.. =) U good gurl..

Ayu-<-- bawah&tudung putih > Aku tak sangka kita boleh kawan sampai sekarang, sebab masa mula2 aku memang tak sebulu dgn ko.. tapi.. ko memang tak pernah jemu dengan segala karenah aku.. thanks sebab sudi sediakan bahu untuk aku luahkan segala yang ada di dalam jiwa aku..

Yani-<--baju hitam tanpa tudung > aku sentiasa ingat yang mak ko cakap kita pernah sebuai, sama-sama berebut botol n sama-sama berebut nak tidur dalam buai.. ko ingat tak kita pernah hampir kene langgar dengan kereta masa abah nk hantar kita g sekolah tadika.. aku tanya dengan abah kenapa abah peluk yan, tak peluk aku? abah tak sayang aku ker? hehehe.. ingat tak ko pernah kol aku nangis2, n aku cepat2 datang umah ko.. ko cakap ko nk lari dari rumah.. sebab? ko rasa mak ko dah tak sayang ko.. huhuhu.. aku pun nangis sekali masa ko cakap macam tu.. ingat tak banyak kenangan kita bersama.. susah dan senang.. hurm.. aku harap kita kawan sampai bila..

Ateh-<--Tudung hitam > owh awek KLANG yang sangat tabah.. masa ko kawen dulu aku sangat terkejut. ko yang dulu sangat ganas rupanya berhati wanita.. ingat tak kita berdua jer yang berbaju putih bila jalan seiring dengan mereka yang berbaju kuning n biru.. owh mereka kata kita otai.. kelakar kan? eh aku masih ingat lagi masa sukan sekolah ko suruh aku lari pelan-pelan masa lari 100meter. hehehe.. ko dapat nombor berapa yer? no 3 kan di belakang aku n tilagah? hehehe.. ingat lagi tak kita kene denda dgn olfah, nyanyi lagu negara ku kuat-kuat.. <-- olfah ni macam tau jer yang key kita tak sampai untuk nyanyi lagu negara ku.

Nanie-<-- Baju merah sebelah owner blog > kau... hurm.. tak sangka aku boleh berkawan baik dengan ko. ko selalu nk tidur dengan aku.. sebab ko cakap ko takut. padahal..hehehe.. kau tahu tak ko memang penyeri group kita, ko tak pernah jemu nk ajar aku prinsip akaun.. bila ko penat study ko stado.. tu lah kerja ko.. tapi ko memang sempoi lah.. ko cakap buat apa nk marah2 sebab nnti cepat tua.. owh nanie ada sajer jer jawapan kau kan..

Farah-<-- Si pengantin baru > walaupun kita sebilik cuma setahun tapi kita tak pernah tukar meja study.. apa yang menarik tentang ko adalah diri ko sendiri.. hehehe bila ko cakap ko tak nk ko tetap tak nak.. ingat tak kita selalu dating dekat dalam library waktu rehat.. dengan GAGAK n LANUN hahaha.. banyak yang aku nk cerita tentang ko.. tapi semuanya macam tak terluah.. aku memang suka dengan family ko yang sempoi tu.. suka dengan ayam masak merah buatan ayah ko.. sampai jilat jari weh.. harap mereka sentiasa dirahmati oleh ALLAH.

Kesimpulannya aku memang bersyukur sangat dapat berjumpa dengan korang semua. Teknik Juasseh telah menemukan kita.. eh korang ingat tak CENDOL bus stand yang sedap tu.. hehehe..bas united dari juasseh ke bahau yang bawak kita g outing n dating.. hehehehe.. Andai masa dapat ku putarkan.. masa itu lah yang aku akan kembalikan.. Friend Forever.. Promise!!!

{CHINTA}

Ahad, 17 Julai 2011

♥, ♥, ♥,♥

Huh baru balik dari berjimba-jimba.. kemana?
Hehehehe.. kemana kalau tak ke Pavillion. ;-$
AGAIN!!! kali ini pergi tanpa enHusband disisi..
Tak ada berjalan sambil pegang tangan, 
Tak ada jalan sambil gurau senda,
Tak ada juga orang yang tolong cakapkan "urm.. tak payah lah"
Hehehehe.. psssttt>>> ada sale lah..

Hehehe.. mana mahu cari screen protector untuk baby baru saya ni.?
Sana sini saya cari tapi masih tak jumpa..
Hurm.. sampai bila saya nak guna screen protector yang sedia ada.. 
Tak puas langsung saya nak tgk screen.. hadoiii!!

Sebelum berjimba, sempat ke HKL,
Melawat kakak tempat kerja..
Addmit kat hospital sebab fibroid..
terlalu banyak bleading sampai tak larat nak bawak diri dah..
Sangat kesian..
Doc memutuskan untuk membuang sebahagian rahim yang tinggal..
Sekarang saya dah faham, apa yang mereka ceritakan dulu..
Owh semoga semuanya berjalan lancar,
Saya mahu gelak sampai tak larat lagi dengan akak..
Saya doakan yang terbaik untuk akak,
Kamu pembaca doakan juga yang terbaik untuk beliau ok..

Rasa mahu ke Midvalley tadi, 
Tapi sudah rindu dengan encik,
Hehehe so tunggu saja dia dirumah..
Harap selamat sampai..
♥, ♥, ♥,♥

{CHINTA}

selamilah cinta


Cintailah cintaku ini,
Dan aku akan cintai cintamu,
Kerna tiada yang seindah cinta,
Bila tepat pada pencintanya..

^
^
^
^

Haaa kan saya dah cakap.. 
Saya akan gune ayat-ayat cinta..
Sangat boring,, rindu pada si dia..
Hahahaha.. betulah saya tak mampu sendirian,
Mesti kene ada kamu disisi..
Adoiii bla mahu jumpa ni..
Rasa rindu dah membuak-buak ni..

Heheheh.. saya mahu ke stadium..
Mahu berjumpa DROGBA..
Haaaaa semput....
Drogba dah jadi buah hati saya sekarang..
Aduhhhh drogba..

{CHINTA}

Benci Tapi CInta = BECINTA

Hai Chinta Hati semua..
Sangat sakit hari ini..
Segalanya sakit,
Terasa mahu mengarang ayat menjadi satu karangan yang sangat menarik..
Owh harap ianya menjadi satu cerita yang sangat dimintai..
Hahahaha sila lah cebik ok..

Sangat keciwaaa..
Persembahan Faizal Tahir di Malam APM,
Kenapa suara dia macam tu..
Adoiii baru nk feeling dengan dia,
Muzik tak kene langsung, tune lari lintang pukang..
MOOD: Kuciwaaaa..

Rasa mahu release tension.
Tapi tak tahu macam mana..
Mungkin penat sangat kot..
Huhuhu.. thanks sabab kamu faham saya..
Saya harap kamu tak pernah bosan dengan saya..
Bosan dengan segala karenah saya..
Kaenah yang macam-macam ragam.


Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
BECINTA-faizal tahir

Jumaat, 15 Julai 2011

hidup mungkin binasa jikalau tak rasa apa yang hati rasa..

Dah lama tak berblogwalking.. hurm.. masa x mengizinkan saya untuk melakukan semua itu,
Dan saya langsung tak sempat nak ke blog si Wartawan Muda ni.
Menghayati bait-bait kata yang sangat puitis..
Kadang2 saya terfikir bagaimana dia punya idea untuk mengarang ayat yang sangat seronok saya baca..
Owh kamu memang sangat kreatif..
Semoga kejayaan selalu bersama kamu & juga orang-orang disekeliling kamu..
Good luck yer Nis..
jangan pernah putus asa..

Saya masih mahu belajar,
Mahu belajar lagi tentang kehidupan..
Kehidupan yang terlalu banyak asam dan garam..
Kita saje yang mampu merencahkan ianya agar menjadi satu gaulan yang lazat..

Tetiba saya rindu kan seseorang, seseorang yang pernah datang dalam hidup saya,
owh.. kenapa lah sekarang iannya datang,,
Sekarang bukan masa yang sesuai..


Saya cuba untuk buat yang terbaik..
saya juga cuba menjadi yang terbaik.. 
Kamu.. berikanlah yang terbaik buat saya..

2,3 hari ini saya sangat bz.. saya rasa saya macam tak mampu nk senyum
tapi kamu tetap boleh buat saya tersenyum..
terima kasih kamu..

{CHINTA}

terima kasih sayang!!

wish list dah ada dalam tangan.
Thanks encik,
Hurm.. Tahun depan wist list aper pulak yer.. =)
cepat-cepat pikir..
hehehehe..

Khamis, 14 Julai 2011

saya tak ada idea!!

Mata tengah mengantuk..
Hari ini tak ada duduk sangat,
Berjalan kesana kemari,
Owh penat nyer..
Sakit badan jogging hari minggu yang lepas baru terasa hari ini..
Rasa macam nak demam.
Hurm jangan demam.. kene kuat sebab saya nk simpan mc untuk tujuan lain..

Hari ni pusing keliling KLCC, 
Cari Screen protector untuk wish list terbaru saya..
Tapi, semua kedai HP saya masuk tak ada jual lagi bende tu.. Tensennn nyer..

Ok ada meja Marie France Bodyline mungkin buat promosi..
Mula2 saya jalan saya siap cakap dgn enAzan,
"zan tgk orang tu bagi brouser tu kat semua orang yang gemuk2 jer.. 
yang kurus dia tak nak lak bagi kan?"
enAzan senyum jer..
dah pusing keliling KLCC n dah bersedia nak ke tempat kerja..
tapi saya sempat singgah kat Butik MANGO,
SALE 50%-70%
Mak nak pengsan sekejap.. 
Seb baik tak boleh swap.. 
Kalau x hurm...
Mesti geleng kepala Encik dengan saya.. 
Nak balik kami kene lalu dekat meja Marie France Bodyline tu lagi.
Dari jauh saya cakap ngan enAzan "zan kita tengok orang tu bagi tak dekat akak"
Hehehe.. dengan rasa bangga diri, lalu dekat depan orang tu..
Padahal dalam hati harap2 orang tu tak bagi brouser tu kat saya.. =)
Huaaaaa.. orang tu bagi dekat saya lor..
Padahal orang depan saya tu badan lebih kurang saya jer..
Saya nampak gemuk ker?
Mencinyer..
enAzan bleh gelak..jahat tau..
Tak suka..

Hurm..
Ni yang nak ajak g berjogging lagi ni..
Sila jangan ajak saya makan, saya tengah diet.. =P

{CHINTA}

Selasa, 12 Julai 2011

bleh tak saya dapat yang ini pulak???


cantik tak?
ENCIK boleh tak saya amik kasut ni? saya dah jatuh hati lah..
macam dah jatuh cinta pandang pertama..
lawa sangat..
adoiii ni yang tak boleh tidur malam ni..

time to jogging weh!!


hehehe motif?
enHusband tanya sebab apa saya snap pic ni.. =)
sajer nak tunjuk stokin baru yang harganya 99sen
semangat seh dengan stokin colourfull ni..

ni cerita hujung minggu. semalam nak cerita tapi sibuk ngadap tv besao+internet yang x berapa nak bagus
sampai terlelap depan lappy.. buhsan betul..
ahad- 11/7/11
keputusan muktamad, tak boleh canang satu apartment nk g jogging, sebab nanti takut hujan lebat siap banjir kilat.. hehehe..


ni muka tak berapa nak letih setelah 4x round tasik =)
stamina masih seperti dulu, walaupun dah lama tak pusing keliling tasik..
kalau dulu 10 round bengkel pun masih boleh maintain lg..
tapi sila jangan ajak saya borak.. kompom saya pancit, so be focus k.


ni partner saya bersama keliling tasik.. adoiii.. masa semangat nk berlari sambil nk buat warm up tapak kasut plak tercabut.. hohoho, nampak sangat saya dah lama tak mengunakanya.. seb baik saya ada wardrobe kasut kat kereta.. hehehehe.. ok lah dari hari hujan kan?


hehehe.. enHusband kata, kalau ada reformasi lagi kompom saya kene.. sbb baju saya merah sangat.. eh tak lah baju enKeciq pun merah gak.. hehehe.. so kalau saya n enKeciq kene enHusband balik sensorang lah yer..

ok saya terasa lemak makin mengecil.. 
suar makin besar, 
hahaha..
bila lagi nak g joging ni.. 
encik kita g tasik perdana jer lah balik kerja.. dekat sikit.
boleh?

{CHINTA}

Ahad, 10 Julai 2011

percubaan.. 1,2,3

  test-test-test..
hahaha.. x sabar nak google gune wish list terbaru.
eee mana ni..
 Tangan dah gatal dah ni..
Bila perut kenyang, Mata mula ngantuk..
Bila nak g jenjalan perabis duit ni..
=)

{CHINTA}

BERSIH punyer pasal

Pweeeew.. lega dah,
Ni cerita Bersih punya pasal..
Semalam nak cerita tapi penat macam kene kejar dengan FRU.. =)
So entry semalam diterbitkan hari ini..
Hahahaha..
Mesti semua dah sedia maklumkan..
Bersih berhimpun beramai2 di KLSENTRAL..
hurm.. saya yang ke tempat kerja dari pukul 6am sampai lah pukul 6 ptg masih tak balik lg..
Takut weh.. mana lah tau terangkut plak naik trak FRU tu.
enAbah yang bercuti ke Langkawi asyik telefon jer..
Takut anak yer kene gas pemedih mata..
Abah ni buat lawak jer lah..
Buang masa jer dengan semua itu..

owh sian Anwar..
sampai kene tolak dengan whelchair,
nampak sangat tak larat, dengan darah membasahi baju yang dipakai..
Juga dengan bodyguardnya yang setia..
Hehehe.. mereka mahu bersihkan darah dia ker?

Sian mrGM sangat kelam kabut, juga Chief Security, eh Director Operation yang baru juga..
bayang kan lah bila penyokong+pembangkang berkumpul di lobby hotel. dan menguasai tingkat 31 sepenuhnya.. kalau saya pun mesti dah cuak.. ok sila bayang kan yang kamu in house di salah satu bilik di tingkat tu.. penuh koridor dengan orang kuat anwar..
EnAnwar kamu tertinggal yukata, baju dalam dan juga baju bersih kamu.. =)
Owh lumpuh sekejap LOBBY.

Bersih punye pasal saya kekurangan 3 staff,
Tak dapat ke tempat kerja.. adoiiii.
Pagi2 dah bikin saya tension.
Turun berat 3 kilo, awal2 dah kol pnAlma mintak tolong datang cepat..
Saya? misi menjaga tepi kain orang yang sibuk untuk memBERSIHkan diri di KL SENTRAL..
Kene cover kerja yang sepatutnya 3 staff buat..
Tapi  bukan saya sorang kami reramai buat..
Macam-macam ragam saya nampak, kelakar pun ada. <--lepas tu penat lap cermin tingkap sebab banyak sangat face mark & finger mark..
Adoi.. yang kene naik trak pulak yang berkopiah n bertudung litup..
elok duduk rumah lah u'olls..
Berzikir dan bertahmid sambil menegakkan kebenaran.. mungkin itu misi mereka..
Yang saya pelik tu, hujan-hujan pun sanggup redah tu.. kalau saya, x ada lah.. =)
Penat jer..

Polis? sangat menjalankan tugas.. hahahaha.. sial luahkan apa yang ada ok!!
opss biar lah rahsia..
Saya nampak dari atas apa yang mereka lakukan..
Mungkin dorang degil sangat kot..
So apa lagi sembur lah.

Semalam saja KL SENTRAL lumpuh, x ada bisnes, peniaga semua takut..
yerlah mana nak jangka yang dorang akan berkumpul kat KL SENTRAL kan?
Kesian dengan pelancong2 saya nampak dari atas mereka tarik beg, ada yang tarik beg keluar dari teksi yang tak dapat masuk ke kl sentral.. jauh tu nk jalan dengan beg n barang yang banyak.. huhuhu.. siannyer..

Masa saya balik tu pun Kl sentral masih ramai,
Ada 2 bas polis, ramai yang turun dari bas tu,
Mungkin mereka yang di tahan.
Takut seh.
Cepat-cepat jalan, sebab kat dalam pun dah cukup ramai, kalau ditambah yang kat luar..
Arghhhh Semputttt....

Tak tahulah misi berjaya atau tidak..
Yang saya tahu misi mengBANKRUPkan peniaga adalah..
Yang lain BOLAYAN..

{CHINTA}

Jumaat, 8 Julai 2011

O.M.G <-- oh my god!!


terkini!! 
hahaha.. mcm nak gelak jer tengok pic ni.. sangat semangat saya rasa badan saya ni..
huhuhu.. x boleh jadi ni. bila mau kecil balik ni.. mahu pakai baju yang tak sempat pakai.. <-- baru beli tapi dah tak muat, sendat sangat.. baju tu yang kecil atau saya yang dah besar..
uh.. susah nyer nak terima hakikat ni..
Azam tahun depan.. hahahaha <-- boleh lak azam tahun depan kan?
nak pakai balik jean saya yang saiz 27, 28. 
harap boleh lah yer.. 
badan saya ni dah sama naik dengan kamu!! x boleh jadi ni.
biar lah badan awak sorang jer yang naik, saya tak nak..

{CHINTA}

Rabu, 6 Julai 2011

hurmmm.. mencinyer!!

Hari ni lah dia nak belanja makan kek coklat..
Semalam ker, besok ker tak nak lak belanja kek coklat..
"hurmm.. saya puasa hari ini.."
Kene jugak berterus terang, walaupun hati teringin sangat dengan kek coklat tu..
hehehe.. so pnBoss angkat kek tu n bg tak dorang2 yang ada kat dalam ofis tu..
Frust nyer..
PnBoss nak masuk bilik die.. dia pusing balik n potongkan separuh kek tu..
"Aliza punyer, hari ini dia puasa, nnti habis pulak"
walawehhhh.. tq pnBoss..
Hehehe.. jangan bengang-bengang yer kengkawan..
bukan saya mintak.. tapi dia yang nk bagi.. =)
Hari ini dia cakap dia suka sangat.. sebab HR puji kami <--saya n Ben
Sebab? <-- kami dapat markah tinggi dalam test power point yang kami  buat..
Adoiii... mcm tak cayer jer markah saya boleh tinggi sebab dah 10 tahun dah saya tak main ngan power point tu..
kalau dulu zaman sekolah, bab matapelajaran IT jer mesti berlari ker bilik komputer. maklumlah bilik tu je lah yang boleh kami mereles tension. <-- cikgu H.E.M tu mmg sporting.. owh rindu nk jumpa n bergurau senda dgn cikgu tu.. dia panggil BUNDAR. hehehe.. motif? tak berapa nak pasti..

Owh rindunya zaman sekolah.. hurmmm...

{CHINTA}

Isnin, 4 Julai 2011

~K.A.M.I~ <-- ada cerita disebaliknya


~Perjalanan kami masih jauh~

hurm.. nak share cerita sebenarnya, tentang sikap sesetengah individu..
bukan nak cakap saya ni bagus sangat tapi..
owh semalam hari ahad.. kami ke Majlis perkahwinan kawan kami di Kg Jawa..
kat situ lah saya nampak orang ni..
Hurm.. yang gurl punya lah cantik berkebaya, make up bagai.. macam model catwalk peraga baju batik..
tapi sayang.. yang boy yer pulak.. hurm.. macam tak sepadan, macam tukang kebun.. adoiii.. macam mana ni.. sorang lawa n sorang kurang berkenan mata memandang..
 Pada saya biar muka tak handsome tapi smart.. baru lah orang cakap "eee... sepadan yer dorang.." ni nak orang tengok pun 2, 3 kali betul ker mamat tu balak gurl tu? nak cakap bapak dan anak tak kan lah kan.. baik hati sangat bapak nyer mengekor anak nyer..
Kalau nak kemana-mana biar lah 2,2 kemas.. macam mana lah awek tu tak kene ngorat. yang si gurl tu tegur-tegur lah pakwe tu.. jangan lah nampak selekeh sangat.. dia bukan jalan ngan sesiapa.. ngan awak jugak kan? so?
renung-renung kan n selamat beramal!!

saya ikhlas.. so mana yang ada terasa tu. maap! maap! maap!
saya ingat kan semua orang dan juga diri saya sendiri. sentiasa tengok keadaan sekeliling sama ada sesuai ker pakaian kita ngan orang yang berjalan seiring dengan kita.. so kalau pasangan kita berpakaian sempoi tak kan kita nk melaram macam mak datin pulak kan.. nnti orang cakap kita jalan dengan driver pulak.. tak best lah kan?

impian yang hampir tercapai..

Corby merajuk semalam.. alah saya cuma nak dia ada kawan jer..
Saya tak akan abaikan dia.. nanti Corby boleh jalan-jalan sesama ngan dia kan.
Hurm.. enHusband kata "itulah lain kali jgn cakap kuat2 tu yang dia  buat hal tu"
Yelah corby ni kan dah lama dengan saya.. susah senang die sentiasa ada dengan saya..

Owh hari ni rest day saya.. tapi kene pergi tempat kerja jugak sebab ada test untuk Power Point.
Hurm.. nak ke, tak nak, kene datang jugak.. dari duduk rumah hati tak senang sebab asyik kene call jer..
Ok.. sampai2 pnBoss panggil saya masuk bilik dia.. hehehehe.. i got "ole-ole" from china.
tadaaaa..
-
-
- 
dia cakap "i harap u suka yer ALizA, tak seberapa dari saya"
-
-
-

1. The orange hand beg <-- hehehe bran (Salvatore Ferragamo) 
2. Beg duit syiling.
3. Baju long sleeve n long neck kaler hitam.
4. t-shirt 

dia cakap ini adalah hadiah untuk saya diatas "work hard" saya.. hehehe.. sangat lah work hard.. work hard menahan telinga dengan mendengar segala letcure dia, work hard menahan segala yang saya hadapi sejak saya duduk di depan bilik dia.. adoiii.. bukan semua sanggup..
tapi.. yang penting
dia macam tahu-tahu jer saya tengah mencari hand beg kaler orange. so pas ni tak yah cari dah.. dah ada depan mata.. Thanks pnBoss.. =) 

hehehe.. mrBen pun dapat tau. tapi tak pasti dia dapat apa.. sebab semalam pnBoss dah bagi dah kat mrBen..

hehehe.. tapi besok sedialah menyediakan mental dan fizikal untuk menghadapi pnBoss.. =(

{CHINTA}

Ahad, 3 Julai 2011

di hari perkahwinan mereka..

**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."



Ya Allah Ya Rahman,
 Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget