Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Owh jiwa!!

rasa mahu jiwang saat ni..

hati sangat gundah gulana..

benci perasaan ini..


{CHINTA}


Published with Blogger-droid v2.0

Jumaat, 28 Oktober 2011

Seb baik ada stokin kaki..

kalau balik keje je hujan mesti turun..
biasalah dah memang musim kan..
roadtax kete tak settle lagi.. wallet dah kempis lak nk settlekan sbb dah hujung2 benar tarikhnye..
ok now.. update entry dalan kete, nak balik rumah.. hujan..!!
lebat gilos.. kilat sambung-menyambung <~betul tak ayat tu?
ok sebenarnya nk cite.. now kami menggunakan khidmat kereta satria abg ipar.
WEV <~teringat lak time bercinta dlu.. first time bwak enHusband balik kg nek kete hijau ni lah.. ;-)
aircorn kete ni kurang mantap sikit.. so biasalah kalau hujan je mesti cermin kat dalam berwap..
saya pun sambil menaip sambil lap cermin gune tisu..
seb baik ada tisu yang hampir habis kalau tak ada...
now.. dah jadi macam wiper no 2 dah..
yang kelakar ye enHusband punyelah nak cepat dia boleh amik stokin kerja dia buat lap..
ayooo.. punyelah seronok dia mengelap.. kiri kanan.. atas bawah..
nasib baik stokin tak bau.. kalau tak saya rasa dia tak bawak saya balik rumah.. tapi g singgah hantar dekat emergency ward..
dia cakap.. gune stokin kan cepat serap sikit..
OWH NOOOOO!!!!

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 26 Oktober 2011

Time to berangan..!!

Mahu berangan tahap dewa sekejap..
Sementara pnBoss tak ada dalam office.. <~tengok public holiday pun keje.. Happy Deepavali..
Anya Hindmarch hurm.. mana yang suke dgn fashion & aksesori mesti tau siapa dia..
argh... saya pun tak tau sape dia.. tapi saya tau beg ciptaan dia.. "i'm not a plastic beg"
itu beg ciptaan dia. nampak sangat simple tapi satu 'tote' beg je dah nk setengah ribu..
belum beg2 yang len.
"nak beg yang itu jugak bleh encik?"
ok kembali ke cerita asal..
andai saya seperti dia..
nama LIZA RAHMAN di semua beg@kasut ciptaan <~masa saya berangan ada kakak kat sini gelakkan saya..
ok!! kalau saya femes saya pasti ingat kat akak.. sumber inspirasi tu kak.. ;-)
ok mahu sambung balik berangan..
eee tpon ni tak reti nak senyap ker.. asyik bunyi jer..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 25 Oktober 2011

Fuhh!!

dah lama tak update blog..
bila perasaan malas+dan tak ada mood menguasai diri..
macam ni lah jadinye..
perasaan yang ada disimpan kejap dalam hati..
di pendam erat2 dalam diri..

owh..
dah lama juga tak blogwalking..
maaf pada mereka yang datang melawat..
nanti saya pasti akan cari masa untuk menjelajah ke blog kamu semua.. sabar yer..

LELAKI memang nak anak ker?
ok sila abaikan soalan yang saya tak mintak jawapan tu..
tetibe rasa tersentap dengan somebody..
haippp... ok tak mo pikir banyak2..
jangan fikir hati orang.. sila fikir hati sendiri..
sebab belum tentu orang nak fikir tentang hati kita.. DAMN!!

x mo fikir banyak..
nanti sangat stress.. bila stress asyik mahu makan jek..
bila asyik makan jek.. nanti gumuk..
hisss.. bosan gumuk..

ok mahu tidur.. besok bangun mahu tumprint seawal 6 pagi..
eh aritu saya update status kt FB..
"bila dia nk resign @ bila saya akan resign?"
so.. hehehe..
ok saya akan update next entry..

nite..
LUV u

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 21 Oktober 2011

Hari ni penat sangat..
Lunch lambat gile..
Hari yang betul2 menguji kesabaran..
Balik kerja terus tersadai kepenatan..
Apalah nasib badan kali ini..
Hurm..
Satu-satu dugaan datang..
Mana nak jaga hati sendiri..
Nak jaga hati orang..
Kalau keras kan hati je boleh tak?
Urm..

₩wahai hati berusahalah melawan lidah untuk berhenti mengatakan sesuatu yang sia-sia. Wahai jiwa berusahalah menegur lidah untuk berhenti melancarkan kata-kata yang tidak sopan. Wahai akal berusahalah menasihati untuk lidah berhenti memikirkan kata-kata nista₩

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, 20 Oktober 2011

wink-wink

EnAzan kata ada surat dari LHDN kat umah..
Urm.. Sangat pantas adik sayang bekerja..
Mahu update cepat2..
Tak mahu rasa berhutang dengn kerajaan..
Saya punyer gaji sikit jer..
Nak mintak tambah lagi adalah ni..
Tapi saya yang bekerja mcm ni mana kencang, bonus 2,3 bulan mcm goverment..
Owh gomen.. Ada kerja kosong tak..
Saya ada pengalaman..
Pengalaman cuci jamban..:-P

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

ice apple tea satu!!

"Terkadang sebuah perkataan tak mampu menjalaskan apa yg sebenarnya kita rasakan."

Ye.. Macam nilah apa yang sedang saya alami.. Nampak macam tak ada apa-apa jer.. Tapi dalam hati..
Macam-macam ada.
Lapar, ngantuk, n RINDU..

Gardenia waffles saya beli untuk alas perut..
Best gak.. Aritu ada kakak tempat kerja suggest..
Tapi masa tu tak lapar mcm ni.. So tolak pemberian dgn baik sekali..

Saya makan banyak..Saya makan banyak.. Saya makan banyak sekali kali ini..
Saya dah agak dah..
Saya stress tahap cipan..
Saya makan sampai tak terkawal..
Huh.. Macammana nak maintain ni..
Hujung bulan cube tengok saya macam mana.. :-(
Hujan lebat.. Kepala pening.. Otak rasa sangat buntu.. Haisss.. Bosan mcm ni..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

aku dan dia..

Ok dah beberapa kali dah amik pic ngan akak ni.. Suke sangat dengan cara dia pose..
Very the macam banyak pengalaman..
Kalau saya rasa stress saya g lah kat akak ni..
Leh gelak2 hilang tension..
Hurm.. Encik-encik kat opis tahu bila kami bersama pasti ada jer cerita yang kami akan keluarkan..
Tet.. Cite orang pompuan..

Kak port baik, tempat saya tidur tu jgn bg tau sesiapa yer.. :-P <~ port kalau ngantuk tahap gaban..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hari stress kot hari ni!!!

Kekalkanlah senyuman anda wlaupun d sebalik senyuman anda tersimpan 1000 kepahitan,senyumlah... Krana ia nya lahir dr hati yg ikhlas ;-)

Ok.. Hari ni saya cube selembut dah seramah yang boleh..
Stress + tension sangat + pening kepala..
Keje macam apa tah..
Huh.. Kenang kan cukup bulan banyak bende nak bayar jer..
Kalau tak, dok umah goyang kaki lagi besh...!!!

Ok.. Kalau korang banyak bunyi...
Besok korang datang pagi tumprint kol 6 ngadap PC..
And buat report..
Ada beran!!!
So jangan banyak cakap ok..
Huh.. Sila jangan cabar kesabaran saya..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 19 Oktober 2011

`BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN`


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Ok.. Saya cume copy n paste jer.. X tau sejauhmana kebenarannya.. Sama-samalah kita kaum wanita menilai..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 18 Oktober 2011

apa lah nak jadi hari ini..

Memang tak larat nak update blog..
Hati pertama keje selepas 10 hari bermalasan dirumah..
Sedikit stress..
Tidak dapat tidur dengan nyenyak..
Mungkin dalam 2 jam sebelum dikejutkan jam loceng..

Ditempat kerja..
Juga sedikit stress..
Banyak kerja yang tertangguh..
Office berselerakan..
Tak ubah seperti rumah lama yang ditinggalkan..

PnBoss belanja lunch.. <~nasi kandar..
" sayang dia dekat kau.. Sejak kau cuti mana ada dia beli makan2 tuk akak yang datang pagi -pagi ni.."
"hari ini dapat akak merasa makan nasi kandar yang dia beli.."
Itu kata kakak kat tempat kerja saya..
Tak tahu betul atau tidak..
Tapi tadi sebelum dia pergi jumpa doktor mata dia...
Dia tanya saya nak apa..
Dia nak belikan..
Ayat penyedap hati kakak tu.. Dan semua orang yang nampak apa yang dia belikan..
"aah lepas ni tunggu lah apa yang saya akan kene"
Berbaloi lah dengan apa yang saya terima hari ini..
Lepas ni macam tak nak je amik cuti berhari-hari..
Berlambak keje yang menunggu..
Apa lah nasib badan..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ahad, 16 Oktober 2011

^harapan^

"Seringkali, yang membuat ujung pena terhenti menuangkan kata adalah keinginan untuk melahirkan tulisan yang banyak disanjung orang"<~ seseorang..

Tapi saya tak mampu untuk menuang kata yang indah.. Untuk menarik ramai pembaca agar terus sentiasa singah di sini..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

rindunyer lah pulak!!

Dah dekat 2 minggu saya x naik..
Dah 8 hari saya mesti nampak kalau saya dok berangan kat balkoni rumah..
Kalau si kuning tu balik dari jenjalan saya mesti ingat dia..
Si kuning tu bunyinya sama jek..

Tapi hari ini pagi-pagi bangun n jengah ke bawah..
Urmmm...
Cuma ada si hijau pokok pisang jer..
Yang lagi satu tinggal dirumah kenalan..
Untuk di bedah siasat hari esok..

Dia adalah Gen2

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wahai ibu-ibu berhati-hatilah dengan lidahmu..

Baru pas tgk cite cerekarama..
Mula-mula mcm bosan yelah..
Lokap, flasback, pusing2 tu jek citer nyer..
Tapi layan gak dr tgk bola nan satu tu..

Hurm.. Tingat pulak mak kat kampung..
Nk kol dah jauh benar malamnyer..
Nanti ganggu tidurnya nan indah..
Hurm.. Dulu..
Mak selalu bising "kak ngah belajar pandai2 jgn nak main jer.."
Tengok skang? Hurm..
Ok tak mo ungkit cerita silam..
Yang lepas biar lepas..
Usaha untuk yang akan datang..

{CHINTA}
Bawa ku kesyurga....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, 15 Oktober 2011

wink~wink

Rezeki untuk baby..
Saya rasa minggu ni saja dah berapa kali saya ke JUSCO AEON SETIAWANGSA.
Setiap kali pergi mesti ke tempat barangan baby..
Mesti promote tu dah naik cam saya..
Asyik2 saya jer pusing keliling tempat tu..
Pusing dah berapa kali, pegang barang pastu letak..
Pastu blah, pastu g balik kat tempat tu..
Pegang balik barang tu..
Tapi tak gak amik bawak kat cashier..

Akhirnya itulah hasil pengintipan saya selama berkali-kali saya ke JUSCo..
Hehehe.. Dah tak tau mana nak amik..
Saya rasa sume saya nak borong..
Tapi saya jatuh cinta dengan doll DORA tu..
Macam tak nak bagi jek..
Geram!!
Ok pada yang bertuah..<~ wah macam nak buat cabutan bertuah plak kan?
Harap suka lah yer dengan pemberian yang tak seberapa tu..
Nanti kalau ada rezeki lagi, saya beli lagi.. :-P

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

₩ baby balqis ₩

Sori gambar sedikit gelap..
Tak mau baby terkejut bila flash digunakan..
Dapat juga jumpa baby Balqis..
Tapi tak puas gomol..
EnHusband dah ajak balik..
Mahu tengok bola katanya..
Hurm.. Lenkali mak teh datang lagi yee..
X pun Balqis ajak mama n papa g umah mak teh..

Owh dia sungguh nyenyak tidur..
Saya cium pun relax je dia layan mimpi..
Urm..bagus.. Buat saya mahu lagi kacau dia tidur.. ;-)
Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi ek..

{CHINTA}

Owh gambar sy letak satu jek.. Len entry saya post lagi yer..
Published with Blogger-droid v1.7.4

jom serbu KFC!!

Hari penebusan hot tiket.. <~ kome tak gune hot tiket, kome tumpang makan jek.. Kome gune postpaid..
Pic tu saya snap selepas makan..
Sebab kalau sebelum makan nampak sangat sopan.. :-P
Ok tebus dekat JUSCO AEON SETIAWANGSA. ada gurl cantik jadi cashier <~ aissh.. Mcm mana saya tak tau yang dia keje kat sini..
Ok.. Makan seketul jek ayam kepci..
Mujarab sungguh air AVAIL tu..
Sampai saya takut nak makan banyak.. <~owh sorry..
"i'm full already"
Hehehe.. Pasni mahu jumpa baby BALQIS.. lalalalala...

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

alamak!!

Ok update ringkas sebelum masuk tdo..
Jam menunjukkan 1.35am..
Td baru jer buang sampah kat kebuk sampah..
Terperanjat sebab alas kaki kat luar rumah hilang..
Pelik!! Pengelap yang mcm tu pun ada orang berkenan ker?
Atau makcik cleaner sapu dan terus buang..
Hurm.. Muskil sekejap..

Eh.. Ada kucing comel kat luar rumah..
Macam kucing seorang kenalan..<~mcm kucing kat atas tu..
Tak pernah nampak pun..
Kelihatan takut dan berjaga-jaga..
Atau saya yang takut dan berjaga-jaga.. :-P
Ok besok kalau ada lagi, kene lapor pada security..
Sebab takut meow berhadas besar lagi..
Nanti x ada siapa nak cuci..

Ok mata dah ngantuk tahap cipanzi..
Ada kenalan tanya..
"cuti-cuti pun nak tidur awal ker"
Hurm.. Kene biasakan diri tdo awal..
Nanti dah keje tak susah nk bangun pagi..

Ok nite semua..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 14 Oktober 2011

ole/ole/ ole..

Melihat Apek hampa di depan pintu gol..
<~Bukan bermakna saya menyokong pasukan Kelantan ok..₩
Melihat Aidil berlari gagah<~dengan semangat saya bersorak..₩
Walaupun siaran tertunda.. Saya tetap tgk sampai habis..

Hari ini dalam dilema..
Mahu teruskan atau pun tidak..
Asyik berulang keluar masuk..
Rasa macam dah penat nak teruskan..
Tapi ada lagi 3 dalam simpanan..
Owh..
Sakit perut nih..
Macam mana mahu kesana kemari..
Published with Blogger-droid v1.7.4

semoga jumaat yang indah..

Ok lagi beberapa hari jek untuk menghabiskan masa kat umah..
After 10 hari kembali ke jadual yang lama.. Bangun tidur, kerja and tidur balik..
Best jugak kan duduk rumah ni..
EnHusband boleh x saya nk lepak2 kat rumah.. ;-)
Hari ni nak susun atur baju-baju lama ke dalam beg lusuh..
Mahu buat charity.
Letak dalam kotak charity kat depan pintu masuk apartment..
Hurm harap ramai yang dapat manfaat..
Owh ada lagi..
Mana amoi ni.. Kata mau jumpa kat KL..
Tapi nape whatsapp tak reply..
Amoi saya rindu sama kamu lah..
Bila mau jumpa..?

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, 13 Oktober 2011

Hari yang belum tamat.


Tetiba saya rasa rindu dengan mereka..
Tetiba rasa mahu ke zaman lalu..
Tolong saya..

{CHINTA}

Ok saya memang dah tak ada keje..
Saya dah masak..
Saya dah mencuci..
Saya dah mengemas..
Saya dah mengatur..
Sume saya dah buat..
Tapi jangan ingat kerja saya dah habis..
Banyak lagi keja yang belum settle..
Malam tadi tengok citer "Bini-bini ku gengster"
Bleh tahan lah.. Suke ngan 'Yana'.
Rambut cantik. Macam rambut saya.. :-P
Saya pun nak belajar berlawanlah macam dia..
Bleh jadi "KAK LONG",, hehehe...B-)
Peace yo..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

sengsara itu ada ganjarannya :-X

Dah mula rasa bosan!!
Sebuah novel & magazine..
2 remote control..
Manakala handphone ditangan..
Pas ni nak buat apa plak..?
Masak!!
Tengah tunggu ayam lembut..
Mahu bersilat pula kat dapur..
Kain sudah settle di kemas atur..
Ok mahu cari patner untuk berjimba..
Jom shoping..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

hurm... lagi-lagi income tax.

Semalam adik cayang msj.. Mahu alamat rumah.. Mahu hantar kad kawen katanya..
Mahu kawen dah kamu dik.. Rasa baru jek kenal kamu..
Kamu yang selalu kejutkan akak untuk solat subuh n mandi pagi untuk g sekolah..
Kamu yang selalu amikkan nasi untuk akak kat dewan makan masa akak sakit..
Kamu yang basuhkan baju akak masa akak baru keluar ward..
Kamu yang telah lakukan yang terbaik selama setahun akak bersama kamu..

"semlm azie check akak dh ade nama kt LHDN,hehe"

"Bleh setel kan tak income tax akak tu dik.."

"Taksiran akk xbangkit lg just ade PCB je...azie xblh wat ape2 kalu taksiran xbgkit lg.. "

Itu antara sebahagian msj yang adik bg.. Adoii.. Kantoi gak kat dia.. Nk kata gaji banyak.. Masih lagi tak mampu nak capai "GRAND LIVINA" masih lagi tak mampu nak pegang sejambak kunci "BUNGALOW SEMI-D"

Dik nnti tolong akak setelkan lah ek.. Nanti rojer2 akak ok..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

tercipta lah lagu kita..

Wah.. Hari rasa dalam sejarah.. <~pssstt.. X ada lah sejarah mana pun.
Hari ni selepas enHusband g keje.. Saya terus sambung bertwitter.. Hahahaha...
X terus sambung tidur macam biasa..
Yes..yes.. Lagi beberapa hari nak teruskan perjuangan, baru boleh berbuat demikian..
Kalau tak kol 12 baru saya bangun..
Wah enak sungguh bermalasan dirumah kan?!!

Tengok pic kat atas.. 9.17am
Sila tengok jam astro ok..
Jam kat rumah memang selalu kene percepatkan kalau tak... Sendiri mau ingat lah..
Kompom akan lengah2 g kerja..

Owh apa mau buat hari ni? :-D

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 12 Oktober 2011

ustazah pilihan

Terfikir sejenak!!
Terfikir tentang ustazah pilihan..
Terfikir kenapa saya tak join venture ustazah pilihan tu..
Terfikir mesti ada yang mahu MUNTAH HIJAU kan.. :-P
Takper biar terfikir dari langsung tak ada perasaan..
Lalalala... Jom layan mood jiwang..
Sambil kemas rumah yang sikit lagi nak sama macam tongkang pecah..
Mahu dengar muzik sambil nyanyi ikut lirik lagu..
Mahu release tension..
Peace yoo.

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

wordless wednesday!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

asyik makan jek..adoiii

Ok ini nasi berlauk pecal lele.. Ditambah dengan ABC
Baru saja order kat 'Downtown Danau Kota'
Tadi sebelum keluar baru sje makan nasi lemak ayam..
Adoii macam mana ni..
Macammana nak ramping macam badan Erra Fazira.. Macam Fasha Sandha..
Macam kamu yang kurus-kurus..
Macammana mahu menyarung semula jean yang bersaiz 27/28..
Hurm..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 11 Oktober 2011

jiran yang sangat baik hati.

Pic saya amik masa baru balik dari berjimba-jimba td. Itu adalah sofa jiran sebelah rumah saya.. Since malam td sofa tu dah ada kat ctu.. Dia ni penyayang tp sangat busuk.. Bela kucing tapi tak pandai nk bersih. Tgk saja sofa dia tu penuh dengan bulu2 binatang peliharaan dia.. Hurm agaknya dia memang tak pandai nk bersihkan kot.. Saya pun malas nk kemas rumah tp tak ada lah macam dia tu.
Ada lagi yang membuat kan saya geram.. Sempat lagi seekor kucing membuang hadas besar di depan pintu rumah saya..
EnHusband kata "itulah ayg main2kan kucing tu malam td, panggil pastu tutup pintu.. Kucing tu marah dia berak lah kat ctu"
Huaaaa.. Mencik tau.. Sapa nak cuci najis tu.. Akak cleaner sila naik sampai kat umah saya ni, and tolong hilangkan najis tu dari pandangan mata saya.. <~rasa macam nak jadi HULCKHOGAN la plak..

Nak tengok cite "CINTA ELISYA" pun terasa macam terbau-bau aroma yang menusuk hidung.. Arghhhhhh... Geram tahap gaban dah ni.. Aril i nak tengok u lah..

Peace yoo

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

cahaya ilahi..

Update entry menggunakan samsung galaxy s2. Pic juga di snap mengunakan samsung galaxy s2.. Peace yoo...

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 10 Oktober 2011

hari pertama di rumah


Ok kepala dah pening..
Baru hari pertama kat umah..
Ada lagi 6 hari nak habiskan cuti..
Hari pertama satu keje pun tak jalan.
Hanya makan n tidur je..
Macam mana agaknya badan bila dah masuk hari yang ke-10 nanti..
Macam mana nak kurus macam ni..
Owh kakak cepat-cepat bekalkan saya sample sachet untuk diet tu..
Tak sabar nak try ni..

Hurm..
Teringin nak shopping..
Tapi tak ada sape yang nak teman kan..
Mahu nekad keluar sensorang jer..
Tapi terasa macam janggal plak..
Nanti tak tau  nak tanya pendapat kat sape..
X kan nak tanya kat jurujual plak..
Kompom dia akan cakap cantik punyer..
walaupn bende tu tak berapa cantik..

Hurm..
Niat asal mahu tinggal di kampung bersama mertua..
Tapi takut baru sehari disana sudah mahu diminta jemput..
Argg malu lah..
so biar lah saya sensorang layan perasaan di rumah..
Ok mahu siap kan kerja yang tertunda..
Mahu hantar di opis besok pagi <-- cuti2 pun bawak kerja kat umah.
X mahu lagi kene bebel dengan paymaster or pnBoss..
Huhuhu dia ingat senang ker nak mengira..
Kalau macam tu saya mahu jadi akauntan lah.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan..
opsss.. teringat ikan pekasam masakan mertua..
yummy... lapar lagi...

{CHINTA}

Dia budak chomel lor..

Hari tu kan saya ada bagi tau yang MAMA D dah deliver..
Hari ni baru berkesempatan memaparkan baby Balqis..

 comel nyer..  MYA ELFIRA BALQIS 
dah besar jadi budak baik yer sayang.

Sorry yer mama D pic saya curi kat FB
puas saya tunggu MMS dari mama d..
tapi tak dapat-dapat..

eeee.. bila agaknya dapat tengok secara langsung ni..
mau gomol sampai dia menangis lemas..
-
-
-

Owh haritu balik kampung..
hurm bukan tak mo kesana-kemari..
bukan nak berkurung sangat kat dalam rumah..
tapi tengok..
saya jumpa sekejap dorang pun, dorang sibuk dok menanya
"bila lah korang ni nak tambah ahli keluarga ni"
apa korang ingat kami tak nak ker?
seb baik orang tua kalau sama baya memang dah lama dah pedih telinga..
so saya rela duduk kat rumah dari kene tanya soalan yang pasti akan membuat mulut saya menjadi jahat..
biar orang cakap saya sombong, janji hati saya tak sakit.. =)
ok Kalau rasa nak bangga diri, nak canang anak reramai.. g lah kuar..
boleh tutup mulut dorang dari menanya yang bukan pasal anak dekat saya..
peace yooo!!

{CHINTA}

Selasa, 4 Oktober 2011

Gerun tak jadi EMAK?

Tetiba saya terfikir yang negatif masa nk g kerja td..
Bukan apa ternampak preggy woman.
And nampak juga seorang mama memimpin anak nya..
mungkin nak hantar ke TASKA agaknya..

Macam mana agaknya saya nanti..?
Hurm selalu terfikir.. dapat ker saya bahagikan masa saya..
Antara anak, suami, dan diri saya sendiri..
Ada ker masa macam sekarang nak touch up muka,
Nak bergaya sana sini macam sekarang..
Takut nanti anak kemana suami kemana..
hurm..
Tak nak lah.. mak bergaya anak selebet..
dan juga anak kemain bergaya tapi mak adoiii..
dah macam nenek-nenek dah..
Harap-harap dapat seimbangkan anak, suami dan diri sendiri..
Hurm.. kalau difikir-fikir sampai sudah pun tak habis..
Betul tak?

Macam mana agaknya mak jaga kami adik-beradik..
Baru 3 orang, kalau ramai.. hurm...
pweeeee... rasa macam ada sedikit trauma plak.. =)

{CHINTA}

Semoga Kehidupan siKecil sentiasa dirahmati ALLAH..

Tahniah buat sahabat Khairussoleh & Liza Emilya 
dengan kelahiran baby girl.
-Khairunisa bt Khairussoleh-
Dilahirkan pada 01/10/11



tengok baju untie dah sama macam patient dah.. seb baik baju untie ada polka dot..
Dorang sume suh untie pegang NISA.. supaya untie cepat-cepat lekat.. hehehe.. nanti Nisa ada kawan kan?

ala tomei-tomei nyer dia. jadi budak baik yer sayang..
nanti untie bawak jalan-jalan..
=)

{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget