Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Isnin, 30 April 2012

Bila tak tau nak buat apa..

Satu hari ngadap..
Bosan sudah..
Last-last S2 jugak the best!!

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 26 April 2012

Bersih 3.0


Tadi enBoss bagi petunjuk arah pergerakan untuk demostrasi BERSiH 3.0 sabtu ni..
Dia mintak tolong tampalkan kat MEMO board..
Dan dia siap nasihatkan lagi jangan pakai baju kaler kuning yang membolehkan kita terlibat secara tidak sengaja..
Alamak!! Nampaknye besok malam kene bungkus sementara baju2 kuning saya ni..
Tak nak sabtu ni terpakai secara tak sengaja..
Dah lah baju banyak kalee kuning..
Macammana agaknya situasi sabtu ni..
Harap2 tak ada percikan darah macam sebelum ni..
{CHINTA}
Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat pagi CHINTA

Morning..
Peliksss??
Entry pepagi?
Hehehe...
Jangan nak pelik sangat lah..
Bebiasa jek..
Tengah bosan dalam kereta..
Maklumlah jalan kat kl time sekarang ni (7.30am) tengah jammed
Saya tengah amik mood nk kerja ni..
Maklumlah sekarang kerja macam kene paksa..
Nasib baik masih boleh melakukan dengan ikhlas..
Sangat penat.. <~tu je yang boleh saya cakap..
Oklah.. Kepala dah pening2 flies dah..
Asyik tunduk ngadap handphone je..
Selamat bekerja ye..
Yeaaay..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

chelsea..chelsea..hahaaaha..

mata masih tak mengantuk..
now 1155pm..
tengah tengok DROGBA main bola..
secara pintasnya adalah tengok siaran ulangan bola chelsea verses barcelona.
yeaaayyy..
walaupun tak tgk yang live tp..
dapat tengok drogba pun ok..
hahaaha. pls drogba smile for me..

ok tak nak mengarut dah..
nak layan mata nak tidur..
kalau tak layan kompom bleh buntang lagi sampai pagi..
kene biasakan diri tidur awal..
bulan depan rutin akan kembali seperti biasa..
akan bangun seawal 5 pagi..<- sambil tangan kat atas dahi, otak ligat berfikir.

owh td makan malam nasi ayam kat zan nasi lemak..
ooo.. kenangkan nk makan ayam goreng die yang best jek..
kalau tak..
setengah jam menunggu ayam.. berebut-rebut.
hohoho.. tak pernah dibuat kami..
air dah setengah baru dapat makan..

ok..
mata dah terkebil-kebil..
tandanya mimpi akan terukir..
alamak... tetibe teringat YUNA..
best kan jadi YUNA..
yeaaayyyy...

{CHINTA}

Rabu, 25 April 2012

Penghujung Cintaku



Tetibe terlayan lagu Pasha & Adelia..
Hurm.. Lagu yg paling tak suke suatu ketika dahulu..
Sebab tu lah malas duduk sensorang..
Mesti nak layan jiwang..

Hari ni miss cite Cinta Buat Emelda..
EnHusband ada keje plak..
Biasalah kalau dah hujung2 bulan ni..
So duduk lah I kat sofa merah mahal kat Life.Art.Mainstreet ni..
Sambil tengok orang lalu lalang..
Dah rupe bangla or myanmar dah aku ni..
Yelah..
Budak2 contract yang keje 12 jam sume dah balik..
I je yang dok ngira berapa orang yang kerja hari ni..
Yeaaayyy..

Owh.. Just nak pendapat semua orang..
Tak salah kan kita minta maaf dengan seseorang yang kita tak buat salah..
Padahal kita cume terasa hati sikit jer..
Yang lain semuanya ok..
Urm.. Saya mintak maaf..
Walaupun saya tak tau yang saya ni salah atau pun tidak..<~muka blur2 je..
Hehehehe...

Perut lapar..
Kat kafe lauk tak berapa nak menaik kan nafsu makan..
Nak mintak enHusband belanja ayam penyet lah..
Makan nasi lemak ayam cruncy pun best gak kan..
Hurm...

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 23 April 2012

nasib badan lah labu...

Memandang kan enAdiek tak bawak Samsung Tab die, saya mengambil kesempatan untuk meninggalkna kerja rumah dan mengadap tap ni..
Hais.... planning baik giler malam tadi...
macam2 nak buat..
 
Nak kemas rumah, nak lipat kain..
Now..dok depan tab sambil tahan lapar.. 
Yeeeeeeaaaaaa...


Tengok.. boleh captured screen..<- alamak.. macam jakun plak kan?

pasni nak masak nasi.. 
pastu nak basuh kain..
tak sabar nak rasmi TAB enHusband plak..
kompom wife die jek yg akan kongker.. 

Sabtu, 21 April 2012

Saya rindu kawan2 saya..

Andai boleh diputar masa, pastinya bersama mereka yang saya impikan..


{CHINTA}


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 17 April 2012

Sorry... :(

I never stopped thinking about you even though you stopped thinking about me.


[CHINTA ]


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 16 April 2012

Isu ni lagi..


Hehehe..
Budjet berani nak amik tahu pasal pinjaman ni..
Padahal tak ada kene mengena pun..
Korang yang rasa nak mansuhkan tu..
KAMI yang bukan lah terlalu senang memerlukan PTPTN tu untuk adik2 kami..
Owh tetibe teringat masa nak keluar boarder ari tu takut jugak tak lepas.. sebab..
Pinjaman kat PTK - Tabung Pembangunan Kemahiran ada lagi separuh..
Sebab kalau berhutang ngan PTPTN dan tak bayar kompom tak lepas keluar negara..
Hehehehe..

[CHINTA ]

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Untuk ingatan diri sendiri dan semua yang membaca..

Layan rozita che wan kejap..

Kadang-kadang kawan baik pun tak boleh percaya.. Saya bercerita mengenai cerita ANNISSA. 4 sahabat baik yang membina empayar perniagaan.. Tapi dengan cerita dan ragam yang berbeza.. Saya layan cerita tu sampai habis episod terakhir.. Terbaik.. walaupun banyak lagi cerita lakonan rozita yg hebat.. Owh time to main masak-masak kat dapur.. Lapar sudah.. ;)


[CHINTA ]


Published with Blogger-droid v2.0.4

Whehuuuu..



Penat!!!
Tu je ungkapan yang paling sesuai waktu ni..
Bila kene keje hujung minggu rasa macam buruh paksa jer..
Huh.. macam-macam yang jadi..
Sejak kebelakangan ni, emosi tak berapa nak stabil.
Tak suke dengan situasi ini..

Mintak maaf lah yer kakak..
Tapi akak yang mula dulu sehingga ke"kuranghajaran saya terkeluar..
' aku tak kurang ajar dengan orang yang tak kurang ajar dengan aku.'
Itu aku pegang dari dulu lagi..
Orang hormat aku.. sepuluh kali aku boleh hormat org tu..

Ok mulai hari ni tak ada dah MONDAY BLUEs..
Dah sign penjanjian baru.. yeaa ... benci isnin..
So isnin pasti ada masa untuk buat CEKODOK
Feberet.. I like..!!
Eh rasa macam nak buat lempeng lah.. cicah dengan sambal ikan bilis..
Argh.. tengok..!!
Acara main masak2 pasti akan berlaku..
Speageti wait ar.. I will cook you. ;)

Psttt.. just nak bagi tau uolls..
Jean's I yang kurang selesa dipakai 3 bulan lepas akibat ke'ketat'an sudah boleh disarungkan..
Yeaaa.. dagu pun dah tinggal satu..
Muka pun dah cengkung sikit..<- penat makan hati.. :(
Baju yang fit dipakai sudah mula nampak kelonggarannye..
Yang penting misi menyarungkan jean's yang bersaiz 28 pasti akan berjaya..

[CHINTA ]
Sudah cukup sudah-nirwana band- tak pernah jemu aku dengar..
Dan juga petikan gitar dadali dari someone..
Hilang punca.. 8-|

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 15 April 2012

Hello Singapore!!

Kalau takat KL- kan Singapore..
orang sekarang dah pergi balik macam KL - Klang jer..
Naik flight or Bas..
Yang penting ada duit..
Huh.. bila cakap ngan dorang nk HOLIDAY ke SINGAPURA..
semua mengeluarkan ayat. "huyooo singapore..."
Ala tak jauh mana pun.. seberang Tambak jer..

Hehehehe.. kadang2 percutian yang menjadi selalunya tak dirancang..
Buku merah untuk 2 orang adik yang mengiringi kami dibuat pada 2 hari sebelum keberangkatan kami..
Nasib baik pnAju suggest buat awal.. takut sistem down, katanya.. =) 

entry ni mungkin sikit panjang dan banyak gambar..

 
Mula-mula sampai tempat orang, rasa macam asing sangat..
al-maklumlah bukan senang nak sesuaikan diri dengan tempat orang.. =)
Hari pertama jer dah haru biru..
Rasa macam nak balik KL jer..
Tak pun join kengkawan yang bercuti kat PULAU PERHENTIAN.. <- perasaan ni memang
 betul tak tipu..

 Yes memang wonderfull sangat.. WALAUPUN..
WALAUPUN kami hanya sempat melihat pertunjukan tu tak sampai 10 minit..
Nak tunggu next perfomance.. tak dapat de..
nak lari2 lagi g WOODLANDS.
huuuuh.. mencabar!!

Kalau anda ke Pulau Sentosa, sila pastikan masa anda cukup untuk "merouund" segala ceruk..
sangat penat!! 
DAN juga sila pastikan TENAGA anda mencukupi untuk menjelajah semua sudut yang cantik..
TERBAIK lah..

 ok sila rujuk PETA untuk persediaan mental dan fizikal.. 
Jauh tu nak pusing..
Bayaran masuk $1 dolar seorang..
Nampak tak botol air mineral kat sudut ketiak enHusband..
sekejap jer air tu dah habis diminum oleh kami berempat..

UNIVERSAL studio..
sangat ramai manusia ketika itu..
sangat sesak..
macam-macam bahasa boleh dengar..
Time ni rasa macam nak marah..
Sebab matahari betul2 kat atas kepala..
menjejeh ayaq peluh..

 
 Kalau orang Malaysia menjadi penyewa SUNBEDS kat cni.. tak tau lah berapa kali pergi HAJI agaknya..

Kalau rasa anda tak GAYAT..
menapak lah kat lookout tu..

s
Syurga gula-gula kat SENTOSA..
huh.. tengok kat luar pun dah menarik perhatian..
kalau masuk dalam lagilah..

 Ini bukan MILO tabur yer..
Ini MURTABAK SINGAPORE from kota singa
Hand made dari mamak singapore..
Terbaik lah..
Agak2 rasa murtabak kat kedai MAK TIM kat keramat tu ada sesedap murtabak kat atas tak?
Ok kene cuba ni..

 Terbaik!! walaupun sesak..
Dapat gak saya 2 handbeg dari KOTA SINGA..
Cume.. dah booking nak mintak tolong ngan kawan kat sane belikan casing handphone, murah weh kat sana.. Ada warna FEBERET!!

 
ME.. berlatarbelakang kan MARINA BAY SAND n MERLION satu lagi tu tak ingat apa...
sorry gambar terlampau banyak untuk ditepekkan kat sini..
tengok mana yang ada jer lah yer..
HAVE FUN!!

{CHINTA}

Sabtu, 14 April 2012

#seirama!#

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat.

Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti,

Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita."


[CHINTA ]

posted from Bloggeroid

Isnin, 9 April 2012

PENSIL dan PEMADAM

Jika kita tidak mampu menjadi sebatang PENSEL untuk menulis kebahagian kepada orang lain. Cubalah menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~

Indahnya hidup ini jika saling lengkap melengkapi.

{CHINTA}

Hello Singapore!!


 Penceritaan akan bermula..
Hello Singapore thank you bcoz be nice with me!!

Sabtu, 7 April 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan



Pada tarikh yang sama.. 6hb 4, lima thn lepas " aku terima nikahnya aliza bt rahman dengan mas kawinnya......."

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke5 tahun buat enHusband. Semoga tabah melayan karenah si isteri yang bermacam- macam ragam, gaya dan lagak.. tabah melalui ranjau kehidupan, selok belok dunia..

psssttt... anniversary kali ni saya bersiaran secara langsung dari tambak JOHOR, menuju ke kota SINGA..
penat weh.. eh kenapa polis bantuan kat kastam tu SANGAT kurang HAJAR!! x sopan langsung panggil orang WEH2x!!! x ada adab!!

Selasa, 3 April 2012

hooo berpeluh...<-sambil lap peluh kat dahi..






..

Nantikan cerita mengenai Anniversary kami..
Saya nak naik KERETAPI TANAH MELAYU..
Please capaikan impian saya!!!

=)

{CHINTA}
jom layan YUNAliza terukir di bintang

Bila si suami kehilangan isteri

Macam mana agaknya kalah sisuami diatas kehilangan jejak si isteri yang sudah histeria melihat bermacam-macam bentuk kasut..

Antara kasut2 yang dipamerkan..
Sesungguhnya berbanggalah kerana malaysia mempunyai ramai pereka2 kasut yang berjaya..


Disebabkan terlalu banyak pilihan si isteri terus melupakan niat untuk memborong beberapa pasang kasut untuk koleksi.. <yahooo... selamat fulus aku..- mungkin ini reaksi dalam hati sisuami.. haaiss..!!

Niat hati yang membara- bara teringin nak bawa balik kasut merah diatas VIVA tu..
Tapi apakan daya..
Si suami tak terlarat nam membawanya..
Sila pendamkan niat senyap2..
Misi mencari kasut idaman hati akan tetap diteruskan..hehehehe...

 [CHINTA ]

Ahad, 1 April 2012

Tak perlu kata apa2..

Kalau s2 ni buat macam tu..
Agak2 nyer line full bar tak?

Bro sorry ek..
Terambil gambar plak alat telekomunikasi bro tu..
Harap makan sampai kenyang yer..
Hehehehe...

[CHINTA ]

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ala sikit je...

Sejak gaji naik seciput je ni..
Hati mula lah nak melangkah keluar..
Mulalah nak mencari port baru yg sesuai dengan selera..

Owh semalam lepas jek dapat surat kenaikan gaji, terus demam..
Haisss.. hebat penangan surat tu..
Yang pelik, pagi tu boleh gelak2 lagi membahan enBen.
Tengah hari boleh makan lunch lagi sampai kenyang..
Tapi tak dapat nak minum air laici feberet enhusband..
Hahahaha terpaksa minum air suam sebab terlampau sejuk walaupun kat luar panas terik..

Lepas makan sempat lelap sebentar..
Budjet lepas bangun badan sihat walafiat..
Tapi..
Kalau Allah nak berikan kita sakit..
Siapa kita tuk melawannya..

Suhu badan dah hampir nak cecah 39 darjah celcius..
Terpaksa menghandover kerja..
"Saya tak larat kak, sangat tak larat..
Mata pun dah berair sebab panas sangat"

Hari ni better dari  semalam..
Walaupun badan still lagi rasa lemah..
Tapi dah tak sepanas semalam..
Time tu ingat mak..
Layanan mak time kita sakit amat berbeza..
kan???

Enhusband kata semalam saya senyap jek..
Yerlor kan sakit tak kan nak jerit2 plak kan?
Selalunya saya lah yang kuat membebel..
Itu ini, itu ini.. ada jek yg saya tak puas hati..

Thanks kak alma..
Mendoakan saya..
I'm so touching wit your sms..

Plan nak g PWTC pun terpaksa dibatalkan..
Kalau tak mesti banyak kasut saya borong..
Hahahaha..

[CHINTA]

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget