Friendship Forever..Khamis, 30 September 2010
renioun kami.
Friendship Forever..syahdunya...
mood kerja makin luntur mungkin x berapa serasi dengan bos baru kot.. banyak sangat problem dan makin banyak kerja.. sangat banyak.. sampai tak tercapai akal sama ada boleh lakukan atau pun tidak.. saya masih lagi mencari keserasian antara saya dan die a.k.a
rasa macam sangat stress. macam-macam perasaan sedang melanda.. hurm sangat rimas .. tolong lah pergi dari saya. tak tahu kenapa diri rasa macam terpinggir. hiss kenapa selalu ada perasaan macam ni yer.. tolong lah.. jangan pinggir kan hati yer perasaan.. mereka semua tak salah, mungkin hanya terlepas pandang akan diri yang tak seberapa ni..
mood happy hujung minggu lepas (25/09/10). attend majlis best friend kahwin. sangat enjoy.. dah lama x gelak besar macam tu.. sampai kejang urat mulut.. Nanie kata, "kalau dengan Apai, nak sedih pun x jadi". tapi bagi saya kalau dengan kamu semua, (Nanie. Normayani, Farah a.k.a Adieq, Ayu, Zura, Apai dan Fatehah) perasaan sedih saya berlalu macam tu je.. saya lupa yang saya masih ada masalah. saya rindu kamu semua. saya rindu nak menangis bersama-sama kamu, huh.. sangat rindu zaman lalu.. macam nak undur jer masa tu, tapi saya kene terima yang saya x mampu buat semua itu.. yang saya mampu hanya mengenang kenangan lama..
sekarang saya hanya mampu terima jer apa yang berlaku. samada saya suka atau pun tidak, samaada saya nak atau pun tidak.. sebab bukan saya yang memberi segalanya.. Allah yang maha mengetahui apa yang berlaku disebalik semua kejadian yang terjadi dan akan terjadi kepada saya.
Isnin, 27 September 2010
alangkah bagus nya!!!
Jumaat, 24 September 2010
tAg
Berikan 3 orang yang korang sayang:
Rabu, 22 September 2010
raya contest
saja suka-suka nak join contest raya anjuran bobiestory
ni adalah gambar yang saya pertaruhkan. gambar tgh merenung baby aira, ni masa hari raya kedua dirumah mak mertua abang ipar saya.. hehehehe nampak menarik pada pandangan mata saya.. thanks kak diana.. wish me luck ok!! :-)
syarat-syarat nya ada disini ya...
Isnin, 20 September 2010
3 jiwa dalam hati saya...
gambar saya copy dari facebook kak ara-(sorry kak amik tanpa permision, boleh kan?) kak ara adalah wife abang sepupu saya belah mak..
actualy tahun ni kak ara n family beraya di sabah.. so saya memang harap ada gambar untuk tatapan kami. ye gambar 3 jiwa yang sememang nya sentiasa dalam hati saya.. maktua (same like maklong kalau dekat semenanjung), nenek dan yang paling saya sayang IT'S MY MOM (baju kurung kaler cream)
ni adalah kali pertama saya tgk gambar mak saya, sejak die balik sabah.. hurmm.. dah makin gemuk die.. alhamdulillah.. mungkin die sangat gembira disana.. dan ini lah kali pertama saya melihat nenek saya setelah hampir 16 tahun x jumpa, asyik dengar suara jer.. nenek dah kurus sangat lah..
nanti kalau jumpa mesti ada sesi macam jejak kasih.. huhuhu.. his x sabar nak booking tiket, nak bawak mr. hubby jalan dekat sana.. :-)
Sabtu, 18 September 2010
:->
KENAPA MESTI ADA PERASAAN YANG MACAM NI? WALAUPUN X SELALU TAPI....
Rabu, 15 September 2010
renungkan lah!!!

hatinya... sebab itu janji palsu atau kata-kata biasa lelaki sering
dianggap luahan cinta oleh hati wanita yang berimaginasi....
Isnin, 13 September 2010
kemaafan dipinta..
jadi sebelum terlambat saya nak menghulurkan salam dan kemaafan, sangat-sangat mengharapkan segala kata-kata mendapat kemaafan dari pembaca semua.. (ada ke yg dok hadap ngan blog aku ni?) what so ever lah..
huh... x tahu kenapa saya cukup sensitif untuk bermaafan, mungkin saya ni banyak buat salah kot.. air mata ni asyik nak meleleh jer.. tapi x per lah saya sangat ikhlas.. mana lah tahu raya ni raya terakhir buat saya.. so pada semua yg kenal saya @ pun yang x kenal saya, maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki. peace ok...
Ahad, 12 September 2010
jutawan kosmetik
KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. (ihsan kosmo 12/09/2010)
ALIZA kata: apa ker giler lah orang ni.. hiss macam2 benda dorang buat dengan senang hati.. tanpa fikir sebab dan akibat.. saya yang mengikuti perkembangan Sosilawati. kagum dengan kecekalan dia sebagai seorang wanita berjaya.. sekiraya benar mayat itu adalah dia, takziah diucapkan untuk semua sanak saudara Sosilawati.. dan Al-fatihah juga untuk arwah dan 3 lagi yang terlibat.. :-(
Jumaat, 10 September 2010
yeahhh raya datang lagi..
Sabtu, 4 September 2010
Jumaat, 3 September 2010
eeeeeeeee
PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Khamis, 2 September 2010
HUH...

cantik kan bunga ni?










