Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Ahad, 30 September 2012

Sila ambil perhatian...

Test jek..
Tetibe plak blogroid buat hal kat hp ni.. Potong stim btul..

{CHINTA}


Khamis, 27 September 2012

Cerita sana Sini.. <-ada budjet macam artis tak?

Owh saya tak ceritakan lagikan majlias perkahwinan besar-besaran yang kami hadiri hujung minggu lepas kan? <-budjet busy sangat lah ni..
Bersengkang mata, menahan nafsu tidur semata-mata nak melihat majlis yang berlangsung.. 
rugi woo kalau tidur.. 
hehehe bukan selalu dapat macam ni..

acara selepas majlis..
jeles tengok semua sepupu-sepapat enHusband merah-merah jejari..
lepas je perut kenyang dengan senang hati terus hulur tangan kat kakak sepupu enHusband..

ok yang kat bawah ni semua tengah tunggu turn nak berinai..
pengantin nyer sepasang jer hari tu..
yang lelebihnyer ramai.. termasuk tuan punyer BLOG ni..
Foto dari FB kak nora..

ok ini adalah pengantin perempuannya.. bukan yang pegang payung tu yer..
yang pegang payung tu adalah anak dara mak Kinah dan Pak Din..
Dah ada orang bunyi dah majlis Adik Eka nanti kene meriah macam ni jugak..
adoiii tepuk dahi enHusband.. =)
apa de hal..
simpan lah dari sekarang enHusband oiii..
Foto dari FB enAZAN

Serius sangat berkenan dengan Pelamin..
Urm.. tapi kalau kerusi tinggi mungkin lebih cantik kot..
Foto dari FB enAzan

ini bukan gambar cut & paste.. ini gambar betukl2. cume edit sikit jer..
ada life band..
BANDI AMUK, adalah salah seorang daripada penyanyi jemputan.. =)
giler besar punyer majlis kan?
Foto dari FB Richard Omar

ok  gara-gara Bandi amuk.. kami suami isteri terlena sampai ke tengah hari pada hari isnin yg lepas.... nasib baik saya tak keje.
enHusband terpaksa melayan mata.. ambil Half day..

{CHINTA}

sila jangan tiru macam saya!!!


Mata mengantuk tapi tak ada hati nak tidur.. <- Boleh??
Kalau tidur kompom malam nanti tak boleh tidur..
Hari ini balik awal dari biasa..
Balik sendiri tanpa enHusband.. <-biasalah bila hujung bulan mesti kene jaga diri sendiri turun naik tren & bas..

Sebenarnya nak layan cerita JULIA tv3..
Dah 2 hari tak tengok dah..
Nak amik feel, manalah tau terjejak kaki kat KOREA tu..
Boleh 'berGANGNAM STYLE.. <-nak pergi korea!!! enHusband sila dengar luahan hati isterimu ini...

Pastu budjet berangan lagi bila malam boleh sampai PERTH..
macam ADAM & HAWA..
ok sila jangan mudah terpengaruh dengan drama-drama sekarang..

serius dah rindu SYDNEY =(

SYDNEY 2009

Sydney best!!

Sekarang tengah bodek2 enHusband..
Mahu bercuti obersi lagi..

BANDUNG!! BANDUNG!! BANDUNG!!
ok nak konsentrat kat KOREA..
cantik pula NABILA HUDA ni..


{CHINTA}

Selasa, 25 September 2012

Di malam yang sunyi

Mata tak boleh lelap..
Hati tak ada perasaan langsung nak tdo..
Adoi..
Inilah bahana satu hari tidur tanpa fikirkan sesiapa atau apa..
Nah.. Amik ko..
Mengadaplah..
Tak tau sampai jam berapa boleh pusing kanan, pusing kiri ni..

Tension nyer..
Besok dah lah keje pagi..
NAK TENGOK TV..
SEGAN PLAK DOK NGADAP TV KAT LUAR TU SORANG-SORANG..
MAKLUMLAH SAYA NI KAN BERANI LAH SANGAT..
Ok nak pujuk enSuami pasang lg satu dekoder astro letak dlm bilik ni..
Nanti tak payah gaduh2 nak tengok tv..

Ok nak cube bertafakur..
Tak pun nak cube kira anak biri-biri macam mr bean buat..

*harap saya boleh tidur*

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Isnin, 24 September 2012

segmen : Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥


seronok pulak dapat berblogwalking kesana-kemari..
seronok jugak bila dapat ramai follower yang cantik2 blog nya..
lagi seronok sebab saya dapat banyak cerita dan info dari blog kamu semua..

Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

Hari ini hari ISNIN bersamaan 24/09/12 pada jam 8.00 malam
follower saya berjumlah 396

Sebelum tu sila terjah owner segmen kalau nak tahu keberkesanan segmen ni..
ramai kan kawan blog die..

ok dah..
selamat bersegmen.. =)

{CHINTA}

Yea..yeah...

Sekarang jam menunjukkan angka 12.17 am <- masa entry ditulis..
Saya masih berada di kampung dan masih melayan life band dr kluang..
Urm.. Persoalan nya sekarang adalah..
Jam berapa nak balik KL..

Ok lupakan persoalan tu..
Yang penting saya tak kerja besok..
jangan sentap.. :-P

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sabtu, 22 September 2012

*cerita ptg jumaat*

Bila saya cakap semalam saya gaduh dengan staff, semua orang tak percaya..
Apa ingat muke ni tak berani dengan budak2 myanmar tu..

Boss siap geleng kepala lagi..
Maknanya saya tak salah dalam situasi ni.. ;-)
Ok tak bangga pun..
Atau boss nak tengok macam mana saya handle situasi ini..
Ok done!!

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Rabu, 19 September 2012

Ini bukan 'wordless wednesday'

Hehehehe.. Sebenarnya dah lama tak buat entry "wordless wednesday"..
Sebab kalau tulis entry je mesti nak tulis jela-jela..
"alahai liza.. Tau tak yang orang benci nengok entry kau yang panjang menjela tu.." <- ok dah sedar diri dah..

Hari ni..
"auchhhh.. <-cubit peha sendiri..
Sebab macam tak sangka boleh tahan mata dari tidur balik..
<- saya keje petang hari ni..
Saya boleh cuci cadar, selimut.. Kemas bilik yang sentiasa kemas tu.. dan yang paling menakjubkan..
Saya boleh masak untuk bawak bekal pergi tempat kerja... <- ok gelaklah kalau nak gelak..
Sebab sebelum ni memang susah nak bangun pagi masak..

Yeaaa.. Kompom makcik2, kakak2 kat tempat kerja terpegun dengan kebaikan hati saya ni kan.. <- muke mintak penampar ni..

Ok korang saya dah bawak rezeki..
Harap korang jangan ngade-ngade komplen itu ini yer..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Isnin, 17 September 2012

random - entry raya (2)

Ini entry yang kedua.. link -> entry pertama
dan jangan korang tunggu lah entry yang ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya..
sebab owner blog tersangat lah malas menaip kisah-kisah raya nya..

Ok.. hujung minggu terisi penuh dengan undangan rumah terbuka..
pada  tuan rumah yang ajak makan free tapi saya tak sampai kerumah nya, harap maaf..
mungkin ada masalah yang tak dapat dielakkan..
akan cuba berusaha untuk memenuhi undangan tahun hadapan..
<-- wah macam artis pulak kan?


hari ni dah masuk bulan baru bagi bulan islam..
SELAMAT MENUNAIKAN HAJI pada para HAJI sekalian..
semoga mendapat haji yang MABRUR..
*ok sila pasang angan-angan untuk jejak ke sana..*

ok berbalik pada tajuk entry RAYA 2012..
# tahun ni angpaw raya masih bersisa lagi..
tak tahu kenapa tak habis..
adakah terlalu banyak @ saya yang tak hulur kat kanak-kanak.. <-ok muskil sekejap..
# kuih raya tak ada pun yang bersisa.. maksudnya semua habis dimakan oleh kami.. <- eh ada ker kuih raya kat rumah ni?
# oklah tak ada apa nak cerita sebab raya tahun ni adalah raya yang paling sempoi sekali.. pagi raya boleh tengok tv lagi.. bukan nak jalan-jalan pusing kampung.. <- patut lah orang kampung dah tak kenal aku!!! alahai liza..

* ini sesi bermaafan bersama enHusband.. giler lah tak nangis time ni.. yelah saya tau saya keras kepala, tapi die tak kurus-kurus,, makin gemuk adalah.. siapa yang jaga..*

entry raya bersambung tahun hadapan..
tapi entry tah pape banyak akan menyusul..
sila jangan jemu nak baca..

{CHINTA}

Addict ZALORA lah pulak...


jom shopping baju rekaan pereka fesyen terkenal kat ZALORA..


ini design yang paling murah..
yang lain..
ok boleh jer beli pada yang mampu..
tak payah fikir panjang.. terus jek booking.. 
kompom 2hari dah sampai depan pintu rumah korang..

Saya kene peahkan tabung botol susu besar yang ada dalam bilik kalau nak baju ni.. 
enHusband kata.. 
"Pakai je lah apa yang ada.. tak payah nak membazir beli yang mahal, yang murah pun cantik jugak apa.."
0k.. 
sila senyap sambil ketap bibir..

{CHINTA}

Tupperware lah weh...

BFF tanya nak join jadi ahli tupperware tak?
beli barang tuperware rm280 free jadi ahli..

pic culik sama pakcik google..

buat BFF tersayang.. aku baru jek dapat sekotak besar barang tuperware aku tu..
semua berjumlah rm400..
now tengah fikir mana nak letak baang-barang tu semua..
<-bila rumah dah banyak sangat barang sampai tak tau nk letak mana dah barang2 ni semua..

tapi jangan risau aku tetap akan follow kau..
nak join party yang ko selalu join tu..
hehehehe..
tunggu ek..

{CHINTA}

SEGMEN: Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam


dah lama tak join mana-mana segmen..
nak try join gak lah..

jumlah follower sekarang.. hari isnin 17hb 9 2012 jam 4pm ialah.. 342 boleh naik ke ni weh????

kalau korang rasa nak join try klik kat owner blog yang menganjurkan segmen ni
tgk die punyer follower jer dah tau macam mana keberkesanan segmen ni.. caya lah weh..

jemput heboh-hebohkan yer..
dan jangan lupe follow balik blog saya yang masam dan masin ni..

{CHINTA}

Ahad, 16 September 2012

Playlist!!

Donlod lah banyak mana lagu sekalipun..
Lagu yang pertama tu tetap pertama dalam carta..
Padahal dah lama giler donlod..

Cover dari seseorang yang sentiasa menduduki carta di tampat pertama..

{chinta}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Khamis, 13 September 2012

Adieb..

Besok nak jumpa budak kecik ni..
Rindu sudah..
Mesti dah besar.. <- BARU TAK JUMPA 10 HARI..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Rabu, 12 September 2012

Hidup tanpa nya..



Hanya beberapa hari je..
Alahai..
Nanti mesti tak tau nak buat mcm mana..
Nanti mesti tercari-cari jer..
Hurm...

{CHINTA}

posted from Bloggeroid

Selasa, 11 September 2012

Kesan dan akibat

Saya memang kuat makan..
So bila saya rasa ada spare part terlebih mula lah saya risau..
Lagi-lagi dekat bawah dagu ni..
Haishhh..
Bila lah nak kurang..
So sejak sabtu lepas saya tak jamah nasi..
Just yang simple2 jek..
Roti.. Mee sup.. Maggie goreng..
Tapi susu tak tinggal..
Paling berat mee udang mak jah..
Lepas makan terus tersandar kat kerusi..
Fuhhh manyak full ini perut..

So bila datang kerja pagi ni saya boleh senyum-senyum lagi..
Walaupun saya boleh agak apa akan jadi dengan saya..
So macam mana nak kurus!!!

Bila saya dah terasa yang saya teramat lah lapar..
Huh.. Memang perut saya kene isi nasi jugak..
Saya mulalah cari bahan makanan.. <-time ni saya memang malas nak jalan g kafe cari makanan..

X sampai pun tengah hari..
Saya dah tak larat..
Migrain.. Gastrik..
Bersatu, berlari-lari menjadi kumpulan yang berusaha untuk menakluki saya..
Serius time tu rasa <-arg.. Sila lah bayangkan keadaan saya time tu..

Office time tu dah macam hospital/rumah urut dah..<-bos yang ckp.. Dia pernah pergi rumah urut kot..
Sebab bau minyak angin..
Bos cakap "tak perlah bau minyak angin hari ni.. Besok Jangan awak MC sudah..
Nampak tak permainan dia..
Besok BUSY weh!!!



Tengok gambar curi..
Sampai hati akak ambil gambar saya yang tengah tak larat tu.. Haisss...

{CHINTA}

posted from Bloggeroid

Isnin, 10 September 2012

Monday blues!!

Hidup memang tidak mudah, tapi tidak juga susah. Kebahagiaan akan mudah kamu dapat hanya dengan sebuah senyuman. So senyum lah..

Selamat hari isnin..
Hari ni rasa mcm nak makan speageti..
So pagi-pagi bangun keluarkan daging ramly kisar dari peti sejuk..
Hurm.. Tak sabar nak makan..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ahad, 9 September 2012

Ya ampun...

Tadi belek-belek tap enHusband..
Ada pic ni..
Pic masa bertungkus-lumus kat dapur masa raya..
Hehehe.. Ini pic curi.. Memang tak sedar die snap pic ni..
Alahai macam maid indon..

Owh pada mama D nanti saya buat makan-makan yer..
Nak renovate rumah dulu..
Kasi dvommm macam rumah datin umie aida.. <-angan-angan kene tinggi.. Ahakssss..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Jumaat, 7 September 2012

Sketsa hari jumaat..

Dah dua hari dah lunch makan ni.. Agak-agak boleh kurus tak?
*Gedegang<- langgar pintu kaca..

Mood masih tak berapa nak stabil..
Fikiran sentiasa kat tempat kerja..
Owh..
Untungkan korang.. Datang kerja relax jek.. Semua kerja korang saya buat..
Pastu bila salah AKAK juga yang kene..
Time tu lah dah tak ada rasa ikhlas dah..
Rasa nak maki ada.. Fuh!!

Takziah buat enBen..
Atas kehilangan baby..<-BABY MENINGGAL DALAM KANDUNGAN.
ALLAH tahu semua disebalik kejadian..
Kita kena tabah dan redha..
Sedih bila tahu cerita ni..
Baru je korang happy2 pergi bercuti cuti merdrka hari tu..
Sabar ye ben n ila..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Rabu, 5 September 2012

Gardenia+sardin+kaya=yummy...

Semalam tetiba nak makan ni semua..
Alahai nafsu makan dah bermaharajalela dah ni..
Dah sukar dikawal ni..
Tolongggggggg..

Itu belum lagi stok bikin penuh satu peti sejuk alahai...
Bila lah nak makan tu..

Owh.. Stresss kejap!!

{chinta}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Asyik korang jek.. cane?

Baru balik dr kelas tambahan..
Wah.. Budjet jalan raya hak milik sendirian berhad..
Jalan-jalan.. Gelak-gelak..
Cerita itu, cerita ini..
Siap jerit-jerit..
"main masak-masak ker kak?"
Nampak orang kampung memasak nak buat makan-makan.
Seronoknya kanak-kanak..

Mimpi lagi mereka semua..
Masuk ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari mimpi diorang..

Rindu itu sakit..
Yer rindu itu amatlah sakit..

Buat mahirah.. Tahniah dengan kelahiran baby gurl..
Comel macam aku..:-P

Owh..
Masih tak berkesempatan nak bermaafan bersama mereka..

Korang aku mintak maaf zahir dan batin.. Bila nak buat open house ni.. Aku nak makan free ni.. :-P

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Selasa, 4 September 2012

Sebab kelambatan kami..

Perasan tak kat mana ni?

Hari ahad lepas (2hb 9 2012) abang ipar ada buat makan-makan.
Kami kalau bab makan-makan ni memang laju je.
Yelah makan free kan?
Siapa tak nak join..

Dengan muka xcited..
Siap iron baju..
Sebab lepas perut kenyang bercadang nak serang ioi mall..
Lebih kurang jam 3.30 ptg kami dah keluar rumah..
Jalan lancar jer..
Saya biasa lah.. Masuk je kereta mesti akan lelap punya..
Sedar2 enHusband tanya.. "betul ke jalan ni.. Lain macam je.."

Nak ke puchong ikut higway "mex"
Memang lah tak saya galakkan..
Dari dulu lagi saya selalu ingatkan kat enHusband..
Jangan lalu jalan yang kita tak tahu,walaupun kita dah lalu jalan tu banyak kali..
Ha.. Ini lah jadi nya..
Sampai ke dengkil..
Lalu sekolah, balai polis, masjid surau, semualah jumpa..
Toksah cakap lah putrajaya tu berapa kali pusing.. Adoilah..

Nak tau sampai puchong jam berapa..
Jam 5.30 ptg
Ha.. Sampai tak merasa lah menu utama.. :-(
Nasib baik saya x preggy..
Kalau lah..
Sian nanti baby mesti ngences.. :-P
"tak ada rezeki"

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ahad, 2 September 2012

Kisah malam merdeka..

Masa pakcik bercakap, saya tahu saya kene kuat..
Kene kuat tahan air mata,
Bukan nak tunjuk yang saya ni tabah..
Tapi saya tak nak tunjukkan yang saya lemah dengan situasi ini..

Dia kata..
"bukan semua orang boleh buat macam kamu adik beradik buat..
Bukan semua orang dapat rasa apa yang kamu adik beradik rasa..
Biar je apa mereka nak kata, sebab mereka pun belum tentu akan dapat terima apa yang kamu rasa.."

Saya memerima walaupun payah..
Pakcik cakap "lepas ni korang keje je lah.. Tak payah dah nak fikir2 pasal sakit pening die.. Makan pakai die.. Bila dah ada orang jaga ni insyaallah semuanya terjaga..

Sumpah masa tu memang nak menangis. Pada korang yang tak rasa apa yang saya rasa. Tolong fahami.. Tak minta banyak.. Cukup lah Walaupun sedikit..

Saya doakan korang tak akan rasa apa yang saya rasa..
Pahit biar saya je yang rasa..

Masa kecik2 dulu selalu tertanya-tanya ada ke kisah macam ni..
Ye.. Ada.. Saya tengah melalui nya..

Maaf andai senyum itu nampak sangat terpaksa..
Maaf andai semua ini tak pernah keluar dari mulut saya..
Biarlah apa orang nak cakap..
Sebab mereka bukan saya..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget