Selasa, 31 Ogos 2010
fenin...
itulah dari dulu lagi nk amik korang tak bagi amik online ni.. sekarang sibuk je suruh habiskan.. sekarang sape yg susah, hurmm sabar jelah..
tapi saya dah lulus dah 7 subjek dengan jayanya.. alah senang jer.. klik-klik je.. hehehe.. nanti kalau bos tanya apa yang saya dapat dari online course, haram saya x tau nak jawab apa.. kalau saya x klik-klik ada saya jelajah kedai-kedai buku cari kamus OXFORD. maklumlah bahasa worldwide... sikit pun x ada bahasa kebangsaan kita.. so i dah berjaya lah... hahahaha..
"has successfully completed all the requiment for the certification in......" i'm comming "HILTON UNIVERSITY"
Ahad, 29 Ogos 2010
selamat hari lahir abah..
Sabtu, 28 Ogos 2010
SEBAR-SEBARKAN... :-)

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Agak-agak awal lagi tak untuk saya ucap kan SELAMAT HARI RAYA. hehehehe.. berkobar-kobar nak raya kali ni.. hehehe.. tapi baju raya, kuih raya pendek kata persiapan untuk raya satu pun tak buat lagi.. kelihatan macam x nak langsung beraya.. hisss.. ni kali kedua saya sambut raya pertama dikampung.. bayang kan 6 tahun saya keje lagi 4 tahun tu hanya beraya di hotel.. huhuhu... pagi raya di tempat kerja.. mmg sayu.. masa tu mmg x pandang sesapa dah.. sebab saya tau saya akan menitiskan air mata.. hehehe ni jugak tahun 3 saya beraya tanpa merasa masakan mak.. hisss.. bila agaknya dapat makan masakan mak yang sedap lagi lazat ni.. hehehehe.. saya ni asyik bercerita tentang masakan mak saya je kan.. yup saya mmg rindu sangat nk makan makanan hasil tangan die.. first class punyer..
hurm bila agaknya nak g shopping baju raya ni.. kali ni kene gagah kan diri jugak, sebab saya rasa penat puasa kali ni lain macam sangat.. balik keje saya dah macam x larat nak bawak badan saya.. rasanya bukan keje keras pun. cuma duduk n answer call.. mungkin saya rasa sikit stres kot.. kerja dengan orang mcam tu lah..
sekarang lagu-lagu raya dah berkumandang dicorong-corong radio.. itu manambahkan lagi semangat aku nak beraya.. dan mengurangkan semangat aku nak kerja.. hehehe..
mood raya dah semakin menebal dlam diri ini... saya kene kurang kan sebab nanti saya x lalu nk g kerja.. gaji nnti saya kene buat satu list untuk barang yang wajib dibeli untuk persiapan raya..
nak ucap lagi lah SELAMAT HARI RAYA ok!!! nanti nak raya saya wish lagi..
Rabu, 25 Ogos 2010
BZ!!!!

Selasa, 24 Ogos 2010
Siti Nurhaliza - Ya Rasullulah
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
*bidadari kecil*
saya x tahu macam mana saya boleh baca kisah si bidadari kecil ni.. macam ada tarikan magnet untuk saya teruskan pembacaan saya.. sangat puitis dan cukup menyentuh hati saya.. saya harap akak sekeluarga tabah dan sabar dengan dugaan yang datang dan pergi dalam hidup akak sekeluarga..bacaan Al-Fatehah saya sentiasa untuk si kecil ALANNA.
air mata saya menitis, saya rasa si kecil Alanna dekat sangat dengan saya, huh kamu sungguh comel, semoga roh kamu aman dan bahagia di sana..
kemalasan yang melanda..

ngantuk sangat.. rutin harian dah berubah semenjak menjalani ibadah puasa.. hurm. en. hubby buat masa ni x nak makan luar lgi.. so balik keje kene masak n sahur kene bangun.. begitu lah agaknya sehingga penghujung ramadhan..
bila kerja petang rasa macam stress sebab terlampau lama tidur yelah lepas solot subuh terus tidur sampai pukul 1 ptg.. hurm rutin yg mcam membosan kan jer.. tp saya kene jugak lalui nye.. nak ke x nak tetap kene buat semuanya.. teringat masa dulu2, masa zaman muda remaja, zaman sekolah2 . semua perkara mak yang buat.. kadang-kadang sampai kene bebel dekat mak, yelah seluar kecik pun mak kene basuh.. hehehehe.. tu dulu lah yer sekarang basuh sendiri yer,, no more hantar DOBI. sekarang kalau saya malas, saya nampak hasilnya, umah saya begitu sepah, pinggan mangkuk sampai penuh sinki, kain baju belambak tak basuh.. last sekali nk cari baju untuk pakai pergi kerja pun x ada.. sume penuh dalam bakul, samaada dah cuci atau pun belum cuci.. :-)
so sekarang saya tak ada masa untuk bermalas-malas, sebab saya tahu kesannya.. tapi kalau dulu saya ikut pesan mak, huhuhu belajar masak mesti x susah kan.. "mak.. kenapa lah kak ngah x fikir semuanya, kenapalah kak ngah x ikut cakap mak, kalau kak ngah ikut cakap mak mesti kak ngah pandai masak macam kak long, his, akak masak macam mak masak.. sebab akak memang rajin masuk dapur.. tapi die tetap x boleh lawan mak masak.. mak tetap de'best"
hehehe.. teringin nak masak ayam masak merah mak.. mak selalu masak untuk pagi raya.. juga mahu makan karipap buatan tangan mak.. "mak nak tahu kak ngah x makan karipap selain karipap mak.. kalau makan pun mesti x habis.. makan sikit jer pastu buang.. sebab kak ngah x jumpa lagi karipap sedap macam mak buat.." mak saya buat karipap sedap... hehehehe..
huh bila nk jumpa mak ni.. kalau jumpa kak ngah nk mak buat semua ni, sekali ngan laksa sardin sekali.. slurrrppppp hurm.. mmg best..

huhuhu.. bleh sambil jawab call sambil tidur..?
Ahad, 15 Ogos 2010
update!
Ahad, 8 Ogos 2010
Ayat nie sangat mujarab diamalkan dan sebaiknya dibacakan setiap pagi Jumaat sebelum nak keluar rumah...
Tapi hari2 lain pun boleh juga diamalkan...
Yang penting niat kita tu...
Betul tak?
Dan yang bagusnya kita semua dapat menjimatkan duit kita dari dihabiskan kat aktiviti facial ataupun botox (itupun kalau ada di antara korang semua yang buat botox la)...
Doa pemanis muka nie lebih elok lagi jika dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak, alat-alat solek atau minyak rambut (untuk lelaki)...
Hafal, tarik nafas dalam-dalam dan hembus...
Baca dengan kuat dan kalau boleh biarlah orang disekeliling anda dengar yer...
Selamat mencuba dan selalulah mengamalkan petua ini...
Insyaallah anda akan berjaya...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
MINYAK SI TUANG-TUANG
KU TUANG DALAM KUALI
MUKA KU MACAM BERUANG
SEMUA ORANG GERENTI LARI
KUANG....KUANG....KUANG
Hehehehehehe...
Tengah senyum ker tu?
Kan manis tu...
Semoga bertambahlah manisnya lagi...
Hehehehehehe...
Mohon maaf yer kawan-kawan...
Sebab saya, Lynn dan en Lompat Tikam pun dah terkena sama juga...
Wakakak... :
http://lynnhamzah.blogspot.com/
P/s: Hati yg baik, Minda yg Positif, akan terserlah dari cahaya mata korang... Yg lagi penting, ayatt kena powerr... ahaks.. :p
entry ni saya share dari blog en Lompat Tikam tq friend (*-*)
Jumaat, 6 Ogos 2010
kagum!
p/s: sekali tgk muka die mcm kakak saya..
kamu di hati ku....!
tersangat lah ikhlas... (*-*)
alahai..!!!
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya m...embawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Selasa, 3 Ogos 2010
cuti yg amat memenatkan!
ni lah driver yg memandu lebih dari 8 jam.. huhuhu. sian ket dier.
dia kata die dah lama x naik basikal. huhuhuhu.. sian nye.. nanti kita cari satu basikal yer sayang.
(yg kawin baju melayu kaler putih yer)
kami hantar org kawin sebenarnya.. kalau nk berjalan kami x akan sanggup memenatkan badan untuk drive lebih dari 8 jam.. (mereka selaku saksi kuat.. hehehe seb baik pergi, kalau x, mungkin x dapat nikah agaknya dia..) majlis tu pada 1/8/10. so kami bertolak dari kuala lumpur pada pukul 9 mlm, dan alhamdulillah selamat sampai ke Jertih dapa 7pg keesokan hari nyer.. lama giler duduk dalam kereta.. macam mana agaknya org yg berkampung kat sini kan.. huhuhu.
ni lah pengantin lelaki.. Mr. Nordin (xkan muka cuak kot)
saat diijab kabul kan.. aku suka part akad nikah. sebab boleh dengar lafaz talik. tapi masa si nordin ni nikah, kadi tu x suruh pun baca lafaz taklik tu.. huhuhu sempoi giles acara die.. ceramah sikit, nikah kan, tanya saksi sah ke x, pastu terus bgn.. x sampai pun setengah jam duduk kat masjid tu.. sian kt aku.. hehehe.. sedih siot bila dengar lafaz taklik tu..
ni lah pengantin sempoi.. huhuhu.. x ada pelamin sbb pengantin perempuan dah merasa naik pelamin.. hahahaha.. so nordin kalau ko nk naik pelamin ko kene cari yg tak pernah naik pelamin lah yer..
masa membatalkan air sembahyang.. hurm. selalunya batal air sembahyang dekat masjid selepas akad nikah kan.. ni lepas makan tgh hari.. itu pun kene panggil dengan makcik pengantin lelaki.. hurm.. mmg majlis ni cukup sempoi..
keluarga pihak lelaki.. hurm.. ni lah majlis yg perkahwinan yg pelik sekali yg pernah saya hadiri.. kami layan diri sendiri.. sampai pengantin perempuan kami yg panggil untuk bergambar bersama-sama keluarga.
ingat nak shopping kat rantau panjang.. sebab cuti sampai 3hb.. disebabkan mr hubby dah x larat, dia ajak balik kl hari ahad.. sempatlah tido semalam je dekat jertih.. huhuhu masih dalam perancangan ingin ke pulau perhentian lepas raya.. tapi naik bas jelah.. hehehe mcm x sanggup nk biarkan mrhubby drive sensorang.. so nanti kita planning betul2 yer Bang..
Ya Allah satukan hati kami, jiwa kami.. jauhi kami dari perasaan hasad dan dengki, khianat mengkhianati.. berikan kami zuriat2 yang soleh dan solehah.. permurahkan rezeki kami.. berikan kami perlindungan rahmat dan hidayah mu..
amin..
p/s: harap jiwa kami bersatu selamanya..











