Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label PESANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PESANAN. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2013

Ketahui bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab menahan bebelan isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.

Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.

 Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.

Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.

- sumber dari sini- terima kasih banyak-banyak..

{CHINTA}

Rabu, 5 Jun 2013

LOVE.LIVE.LIFE

 Photo: Pelangi senja
sorry #DassDassukay I curi pic u lagi untuk diabadikan dalam blog ni..

Ku menjejaki jari ke Facebook....
Ku lihat Si Pengecut menyindir dari belakang,
Si Megah bercerita tentang kemewahan,
Si Riak mempamerkan kejayaan,
Si Malas sibuk bersembang,
Si Susah mendambakan kebahagiaan,
Sang Peniaga sibuk dengan bermacam iklan,

Sang Pendakwah meneruskan didikan, politik mencetuskan pergaduhan...masing-masing dengan cara dan agenda tersendiri...

Lalu ku bertanya kepada diri, di mana letak duduknya kategori diriku? Aku pernah buat semua itu.... Lantas aku bermuhasabah...dan aku mahu berubah menjadi baik dan mahukan yang terbaik untuk seluruh umat Muhammad SAW. Aku tidak kisah dengan orang lain...kerana aku bukannya lebih baik dari orang lain, dan aku buat ini bukan hendak disanjung oleh manusia...semuanya keranaMu Ya Allah...

Permulaan yang baik dalam hidup kita, kadang-kadang bermula kerana orang lain. Tapi sebenarnya ianya penyusunan dan ketentuan dari Allah SWT.

Selagi ianya perkara yang membawa kebaikan, maka teruskanlah sekalipun pada mulanya kita tersalah tafsiran. Kerana tiap apa yang kita lakukan sebenarnya hanya kerana Allah bukan untuk manusia.

Usah takut dgn cemuhan....Usah hanyut dalam pujian. Ingatlah Allah sentiasa beri pimpinan pada hati yang benar-benar mahu ditunjukkan jalan.

Sungguh perjalanan Dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat untuk sampai ke penghujungnya. Tidak mengapa jika kita tidak sempat sampai ke penghujung jalan. Apa yang paling penting, kita sudah berusaha menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Semata-mata kerana Allah.

(Pesanan untuk diri ini yang sentiasa memiliki hati yang dipenuhi sifat Mazmumah)

copy dari laman sosial untuk pesanan diri sendiri dan kawan-kawan

{CHINTA}

Selasa, 28 Mei 2013

MAAF!!

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)
kadang-kadang mereka seperti tak punya perasaan..



{CHINTA}

Jumaat, 10 Mei 2013

Hidup Kita Hanyalah Sementara..


"Hari ini saya belajar untuk terima hakikat.Emak yg paling saya muliakan sudah pergi untuk selamanya.Redhanya saya atas pemergian dia.Ya Allah,kami pulangkan apa yg telah Engkau pinjamkan ke atas kami selama ini.Peliharalah dia sebgaimana dia telah memelihara kami anak-anaknya.Tempatkan emak di syurga firdausmu.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah memakbulkan permintaanku untuk berada di sisinya sehingga nafas terakhirnya...Alfatihah untuk arwah ayah & emak.-Saya akn merindui arwah ke akhir hayat. Tidak akan ada penggantinya lagi untuk kami sekeluarga."
Ini ada lah status seorang sahabat di laman sesawang selepas 48 jam kehilangan bonda tersayang..
Maaf andai aku boleh melebarkan sayap.. yer mungkin disisi kau aku ingin berada.. merasa kesedihan yang pasti tak akan sama seperti kesedihan yang kau lalui..
Arghhh.. tak mampu aku bayangkan..
Sumpah..!!
Itu terlalu berat untuk aku bayangkan..
kehilangan orang tersayang dalam tempoh masa yang terlalu singkat..
Aku pun belum pasti akan mampu berdiri dengan begitu teguh..

8 May 2013, 6.15am
As salam, emak saya bru sja meninggal dunia, doakan emak sy ditempatkan golongan beriman
Apa yang aku rasa selepas mesej dibaca..

Ya Allah..
aku banyak dosa dengan arwah..
tak pernah sempat memohon maaf..
Sudah berapa kali raya tak pernah bertemu..
kali terakhir bertemu di hari persandingan sahabat..
Ya Allah..
Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman..
Kau permudahkan segala urusan dia di sana..

dua hari entry ni di dalam draf..
mahu publish atau hanya di simpan di berkulat..
tapi aku mahu semua orang jangan jadi seperti aku..

cerita aku kongsi selepas puas menangis sendiri..
tak kira dengan siapa kita jumpa..
selepas bertemu..
mohon maaf andai tersilap kata..
andai terguris rasa..
kita tak tahu bagaimana urusan kita esok hari..


Semoga aman disana..

{CHINTA}

p/s tajuk entry  ilham dari mama ila. memang untuk membuat entry tajuk adalah perkara paling BURN sekali untuk aku..

Isnin, 22 Oktober 2012

Pernah Terfikir tak?

Korang yang menjalani kehidupan hari-hari pernah tak terfikir....

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.
2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?
4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas 

untuk melihat hal-hal di bawah?

5.
Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer?

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, 

tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?
7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!
8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?
10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?


cuba fikirkan kenapa.. urm.. saya pun sekarang baru terfikir..

{CHINTA}

Jumaat, 23 September 2011

Untuk Renungan Bersama..


Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,

nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam...

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
copy & paste dari FB
saya tak mintak lebih tapi terima kasih sebab memahami saya wahai ADAM. 

Selasa, 31 Mei 2011

selamat beramal..


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." 
(HR Muslim)

pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"



Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

{CHINTA}

Isnin, 30 Mei 2011

perfect 10

Majlis makan-makan sambil memperingati pekerja. it' not a HARI PEKERJA ok!!

 (sila klik image kalau kamu tak nampak)

ni adalah door gift.. kalau dulu, kami saling tukar2 hadiah. tapi kali ini mungkin ada budjet lebih sikit, n segala nya disponsor. terima kasih penyesponser.. i like!!!


ni saya punyer.. sila abaikan HTC tu yer.. pinjam untuk cantik kan pic sajer. saya masih setia dengan samsung corby saya.. Encik saya nk dapatkan Khidmat encik lah untuk gadjet saya yang akan datang.. boleh kan encik..

saya tak dapat apa cuma dapat penat n dapat makan.. just nk tolong meriah kan majlis.. 
tapi card tu PnBoss bagi personally dekat saya.. siap ngan 2 voucer tiket wayang kosong sekali. just pilih nak tengok carita aper. tq PnBoss.


 pandai dia amik hati saya N enBen

ni lah pnBoss saya.. hehehe.. dia suruh saya delete pic ni.. dia kata "i'm so ugly"
urmmm.. saya  tak nak komen banyak pasal apa yang dia cakap tu. just senyum jer..

Sy kene gak happy kan awak kalau sy nak lame ngn awak
awak pun same mcm tue gak..kene slalu happy kan sy.
awak saya pinjam ayat yer..

ayat awak yang tak berapa boleh blah sangat ni.. bikin hati sesiapa panas bila baca.. hahaha.. nampak hipo sangat.. be yourself ok.. saya tahu awak serba salah.. tapi saya rasa baik awal luahkan apa yang ada dalam hati awak.. ke awak takut yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir. tapi kalau dah jodoh pasti tak kemana. yang pasti tak boleh just wait n see.. sebab masa sentiasa cemburu akan kita..
so.. "JADI DIRI SENDIRI" kalau rasa dia bukan yang terbaik. masih ada masa sebelum semuanya dah terbentang di depan mata..jangan kerana nak gembira kan hati semua orang hati sendiri yang remuk dan parah.

{CHINTA}

Sabtu, 28 Mei 2011

Cinta Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Jumaat, 6 Mei 2011

entry laju dari saya..

morning..
mood nak update laju-laju.. sementara line tengah clear gile..
boss g morning breafing dengan H.O.D

hari ni pagi-pagi saya dah migrain..
sakit kepala datang lagi.
adoii... nak cuti tak kan nak sakit kot.

pagi-pagi pnBoss bagi saya breakfast coklat..
hurm kempen kuruskan badan saya
nampaknya tak menjadi lah ni..
yelah macam mana nak kurus..
kalau pagi, tengah hari, dan petang
asyik bagi saya coklat jer..
dia saja jer tak nak menyokong saya..

harap hari ni saya boleh senyum sampai malam,
sebab besok saya nak cuti,
x sabar nk pergi makan nasi minyak
sahabat lama. tak sangka dia nk kawin dah
so kawan-kawan semua jumpa kat PD yer..

saya pasti rindu kamu!!! =P <-- don't worry


Rabu, 27 April 2011

lelaki itu... =)



pinjam kata² dari sorg kwn


"Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak 
hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.."

Jumaat, 3 September 2010

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sabtu, 28 Ogos 2010

SEBAR-SEBARKAN... :-)


kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


SAYA DENGAN SENANG HATI MENYEBARKAN PERKARA-PERKARA YANG BAIK UNTUK SEMUA.. HAHAHAHA.. SUKA SANGAT DENGAN ATIKEL INI.. BETAPA TINGGI NYA WANITA.. DAN WANITA JUGALAH PENGHUNI PALING RAMAI DI NERAKA.. SAMA-SAMA LAH KITA RENUNGKAN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget