Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Tips kecantikan

dah lama tak update kan??
kali ni aku buat entry tentang kecantikan.. = P

korang nak cantik???
korang makan suplement atau pil2 kecantikan?
ha... ni ada beberapa tips utk korang..
perkara senang giler..


  1. Tolong minum banyak air. Air plain. jangan kau minum air sirap, bandung, coke yer.. 8 gelas atau lebih pun takpa kalau mampu. air (plain) bukan saja melembabkan kulit dan membuang toksin, tapi membantu melarutkan vitamin yang kita dah makan ke seluruh badan. Kalau kurang minum air, itu lah yang kita takut jadi apa2 contoh jadi CANCER, sebab dia terkumpul kat satu tempat kat badan kita, takut kan? Minum air banyak. So, siapa tak suka minum air tak payah la amik vitamin2 ni. Memang takkan berkesan kat kulit anda
  2. Disiplinkan diri. Sampai result nampak kat kulit & badan kita. kalau rasa tak displin jangan lah membazir buang duit nak beli suplement @ pil2 kecantikan..
  3. Jangan minum coffee & teh. Diorang kata kalau nak jugak, amik after 3 hours. Tapi saya tak minum langsung dah coffee. teh kadang2 jer.. sebab kalau kat tempat kerja time breakfast ada dua pilihan jer air.. coffee atau teh.. kalau teringin sangat tu.. g lah minum seteguk dua.. nanti jatuh tangga plak.. kempunan!!!
ok.. tu je yang aku buat skang.. 
minum.. minum.. minum.. pastu bestfriend dengan toilet... asyik nak ke toilet jer keje nyer..


{CHINTA}

Isnin, 11 Februari 2013

iNfo : Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

Baru jer beberapa hari yang lepas kami suami isteri bercerita tentang POKET KECIK KAT POKET SELUAR JEAN ni..
korang perasan tak kat poket seluar jean korang ada poket kecik macam gambar kat bawah ni..
haaa.. aku ada jumpa sedikit info..
meh share jom..



Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" 
Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.


Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

KREDIT KAT BLOG klik sini yer

{CHINTA}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget