Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Rabu, 30 November 2011

Kereta kabel vs bas dua tinggkat = OMBAK RINDU.

Baru balik dari berjimba-jimba..
Owhhh... Terasa macam melancong ke obersea plak..
Tapi tak kene sangat time nyer..
Sebab hujan mencurah-curah..
Bila dah reda je..
Lari-lari pergi masuk barisan..
Pastu dah berkobar2 nak tunjuk gelang tangan, hujan lagi mencurah-curah..

Adoiii..
Nasib baik naik atas bukan niat nak main2 permainan yang boleh mendayukan suara..
Sempat main flying coaster jer..
Itu pun dah serak suara menjerit sebab gayat..
Tapi masih tak puas hati sebab tak dapat main roller coaster n sollero <~tak tau lah nak panggil apa nama permainan tu.. Yang shoot dari atas dengan laju tu.. Nak jerit pun tak sempat keluar suara..

Jalan2 cuci mata jek..
Nak naik bot kayuh pun tak boleh
Mencik..
Paling best ada 4 org budak pompuan..
Mayb nak release tension kot..
Tak pun baru lepas kuar umah..
Dorang masuk umah hantu yang tak seram tu pun boleh menjerit macam jumpa hantu real..
Haisss.. Budak baru nak naik. Layan jer..
Memikir kejap apa yang dorang takut masuk umah hantu tu..
Masa kami masuk tu tak ada plak hantu yang menggerunkan serta menakutkan..
Hurm.. Macam2 lah budak2 tu nak kan perhatian..

Owh besok tayangan OMBAK RINDU
Tiket dah SOLD OUT..
Diulangi.. SOLD OUT..
aduhhh.. Bila lah dapat tengok ni..
Awak... Jom kita tengok jom..
Pas majlis..
Ada beran??? ;-)
Ok mahu layan perasaan yang masih berada di awangan..
Owhhh bestnyer...

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tentang Dhia!!

KESETIAAN wanita diuji apabila si lelaki itu tidak mempunyai apapun dan ksetiaan lelaki pula diuji ketika dirinya memiliki SEGALANYA"

Now tengah lepaking dirumah setelah seharian berjimba-jimba diluar sana..
Thanks sebab buat kan saya tersenyun..
Walaupun tak sempat melepaskan sepenuhnya tapi boleh lah dari tak dapat pape..

Tentang Dhia..
Memang sukar membuat keputusan..
Apatah lagi kedua-duanya ada dalam hati..
Sangat berat apa yang dirasa Dhia..
Dugaan bertimpa-timpa..
Mood jiwa-jiwa right now!!
Menci..

Rasa mahu nangis bila tengok Dhia menangis teresak-esak..
Rasa mahu marah bila Melly berperangai macam tu..
Sangat c#%@+@
Huh ini adalah penangan tentang dhia..

Kalau saya, saya tetap pilih yang ada dalam hati saya.. Haiyebiu..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 28 November 2011

YA ALLAH



"Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kpdku, Jadikanlah orang yang m'cintai-Mu m'cintai aku & jadikanlah aku.. mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu."


Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku
Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku
Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku
Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahaddamu, maafkan aku
Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU
"Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU, andai pernah diriku menjadi punca jauhnya seseorang hamba daripadaMu,
AMPUNKANKU ya Allah..."


{CHINTA}

Ahad, 27 November 2011

Selamat berhujung minggu..

When i first met you, I honestly didn't know you were gonna be this important to me."

Semoga Allah jadikan pagimu cahaya
zuhurmu gembira
asarmu bahagia
maghribmu keampunan
isyakmu keberkatan
dan doamu dimakbulkan
dan diluaskan rezeki
dan dibuka padamu pintu
syurga tanpa sempadan
SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH 

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Beauty is pain..


ok tak mo cakap banyak pasal BEAUTY..
boleh bawa mati kalau terlalu fanatik..
CANTIk juga KIMORA ni.. tinggi seh..

Baru pas BRUNCH..
pastu dok lepak depan TV..
Nak layan buletin artis sensasi..
MELODI..

Perut kenyang nk tungu lapar balik..
nak g serbu khemah pengantin..
dan makan lauk pengantin..
tetibe...
ceh..
keluar iklan cuci tandas yang sangat saya elakkan..
Ada ke patut..
Hiss..

Ok hujan dah reda..
nak sinsing lengan baju g touch up muke..
Petang nanti mahu keliling TASIK..
nak kurang kan lemak yang dah naik tepu ni..
adoiii.. harap kali ni saya lajukan langkah saya..

bagi saya LOVE IS PAIN not BEAUTY..
peace yooo..

{CHINTA}

Sabtu, 26 November 2011

hidup ini mungkin kene banyak mengalah.

air mata tengah menitis deras..
semua gara-gara cerita SEBELUM 5 PERKARA.
jadi cerita ni memang menjadi..
serius sangat menusuk dalam hati..

Tetiba saya teringat seseorang..
Tak tau kenapa saya terfikir tentang dia..
Lebih kurang 15tahun yang lalu..
Dia adalah salah seorang tenaga pengajar saya..
Dia dilamar oleh seseorang yang terlalu baik..
Menjadi isteri kedua kepada suaminya..<--serius saya tak dapat gambarkan perasaan si isteri pertama bila lamaran di utarakan..
cincin pertunangan juga disarungkan oleh si isteri..
sanggup kah anda melakukan apa yang dilakukan oleh si isteri..
SAYA???
Masih belum boleh berfikir dengan waras..
Jadi bila keadaan yang hampir serupa akan berlaku..
Owh..
saya tak mahu fikirkan keadaan nya..
Saya harap mereka BAHAGIA..
sentiasa bahagia..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT..



MAHIRAH & FAIZAL
26/11/11

baju pengantin sangat cantik.. purple lagi.. My feberet kaler. thanks to NURNA sebab tag gambar ni kat FB aku.. sorry der tak dapat join korang..
so owesome Mahirah n Faizal..

ok 2 jiwa dah menjadi satu..
harap bahagia selamanya..

Hati saya tengah sayu.. sayu sangat..
billa dilafaz akad.. 
maka menangislah seluruh musuh yang ada..
saya harap mereka bahagia..

{CHINTA}

Jumaat, 25 November 2011

ceritera cinta ku..

Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


me-ayeeman-shidi-naqie

ok ni pic terbaru saya dengan budak training & Shidi.
bukan apa cume nak tunjuk..
betapa bertambah ketaranya pertambahan JISIM saya..
sangat melampau..
owh noo..
tengok dagu saya dah ada dua kan..? 
tidak!!! ni dah tahap merbahaya ni..

tengok macam mana tak gemuk..
nasi putih-ikan-ayam-sayur

ni lunch saya tgh hari tadi..
pnBoss belanja..
belanja saya seorang tau..
sila jangan makan hati yer..
hehehehe..
kompom lepas jer dia hantar tender saya kene DIET balik..
DAN
.
.
.
.
lepas ni..

 saya dah tak ada siapa nak belanja saya breakfast & lunch.. =(
kene makan kat kafe je lah..
{CHINTA}

Rabu, 23 November 2011

Bola.garam.perkahwinan

2 soul in 1 heart
Bola dah setat dah..
Laju2 masak, dan laju2 makan..
Apex punyer pasal mak rela apa saje nyah..
Hari ni kepala tak buat hal..
Yang buat hal perut pulak..
Berulang toilet je hari ni..
Pastu skang kembung perut bunyi macam ketuk tong drum..
Haisss tak selesa betul..

Semalam yang jammed..
Macam2 hal jadi semalam..
Satu2.. Kenang kan rakan sekerja jer..
Kalau tak dah lama makan penumbuk..
o_O hehehe.. Penumbuk saya ni tak pernah rasa muka orang lagi ni..
Dulu masa frust selalu tumbuk bantal..
Paling hebat tumbuk dinding.. Tu je..

Pssstt..
Sejak dua tiga hari ni saya asyik masak masin jer..
Walaupun enHusband cakap tak masin..
Tapi terlepas gak dia cakap "masin sikit lah"
Hehehe..kalau dulu bila masak masin orang cakap nak kawin..
Tapi skang? :-P
Owh orang len yang nak kawin orang lain yang rasa getarnya..

Masih memikir mahu atau tidak kemajlis perkahwinan dia..
"weh aku tak janji tau dapat pergi atau tidak majlis ko tu.."
Keadaan tak mengizinkan aku ke walimatulurus korang berdua..
Urm..
Aju cakap ko dah bookingkan hotel untuk kite orang..
Tapi masalah besar nye skang..
Kalau aku boleh g pun belum tentu aku boleh jumpa rumah kau tu..
Persoalannya skang..."MANA KAD JEMPUTAN KAWIN KO YANG ADA PETA BAGAI TU...?"
Huh aku dah mula sentap dah ni..
Haisss.. Macam tak nak ajak aku join korang jek.. <~ni sentap lagi ni..
Tak per lah..
Kan betul aku tak ada rezeki nak rasa nasi minyak korang berdua..
Len kali banje aku makan eh..

Penat taip.. Tgk bola pun dah dah tak konsentrat dah ni..
Ok mahu undur diri.. Sila tinggal kan komen anda sekiranya anda tak berpuas hati dengan hasil nukilan saya..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Selasa, 22 November 2011

Yeaaaa berjaya!!!

Nah ni pingat dari Khairul Fahmi..
Hehehehe..
Terasa bangga plak jadi rakyat malaysia..
Datang2 kerja dah disajikan dengan cerita2 kemenangan Harimau muda..
Pada barisan atlit yang lain kami bukan tak berbangga dengan pencapaian kamu..
Sgt berbangga..
Tapi saya lagi bangga
Sebab APEX terlepas satu gol je masa lawan garuda.. <~nasib baik offside kalau tak.. Gigit jari je lah...
Ok semoga puas hati dengan pingat emas dari skuad Harimau Muda..
Semoga berjaya lawan Syria rabu ni..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 21 November 2011

Berjuanglah..

hanya ini saya mampu..
mendoakan kalian..
berjuanglah selagi daya kamu..

pak nil..
saya copy mesej dari APEX ni yer..
saya amik kat twitter pak nil..
khas buat peminat bola sepak malaysia dari penjaga gol malaysia..

good luck kamu semua..
HARIMAU MaLAYA boleh!!!
lalalalala..
semangat ni..
mengalahkan yang nak berlawan malam nanti..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 20 November 2011

Jogging!!!

budjet nak kecikkan sikit badan..
nak badan selim macam dulu-dulu..
tapi harem..
saya larat jalan kaki 2 round n lari tak smpai pun suku tasik..
pastu dah tersadai kat tepi tasik sambil tunggu enHusband lari lagi satu round.. <tak tau baper round dia tibai..

penat weh..
serius penat..
last jogging sebelum puasa..
pastu asyik mkn n tdo jek..
pasti heboh badan gumuk..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Cinta sempurna..

"Tuhan temukan 2 org untuk sesuatu yg baik, dan pisahkan 2 orang untuk sesuatu yg lebih baik." Alfie

owesome.. saya terpaku dan terkedu..
tetibe rasa mahu jiwa2
jiwa-jiwa dipagi minggu..
owh harap petang nnti tak hujan..
mahu amik mood dekat tasik..
mahu jogging buang sikit lemak yang hampir dah nak tepu kat badan ni..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

20112011

cantik kan tarikh 20112011 nikan..
dulu masa saya pilih tarikh kawen..
siap kene tanya orang tua lagi..
org2 tua pilih tarikh ikut bulan islam..
bukan tarikh cantik2 macam orang skang pilih tarikh.. mahu 111111 lah.. 91011 lah..
budjet nak senang ingat..
sifir 12 pun terkial-kial nk ingat..
nikan pula tarikh yang konon tarikh bersejarah..

ok ini bukan emo..
tapi tetibe teringat kakak kat tempat kerja..
pasal salah sorang family dia sanggup gaduh bagai sebab nak kawin tarikh yang kononnya sgt cantik..
11/11/11 hebat ker penangan tarikh ni..

owh..
skang dah cuti sekolah..
musim orang kawen..
musim makan nasi minyak setiap hujung minggu.. ;-)
so setiap hujung minggu saya akan terisi dengan santapan percuma dari mereka yang sudi menjemput saya di majlis mereka..

kawan-kawan yang akan melangsungkan perkahwinan selamat menghitung hari..
semoga segala perancangan yang kalian rancang berjalan dengan lancar..
peace yo..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 19 November 2011

Sila abaikan perasaan saya..

Sometimes, it's not the song that makes u emotional, it's the people & things that come to your mind when you hear it. twitter.

masa ni tengah dengar lagu CINTAMUKA BUKu..
xder feeling paper pun sebab hati tengah munger2.
dapat makan roti canai keras dekat cafe..

walaupun!!!
walaupun tengah marah dengan mesin printer@photostat..
pagi2 dah buat aku hangin setengah badan

bagaimana...
harus bersua..
lalalalalala.. <sila ikut nada NAJWA LATIF.

petang ni kene balik awal sebab kalau lambat nanti tak ada siapa nak pickup balik keje..
ada bola -Malaysiaku vs Myanmar-

so keje laju2..
handover apa yang patut..
xmo nek tren or bas..
balik mahu tengok APEX jaga pintu gol..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 17 November 2011

Sisa kisah kita..

"There's a light in my eyes,But it's too bright to see. And a pain in my heart where you used to be. I guess I was wrong to believe you were waiting here for me. There's a light in your eyes, But it's not burning for me..its burning for the others person..."

minggu stress buat saya..
minggu penat buat saya..
fikir tu fikir ini..
rasa macam tak mampu dah nak tanggung..
tapi saya sayang..
sayang untuk biarkan semua perkara pergi dalam hidup saya..
andai ia pergi.. mungkin saya tak dapat apa yang saya lakukan sekarang..
rasa kehilangan..
rasa ditinggalkan..
psttt.. mungkin ini nasib saya..

abaikan andai ayat terlalu emosi..
penat rasa tak dihargai..
beginilah nasib diri saya sendiri..

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 16 November 2011

<3 hakikat sebuah cinta <3

sakit kepala..
rasa mau mc je esok..
tapi kerja terlalu banyak..
eh bila saya jadi hamba kerja ni yer..
hurm.. itu adalah TANGUNGJAWAB..
bukan hamba..

saya rasa lonely..
saya tahu saya dah tak ada harapan..
walau mcm mana sekali pun saya tau mereka pasti akan gelakkan saya..
kamu tahu tak saya memang dah kalah sejak dulu lagi..
saya mahu jadi seperti dia..
sentiasa disisi walau tak selalu diisi..
saya mahu jadi seperti dia..
sentiasa menemani walau tak perlu ditemani..
saya mahu jadi seperti dia..
sentiasa ketawa walau tak dipelawa..

atau..
biarlah saya sendiri yang sentiasa mengharap kan yang terbaik buat diri saya..
serius saya kecewa..
kecewa dengan diri sendiri yang tak tahu menghargai apa yang ada didepan mata..
yang ada disekeliling yang mudah untuk diperolehi..
sekarang???
saya emosi sendiri..
bermain sendiri..
berimaginasi sendiri..

#PatahSeribu hati ku.. Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama.. Haruskah ku lupa? Karena engkau telah pergi.."
₩sheilaamzah₩  ~layan seh dgn lagu ni..

>menyayanggimu<

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Kalau lah...

"I love people who can make me laugh even when I'm in a very bad mood."

emosi tak berapa nak stabil..
hormon tak menentu..
maaf pada yang telah dikasari samada melalui percakapan atau perbuatan..
kadang-kadang saya tak mampu melawan emosi saya..
kadang-kadang juga susah hendak saya pamerkan perasaan saya..
terima kasih pada yang memahami..

{CHINTA}

saya rindu

Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 13 November 2011

ADIK ipar good luck!!!


Layan Bola sambil update blog. sangat chill n cool..
Saya tak fanatik sangat tapi saya suke tengok pasukan Tuan rumah layan tetamu..
Tak ada cerita lain ker hari ini..
Kepala saya dah makin berat..
Satu hari layan mata dan nafsu tidur..
Pastu makan.. n pastu tidur balik..
My gosh.. banyak tidur n banyak makan..

Owh besok 14/11/2011..
tak ada apa yang menarik pun dengan tarikh tu..
Cuma mahu WISH good luck for SPM candidate
Xcpecialy my ADIK IPAR..
semoga berjaya..
Akak tahu adik bleh buat..

Teringat plak masa saya nak amik SPM lebih kurang 10 tahun lepas..
Hari pertama dah kene jawab soalan ADD MATH..<-add math tu..
malam sebelum paper tu call mak sambil nangis2 sebab takut sangat.
mak cakap "kak ngah boleh buat, jangan nangis.. tdo baca doa. n sekarang kene tawakal jer.."
kol boypen pun nangis2 jugak..
boypren cakap.. "tak per kalau gagal abang suruh mak abang pinang za"
ceh.. seb baik saya tak gagal kalau tak dah kene kawin awal =)
tak boleh dah nak gatal2, nak gewdik2..
<-- wa nangis sebab wa takut wa amik add math jer.. yang len wa tak gentar sangat.. cuba kalau first paper pendidikan islam kompom wa tak nangis.. n kompom wa tak tpon mak. wa tpon boypren wa jer..

huih.. kenangan lama..
muncul kembali..
haisss... ni rasa nak nangis ni..
benci lah ingat2 kenangan lama ni..

psttt.. siapa kata saya tak ada perasaan..
xboypren saya xcident  sehari sebelum result SPM keluar..
Langgar tembok Hospital KLANG..
nangis2 macam SPM fail..
hahahah amik result kat sekolah dengan mata bengkak..
kene sound ngan somebody.."tak kan amik result pun macam amik paper first"
"go to hell u!!"

Wah DIRA berlakon kat prima <-SENYAWA
macam2 tajuk drama skang..
mahu layan SENYAWA sambil makan kuaci..
eh tak2 sambil lipat kain..
peace yo..

{CHINTA}

Sabtu, 12 November 2011

Ni mmg rezeki..

selamat hari sabtu..
dah lama tak mengarang secara santai.
asyik penuh jer dengan emosi..
maklumlah banyak sangat ayat2 puitis yang tak mampu nak dikeluarkan..
hanya disimpan di kotak draf ingatan..

pagi sabtu yang sangat muram.. kenapa ek?
owh pnBoss bg saya lip gloss, dia macam tau2 je yang saya memang dah kehabisan lip gloss..
saya macam tak ada masa langsung nak kefarmasi untuk membelek lip gloss yang mana sesuai dengan bibir ni.. <~bajet nak bibir mungil macam lisa surihani..

haritu dia dah bagi celak..
macam ni jugak..
celak dah nyawa-nyawa ikan nak habis..
alasan dia dia tak tau nk pakai celak macam mana.. hurm.. seronok saya.. gune celak LANCOME lagi tu..

now pnBoss tak ada, ke MIDVALLEY, mahu beli lemang mahal kat JuSco <~kak suzan yg kata..
tak tau apa mimpi dia mahu belanja kami makan lemang.. urm....
bulan ni saja dah nk beribu duit dia belanja kami yang memang kaki makan ni..
adoiii macam mana saya nak kurus ni.. pnBoss asyik belanja makan jek..

owh mungkin dia mahu belanja kami sepuasnya..
sebab dia cume tinggal beberapa hari je lagi dengan kami.. mulai tahun hadapan kami akan dapat boss baru.. <~tetibe lak rasa macam sebak.. huhuhuhuhu.. ~ok rasa macam sangat hiporkrit.. :-P

keje banyak lagi tak siap.. yg tengah buat ni kene submit hari isnin.. mana nak curi masa buat semua ni.. huh... sume tak faham ker yang saya ni sangat malas sekarang..
mood kejap ok.. kejap tak ok.. nak cakap sindrom PMS... lama lagi.. sah sindrom hujung tahun nak perabis MC yang banyak tak luak tu..
urm....

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Jumaat, 11 November 2011

dari mata turun ke hati..

test...

sambil layan kepala yang tengah berat..

taktau kenapa badan lemah jer 2, 3 hari ni..

mimpi macam-macam..

fikir macam-macam..

risau tak kene tempat..


{CHINTA}


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ya allah tolong lah..


Sometimes all I want is run away from my life, but I know it won't solve any problems. So I choose to stay and fight.

kadang2 kita tak tahu mana salah kita..
tapi orang sentiasa tunding jari kearah kita..
kadang2 jugak kita tak tahu kelemahan kita..
tapi orang sentiasa menyalahkan kita..

bagi saya...
bukan semua orang itu perfect..
bukan semua orang itu menyenangkan..
bukan semua orang itu sama seperti apa yang kita inginkan..
belajar menerima kelemahan seseorang mungkin membolehkan saya bermuhasabah tentang diri saya sendiri..
manusia macam-macam ragam..
melayan ragam manusia selalunya membuatkan saya rasa terhibur..
dan kadang2 membuatkan saya terasa di bonekakan..
adakan itu semua permainan mereka..??

MAAF!!!
ayat jiwa2 sebab terlalu lelah melayan semua karenah yang ada disekeliling..
maaf pada yang tak memahami..
saya hanyalah sebutir pasir yang dipijak lalu dibiarkan dipukul ombak di pantai..
tak menjadi apa-apa pun.. tak tercuit atau tak terkurang..
yang saya tahu saya adalah saya..
yang saya tahu bukan senang untuk menjadi diri saya..

Peace yo!!

{CHINTA}

Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 10 November 2011

Tentang Dhia Ganti Soffiya

Ending SOFFIYA saya tengok sampai meleleh air mata..
Adik tengok saya sambil geleng kepala..
Arggg.. ko apa tau.. layan jer..
Skang saya layan cite TENTANG DHIA plak..
Sedikit Sinopsis tentang cerita TENTANG DHIA..

HATI wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara apabila dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti? Namun itulah yang berlaku kepada Dhia. Bagi Dhia, cinta dan simpati tiada ukurannya bagi yang setia berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya.
Percintaan tiga segi ini menjadi mimpi ngeri bagi Dhia apabila dia dicemburui Melly yang menganggap dirinya lebih anggun dan sesuai. Kisah menarik ini dipaparkan dalam siri Tentang Dhia yang bakal membuai perasaan penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam apabila disiarkan TV3 menerusi slot Akasia, mulai hari ini.
Diarahkan Azlina Pa’wan, kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance ini dijayakan barisan pelakon popular, Nora Danish, Adi Putra dan Ako Mustapha serta dibantu Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Tentang Dhia mengisahkan Raffi lakonan Irfan Roslan dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki dari dua latar belakang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak Imam kampung dan disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati.

Raffi pula, jejaka dari keluarga berada dan mempunyai kelulusan luar negara. Dia teman rapat Dhia (Nora Danish) sejak kecil. Bagaimanapun, hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara, merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas me�nyin��tai Dhia, lalu Raffi me�ngambil keputusan untuk reda dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.

Jerat yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati dirinya mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap. Sejurus mengetahui berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan� hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti dirancang. Bagaimanapun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab atas perbuatannya kerana Melly mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan �Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), arkitek dari satu firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai rakan baik, Fendi dan mereka bekerja di firma yang sama.

Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian, ditemani isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di satu gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Ke manakah hala tuju Dhia selepas kehilangan Azmi? Apakah yang berlaku dalam hidup Zikir? Semua jawapannya ada dalam Tentang Dhia yang bersiaran sebanyak 26 episod untuk slot Akasia di TV3.

-COPY n PASTE dari Harian Metro. <-tq Harian Metro
actualy malas nak layan cite leret2 ni..
tengok saja internet saya dah slow giler sebab layan SOFFIYA kat TONTON.com..

{CHINTA}

Ahad, 6 November 2011

Hepi korban day.. ;-)

Seringkali "Tercipta Dosa dlm Tawa"

"Terbersit Luka dlm Canda"

"Terlintas Keangkuhan dlm Cerita"

" Terpancar sinar mata kesombongan dlm memandang"

"Berlaku riak dlm berbuat dan bertindak"

"Bukan Mawar Jika tak Berduri"

" Bukan Gading jika tak Retak"

" Bukan Hati jika tak bisa kecewa"

"Bukan nurani jika tak berasa"

"Bukan ManusiA jika tak punya khilaf yg salah"


Selamat hari raya idul adha. . CHINTALIZA RAHMAN


Published with Blogger-droid v2.0

Renungkan lah agar kau mengerti..

Last night I had a dream about you, only to wake up hugging my pillow. I wish one night I would dream of my pillow, and wake up hugging you."


copy paste ayat dari twitter seseorang..

mmg kadang2 bila kita mimpikan seseorang.. kita mesti ingin kan dia ada ketika kita terjaga dari lena..


hurm...

SALAM AIDILADHA


tetiba teringat seseorang..

junior masa sekolah dulu..

dik kenapa akak mimpi kamu yer..

harap kamu sihat..


{CHINTA}


Published with Blogger-droid v2.0

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget