Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label ihsan mastika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ihsan mastika. Papar semua catatan

Khamis, 12 Mac 2009

pesanan buat mereka

wahai lelaki,
janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. tanpa wanita, hati, perasaan dan fikiran akan rosak. mereka masih mencari walaupun ada segalanya. apa yang tidak ada disyurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?

pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri. dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. tetapi kalau lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia.

akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah dia dengan ilmu. hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dia dengan iman, hiasilah dia dengan akhlak. bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya disitulah kasih sayang Allah.

wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
itulah hakikat andai wanita tidak kenal tuhannya. bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. lelaki pula jangan lah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala dibawah pimpinanmu.

janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karamallah Wajhah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget