Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Oktober 2013

aku punya cara..

Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita . Dengan itu , berhentilah mengejarnya . Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita , dan kita perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat.




Allah tak uji kita kalau kita tak mampu.. 

aku terima andai ini yang tersurat.. redha dan pasrah.. 2 perkara yang mungkin sama.. tapi punyai makna yang tersendiri..

{CHINTA}



Rabu, 7 Ogos 2013

Dia Suamiku...

Duhai SUAMIKU...

untukmu suamiku Maafkan isterimu ini jika dirinya tidak secantik yang dikau impikan.. Maafkan isterimu ini jika dirinya penuh khilaf selama mengabdikan diri sebagai pendampingmu kala kesunyian.. Maafkan isterimu ini kerana tidak mampu memberikan keluarga kita dengan kekayaan.. Maafkan isterimu ini jika kurang pandai dalam menyediakan makanan dan minuman.. Maafkan isterimu ini jika emosinya sering membuatkan dikau bosan.. Dan maafkanlah isterimu ini jika pengorbanannya tidak seperti yang dikau harapkan .. Sesungguhnya diriku ini amat lemah.. Dikau lihat diriku tabah, tapi hakikatnya aku telah lama pasrah.. Renunglah ke wajahku.. Aku isterimu, Tulang rusuk kirimu..

 

 copy: rahsia perkahwinan tp ikhlas dr isterimu.

Sabtu, 20 Julai 2013

Dilema aku..

Aku diuju lagi..
aku diuji mental dan fizikal..
memaksa aku berfikir secara agresif..
aku ada kurang sebulan untuk menetapkan kata putus..

Yer.. sebulan yang pasti akan mengubah segalanya..
Masa depan, kewangan, perhubungan dan bersahabatan..
Aku masih sayang..
Itu saja yang mampu aku ungkapkan..

Terima kasih dengan setiap layanan..
Aku tetap dengan caraku..

Dan maaf kerana terpaksa menolak..

{CHINTA}

Jumaat, 12 April 2013

tentang seseorang


Ku berlari ke hutan kemudian menyanyi-ku ..
Ku berlari ke pantai kemudian teriak-ku ..

Tapi ..
Sepi dan sendiri aku benci ..
Ingin hingar aku mau di pasar ..
Bosan aku dengan penat ..
Dan enyah saja kau pekat ..
Seperti berjelaga jika ku sendiri ..

Pecahkan saja gelasnya .. Biar ramai ..
Biar mengaduh sampai gaduh ..
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih ..

Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya .. Biar terdera ..
Atau aku harus lari kehutan ..
Belok ke pantai ..?

 


susah nak nilai orang melalui muka dan pergaulan..
jadi cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan semua orang..
walaupun bukan semua orang baik seperti yang kita selalu sangka..

kita tak pernah tahu apa orang lain fikirkan tentang kita..
cuba fikirkan yang baik-baik juga tentang orang..

aku yang kecewa

In Sha Allah Allah akan sentiasa tolong kita.. Allah tak uji kita sekiranya kita tak mampu untuk menghadapinya.. Allah maha mengetahui.. PERCAYALAH...

Rabu, 20 Mac 2013

FLASHMOB demo


 Dear All,As per latest information received, there will be a Flash Mob demo inside KL Sentral tomorrow starting from 1300hrs. The Flash Mob demo is organised by the Student from several Universities.

 itu memo yg dikeluarkan oleh SO (security officer) panjang lagi tapi aku copy mana yang penting jer..mengikut google..
 Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.-wikipediav -harap korang faham ayat yg aku copy kat google ni..

atau untuk lebih kefahaman lagi..

 Flashmob nie lebih kurang macam satu situasi di mana sekumpulan manusia melakukan persembahan secara spontan di sesuatu tempat tanpa diketahui oleh org sekeliling. Selepas habis buat persembahan mereka blah cmtu je.

Okay, paling menarik mungkin mereka dh b'latih dan mungkin juga spontan yg btol2 spontan kan. Kat Malaysia nie masih baru lagi, tapi kat luar negara dah berleluasa, dan mereka dah biasa kalau berlaku Flashmob di sekeliling mereka.

kat sini aku sertakan video FLASHMOB kat KLIA setahun yang lepas..



Besok kita tengok macam mana FLASH MOB yang dorang nak buat kat KL SENTRAL..
 ada yang aku lambat masuk kerja ni besok.. KOMPOM!! 

{CHINTA}

Jumaat, 22 Februari 2013

Nevermind ='(



Aku sedih..
Semua orang seakan tak faham apa yang aku rasa..
Peritnye lah!!

{CHINTA}

Ahad, 17 Februari 2013

Shila Amzah - Masih Aku Cinta


Aku layan giler lagu putus cinta SHILA AMZAH ni..


Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu

Caramu memanggil nama ku

Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku

Tak ku relakan pemergianmu

Namun ku,’kan selalu doakan mu

Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia

Walaupun aku tidak bersama

Jangan kau gusar

Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu

Yang mem pertahankan ku sepertimu

Satu dunia,menentang cinta kita

Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku

Tidak ku menyesal mencintaimu

Yang ku harapkan

Kau juga mendoakan ku


Jumaat, 1 Februari 2013

FEBRUARI datang lagi..

Dah Lama kan tak UPDATE..
kalau update pun mesti join segmen..
Entry selamat katanya..
OKLAH!!
Dari tak ada update langsung kan..

Perjalanan hidup makin BZ <-tak tahu nak gunakan atau tidak ungkapan ini..
BZ melupakan segala memori 2012..
BZ mengupdate memori card kepada yang baru..
BZ mengNYAHkan hiruk pikuk yang selalu menjadi laluan dalam minda..
Ya.. 2013 dengan MISI & VISI yang baru..

Aku cuba lupakan segalanya..
tolong aku agar aku jadi diri aku..
tanpa aku perlu mengharap pada sesiapa..

(CHINTA)

Jumaat, 4 Januari 2013

5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda. 

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.

 Bagaimana jalan penyelesainya?
kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook

CAUS*LOVE*LIVE

{CHINTA}

Isnin, 24 Disember 2012

Berdebar-debar hatinya.. kali pertama bertentang mata..

Banyak entry tersimpan kemas dalam draf..
bila dah separuh taip.. mesti ilham untuk mengukir ayat terbang dibawa angin.. =)
Banyak benda nak cerita sebenarnya..
tapi masa dan perasaan tak berapa nak ada untuk semua itu..
entry berjimba-jimba dengan family pun tak sempat nak habiskan..



Nanti kalau ada masa semua draf pasti akan menjadi tontonan semua..
pada yang dah singgah blog yang tak seberapa ni..
ringan kan lah untuk tinggal kan komen..
Nanti tuan tanah jenguk balik blog korang.. =)

pssttt...-ok tak lagu background terbaru ni..?
kalau tak ok sila bagi suggestion muzik apa yang sesuai ok..

{CHINTA}

Khamis, 6 Disember 2012

☻♥☻ = ♥

☻♥☻
/█\ /█\
.||.. ||. ♥
Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..
♥ IÑSYÄÄLLÅH ♥




pic ihsan gugel.. tq enGugel


sejak akhir-akhir ni aku memang suka berbloging sendiri..
meluahkan apa rasa hati..
melempiaskan semua keraguan diri..
 ya.. mungkin kamu tak berapa selesa dengan segala rintihan nurani..
kerana tak semua faham kenapa diri ini..

aku tak punya kawan sebaik jari jemari..
yang patuh mengikut apa kata diri..
menaip apa kehendak naluri..

aku hanya punya satu keyboard usang yang sentiasa bersedia di lambung tinggi..
yang akur kehendak hati..
yang mengikut semua rentak jari.

maaf andai segala entry mengubah persepsi..
mengundang kontroversi..
ini lah dunia ku yang makin sebati..


#CAUS&LoveLife

{CHINTA}

Rabu, 5 Disember 2012

Kesempurnaan

Tidak perlu mencari seseorang yang sempurna,
kerana kita sendiri tidak akan pernah sempurna
tetapi carilah seseorang yang mempunyai kelebihan pada kelemahan diri kita
dan mempunyai kelemahan pada kelebihan diri kita..
dan sesungguhnya disitu lah terletaknya
KESEMPURNAAN
Kerana saling melengkapi antara satu sama lain
hidup bagai bayang-bayang,
sentiasa mengekori kemana sahaja kita berlari..
percaya pada diri sendiri bukan pada siapa bayang-bayang kita..


LoveLife

{CHINTA}

Isnin, 26 November 2012

AKU & HATI

kita beLajar meLupakan seseorang yg meLupakan kita..
kita beLajar memaafkan semua yg mnyakiti kita..
kita beLajar untuk jadi yg terbaik untuk org yg kita sayangi..

tapi sesuatu yg tak bisa kita pelajari iaitu
"harus beLajar tersenyum disaat org yg kita sayangi menyayangi org Lain''

Itu kelihatan indah tapi menyakitkan.

{CHINTA} 

#YIHS 


Sabtu, 17 November 2012

♥ Tentang Rasa ♥

"Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "

 ~petikan dari SOMEONE~

 Sekarang terlalu banyak masa dengan memandang syiling..
tetibe terjadilah entry ni..
dah lama tak bermain dengan perasaan,,
asyik bermain dengan hati jer..



Masa baca blog some one. terdengar lagu ni. dia siap bagi link You Tube untuk dengar lagu ni..
 bila dah dengar..
  terus jatuh cinta..
ulang-ulang dan ulang banyak kali.. 
tak tahu bila akan bosan..
Kalau Korang macam mana pulak? 

{CHINTA}
#CAUS&YIHS

Rabu, 14 November 2012

ANAK NO 2

Entry ni dah lama dah kat draf. hari ni baru rasa nak publish kat semua.. entry ilham dari MAMA d, tapi copy kat FB..

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
(urm.. rasanye tak kot.. sebab saya lah yang paling x rapat ngan mak.. asyik x sependapat je ngan mak.. ) 

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
(yang ini saya sikit setuju.. kalau saya kata saya nak.. saya nak lah.. tak kirelah dapat besok nye ke.. lusa ke.. tulat ke.. mesti kene dapat gak. Tapi ada juga part2 yang boleh ditolak ansur..) 

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (hehehe.. 101% itulah saya.. macam mana ek nak pujuk orang ek, cer ajar sikit kat saya... )  aya

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
 ( Saya tak nampak lagi apa pengorbanan saya dalam bercinta, cuma pengorbanan saya.. saya terpaksa merelakan hati saya dengan pemergian baby saya.. )

 HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
(Oh yang ini.. kadang-kadang kesian jugak dengan enHusband nak buat macam mana.. ini lah saya...) 


HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
(Ya.. jangan tegur saya kalau saya tengah marah, tapi saya cepat kesian kat orang. so jangan  buat muka kesian kat saya)


BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
(ermmm.. tengok pada keadaan jugak.  .) 

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
(Bukan tak boleh berkerja dengan orang, tengok cara arahan diberilah.. kalau main arah macam die bos besar tak per lah. ni yang mengarah pun 2x5 je KULI macam saya, SAY NO lah..)

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
(Iye.. saya bila marah kejap jer.. mana yang cepat sentap tu je lah mungkin rasa saya ni teruk.. bila dah surut marah saya, semua orang saya maaf kan.. bila dengan staff saya suke tanya dorang dah makan ke belum.. so kalau dorang belum makan saya cover lah mana yang boleh cover..  ) 

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
(Yes.. tapi tak der lah up to date sangat.. ikut pada kemampuan lah. tp saya sentiasa berangan-angan KALAU LAH SUATU HARI NANTI...)





 

tak kisah lah macam mana pun saya.. yang pasti ada seseorang yang sanggup terima saya seadanya.. TERIMA KASIH MAK sebab membesarkan kak Ngah dengan penuh kesabaran..

{CHINTA}

Isnin, 22 Oktober 2012

Pernah Terfikir tak?

Korang yang menjalani kehidupan hari-hari pernah tak terfikir....

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.
2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?
4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas 

untuk melihat hal-hal di bawah?

5.
Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer?

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, 

tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?
7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!
8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?
10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?


cuba fikirkan kenapa.. urm.. saya pun sekarang baru terfikir..

{CHINTA}

Isnin, 14 Mei 2012

Cinta dan Benci

-serius BOSAN-

tak tau nak bagi tajuk apa..


petikan tu dari blogger yang baru mendirikan rumah tangga qaseh syahnia. sila keblog beliau untuk membaca entry penuh..

hari nie duduk rumah sambil baring-baring..
penat jugak kan asyik duduk rumah jer..
so kiteorang decide nak makan tauhu bakar kat keramat..

memang hujung minggu kali ni tak berapa meriah..
mungkin badan terlalu penat kot..

lepas makan tauhu bakar kat keramat..
kami g merewang kat danau kota. <- serius memang kami  bosan ni..
tengok bola kat mamak corner pastu jenjalan kat down town..
jalan2 sambil usha barang.

dah penat baru balik rumah..
sumpah bosan..

{CHINTA}

Isnin, 16 April 2012

Whehuuuu..



Penat!!!
Tu je ungkapan yang paling sesuai waktu ni..
Bila kene keje hujung minggu rasa macam buruh paksa jer..
Huh.. macam-macam yang jadi..
Sejak kebelakangan ni, emosi tak berapa nak stabil.
Tak suke dengan situasi ini..

Mintak maaf lah yer kakak..
Tapi akak yang mula dulu sehingga ke"kuranghajaran saya terkeluar..
' aku tak kurang ajar dengan orang yang tak kurang ajar dengan aku.'
Itu aku pegang dari dulu lagi..
Orang hormat aku.. sepuluh kali aku boleh hormat org tu..

Ok mulai hari ni tak ada dah MONDAY BLUEs..
Dah sign penjanjian baru.. yeaa ... benci isnin..
So isnin pasti ada masa untuk buat CEKODOK
Feberet.. I like..!!
Eh rasa macam nak buat lempeng lah.. cicah dengan sambal ikan bilis..
Argh.. tengok..!!
Acara main masak2 pasti akan berlaku..
Speageti wait ar.. I will cook you. ;)

Psttt.. just nak bagi tau uolls..
Jean's I yang kurang selesa dipakai 3 bulan lepas akibat ke'ketat'an sudah boleh disarungkan..
Yeaaa.. dagu pun dah tinggal satu..
Muka pun dah cengkung sikit..<- penat makan hati.. :(
Baju yang fit dipakai sudah mula nampak kelonggarannye..
Yang penting misi menyarungkan jean's yang bersaiz 28 pasti akan berjaya..

[CHINTA ]
Sudah cukup sudah-nirwana band- tak pernah jemu aku dengar..
Dan juga petikan gitar dadali dari someone..
Hilang punca.. 8-|

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 3 April 2012

hooo berpeluh...<-sambil lap peluh kat dahi..






..

Nantikan cerita mengenai Anniversary kami..
Saya nak naik KERETAPI TANAH MELAYU..
Please capaikan impian saya!!!

=)

{CHINTA}
jom layan YUNAliza terukir di bintang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget