Protected by Copyscape Online Infringement Checker

Yang Cantik Dan Handsome

hai.. sila lah tinggalkan link anda di kaki blog saya, saya akan menjejak blog anda pulak nanti :-)

Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan

Rabu, 7 Ogos 2013

Dia Suamiku...

Duhai SUAMIKU...

untukmu suamiku Maafkan isterimu ini jika dirinya tidak secantik yang dikau impikan.. Maafkan isterimu ini jika dirinya penuh khilaf selama mengabdikan diri sebagai pendampingmu kala kesunyian.. Maafkan isterimu ini kerana tidak mampu memberikan keluarga kita dengan kekayaan.. Maafkan isterimu ini jika kurang pandai dalam menyediakan makanan dan minuman.. Maafkan isterimu ini jika emosinya sering membuatkan dikau bosan.. Dan maafkanlah isterimu ini jika pengorbanannya tidak seperti yang dikau harapkan .. Sesungguhnya diriku ini amat lemah.. Dikau lihat diriku tabah, tapi hakikatnya aku telah lama pasrah.. Renunglah ke wajahku.. Aku isterimu, Tulang rusuk kirimu..

 

 copy: rahsia perkahwinan tp ikhlas dr isterimu.

Ahad, 9 Disember 2012

ultras malaya yg poyo..

-korang ni pandang kamera ke pandang bola?-

Muka xcited redah hujan semata-mata nak sokong HARIMAU MALAYA..
Aku yang kat rumah ni menghabiskan kain untuk dicuci dan untuk dilipat..
Bila kamera shoot kat penyokong, enAzan mesti akan cakap..

"haaa.. Tengok ada tak Ngah tengah jerit-jerit tu..

Imposible..!

Kita tengok dia balik bawa apa..
Minggu lepas dia balik dengan suara yang serak..
Jerit habis..
Budjet suara dia boleh dengar satu stadium lah tu..

Korang tak nak g THAILAND ke weh..?

Hahaha..

{CHINTA}
Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 9 April 2012

PENSIL dan PEMADAM

Jika kita tidak mampu menjadi sebatang PENSEL untuk menulis kebahagian kepada orang lain. Cubalah menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~

Indahnya hidup ini jika saling lengkap melengkapi.

{CHINTA}

Sabtu, 7 April 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan



Pada tarikh yang sama.. 6hb 4, lima thn lepas " aku terima nikahnya aliza bt rahman dengan mas kawinnya......."

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke5 tahun buat enHusband. Semoga tabah melayan karenah si isteri yang bermacam- macam ragam, gaya dan lagak.. tabah melalui ranjau kehidupan, selok belok dunia..

psssttt... anniversary kali ni saya bersiaran secara langsung dari tambak JOHOR, menuju ke kota SINGA..
penat weh.. eh kenapa polis bantuan kat kastam tu SANGAT kurang HAJAR!! x sopan langsung panggil orang WEH2x!!! x ada adab!!

Selasa, 3 April 2012

hooo berpeluh...<-sambil lap peluh kat dahi..






..

Nantikan cerita mengenai Anniversary kami..
Saya nak naik KERETAPI TANAH MELAYU..
Please capaikan impian saya!!!

=)

{CHINTA}
jom layan YUNAliza terukir di bintang

Rabu, 21 Disember 2011

Bicara Hati!!

Hari ni asyik tdo jek..
Hehehe.. saya baru jer off Ahad n Isnin lepas..
Keje sehari dan Offday lagi 2 hari..
Wah makin bertambah lah lemak yang sedia ada ni..

Pagi2 lagi enHusband dah kejut mintak buat kan nasi goreng..
Hurm.. lapar katanya..
Dengan mata yang mengantuk siap jugak nasi goreng kampung saya..
Kali ni memang nasi goreng kampung..
Sebab ada ikan bilis dan sayur kangkung.. =)
Pas masak saya sambung balik tidur sampai tengah hari.. <--teruk kan?
enHusband masih lagi dalam mood medical leave @ MC.
Tak tahu sampai bila..
Tapi doktor bagi MC lagi 2 hari..
Hari ni dan besok..
Tekanan darah masih tak stabil..
Urm.. ingat kan dah ok sebab badan dah tak panas dah..
haisss.. bila dia nak sihat ni..


selera makan dia memang kurang..
bila makan jer mesti keluar balik..
hurm.. sebab tu lah tekanan darah dia tak naik-naik kot..
tangan dah tak ada ruang dah nk cucuk..
boleh dia cakap ngan doktor.. "cucuk lagi ker? nak cucuk kat mana dua-dua lengan dah kene cucuk ni..?"
hehehe...
Nasib baik jugak tak check in kat Hospital..
Urm.. ni lah kalau tak jarang sakit..
Sekali sakit sampai nak habis limit kad klinik..
tak per tahun depan tinggal beberapa hari jer lagi..
Nanti topup yang baru yer..

Saya dah bosan dah duduk rumah..
Bila boleh YES ni..!!

Ahad, 18 Disember 2011

Owh suami!!

Internet Slow giler bile nak update blog..
Bila hati dah bunger2 nak berbahasa, lappy plak buat hal..
hurm.
Ok.. saya tak nak beli baru.. saya guna je kamu sampai kamu dah tak nak berkhidmat dengan saya.. =)
Cerita pasal hujung minggu lepas pun tak tahu bila nak kongsi..
Ini pun lari2 memenuhi permintaan enHusband yang nak itu ini..
Sian die demam.. Badan panas giler,
Suhu sampai 39.6'
Time tu lari2 g dapur amik asam jawa lumur dekat ubun2..
Urm..
Nasib baik tengah cuti..
Kalau tak..
Ok tak mau imagine macam mana dia duduk sorang2 kat umah tanpa ada pengawasan..


Thermometer sentiasa ada kat sebelah dia..
Sentiasa pantau suhu badan dia..
Kejap berpeluh,
Kejap panas..
Tak menentu..
Tadi pergi klinik..
Tak ada satu ubat pun yang mengundang ke'ngantuk'an..
So laju jer saya mintak ubat selsema yang agak kuat ke'ngantuk'an nyer..
=)
Inilah orang yang jarang sakit..
kalau dah sakit.. 
buat semua orang risau..
Cepat sembuh yer..
bleh makan DURIAN lagi.. 
hohohoho...

{CHINTA}

Ahad, 11 Disember 2011

Biar mimpi sampai ke bintang..

owh saya tau saya lambat sangat update..
mereka semua dah berhoneymoon kemana-mana dah..
yang pasti masih belum terlambat untuk saya ucapkan
-SELAMAT PENGANTIN BARU-

Eddie & Sheila
(4/12/11)

Syahir & Faezah
(26/11/11)

Azie & Nizam
(10/12/11)

Tak perlu Mencari Teman Secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa Mengharapkan Teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak Perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, 
Andai diri tak sekuat Siti Hajar 
Dan mengapa didambarkan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah (SAW)
bimbinglah dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
tetapkan berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu..
Insyallah.

pada syahir.. sorry akak tak dapat datang majlis kamu. tapi doa akak sentiasa mengiringi adik-adik akak.. semoga berbahagia. dan semoga menjadi suami yang soleh. 

Buat Azie.. jadi isteri yang baik buat Ijam.. bagi akak azie tetap azie akak macam 10 tahun yang lalu.. masih berat hati nak tinggal kan azie macam akak berat nak biarkan azie untuk balik kampung.. =)
owh.. akak kene terima hakikat yang azie dah jadi Isteri orang..

Eddie.. lepas ni dah tak ada gurau2 dah.. dah tak ada tepuk tampar dah.. takut nanti kene serang lak ngan WIFE.. =)
jadi suami yang soleh.. jaga wife elok2, dia amanah yang diamanah oleh Allah untuk menghiasi rumah tangga..

Semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan zuriat penyambung wasiat,
dikurniakan rezeki tanpa henti..

{CHINTA}

p/s terlalu banyak undangan majlis perkahwinan hujung-hujung tahun ni. mana yang terlepas pandang atau tak sempat nak hadir, maaf dipinta. kadang2 masa dan keadaan tak mengizinkan, tapi doa sentiasa mengiringi majlis kalian sehingga akhir usia. 

Jumaat, 2 Disember 2011

cinta sempurna..



"Isteri Yang Kamu Nikahi Tidaklah Semulia Khodijah, Tidaklah Setaqwa Aisyah, Pun Tidaklah Setabah Fatimah. Isterimu Hanyalah Seorang Wanita Akhir Zaman Yang Ingin Menjadi Solehah." 

"Suami Yang Menikahimu Tidaklah Sesempurna Rasulullah, Tidaklah Setabah Ayyub, Tidak Segagah Musa, Bahkan Juga Bukan Setampan Yusuf. Suamimu Hanya Seorang Lelaki Akhir Zaman Yang Bercita-cita Mendidik Diri Dan Keluarganya Menjadi Ahli Syurga."

Jadi Bersyukurlah Dengan Pasanganmu Kerana Dia Adalah Anugerah Allah Yang Hanya Pinjaman Untukmu, Hargailah Dirinya Sebelum Allah Mengambil Semula Dia Daripadamu...

COPY ENTRY DARI FB SAHABAT..

{CHINTA}

Sabtu, 28 Mei 2011

Cinta Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kami bahagia bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Daisypath

wibiya widget