Tarikh : December 5, 2011BENTONG – Seorang anak peneroka Felda Mempaga Tiga dekat sini
dipercayai lemas dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin di
Sungai Klau berhampiran Kampung Pareh, dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad
Mansor Mohd Nor berkata,
Shaari Razali, 26, yang bekerja sebagai pemandu
kren dipercayai lemas selepas cuba menyeberang sungai sebelum
dihanyutkan arus.
Menurutnya, Shaari dipercayai sempat meminta pertolongan rakannya yang berada di atas tebing namun gagal diselamatkan.
“Susulan kejadian itu, operasi menyelamat dijalankan selepas laporan diterima dan disambung hari ini (semalam).
“Operasi melibatkan 39 orang terdiri dari pasukan polis, polis bantuan
Felda, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Karak termasuk
unit skuba dan orang awam,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, sebanyak dua bot digunakan untuk menjalankan
rondaan sejauh lebih kurang tujuh kilometer dari tempat kejadian.
Menurutnya, pasukan skuba juga membuat selaman sejauh 100 meter berhampiran tempat mangsa dipercayai hilang dibawa arus.
“Sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi akan diteruskan keesokan harinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian pertama
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan
(JKKR) Mempaga Tiga, Safidin Nordin berkata, susulan kejadian yang
berlaku, pihaknya turun padang menghulurkan bantuan termasuk
menyediakan keperluan makan dan minum untuk petugas.
Menurutnya, selain itu, terdapat juga penduduk yang turut serta dalam operasi menyelamat dijalankan.
“Kejadian seumpama ini adalah kali pertama berlaku di sini dan ia
menyebabkan penduduk berhampiran turut turun padang melihat operasi
menyelamat dijalankan.
“Walaupun kawasan ini sering menjadi tumpuan kaki pancing untuk
memancing namun tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini,”
katanya.
Safidin berkata, pihaknya menghargai kerjasama diberikan semua pihak dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.
Adun hulur sumbangan
Sementara itu, Pegawai Khas Adun Ketari, M Ramanujan berkata, atas
keprihatinan Datuk Dr Ng Keong Chye, beliau menyumbangkan sejumlah
peruntukan untuk membiayai keperluan sepanjang operasi menyelamat
dijalankan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku memberi impak bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi juga penduduk setempat.
“Apa yang diharapkan ialah penduduk lebih peka dan berhati-hati ketika
menjalankan aktiviti berhampiran sungai bagi mengelakkan kejadian
tidak diingini.
“Tambahan pula, pada masa kini cuaca tidak menentu dan paras air sungai meningkat serta arus deras,” katanya.
copy dari SINAR HARIAN.
jenazah SHAARI BIN RAZALI telah berjaya ditemui lebih kurang jam 4 - 5
ptg tadi (06/12/11) oleh JPA..sama - sama kita sedekahkan Alfatihah utk
arwah..shaari razali - bekas pelajar SMAP tahun 1998 - 2000.. Arwah hanafi, halil,dalmie
,fashabonahir,raqib..ALFATIHAH
entry ni lambat update.. kejadian dah berlaku 2 hari lepas.. saya mmg tak ada mood nak update mana2 entry. SHAARI b. RAZALI pernah menjadi sahabat saya. pernah ketawa sama2, pernah menjadi kawan gaduh sesama.. tapi itu lah ajal maut semua ALLAH yang tentukan..
Tetibe teringat arwah RAQIB, dia janji mahu menjadi sahabat saya sehingga akhir hayat. ye mmg kita bersahabat sehingga akhir hayat.. aku hargai air mata kau yang keluar masa kau menjadi pendengar setia segala masalah aku.. kau cakap bukan senang nak tengok air mata kau keluar. yer itu adalah kali kali terakhir aku berbual dengan kau. Dan selepas itu aku hanya melihat kau dari jauh. dan terima kasih kerana sudi datang di majlis perkahwinan aku.. walaupun hanya melihat dari jauh.. rindu RAQIB. alfatihah..
{CHINTA}