sorry #DassDassukay I curi pic u lagi untuk diabadikan dalam blog ni..
Ku menjejaki jari ke Facebook....
Ku lihat Si Pengecut menyindir dari belakang,
Si Megah bercerita tentang kemewahan,
Si Riak mempamerkan kejayaan,
Si Malas sibuk bersembang,
Si Susah mendambakan kebahagiaan,
Sang Peniaga sibuk dengan bermacam iklan,
Sang Pendakwah meneruskan didikan, politik mencetuskan pergaduhan...masing-masing dengan cara dan agenda tersendiri...
Lalu ku bertanya kepada diri, di mana letak duduknya kategori diriku?
Aku pernah buat semua itu.... Lantas aku bermuhasabah...dan aku mahu
berubah menjadi baik dan mahukan yang terbaik untuk seluruh umat
Muhammad SAW. Aku tidak kisah dengan orang lain...kerana aku bukannya
lebih baik dari orang lain, dan aku buat ini bukan hendak disanjung oleh
manusia...semuanya keranaMu Ya Allah...
Permulaan yang baik
dalam hidup kita, kadang-kadang bermula kerana orang lain. Tapi
sebenarnya ianya penyusunan dan ketentuan dari Allah SWT.
Selagi ianya perkara yang membawa kebaikan, maka teruskanlah sekalipun
pada mulanya kita tersalah tafsiran. Kerana tiap apa yang kita lakukan
sebenarnya hanya kerana Allah bukan untuk manusia.
Usah takut
dgn cemuhan....Usah hanyut dalam pujian. Ingatlah Allah sentiasa beri
pimpinan pada hati yang benar-benar mahu ditunjukkan jalan.
Sungguh perjalanan Dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat
untuk sampai ke penghujungnya. Tidak mengapa jika kita tidak sempat
sampai ke penghujung jalan. Apa yang paling penting, kita sudah berusaha
menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Semata-mata kerana
Allah.
(Pesanan untuk diri ini yang sentiasa memiliki hati yang dipenuhi sifat Mazmumah)
copy dari laman sosial untuk pesanan diri sendiri dan kawan-kawan
{CHINTA}