Ini ada lah status seorang sahabat di laman sesawang selepas 48 jam kehilangan bonda tersayang..
"Hari ini saya belajar untuk terima hakikat.Emak yg paling saya muliakan sudah pergi untuk selamanya.Redhanya saya atas pemergian dia.Ya Allah,kami pulangkan apa yg telah Engkau pinjamkan ke atas kami selama ini.Peliharalah dia sebgaimana dia telah memelihara kami anak-anaknya.Tempatkan emak di syurga firdausmu.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah memakbulkan permintaanku untuk berada di sisinya sehingga nafas terakhirnya...Alfatihah untuk arwah ayah & emak.-Saya akn merindui arwah ke akhir hayat. Tidak akan ada penggantinya lagi untuk kami sekeluarga."
Maaf andai aku boleh melebarkan sayap.. yer mungkin disisi kau aku ingin berada.. merasa kesedihan yang pasti tak akan sama seperti kesedihan yang kau lalui..
Arghhh.. tak mampu aku bayangkan..
Sumpah..!!
Itu terlalu berat untuk aku bayangkan..
kehilangan orang tersayang dalam tempoh masa yang terlalu singkat..
Aku pun belum pasti akan mampu berdiri dengan begitu teguh..
8 May 2013, 6.15am
As salam, emak saya bru sja meninggal dunia, doakan emak sy ditempatkan golongan berimanApa yang aku rasa selepas mesej dibaca..
Ya Allah..
aku banyak dosa dengan arwah..
tak pernah sempat memohon maaf..
Sudah berapa kali raya tak pernah bertemu..
kali terakhir bertemu di hari persandingan sahabat..
Ya Allah..
Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman..
Kau permudahkan segala urusan dia di sana..
dua hari entry ni di dalam draf..
mahu publish atau hanya di simpan di berkulat..
tapi aku mahu semua orang jangan jadi seperti aku..
cerita aku kongsi selepas puas menangis sendiri..
tak kira dengan siapa kita jumpa..
selepas bertemu..
mohon maaf andai tersilap kata..
andai terguris rasa..
kita tak tahu bagaimana urusan kita esok hari..

Semoga aman disana..
p/s tajuk entry ilham dari mama ila. memang untuk membuat entry tajuk adalah perkara paling BURN sekali untuk aku..






