Isnin, 25 Februari 2013
Jom belajar sejarah..
Jumaat, 22 Februari 2013
Nevermind ='(

Rabu, 20 Februari 2013
Isnin, 18 Februari 2013
destinasi seterusnya!!




Lafazkanlah ♥♥♥

{CHINTA}
Ahad, 17 Februari 2013
Shila Amzah - Masih Aku Cinta
Jumaat, 15 Februari 2013
Cerita Abg skynet
eh bukan akunyer..
aku tolong beli jer..
Penghantaran ke alamat rumah aku..
Sebab apa?
Sebab rumah aku ada orang yg nak tolong sign..
Katanya..
aku bukan nak cerita pasal beg baru yang aku tolong belikan tu..
yang aku nak cerita pasal ke"terdesak"an "abang despatch" tu nak cari kawan..
owh sorry abg lah sangat kan?
Bila sampai jer rumah aku terus buka WIFI rumah aku..
ringtone WHATapps berbunyi..
giler aku tak gelak..
mamat despatch yang hantar beg aku tadi whatapps aku..
budjet nak berkawan..
aku ingat cari rumah aku tak jumpa2..
hei..
macam2 sekarang ni kan?
aku siap panggil dia "ADIK" lagi td..
block-block2..
tukar profile pic..
NOW!!
{CHINTA}
Rabu, 13 Februari 2013
Cobalah mengerti..
Mata masih membuntang..
Tak ada tanda-tanda nak lelap pun..
Tolong dodoikan bleh..
Huh.. Homesick!!!
{CHINTA}
Selasa, 12 Februari 2013
~PILIHAN HATIKU~
CNY Commercial 2013 | BERNAS |
Isnin, 11 Februari 2013
Penat dah ni kira anak kambing..
Jam kat hp menunjukkan 4.12am..
Masak kalau keje pagi ni..
Time macam ni sepatutnya jam dah kene bunyi.
Mata ni tak nak lelap pulak..
Patut lah jerawat berleluasa timbul..
Bila azan subuh jer mata macam kene gam..
Liat sungguh nak solat..
Time tu lah die nak tidur..
Huih sabar je lah..
Ni yang nak kene ajar balik mata ni..
Ajar tidur ikut time balik..
{CHINTA}
iNfo : Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.
Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.
Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".
Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".
Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
Khamis, 7 Februari 2013
Seram sejuk je ni.. Tutup kipas.!!
Balik kerja macam biasa..
Makan, <-just teman enHusband makan, minum <-ini baru betul aku buat,
lepak2 <-gaya VVIP kencang bisnes..
Pastu balik rumah..
Itu akan jadi rutin aku sehingga tengah bulan, bulan ni..
Bercinta ok!!
EnBoss dah bising dah bila nak tolong dia buat paperwork..
Ignore kisah sedih kat atas!!
Ni nak cite kisah menyayat hati sedikit..
Rutin seperti biasa.. <- Seperti diatas..
Tapi hari ni, terserempak dengan akak bawah rumah..
EnHusband gelarkan akak tu "akak LOUNGE"
Aku?? Just follow je boss besar..
Akak tu peramah..
Selalu tegur sapa ngan enHusband..
Aku je yang tak berapa peramah..
Senyum jer kat die kalau terserempak..
So..!!
Cerita masa tersempak tu..
Akak tu tanya lah kat enHusband..
"baru balik kerja ker?"
Aku pun tak tahu lah apa yang enHusband jawab.. Sebab aku kat dalam kereta lagi..
Aku dengar sebab tingkap sebelah driver tak tutup lagi..
Dan dia park kete die betul2 sebelah kereta kitaorang..
Pastu akak tu tanya lagi..
"nak tanya sikit, rumah atas ni ada orang duduk tak?"
Rumah atas yang dia maksudkan adalah rumah kt atas rumah dia..
Masa ni aku dah keluar kereta..
enHusband pun jawab lah "entah lah tak pasti pulak.. rasanya tak ada orang.. Kenapa berkenan pulak ke ngan rumah tu?
Sumpah masa aku tengah dok taip ni jam kat phone aku menunjukkan 3.20am..
Seram..
Akak tu jawab "xdelah.. Sebab selalu dengar macam2, Ishh nak cerita pun seram" sambil dia pandang kearah rumah tu..
Aku?? Bulu tengkuk dah meremang..
Sambil pandang rumah tu jgk.
"owh tak pelah kita cite besok jelah yer" <-ayat cover line enHusband.
Akak tu pun laju je terus masuk rumah..
Dari naik anak tangga pertama aku layan perasaan..
Siap stop kat tingkat rumah tu..
Seram tak usah cakap lah..
Huh perasaan!!
"ala budak2, anak abg sebelah rumah tu selalu main kat luar tu.. Lari2 tu yg dengar sampai kt rumah akak tu.." <-kuat kan diri sampai rasa tak nak bergerak langsung..
Masuk rumah cakap ngan enHusband..
"meremang bulu roma masa akak tu cakap macam tu tadi.."
"abg pun sama!"
Nah amik kau..
Sampai sekarang aku rasa lain macam..
Pagi nanti buat researh..
Aku nak tidur dah..
Tarik selimut sampai kepala..
Baca ayat kursi semua bagai..
Pagi nanti kene bangun awal..
Nak kene pergi AEON Setiawangsa cari lampu mercun kelip2 untuk CNY deco..
{CHINTA}
Jumaat, 1 Februari 2013
FEBRUARI datang lagi..
kalau update pun mesti join segmen..
Entry selamat katanya..
OKLAH!!
Dari tak ada update langsung kan..
Perjalanan hidup makin BZ <-tak tahu nak gunakan atau tidak ungkapan ini..
BZ melupakan segala memori 2012..
BZ mengupdate memori card kepada yang baru..
BZ mengNYAHkan hiruk pikuk yang selalu menjadi laluan dalam minda..
Ya.. 2013 dengan MISI & VISI yang baru..
Aku cuba lupakan segalanya..
tolong aku agar aku jadi diri aku..
tanpa aku perlu mengharap pada sesiapa..
(CHINTA)





